Thursday, May 12, 2016

Kadang-kadang sampai tak tahu nak letak tajuk apa

Kalau tajuk pun dah tahu nak letak apa, apatah lagi isinya kan. haha Tiap kali tu mesti cakap banyak benda nak share tapi akhirnya simpan jelah dalam kepala dan gambar dalam memori telefon. Busy tu jangan cakaplah, ditambah dengan mood swing. So, after on off episode keberadaan di pejabat, hari ini merupakan hari pertama masuk opis selepas hampir 2 minggu out station di KL.

So far, so good. Happy la jugak gain new experience. Belajar benda baru selain terperuk duk dalam opis, mengadap manuskrip je kan. Cuma rasa sedikit ralat dan sedih amat tu, sejak aku tinggalkan Irfan for 14 days, Irfan dah reject to breastfeed. Sedih gila. Milk is still produce tapi dia taknak. Dia dah selesa dengan bottle feeding. Dah berapa kali jugak aku cuba untuk bf dia, namun tetapnya ditolak. Like malam tadi, tengah dia mamai nak susu, aku cuba bf. Mula-mula dia nyonyot la tapi macam tak keluar susu, terus dia meraung dengan kuat. Mengamuk boleh tahan hah. End up terpaksa buat jugak susu botol. Haih.

Takpelah, aku cuba lagi. Sedih rasa macam satu ikatan special antara ibu dan anak tu dah takde. You will know what i mean. Eh, jangan salah sangka tau. Tak bermaksud yang tak bf anak takde ikatan istimewa dengan anak tapi that feeling tu lain. Bagi susu guna botol, anyone can do that tapi susu by yourself, only mum can do. So such a sentimental moment yang bf mum miss the most la. That bonding time. Tak boleh dijelaskan dengan kata-kata. Jangan salah faham ye.

I will try sehingga susu dah tak produce lagi. Insya Allah, where there is a will, there is a way. For time being, bersyukur tengok anak-anak membesar dengan sihat. Irfan sikit pun tak meragam sepanjang aku tinggalkan dia. Balik tu makin montel hah. Gigi bahagian atas dah tumbuh lagi dua dan dia dah boleh merangkak. Huwaa Ibu tertinggal to watching that part. His first trial. Takpelah, Alhamdulillah. He able to crawling that fast.

 


 



 




 



 




 


 
 


#nurnaurahrayyani #3years10monthsold
#muhammadirfan #10monthsold



Till then.






THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...