Sunday, January 31, 2016

Diet tu susah, joging itu mudah. Jom!

Nak buat perubahan tu susahkan?
Apatah lagi orang yang nak kena hadapi perubahan tu. sigh

..................................................................................

 Nak kurus lagiii susah. Tiba-tiba. haha

 Actually dah beberapa minggu jugak aku pi joging. Kadang pagi, kadang petang. Tapi weekend jelah. Balik kerja memang tak menyempat nak jogingnya. Sampai rumah aje dah pukul 6 lebih. Mana nak layan anak lagi kan.

Alhamdulillah, Irfan is getting better walaupun masih ada saki baki bintik-bintik campak tu tapi dia dah mula happy go lucky, kuat menyembang, kuat mengayuh kaki. Suka sangat tengok dia macam biasa. Comel tau suara dia nak menyembang. Selalu je sebut "aba, aba" hehe

Setiap malam sebelum tidur, mesti berazam esok nak diet. Takkan minum air manis, nak minum air kosong je, nak makan nasi satu senduk je, taknak makan benda bergoreng, nak makan sayur sawi masak sup yang selalu dimakan waktu pantang tu, nak makan biskut kering je cicah air teh. Tapi bila celik mata aje waktu pagi, terus fikir, aku nak makan apa ye pagi ni? hahah Azam je lebih. Bila lah nak berjaya ni. Memang kalah betul dengan makanan.

Bila nak diet tak berjaya, marilah kita bersenam sedikit. Harap-harap dapat kurangkan sedikit lemak ni. 
 
Since Irfan dah ok, semalam keluar waktu pagi pergi joging. Biasanya Irfan ditinggalkan tapi kali ini bawak jugak bagi hirup udara segar. Keluar joging pun takde la awal sangat. Pukul 8 lebih jugak. Nasib cuaca cantik je pagi tu. 

Semangat tak ibu, siap ber 'uniform' lengkap lagi hah. Mau tak semangatkan, tengoklah ke'sado'an mak tu. Sobss
Mula-mula berjalan-jalan jelah keliling taman. Boleh tahan penatlah jugak berjalan-jalan. Bila nak berlari, pass Irfan kat makcik. Tak daya eh nak berlari sambil baby wearing. Budak-budak pun ikut jugak. Tapi budak-budak main mainan kat taman lah, apa lagi. Tu tujuan bawak makcik. Tolong tengokkan budak-budak sambil aku berjoging.

Handsome anak ibu. Eh. hahaha
Beautiful is Confident tajuknya. Gitu definisi cantik bagi mak. Tu pasal confident je nak selfie bagai. hehe
 Nasib semalam joging waktu pagi. Lepas joging singgah pasar jap beli barang basah then balik rumah, masak untuk lunch. 

Kalau joging waktu petang, ada harapan lepas buang lemak 1 kilo, aku tambah lemak 10 kilo. haha Pasalnya, kat taman tu ada orang berniaga tau. Berniaga pulak ABC, mee celup, cekodok goreng etc, punya lah sedap hoii. Kalau pi petang, wajib lah aku order. Mula-mula macam tak order la tapi namanya bawak budak-budak kan. Dah memang dia tau kat taman tu ada jual ABC, haruslah dia orang mintak. Dah takkan aku tengok aje dia orang makan. Ye dak? Harus la merasa jugak. kikiki


tergoda tak? Sos keropok dan cekodok tu pun sedap tau.


Naurah dan ABC nya.

 Malam tadi, terlayan Food Network Channel.  Tiba-tiba rasa sia-sia je joging after pekena sebekas Baked pasta. haha Memang gitu, dah makan baru nak menyesal. haha

Semuanya salah awak! Kenapa menggoda sangat ni. haha

 Nanti aku share resepi ye.

Akhir kata, semoga semakin rajin bersenam. Sekurangnya tak mampu nak diet, kawal makan, atleast boleh bersenam. Bukan untuk kurus sahaja, tapi bersenam baik untuk jantung jugak. 

Jom bersenang!

Eh.
Bersenam.

hehe


Till then.




THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, January 27, 2016

#rai.hanacooking Arrowhead Chips / Kerepek Ngaku

Ini kali kedua aku makan kerepek ngaku. First time makan adalah Chinese New Year tahun lepas. Aku tau kewujudan ubi ni pun sebab tengok orang post kat FB. Katanya kerepek ni lagi sedap dari ubi keledek biasa. Aku kan mana boleh tahan kalau bab-bab makan ni, harus nak cuba. Gigih lah aku cari. Nasib baik ada jumpa kat Tesco. 

So this time, aku pi cari lagi. Kalau last year beli sikit je. Takat nak cuba. Tahun ni aku beli sampai 3 kilo. Jenuh oiii nak kopek dengan nak jaga anak lagi. 

Versi sebelum dikopek dan selepas

Sekali pandang, ubi ni nampak macam bawang pun ye, macam sengkuang cina pun ye. Tapi ia adalah benda berbeza sekali. Aku tak tau tempat lain tapi biasa Tesco ada jual ubi ni. Sekilo hari RM6.80. Jenuh aku pilih cari yang besar-besar tapi dah namanya orang beli lagi awal dari aku kan. So setakat 2,3 ketul je ada yang besar-besar.

Sambil hayun buaian, sambil kopek. Sakit jugaklah belakang ni nak habis kopek tu. Kopek berjam-jam, makan tak dan 15 minit licin sebotol. haha

Ubi ni ada time Chinese New Year je tau. Special kan. Masa aku beli tu, ada aunty tu tengah pilih. Aku rasa nak tanya je dia orang makan macam mana ubi ni, buat kerepek jugak ke. Tapi berat pulak mulut aku nak bertanya. Terpaksa pendam hasrat tu. Nanti try tanya chinese kat opis aku ni. Pasal ubi ni macam menarik je. Tak sangka sangat sedap bila dibuat kerepek. Rasa lemak lain dari ubi biasa.

 

Lepas dah siap kopek, kena sagat pulak nipis-nipis. Nasib baik kat rumah ada papan sagat yang ada pemegang tu. Laju la jugak nak buatnya. Bahaya kot kalau sagat guna tangan, takut tergelincir, berdarah tangan, kang ada yang jadi Raja Bersiong dalam rumah aku ni. hahah

Lepas sagat, basuh bersih-bersih. Jangan cuci gelojoh sangat, kang habis hancur ubi tu. Lepas basuh rendam dengan air garam dalam 5-10 minit gitu. Tapi masa tu, aku tengah layan anak, so terendam lama sikit, dalam 2-3 jam, rasa masin sikit ubinya. haha Tapi tetap habis jugak makan.

 

Dah sejat, baru goreng. Nak goreng tu guna api besar. Sebab aku sagat nipis-nipis, so kejap jelah garingnya.

 

3 kilo tu aku dapat dalam 1 botol besar, 4 botol kecik. Bawak kat opis sikit, bagi kat jiran rasa sikit, tinggal 3 botol je kat rumah. Dah habis sebotol malam tu terus. Naurah suka sangat kerepek ni. Sehingga hari aku taip entry ni, malam tadi last kerepek habis. Nampak macam kena g beli lagi ni. Selagi tak habis CNY, ubi tu ada je di jual di Tesco. Cuma nak jumpa yang besar-besar susahlah kot.


Satu lagi buah yang aku cari time CNY ni adalah buah kumquat. Sejenis buah limau cina. Yang memang ada time CNY jugak. Aku nk try buat kumquat marmalade dan buat oren cheesecake pastu letak kumquat. Macam best je. Dari tahun lepas lagi aku tengok orang share resepi ni. Aku kan pantang tengok makanan, memang teringin sangat lah nak mencubanya. Hari tu g tesco, takde nampak pulak kumquat ni. Lupa nak tanya staf tesco. Bila aku cari kat web tesco, ada je dijual maybe kat tesco lain kot.

Ni rupa buah limau kumquat tu.

sumber : google image
 
sumber: google image. Kumquat marmalade / Jem
 
sumber : google image

Sumber : gooogle image. Boleh dimakan dengan roti/biskut. Macam sedap je.
Sumber: google image. Ni paling nak cuba. Orange Cheesecake then letak kumquat kat atas tu. Ya Allah, menjejes ayaq liur ni.

Katanya, buah ni boleh dimakan sebijik macam tu je. Cuma biji kat dalam tu kena buang. Kalau nak buat jem, kena potong bulat then buang biji, masak dengan gula je. Boleh simpan dalam fridge, tahan dalam 6 bulan gitu.

Kalau dah jumpa nanti aku try buat then share kat sini je.
 hehe


Till then.





THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, January 26, 2016

Tips mula perkenalkan makanan pada bayi. Note for myself.

Not more than one week, Irfan will turns to 6 months old. Kinda excited gitu. Aku rasa jadi mak-mak ni, ikutlah anak pertama ke, kedua ke, atau kelima ke, perasaan excited tu tetap ada bila nak libatkan anak for new experience. Tiap anak tu berbeza sangat, so kita takkan dapat pengalaman yang hampir sama.


Contohnya pengalaman BF anak.

Bf journey untuk Naurah smooth and happy sangat. Stok EBM banyak dan Naurah fully BF tak silap setahun lebih, baru aku campur dengan formula milk.

Tapi, berbeza pulak dengan Irfan. Awal-awal susu keluar walaupun kuantiti yang sedikit. After 3 months maternity leave, kena buat stok EBM kat dia. Malangnya bila marmet/pump, susu tak keluar dengan banyak. Memang stress gila. Aku berdoa sangat, atleast aku nak bagi exclusive breast milk sehingga dia 6 month, jadilah. Aku memang tak putus asa. Tetap marmet macam biasa walaupun sekali marmet tu, kedua-dua belah Miss B hanya dapat 4oz. Sedih sangat. Akhirnya 2 minggu lepas terpaksa bagi dia formula milk jugak sebab memang stok EBM takde langsung dah. Even try marmet, pagi petang siap malam, stok yang dapat tak sampai 20oz pun. Memang tak cukup untuk Irfan. Takpelah, aku tak kisah sangat. Malas nak fikir sangat. Maybe takat tu je rezeki Irfan. Tapi kalau kat opis rasa Miss B keras dan bengkak je memang aku marmet, atleast dapatlah 6oz. Atleat tiap hari aku tinggalkan Irfan, dia akan minum susu ibu dan formula. 


Baby food
 
So, bila nak masuk 6 months ni, satu pengalaman baru pulak untuk Irfan dan aku. Memang la aku pernah lalui saat pertama kali nak bagi anak makan kan tapi macam aku cakap, lain anak lain ceritanya. Aku masih rasa excited seperti mana 1st time nak bagi Naurah makan dulu. Cuma yang buat aku risau untuk kali ini ialah, perut Irfan kerap kembung. Aku agak risau, untuk bagi dia makan. Memang lain sangat dengan Naurah dulu.

Untuk persediaan awal, aku belek-belek semula pasal baby food entry yang pernah aku share dulu. Antara tips yang perlu aku ingat :

- 4 days Rule. Kena bagi makanan yang sama untuk 4 hari berturut-turut sebab in that time kita boleh pantau sama ada perut dia boleh bertoleransi tak dengan benda baru masuk dalam perut dia tu. Sama ada sembelit ke, cirit birit ke, kembung ke, muntah ke.

- For the 1s time, just bagi small amount supaya perut anak tak terkejut. Jangan terlalu excited, mentang-mentang anak main nganga je bila disuap makanan. Rasanya dalam 5 o 6 susu kecik dah ok.

- Bagi makan waktu tengah hari. Supaya boleh pantau dia sama ada dia ok ke tak terima benda baru.

- Start dengan satu-satu jenis makanan dulu. Contoh, avocado + Susu Ibu (SI), epal + SI, Rice cereal + SI. Jangan campur-campur makanan tu sebab kita nak tau apa reaksi perut dan usus baby for the first time terima makanan pejal kan. Biasanya duk hadap susu je, so jangan ambik mudah ye, hana!

 Antara jenis-jenis makanan yang aku dah prepare nak bagi pada Irfan adalah:

-  The 1st food, start with cereal. Aku nak beli beras perang nanti then nak kisar. So bila nak makan, just tambah je dengan SI. Sebab apa, bagi cereal dulu? Sebab cereal kan rasanya plain je macam susu. Takde rasa manis, masam, pahit. So takdelah lidah dia terkejut dengan benda baru. Cuma dia akan rasa tekstur yang berbeza sedikit dari susu iaitu semi pepejal. Dan senang digest, kurang risiko alergik, mengandungi sumber iron yang tinggi.

-  2nd is, vegetables. Why vegetables? Why not fruit? The reason is, buah kan rasanya sedap, manis gitu. Once dia dah rasa benda manis, takut dia tolak nak makan sayur nanti. So aku prefer dia makan sayur dulu, like carrot, potato, zucchini, parsnip.

- 3rd is group buah pulak. Antara buah yang aku tak sabar nak bagi dia rasa ialah Avocado. Avocado takde rasa manis. Tapi kebanyakkan baby sangat suka avocado. Avocado ni paling naurah suka bila dicampur dengan yogurt. Tapi untuk permulaan buat irfan, avocado + SI. Antara buah lain ialah pear, apple, peach, banana, aprikot

- 4th group makanan adalah daging. Like Naurah dulu, aku hanya bagi ayam organik (yang ni senang jumpa kat kampung sebab ada orang kampung jual ayam organik), then ikan (salmon, tenggiri, ikan bilis). Tu pun akan diberi after all the cereal, vegetables and fruit groups dah lulus dan dengan jayanya Irfan menerimanya. haha

 Sebab terlalu excited, tanpa teragak-agak, aku siapkan jadual pemakanan untuk Irfan. haha

2-5 Februari  - Beras perang + SI

6 - 9 Februari  - Carrot puree

10 - 13 Februari  - Potato puree

14 - 17 Februari - Parsnip puree

18 - 21 Februari -  Carrot + Zucchini + SI

22 - 25 Februari - Butternut squash

26 - 29 Februari - Avocado puree

1 - 4 Mac - Pear puree

5 - 8 Mac -Apple puree

9 - 12 Mac -  Peach puree

13 - 16 mac - Rice cereal + Organic Chicken brooth

17 - 20 Mac - Rice Cereal + Ikan bilis

21 - 24  Mac - Cous cous + fruit + SI

and the list goes on

HAHAHA

So far tu je dulu mampu fikir and i will try to follow. Nanti tak payah nak serabut-serabut dah bila sampai masa. Incase anything happen in between, just skip mana-mana meal yang bermasalah tu, ganti with others food. Then yang bermasalah tu akan dicuba pada kali kedua after all the list dah habis. Begitulah lebih kurangnya.

Pendek kata, umur 6 dan 7 months adalah waktu untuk eksperimen, makanan mana yang sesuai dengan perut baby. Nanti bila dah lulus, just tanda untuk dicampur dengan bahan-bahan lain bila dia cecah 9 and 10 months. That time dah boleh rasa gabungan pelbagai jenis makanan dah. 

Kalau ada new food yang aku baru nak bagi Irfan rasa, just add the old one and the new one. Example, cous cous + papaya, rice cereal + potato + ikan tenggiri dll. If anything happen, dah tau apa yang tak sesuai dengan perut dia sebab yang lain dah pernah cuba kan.

Nampak macam susah dan complicated je kan? Tapi sebenarnya kalau kita enjoy, benda ni tak susah pun. Malah seronok je rasa. Tak sabar nak tengok reaksi anak bila kita suap macam-macam jenis makanan tu. Seriously seronok.

Harap Irfan tak picky eater. Seorang yang suka makan macam kakak dan ibunya. bahah!

Acah-acah.

Antara tanda-tanda anak dah get ready to eat adalah, dia akan lihat makanan dengan penuh minat, dia akan tekun tengok kita mengunyah sambil dia gerakkan mulut dia like nak makan something, cepat-cepat rampas makanan kat tangan kita (as u can see picture above T_T), crying walaupun dah bagi susu (maybe susu dah tak cukup mengenyangkan dia), that time 6 months usus dia dah get ready nak terima something new selain daripada susu.

Note for myself.

Till then.





THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, January 25, 2016

Naurah, Irfan's blood test, bff wedding, sayur. Tittle today.

Too many story nak share tapi takdan nak buat satu-satu untuk setiap entry, maka beginilah jadinya. 1 entry main campur segala hal. Settle.

Naurah dan tantrum.

Modal bahan dia bila besar nanti.

Naurah dah lama sangat tak buat perangai. Dia jenis happy go lucky je. Baik time aku ada kat rumah, mahu pun aku keje, rutin dia sama je. Bangun tido, mandi, breakfast, play/learn, lunch, mandi, nap, main, mandi, dinner, tido. Begitulah rutin dia hari-hari mengikut apa kata mak aku. Senang la jaga dia. Tak banyak songeh. Even aku ada pun dia memang sangat-sangat berdikari. Namanya nak manja-manja tu jarang la sangat. Tapi bila datang dia punya tantrum, boleh tahan la nak melayan.

 Macam last week, terkejut hah aku balik kerja tengok kaki dia terjuntai keluar dari buaian. Mak cerita, dia nak ikut kakak dan abang naik basikal pergi rumah kawan kakak tapi mak aku memang tak bagi la dia ikut dia orang pergi jauh-jauh. Terus dia menangis, tunjuk protes, tak nak mandi, taknak lunch, tak nak tido, taknak apa-apa tapi akhirnya tido jugak. haha 

Cerita mak,

"Taknak bagi adik tido dalam buaian".  - katanya

 haha aku boleh bayangkan dengan mimik muka dia berkata-kata begitu. Mesti tokma dia sabar je nak ketawa tu. Naurah ni sama macam aku, suka makan dan suka buat mimik muka bila marah. Kami berlakon nombor 1 ni. bahah!


Irfan's blood test

 

Sekarang, Irfan dalam tempoh yang sangat mencabar. Dia on off demam since end of December last year sampailah ke hari ini. Masa mula-mula demam tu sebab sakit gusi nak tumbuh gigi. Sampai 10 days demam. Then baik seminggu. Demam lagi seminggu. Then baik dalam 2,3 hari, aku bawak dia pi cucuk 5months kat KK. Balik tu demam la pulak hah. Maybe antibodi masih tak kuat kot masa tu. Tu pun dah tangguh sampai dua mingga untuk ambik suntikan tu. So bila demam dah ok, cepat-cepat bawak ke KK, akhirnya demam semula. Sedihnya rasa

Aku bawak g KK ahad last week. Siang hari tu ok lagi. Malam tu badan dia dah panas semula. So bagi ubat siap-siap. Then hari selasa tak silap, badan dia dah tak panas. Lega rasa. Tiba-tiba rabu malam, panas semula badan dia. Dia pun cranky je sepanjang malam. Terpaksalah hari Khamis tu aku bawak dia jumpa doktor. Doktor buat ujian darah. So far takde lah apa-apa yang merisaukan. Just kuman demam je lah. Cuma yang doktor menjadi musykil tu sebab dia demam on off then perut dia kembung sentiasa. Nak kata aku makan tak tentu hala, memang tak lah. Aku jaga makan, even buah nangka kat rumah, walau seulas pun aku tak berani makan. Sebab pernah makan nangka, perut di kembung. So kali ni aku berhati-hati amat tapi tetap jugak kembung. Then poo poo dia, busuk amat.

Muka baru lepas nangis selama sejam tu. Bila hala kamera, stop nangis, tersengih-sengih pulak.


 

 

Then doktor suggest suruh admitted untuk pantau. Tapi aku taknak. Sebab hati aku kuat mengatakan, Irfan sihat, crancky tu biasa la. Maybe jenis perangai dia manja sikit dari kakak kan. Kesian kot bila warded nanti cucuk sana sini ambk darah buat ujian. Hari tu pi KK ambk darah pun dekat sejam terpekik terlolong menangis kat KK. Anak aku menangis lain sikit dari anak orang lain. So baik aku pantau kat rumah. Anything nampak tak ok, baru aku putuskan nanti. So far, Alhamdulillah. Cuma tulah cranky jelah. Dan sebahagian dari otak dan hati aku terdetik, maybe something yang ganggu dia ni, buat dia rasa tak selesa. Aku dah contact ustaz dan amalkan bacaan ayat kat tapak kaki dia, then malam-malam pasang ayat Ruqyah. 

Dia ok je tido. Yang menjadi masalahnya, dia nak tido atas pangku. Kalau ditelak atas tilam, memang dia nangis. Dah 1 hal nak pujuk dia bagi cool down. Dia punya nangis bukan nangis yang biasa tu tau. Adik ni garang macam ibu. hahaha

Tapi takpelah dik. Ibu layan jelah cranky awak ni. Lama-lama ok lah kan, janji awak sihat. Cukup.    


BFF wedding

Hari sabtu baru-baru ni, kawan aku kahwin. Kawan sejak dari kecik. Sekolah tadika sama-sama. Hari-hari pergi sekolah sama-sama. Kadang-kadang arwah pakcik aku g hantar dan ambik aku dan dia, kadang-kadang ayah dia tumpangkan aku. Pastu, sekolah darjah 1 sampai darjah 6 sama-sama, sekelas. Balik dari sekolah, mengaji pun sama-sama kat surau. 

Masuk sekolah menengah pun sekolah sama-sama, satu kelas. Lepas balik sekolah, petang tu lepas asar, sama ada aku pi lepak rumah dia atau dia akan datang lepak rumah aku, sampai ke lewat petang. Entah apa kami sembang pun tak tau. Padahal dah jumpa kat sekolah dari pagi sampai pukul 2 petang tu, tak habis nak bercerita. Even hari minggu pun, aku akan pergi lepak rumah dia. Biasanya lepas zohor lah aku lepak, bila masuk asar balik ke rumah. Lepas dia solat asar, dia pulak datang rumah aku. hahaha sabar jelah. Memang waktu zaman sekolah, kerja aku ke rumah dia jelah. Takde g main jauh-jauh. Berkawan pulak berdua je, memang takde nak bercampur dengan orang lain. Pelik pulak bila difikirkan. Eh, dulu best. Zaman masing-masing takde hp. Mulut tak berhenti berckaap. Agaknya kalau dulu kita orang dah pakai hp, mesti jarang jumpa kan. Mesti main wassap je. Sangat tak best.

Kawan aku ni, dia jenis suka ketawa. Aku jeling pun dia kata lucu. Entah apa tak lucu kalau aku buat. Biasanya aku lah banyak bercerita. Cerita pasal apa-apa jelah. DIa asyik ketawa je, pastu sampai keluar air mata, pastu mulut dia mesti cakap "lucu la mung nih!"hahaha aku pun tak tau kenapa dia ketawa bila aku cerita benda sedih. Tu pun lucu dia rasa. haha Dia kata mimik muka aku tu lucu. Pernah aku sentap dengan mak cik aku, aku pi cerita kat dia. Dia siap cakap, "mesti lucu muka mu masa mu jeling tu". Terus terbahak-bahak dia ketawa. hahah Tapi aku tetap cerita kat dia dengan nada serius, dia tetap ketawa sampai keluar air mata. Tulah kami berdua. Tiba-tiba bila imbas kembali, aku rasa pelik sangat dulu-dulu. hahah

Bila masuk form 3, tak silap aku, dia pindah sekolah ke Negeri Sembilan. Dia stay dengan abang dia. Aku sedih gila time tu. Aku balik rumah menangis bawah kain selimut, di atas katil sampai tertido. Penat rupanya menangis ni. haha Tapi bila bangun tido, aku relaks je g jalan rumah dia, kami sembang macam biasa, boleh tergelak-gelak macam biasa. Ni pun aku rasa pelik juga, nape kami tak berpelukan sedih nak berpisah masa tu. Aku rasa macam biasa-biasa je. 

Bila berjauhan, kami kerap berutus surat. Masa tu mana ada pakai telefon kan. Telefon rumah abang dia pun, aku tak tau. Ke dia tak pernah bagi, aku pun tak pernah mintak. So surat jelah jadi penghubung kami. Banyak bendalah cerita. Masa tu mana ada FB kan, friendster ke, myspace ke, even komputer pun tak reti guna. Mana pernah g cyber  cafe nak chatting ke apa. hahha 

Bila cuti sekolah, dia balik kampung, memang hari-hari kami jumpa. Dia cerita pasal kawan-kawan dia kat sana. Detail dia cerita, dah aku rasa macam kawan-kawan aku jugak hah. haha Lepas habis form 5, dia balik kampung. Kami macam merancang nak kerja sementara tunggu keputusan SPM kan tapi dua-dua parents tak kasi. So kerja kami melepak jelah. Dapat keputusan SPM, aku dapat sambung belajar form 6. Dia masuk politeknik PD tak silap. Berpisah lagi. Masa tu dah pakai hp. Selalu hantar sms yang berhara 5 sen dan 1 sen bila tengah malam, dua-dua guna Celcom waktu tu. hahaha

Lepas habis STPM, aku masuk UM. Kami tetap berkawan macam biasa. Waktu tu, dah ada Friendster and Myspace tapi kami tak pernah pun berkawan ikut alam maya gitu macam mana FB sekarang. Tetap ber-sms dan call. Nak-nak bila birthday masing-masing, akan dapat panggil free, so bergayut jelah. Bila balik kampung je jumpa. 

Bila masing-masing dah kerja, hanya hari raya jelah jumpa. Dia tak pernah datang rumah aku dengan tangan kosong. Mesti bawak kek, biskut. Aku pulak selalu balas kuih muih aku buat dan wajib bagi tapai. Dia suka sangat tapai yang mak aku buat. Kadang kalau hari raya, dia agak sibuk, tak dan datang rumah aku, mesti aku yang pergi rumah dia. Wajib jumpa. Tak pernah tak jumpa waktu raya. Belum berlaku lagi. Tapi dah dia kahwin ni, mesti kena bergilir-gilir beraya rumah mertua kan. Hurmm, takpelah. Raya kan ada 2 kali setahun, janji jumpa sekali setahun pun takpe. 

Waktu aku dah kahwin, ada suami dan anak, dia tetap datang beraya ke rumah aku. Zan tau sangat dah mesti kami nak sembang punya. Biasa kawan aku ni datang waktu petang. So, bila dia datang, Zan bagi peluang la kami sembang. Zan akan layan tv atau tido kepenatan selepas beraya. HAHAHA

Dia biasakan diri dia dengan anak-anak aku as UMI. Dia adalah satu-satunya kawan yang tau segala hal aku daripada masalah kerja, keluarga, kawan-kawan sampai ke hal rumahtangga. Orang yang paling aku percaya selepas husband dan keluarga. Dia pun macam tu jugak. Takde sorok apa-apa dari aku. Segala masalah dia cerita. Biar pun aku busy tak sempat balas wassap dia, dia tetap share something, panjang lebar taip, nanti bila free aku akan reply. Dia pun selalu layan aku macam tu. Kami sentiasa ADA untuk each other. Daripada benda yang simple sampailah ke hal-hal yang rumit. Dan benda yang tak pernah berubah antara kami, asal aku wasap cerita apa-apa, mesti banyak dia akan balas macam ni,

"HAHAHAHA lucu la mung nih"


dan ayat aku lah paling panjang bila berbalas wasap. (suka bercerita)

Masih sama. Tak berubah.

Aku tak harapkan apa-apa dari kawan aku ni, selain daripada 

 -nak tengok dia bahagia sampai akhir hayat dia

-nak tengok dia ada anak-anak

-nak tua sama-sama walaupun duk berjauhan

-dikurniakan kesihatan yang baik

-jangan lupa aku.

Kawan baik tak semestinya jumpa setiap hari, tak semestinya tanya khabar hari-hari tapi cukuplah sentiasa ada dalam ingatan dan sentiasa ada bila memerlukan (walapun sekadar berbalas wassap).

Insya Allah. 
On her wedding day. Aku harap, inilah IMAN yang dia cari dan tunggu selama ni.
 

Ni waktu raya tahun lepas, before melahirkan Irfan. Slim tak mak? HAHAHA
  
Sayur kampung

 

 Pasal sayur kampung pun nak cerita jugak kan. haha Ni antara sayur favourite aku ni. Tapi sebab kenangkan perut Irfan yang kerap kembung dan puncanya tak tau kenapa, maka aku elak makan benda-benda yang "baru" 1st time makan after melahirkan Irfan. Biar perut dia stabil dulu, baru aku try semua benda sikit-sikit. Nak tengok dia boleh terima ke tak. Kecut ayaq liur aku tengok dia orang cicah pucuk paku dengan air asam. Sayur segar ni, bukan beli kat kedai pun tapi jiran yang kasi. Best hidup kat kampung ni, dapat pulak jiran baik-baik. Hari tu, pokok nangka kat rumah berbuah dan masak serentak beberapa biji. Nak hadap makan satu family memang banyak. So, dia orang pakat kopek kat belakang rumah, siap masak pengat makan ramai-ramai waktu petang. Aku telan ailio jelah. Memandangkan gara-gara pernah makan seulas nangka, Irfan melalak tengah malam sebab perut kembung, terus jadi fobia. Aku ok je. Banyak lagi benda lain boleh makan. Selagi boleh tahan aku tahan. Gitu. 



Till than.




 

THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...