Wednesday, July 13, 2016

Raya Aidilfitri 2016

Wah kemain hebat rasa, lepas je entry Ramadan 2016 terus entry raya ye. *clap clap* Janji update ye untuk kenangan.haha Punyalah malas nak update entry. But, it's ok. 

Well, raya tahun ni nak kata seronok sangat tu takdelah tapi nak kata sama like others year pun tak jugak. Biasa-biasa je. Nak-nak pulak anak-anak demam before raya, so sambutan raya tu ala kadar jela. Sepatutnya cuti raya bermula pada 5 Julai hingga 11 Julai tapi memandangkan anak-anak demam terpaksalah ambik cuti dua hari awal. Gila heaven baq hang dapat spent time lama-lama dengan anak. 

Nak cerita kisah raya pun dah tak tau macam mana, so aku list down jelah apa aku ingat eh. Senang untuk rujukan kemudian hari.
Sehari sebelum raya

Zan bertolak dari KL pukul 7 malam, then sehari before raya dia sampai dalam pukul 3 pagi. So sempat la bersahur sama-sama. After sahur tu tolong ma bungkus tapai. Around 9am rebus nasi impit. Tell you, nasi impit adalah wajib setiap tahun. Mak isi beras dalam plastik tahan panas then rebus guna kayu-kayu. Biasanya akulah tukang tengok api. Then masak kuah kacang, rendang ayam, ketupat daun palas, bakar sebijik kek. Malangnya kek tak menjadi. hahaha Waktu malam tugas Zan yang sapu-sapu kat ruang tamu, tukar langsir, tukar sarung sofa, bentang karpet. 

Anak-anak dah kurang demam masa ni cuma hidung tu still meleleh dan batuk sikit-sikit. 

Raya pertama

Macam biasa jugak, sembahyang raya, makan-makan, ambik gambar, dan berjalan-jalan ke rumah jiran tetangga. Tapi disebabkan Irfan cranky aku banyak habiskan masa di rumah. Sempat jalan 2 rumah jiran je. While Naurah ikut makcik pusing-pusing beraya. So aku, Irfan dan Zan jelah stay at home. Petang tu Zan ajak g rumah kakak ipar dia. Ikutkan hati malas nak keluar kenangkan Irfan cranky je tapi beriya hah dia ajak. 

Irfan ni kalau badan dia rasa tak best sikit manjanya kemain macamkan demam teruk. Beza betul dengan Naurah. Tapi dalam tak sihat tu, pantang hala kamera kemain tau dia senyum.


Sebetulnya gambar hari raya pertama adalah seperti di atas. Hanya Naurah je lengkap berbaju raya. Sampin Zan mak tak sempat nak cantum, then Irfan memang taknak la sarung baju melayu, aku pulak tak kuasa pakai baju raya dah keje duk melepek kat anak je. T_T







Gambar makanan pun 1 pun tak sempat nak ambik. haha macam takde perasaan je. Raya pertama berlalu macam tu je. 

Raya kedua

Irfan getting better. Takde cranky dah. So raya kedua berjalan jauh sikit. Menziarahi sanak saudara.

Eh tengok gambar jelah. Macam takde perasaan pulak nak bercerita. T_T Baju pun takde sedondon mana dah. Naurah taknak pakai baju kurung. Irfan dengan aku jelah warna merahnya. hummm





Post wajib dalam kereta.

Sampai rumah cousin, Irfan pun kemain best tido.



Balik jalan-jalan petang tu around 6pm. Paling puas dapat makan ialah nasi beriyani gulai kambing. pergh kambing tu favourite aku. 

Raya ketiga

Banyak undangan kahwin. Sempat pergi 2 tempat je. Tiba-tiba aku pulak rasa tak sihat.


 





Banyak gambar selfie aku je. haha 

Raya Keempat & Kelima

Tak silap raya keempat stay at home then raya kelima pergi kenduri kahwin. Lupak dah buat apa. Punyalah tak berapa nak excited rayakan. Sorry Irfan ibu tak bawak awak pergi jalan-jalan sangat macam kakak dulu. Tapi sebenarnya one of the reason is ibu taknak awak jatuh sakit lagi. Dahlah cuaca panas terikkan. Masa ni ramai jugak saudara mara jauh datang ke rumah.

Raya Keenam

Sebetulnya raya keenam baru sempat sarung baju raya pertama dengan eloknya. Jadiklah buat kenangan hari raya daripada takde kan. Nasib baik Zan melayan je permintaan aku sarungkan semula baju Melayu.

 


 






Haaa memang banyak gambar selfie je. Rasa macam kelaut lah raya this year. Naurah tu kelakar bila g umah orang beraya. Kan adik dia tak ikut. Bila orang salam bagi duit raya, boleh pulak dia mintak sekeping lagi untuk adik.

Naurah : Nak 1 lagi boleh?

Tuan rumah : tu dah bagi.

Naurah : Adik punya. Adik demam kat rumah

Tuan rumah : Ni bagi adik tau.

Adoiiiii malu la mak ko Naurah oiii.. Kot ye ingatkan adik pun tak payah la mintak. Hurmm kena ajar dia ni, raya is not about duit raya je. 


Tu jelah serba sedikit raya untuk tahun ni. Zan cuti agak lama. Pagi tadi baru dia bertolak balik ke KL. Mak aku bangun pukul 5 pagi nak masakkan nasi lemak untuk menantunya. Haih. Dengan aku-aku sekali dia pack kan bekal nasi. Baru nak diet. kikikiki

Selamat Hari Raya uolls.
Mohon maaf andai terguris hati ke bila baca blog i kan.
Jumpa lagi next entry. Harap esok rajin update. bahah



Till then.


  


THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...