Sunday, February 28, 2016

Bare with it

Start last week aku dah pindahkan barang aku include PC ke new office. Agak sunyi jugaklah new workplace ni sebab hanya ada aku dan bos aku je kat tingkat atas. Tengah tunggu others colleague will join us. Tapi tetap rasa tak best macam duk korporat kot. Well it's ok, hadap jelah kan. Ada kerja pun dah bersyukur, masih ramai lagi job hunter kat luar nak kerja kan. 

Nampaknya takde lah aku nak "say goodbye" sangat kat penerbitan korporat ni because we bring it here too. Teheee Tiba-tiba tak tau nak rasa gembira ke sedih pulak. haha I tell you, memang kecelaruan emosi betulkan. Others part, aku rasa seronok jugak because my 6 years experience masih boleh digunapakai but in othes hand rasa macam mampu ke aku and boss doing all the work load. Because, selain dari penerbitan korporat, kami akan handle penerbitan ilmiah also (editorial part, proof read etc) and also doing some marketing job, tolong support others staff members. Now i think, this is a crazy task! Kerja penerbitan sendiri pun not an easy job to do dan ditambah dengan others work load, soooooooooooo nak tak nak kena lah hadap kan. Demi Allah. Semoga kerja ni mendapat keberkatan dan dipermudahkan. Kalau pun apa yang dilakukan tidak nampak di mata orang atas, asal ikhlas, Insya Allah, ganjaran pada esok hari.

Cuma sekarang nak cakap yang aku laparrrrrrrr. HAHA Tadi on call dengan Zan, tak sedar dah masuk lunch hours. Then turun nak cari makanan, terbeli pulak keropok lekor yang keras. Sakit gigi nak kunyah oii. 

Now, aku skroll hp tertengok gambar makanan. Memang mengundang betull. 

My breakfast 
Lunch for my and colleague farewell. Terliur gila tengok gulai daging ni hah. Teringat lagi kesedapannya dengan kuih yang pekat.
Lunch last week with colleague. Damm good. Tadi rasa terpanggil je nak tapau kat kedai ni tapi cepat-cepat kaki melangkah. Once rice a day pleaseeee. Tadikan dah breakfast nasi. hahhaa

Lunch last week. Makan free sebab ada seminar. Aku suka apa-apa aje masakan kalau melibatkan daging.



Ok, now sambung semula kunyah keropok yang keras gila bak hang! RM2 je pun tapi keropok baru makan 2 batang dah terasa gigi tegoyang. haha


Till then.

 

THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, February 22, 2016

Menunggu #random

Dalam bilik meeting. Katanya meeting mula pukul 2.30. Punyalah rushing aku solat tadi, terus menapak ke bilik mesyuarat. Tapi sampai sekarang (3.53pm) mesyuarat tak mula lagi. Semua dah menunggu sambil borak-borak kosong/discussions.

Aku?

Pi geledah buku kat luar meeting room. Then jumpa macam2 buku menarik. Omgggg rambang mata tengok buku. And one of that aku tertarik dengan novel playing the game.

Ok big boss dah masuk. Baru nak bebel panjang. Will see habis pukul berapa meeting ni.

Till then.


THANK YOU FOR READING THIS!

Saturday, February 20, 2016

#random paku di tiang

Jarang aku layan cerita melayu. Asyik drama korea je. Tapi tadi tertekan astro ria, macam best je cite Paku Di Tiang. Nak2 pulak dia orang cakap dalam dialek kelantan. Memang pekat amat. Patutlah siap ada subtitle kan. 

Best la jugak cerita tu. Tengah layan cerita tu (masa tu part budak tu nangis kat kubur mak dia) tiba2 naurah bersuara:

"Ibu awah tak mati lagi hah. Ada je ni." - naurah

"Kenapa? Awah nak ibu mati macam mak dia ke?" - ibu

"Taknak. Nanti awah sedih. Ibu jangan mati eh" - naurah

Huwaaaaa

Cepat2 aku bangun lari dalam bilik konon pi cari baju kerja nak iron untuk pakai esok. Memang merembes air mata lah dalam bilik. Lepas tu naurah masuk bilik.

"Ibu nangis kenapa?" - naurah

"Eh, mana ada ibu nangis." - ibu

"Dah tu mata merah. Janganlah nangis. Mak dia matikn dalam tv je." - naurah

Baiklah. Hahaha


Jap dia buat ibu sedih. Jap buat ibu ketawa. Dahlah emosi ibu tengah celaru kn.
Semoga ibu tabah untuk esok hari. Brace yourself hana.


Till then.

THANK YOU FOR READING THIS!

Brace yourself, Hana!

Last week, 15hb aku dah dapat surat confirmation pasal new restructuring yg mendebarkan tu. Seriously ia bukanlah sesuatu yg menggembirakan. I hate that. Tapi dah namanya keje, so aku akan cuba terimanya dan do it my best with new environment dan work list pun baru.

Random love-hate feeling about current situation:

- bye2 dunia korporat. Aku suka sangat duduk kat bahagian korporat too many thing yg boleh belajar. Dulu la kat tempat kerja lama. 

- bye2 penerbitan korporat. Bye2 dunia buletin. Aku baru bercita nak buat perubahan pada keluaran tahun ini since bos aku 100% serahkan penerbitan buletin kat aku tapi tak sangka jadi macam ni akhirnya.

- brace yourself hana. Lepas ni kena buat editorial buku ilmiah pulak. Selamat belajar benda baru. 

- brace yourself hana. Lepas ni kena belajar buat marketing. Sila bertabah ye lepas ni kena out station if ada booth jualan bukak or pameran ke. Anggap jelah tu "me time". Dan mana tau lepas ni kau belajar benda marketing, ko power buat marketing boleh setup bisnes sendiri.. boleh resign. Hahahaha AMIN.

- brace yourself hana. Lepas ni duduk under library. Walaupun kau dah dengar macam2 cerita yang "horror" tapi kau kena kuat tau. Mungkin benda2 "horror" tu xkan berlaku kat ko.
- brace yourself hana. Lepas ni kau kena banyak belajar benda baru. Totally different dengan pengalaman kerja yg ko buat lebih dari 6 tahun ni. Kau kena cepat2 belajar tau. Otak tak lembap. Mata tak boleh selalu mengantuk dah. Badan kena sentiasa kuat hah.
- brace yourself hana. Lepas ni kau akan ada 3 orang bos lelaki atas ko. Wat lek wat pis sudah. T_T

- brace yourself hana. Ko kena think positive ye. Maybe ada hikmah semuanya. Maybe lepas ni kau akan jadi penulis. Kau berjaya terbitkan buku. Ye la dah nanti hari2 ko terbitkn buku ilmiah mana tau nanti kau rasa hebat sangat leh buat buku sendiri kan. Dah tau nak approach penerbit mana lepas ni kan.

- brace yourself hana. Ada hikmahnya, maybe lepas ni kau akan setup bisnes pasal kau semangat bila tengok hasil penjualan buku. Sebenarnya senang je nak buat duit kalau meniaga cuma kena tau cara n teknik yg betul. Lek r nanti kau g kursus pemasaran. Mesti boleh lah nanti.

- brace yourself hana. Ada hikmahnya. Kau kan suka baca buku. Tu hah buku bersepah depan mata kau nanti. Sila lah bawak2 rajin membaca semula. Jangan asal waktu rehat je kau nak layan running man. 

- brace yourself hana. Ada hikmahnya kalau kau takde kawan sekepala lepas ni. Dah takde stok mknan free dari kawan2. Ni lah peluang kau nk kurus. Nak pi beli makanan sorang2 malas. Bolehlah kau diet nanti. Kau makin kurus, dompet kau makin gemuk. Ok what? Tapi kau jangan la perasan lebih2 dulu. Sebab kau kn tercampak la kt mana2 pun, link utk dptkan bekalan makanan yg kau usahakan dulu nanti. Hahaha 

- brace yourself hana. Allah dah atur cantik2 dah utk kau. Kerja kat pusat ilmu dah dapat pahala free dah. Now allah gandakan lagi "park kau" kat library. Memang bonus la utk kau. Bak kata pepatah berkawan dgn org jual minyak wangi ni dengan kita terpalit wangiaan tu. Kalau berkawan dgn org jual arak dgn kita terbau sama. Dah kau tak happy lagi duduk dalam syurga ilmu? Janji kau kena rajin sikit je belek2 buku tu. Positif ye hana. AMIN


Esok (ahad/ 21 feb 2016) the new work environment for me after 6 years doing the same thing. Insya Allah. Ada sebabnya.

BRACE YOURSELF! 


THANK YOU FOR READING THIS!

Sunday, February 14, 2016

7 oz ++ ebm. Now thinking....

So, today is my 1st day kat opis after long holiday last week. Actually takde pi makan angin kat mana-mana pun, tapi terpaksa jugak ambik cuti CNY seminggu. Hari ahad kena cuti sebab pekeliling tempat kerja diwajibkan semua staff cuti untuk elak pembaziran elektrik. Then hari Rabu dan khamis sepatutnya aku keje tapi kena cuti sebab whole family tak sihat, termasuk my mum. Siapa nak urus anak-anak kan, dengan makan minum mereka. So aku terpaksa ambik emergancy leave. 

Actually ada cerita about taking emergancy leave ni tapi nantilah dulu. I am not in mood to talk about that. Ada benda lain lagi mengganggu fikiran hari ni. Salah satunya ialah, i see the new chart for restructuring at workplace yang turut libatkan aku. When i see it, aku tak tau nak ketawa ke nak nangis. It is because my job will turn 360 degress. Totally i will do something new after this. Feel a little bit sad and at the same time quit excited to learn new thing. Will see what happen after this. After i got the confirmation letter, i will blog about this. For time being, wat lek wat pis sudaaaaa! hahaha
*walaupun dalam hati, hanya tuhan saja yang tau*

Anyway, aku agak excited jugak today because Miss B produce so many milk today. Terkejut ok. Before 11pm, Miss B dah bengkak and sampai lencun baju hah. Rasanya almost 2 months kot aku dah tak bawak beg EBM ke office. Because setiap kali nak marmet, milk tak produce banyak pun. Pernah share before this the whole story. 

So now, aku recall semula what i have done and ate sampai boleh produce milk sebegitu banyak. Hurmmmm. Nak kata mood happy melampau, tidak jugak because too many thing jugak yang aku fikirkan sampai nak stress gitu. Malam tadi aku makan nasi macam biasa, cuma lauk kari (which is lama gila tak makan kari), then this morning breakfast with nasi lemak. Sebab makan nasi lemak ke? Ok, esok i will repeat again makan nasi lemak. Mana tau kan?


5 minute marmet and i got this.

 Not bad kan? Hope masih ada rezeki Irfan untuk aku continue marmet for ebm stock. Masih rajin lagi ni. hehe

My beloved family. Anak-anak muka serius pasal demam, include me. Zan je tak dijangkiti, so happy la dia nak selfie.


Well, that is all for today. 
Till then.







THANK YOU FOR READING THIS!

Thursday, February 4, 2016

Potluck opis

Lepas makan mesti rasa menyesal sangat. Menyesal sebab makan banyak. Tak tahan oiii tergoda dengan lauk pauk best-best, tambah-tambah budu tu. Menyesal sebab tak pernah-pernah nak insaf. T_T 

Actually dah lama plan nak buat potluck, makan sama kat opis. Masa tempat kerja lama, selalu jugak buat potluck ni tapi takde la sampai masak lauk macam ni, siap budu bagai hah. Gigih ok aku bangun pukul 5 semata-mata nak bawak lauk kat opis. Walaupun goreng sardin je pun. haha

Semalam makan nasi dagang. Bos order as farewell dia. Kemain, pagi dan tengah hari aku belasah nasi dagang. Esok mak cakap nak buat keset jantung pisang. Errr, harapan lah nak diet.

Eh, macam manalah nak control makan ni. Help!!!

Tapi seronoklah buat potluck ni. Dapat makan ramai-ramai kat opis. Menambahkan silaturahim antara kawan-kawan opis. Nak-nak aku staf baru kan. Tapi dengan dia orang ni kecoh macamkan dah kenal lama. Tanpa segan silu jugak, aku belasah tambah nasi tak teragak-agak. Takde control ayu punyalah nak makan. haha Maybe sebab dah pegang status as "mak-mak" so kurang rasa malu di situ. haha

Antara lauk pauk potluck tadi. Terliur tak tau ye, hehe

Asam pedas ikan patin. Colleague masak. Sedapnyaaa. Dahlah aku merindui ikan patin masak tempoyak kan, tapi bila dapat ikan patin masak asam pedas ni pun dah cuku syorgaaaaaaaa

Ikan apa entah masak lemak cili api. Tak dan nak jamah sebab aku sibuk dengan asam pedas

Sardin goreng ni yours truly masak. kiki Sedap ke? Mesti la sedap. HAHAHA

Telur dadar by colleague
 
Ulam ulaman ni colleagues sempat beli kat pasar tani tadi. Gila banyak dibeli, macam-macam jenis ulam ada. Heaven betul.

Ni paling win. Ni lah sebab aku makan nasi bertambah-tambah tadi. T_T

Tak cukup nasi 1 periuk, colleague g beli nasi pulak kat kedai bawah tadi. Nampak tak masing-masing kemain mentedarah. haha
 
Pinggan nasi aku. Acah-acah ambik sikit. Lepas tu kemain 3 4 kali tambah. haha
Partner in crime.
 
Ni nasi dagang makan semalam. Sedap hoiiii.
Ni adik tinah. Dia memang pandai masak. Asam pedas tu dia yang masak. Haritu makan laksa penang dia buat. Ya Allah sedapnya. Untung laki dia hah.

 Biasalah, lepas belasah 3 4 pinggan, tanpa teragak-agak rasa macam preggy women 5 bulan tau. Nak nangis pun tiada guna. haha Nantilah, aku gigihkan lagi bersenam, harap-harap berkesan lah. Tak payah kena diet berlapar bagai kan. Will see. hehe






Till then.
 

THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, February 3, 2016

#raihanacooking Resepi Baked Pasta

Aku memang penggemar makanan barat tambah-tambah kalau yang laoded with cheese. Memang la orang gemuk suka makanan yang boleh buat jadi lagi gemuk kan? T_T

Sejak pindah ni, dah lama tak masak pasta. Naurah kan bila dia tengok gambar bento dalam hp, selalu dia suruh buat kat dia. Kesian sangat. Buat bento kat dia masa tu dia mana faham. Baby lagi kan. Dah besar bukan aku nak buat. Sorry ye Naurah, nanti ibu buatkan tau.

Alang-alang ada pasta dan cheese kat rumah hari tu, terus rajinkan diri nak buat baked pasta. Buatnya pulak waktu malam. Gara-gara tak tahan duk layan Food Network Channel, tak memasal supper malam tu. tsk

Nah, resepi tak seberapa dari aku. Baked pasta in my way.

Baked pasta with white sauce.


Bahan-bahan:

- pasta (riben/roll/macaroni etc)

- Mozarella cheese 

- parmesan cheese (optional)

- cheddar cheese (optional)

- sos prego krim + cendawan 

- Ayam (dipotong dadu)

- 1 kotak kecil susu segar

- Cendawan butang (dipotong dadu)

- Bawang holland (dipotong dadu)

- Tomato (dipotong dadu)

- Daun parsley (dicincang halus) / boleh juga guna parsley flakes

- Origano & Thyme (saya guna yang flakes) (optional)

- Serbuk lada hitam

- Butter

- Sedikit garam

- Minyak masak

- Air


Cara membuatnya :

- Gaul pasta dengan minyak. Then masukkan pasta ke dalam periuk dan isi dengan air. Rebus pasta sampai kembang.

- Setelah pasta kembang, toskan.

- Masukkan butter dalam kuali, masukkan bawang holland.

- Bila sudah naik bau, masukkan ayam. Kacau sementara.

- Masukkan cendawan, sos prego dan susu segar

- Apabila sos sudah mendidih, masukkan parsley, origano, thyme, serbuk lada hitam dan sedikit garam

- Kacau sekejap, then masukkan cheddar cheese (anggaran dalam 2 keping) dan masukka juga tomato

- Apabila cheese sudah cair, tutup api.

- Masukkan pasta dan parmesan cheese dalam kuali then kacau dengan berhati-hati supaya pasta tak pecah.

- Masukkan pasta ke dalam bekas acuan.  Diakhiri dengan menabur mozarella cheese dan parsley flakes ke atas pasta.

- Bakar sekejap (suhu ikut oven masing-masing), just nak bagi keju cair sahaja.

Beli Mozarella cheese block, then parut sendiri, lagi jimat.

Before bake
Bawak 4 bekas untuk dimakan bersama-sama dengan colleague



Till then.
 

THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, February 2, 2016

Muhammad Irfan turns to 6 months old and his 1st meal is Avocado puree

Happy 6 months old, anak ibu!
5 bulan yang penuh pancaroba sebagai seorang ibu. Rasa macam belajar benda baru bila Irfan muncul. Irfan berbeza sangat dengan Naurah. Agak mencabar jugak untuk aku handle. But, Alhamdulillah, so far so good. Mampu bertahan mental dan fizikal. haha

Bila masuk 6 bulan ni, rasa macam fasa baru dalam kehidupan Irfan dan aku. Agak excited nak tunggu bagi dia makan. Selama ni bagi susu jekan walaupun kadang-kadang agak cerewet, kena fikir apa patut aku makan takut dia kembung perut but i manage to handle it, even not to well sangatlah kan. haha 

Since this is my 2nd baby, but aku masih rasa excited nak tunggu dia makan (just like how i feel masa Naurah dulu), rasa seronok nak try n error what food he love and not, rasa gembira bila tengok makanan yang kita sediakan tu dia makan dengan seleranya, rasa teruja nak post gambar dia makan and share the recipe (actually resepi sama macam Naurah je pun) baby food kat blog ni. Semuanya excited lah pendek kata. 

Previous entry, i mean THIS ENTRY beriya tau aku buat jadual pemakanan by date untuk Irfan. Atlast kelaut jugak. haha

Kisahnya, aku cite kat mak, nak cuti on 2nd February semata-mata nak bagi 1st meal kat Irfan sendiri. Beriya sangat kan? haha I know. 
Tapi macam biasa, mak aku marah punya. kahkah Adalah sebab dia marah tu (something that happen in workplace aku cerita kat mak, so she said, ada hati nak cuti lagi tu. kiki)
So, we (i n my mum) decide, alah bagi jelah awal food kat Irfan. Lagi beberapa hari je pun. 

"Ma tengok Irfan ni dari 4 bulan ritu lagi nak makannya. Asal orang makan je mulut dia duk bergerak je, asal orang makan nak capai tangan orang sumbat ke mulut dia. Geram je nak bagi makan." - my mum said.
  
Alhamdulillah. Mak aku mampu mengawal perasaannya. haha Kalau tak memang Irfan akan makan masa 4 bulan tu. Trust me, anak aku yang ni lain sangat dari Naurah. Tengoklah gigi dia pun tumbuh awal dari Naurah. Dia punya minat nak makan tu, Ya Allah tuhan je tau. Kalau orang kampung tengok ni memang dan-dan tu suruh aku bagi nestum kt Irfan. Tapi aku boo layan jelah. Nasib baik mak aku pun respect dengan keputusan aku.

So, hari Jumaat baru-baru ini, aku pun dengan gembiranya sediakan 1st meal kat dia. First aku buat ialah beras perang + SI.

Resepi:

- Beras perang (dibasuh, toskan, then goreng atas kuali sebab nak bagi kering je, jangan goreng sampai hangit pulak, then kisar halus, simpan dalam bekas.)

- Bila nak makan, ambik beberapa sudu, masak bagi kembang then sejukkan sedikit, tambah dengan susu ibu (SI).

- Siap.

1st suapan Irfan makan tapi terus buat muka tau. 2nd suapan dia taknak bukak mulut tapi aku pujuk jugak. Dapat la makan sikit then lepas tu terus dia pusing kepala setiap kali nak suap. Ok, fine. Its failed! T_T

Dan-dan tu jugak nak buat carrot puree tapi lucunya carrot lupa beli. Depan rumah aku ada orang jual ikan dan sayur tau. So mintak tolong anak makcik pi beli tapi carrot takde. Since dalam peti ais ada avocado yang dibeli last week, so aku pun lenyek avocado.

Terujanya, 1st suapan Irfan makan then muka macam blur gitu, 2nd dia nganga lagi then terus senyum gembira. haha Lucu sangat ni. Aku ada share video kat fb untuk kenang-kenangan. Ibu suka sangat Irfan boleh menerima avocado. Yeay!
 
Avocado puree + SI

Tips membeli avocado : Kalau nak bagi anak makan 1 or 2 days after beli tu kan, make sure pilih avocado yang dah masak. Nak tau masak ke tak, kulit dia gelap nak hitam sikit then bila tekan dia dah lembik. Kalau nak bagi anak makan lambat lagi, like ( a week lagi) tapi alang-alang g shopping mall tu terbeli jugak avocado, its ok sebab avocado kalau disimpan dalam fridge memang tahan lama. Aku beli avocado tu 2 minggu dah kot, alang-alang nak pi beli barang dapur kat Tesco ritu. Hajatnya nak buat pasta with avocado sos kat Naurah tapi pastanya dah habis buat baked pasta ritu, so aku bagi jelah kat Irfan. Kalau beli yang keras, 2 hari before nak bagi baby makan tu, letak avocado kat luar atau simpan dalam beras, automatik dia akan jadi lembik.

"yeayy dapat makan
 
nyum nyumm

"hurmmmm ibu bagi makan apa ni?"
"Eh, sedap la"
 
"Urmmm sedapnya. Saya suka la ibu"

hahahaha

 Hari ni adalah hari kelima Irfan makan avocado. Esok meal baru sebab avocado cukup-cukup untuk hari ni je. So far, takde pulak naik rashes atau poo poo sembelit. Alhamdulillah.

Insya allah next is carrot puree + SI. Will see, Irfan makan ke tak. Kalau dia tak makan, plan b adalah gantikan dengan potato. Biasa baby suka makan potato. I mean pengalaman dengan Naurah dulu lah. EH, tapi Naurah ni semua benda dia makan. haha Irfan, please makan macam kakak eh, baru ibu seronok nak prepare macam-macam.

Apa-apa pun, ibu harap untuk bulan-bulan yang mendatang, Irfan sentiasa kuat, sihat, aktif, makin bijak, makin comel dan kita bergembira bersama-sama sambil enjoy milestone Irfan.



Till then.
 
 


THANK YOU FOR READING THIS!

Gemuk ke? Kenapa eh?

Hahahaha

Nak tergelak je baca komen Na kat previous entry. Tapi memang betul pun apa Na cakap. Rasa diri ni sado sangat sekarang ni. Tu yang gigih pi joging bagai. Kalau takkkkk, hmmmm jangan harap lah.

After bersalin, berat badan menurun jugak tapi tak banyak. Maybe orang nampak aku kurus sebab muka aku kurus kot. Sebelum ni kan pipi terjojol je tembam. Bila pantang, tang muka dulu nampak kurus, siap nampak cengkung bagai tau. Hakikatnya, berat badan idoklah slim sangat. Cuma ada sesetengah baju tu dah boleh dipakai. 

Tapi keadaan ini tidaklah bertahan terlalu lama ye. Harap bertubuhkan Che Ta berpanjangan, rupanya lemak muncul di petang hari. Aku memang tak salahkan sesiapa dalam hal ini, bukan salah Irfan juga yang tak kuat menyusu, melainkan diri sendiri yang bersalah sebab sangat berselera untuk makan. haha Nak pulak mana rajin exercise, so lemak sangat bermaharajalela kan hidup bahagia aman sentosa, siap beranak pinak lagi. tsk.

Tell me, duduk dengan mak, ko mampu tak makan masakan mak? Nak-nak lepas balik kerja, tengah lapar kan. Kalau dapat dinner awal ok gak, pukul 8 lebih baru nak makan. Pukul 9 tidokan anak, dengan kau sekali tido kan. Dah macam mana? T_T 

Lagi 1, kalau waktu office hours, aku rasa makan macam tak ingat dunia. Nak-nak pulak sekitar workplace ni bersepah kedai makan. Yang paling best harganya murah gila ok. Untuk seorang yang gemar makan LIKE ME, mestilah ko akan membeli. Tak payah tunggu perut bagi hint lapar, makanan memang standby atas meja. My Bad. T_T Eh, kalau aku tak beli makanan pun, colleague memang pemurah amat tau. Suka beli makanan pastu panggil makan beramai-ramai kat Pantry. Asal lapar je, memang ada dia orang letak makanan kat pantry. Biasa makanan kat atas meja tu, dia orang wakafkan, boleh aje makan. 

Lagi satu, tempat kerja ni memang syurga makanan kot. Asal ada majlis apa-apa je sure akan sediakan makanan. Sedap-sedap pulak tu weh. Kalau dengar talk tu, masuk dewan aje dah bagi goodies (air kotak/mineral dan roti/biskut), sambil dengar orang bagi talk boleh isi perut dulu. Dengar talk 2 jam lebih kurang, disediakan lunch pulak. Lauk pauk yang cukup menyelerakan. Kau rasa, seorang yang bernam Hana tu boleh tolakkan makanan?? haha

Memang tak r.
Then, kau cakap, kat sini nak makan apa, semua ada. Even kau nak makan chicken chop di siang hari pun mampu, harga mampu makan. RM6 kau boleh dapat sepinggan chicken chop dengan side dishes lagi. Kat area sini ada Mc Donalds, Marrybrown, Pizza Hut, Dominos, Cool block, Kedai Nasi Arab, Kopitiam, Kedai Nasi ayam, Kedai nasi kukus, Kedai nasi (pelbagai lauk pauk ada dalam 10 kedai), gerai-gerai jual benda bergoreng, ABC, supermarket. Eh, kau cakaplah nak apa, Insya Allah semua ada. Tu yang aku rasa senang nak makan, jalan kaki je pi kedai-kedai aku senaraikan kat atas tu, punyalah dekatkan.

Perut aku kan perut kampung. So pagi-pagi haruslah diisi dengan nasi dulu. Biasanya aku beli nasi kat kedai Kak Moh. Standard lah gulai ayam, then waktu rehat biasa makan benda bergoreng jelah. Jarang makan benda berat. Aku punyalah excited masa mula-mula kerja kat sini sebab tengok harga makanan yang murah plus pelbagai benda yang menyelerakan untuk dimakan. Siap ambik gambar. And you know what, colleague ni bukan jenis suka ambik gambar macam aku, mula-mula dia orang pelik sangat aku suka ambik gambar makanan before makan, aku buat derk jelah. Aku saje nak share dalam blog, betapa syorgaaaaaaaaaaaaaanya makanan kat sini. kikiki

Antaranya:

Lunch kat pantry. Laksa Penang, colek buah jambu, roti cicah gulai ayam dan jeruk madu pak ali by colleague. Aku hanya makan. heee
After takilmat. Kambing bakar, daging rusa goreng, brownies, cupcake, kastard puding, creampuff and not in picture (laksa penang & nasi).

Breakfast. Almost everyday aku makan nasi macam ni. Kadang-kadang je tukar lauk. RM3 only.
Breakfast. Yours truly bawak baked pasta untuk colleagues tapi nasi for breakfast tetap tak boleh skip. Perut kampungkan, kalau breakfast tak makan nasi memang tak boleh.
An event. Breakfast.
Lunch for farewell colleague. Very nice and cheap. RM10 tak silap.
Lunch. For farewell and birthday at workplace. They collect RM5 onyl untuk share beli.
Lunch with colleague. ABC Pulut Tapai, ABC Jagung.  RM3.
Lunch. Kuew Tiaw Celup beli kat Pasar Tani. RM3. Tak sedap langsung. haha
Air teh hijau yang paling sedap aku pernah rasa setakat ni. RM3. Dan kuih muih RM2.
Lunch. ABC Rainbow RM3.50 dan Nasi Ayam RM4. Both sedap nak mati.
Long Waffle yang disalut dengan nuttela dan coklat. Sedap sangat ni. RM1 satu.
Roti titab. Ni sangat famous kat Kelantan. Lokasi kat Kopitiam Kita. Jauh gak dari opis tapi officemate bawak masa aku preggy.


Mee Celup Landak. Best sangat-sangat ni. Harga pun murah je. Dekat dengan opis ni but still kena drive lah nak g makan.
Nasi dagang, daging goreng. Ni breakfast. Murah sangat ni. Tak silap RM2.50 atau RM3 gitu.
Dah tunjukkan gambar kat atas? Nak tunjuk lagi sekali. Green Tea, sumpah sedap nak mati. RM3 tapi dia punya banyak macam 3,4 orang boleh minum dan yang penting green tea dia tu terasa amat, tak cair macam orang lain jual. Ni gerai kat Chabang Tiga, PC. Dekat dengan opis jugak but still kena drive.

Tu jelah antara gambar sempat aku ambil. Banyak lagi sebenarnya, nak-nak yang selalu dapat makan free. Baik opismate bawak atau pun makanan after habis event. hah

So, tell me, macam mana tak gemuk, semua makanan sedap-sedap hoii.
 Ok la, aku gemuk, aku bagi chance korang cantik. Ok what??
HAHAHAHA


Till then.



THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...