Friday, October 21, 2016

Membaca adalah kerja saya

Selalunya walaupun pada hari cuti, aku tetap akan buat kerja kat rumah. Bukanlah kerja yang perlukan pc pun, hanya helaian kertas dan sebatang pen merah. Cukup.  Tapi hari khamis baru-baru ni lupa pulak nak bawak balik kerja. Banyak sangat barang nak sumbat dalam bag. Antaranya,  3 buah buku yang baru pinjam dari library, sebekas maruku yang diberikan oleh kelab kebajikan tempat kerja sempena nak sambut Deepavali 😅 dan pelbagai jenis makanan lagi. Sampaikan kerja yang dah siap disusun atas tray tu boleh pulak tak tercapai sama. 😔

Jadinya, bila dah tiap malam membaca "kerja", bila dari semalam dan malam ni tak membaca "kerja", jadi macam something missing gitu. Semacam tertanya-tanya sendiri, anak dah tidur, aku nak buat apa ni? Mata tak mengantuk lagi. Nak layan drama korea macam tak tau cerita apa yang best kat tv. Dah lama tak layan drama korea kat rumah ni since "leisure time" kat rumah dah berubah. Pasalnya, sekarang Naurah dah start mengaji waktu malam pulak. Biasanya sebelum dia pergi mengaji selepas waktu isyak, aku akan ajar dia mengaji dulu selepas selasai solat maghrib. By the time pukul 9, Naurah dah balik mengaji, kena teman dia dinner then tidurkan irfan. Bila dah waktu dinner tertangguh sehingga pukul 9 lebih, perut pun merajuk. Dah tak rasa lapar lagi. Thanks to Naurah. Dah lama ibu tak dinner.

Eh, nak cerita pasal "kerja membaca" sebenarnya. Dulu aku pinjamlah jugak buku-buku bacaan umum yang santai dan sempoi gitu untuk baca-baca sebelum tidur, macam relaks jela. Tapi sejak aku kerja yang kerjanya kena "membaca" buku-buku yang penuh dengan ilmu-ilmu yang tinggi, sel-sel otak aku berhubung gitu 😂😂 nak memahami tiap-tiap baris ayat yang terkandung dalam bahan aku baca tu. Semacam kepala jadi berat nak hadam apa benda aku baca, ditambahkan fakta-fakta, hasil kajian serta perkongsian ilmu.

So bila malam ni dan semalam aku tak torture otak aku dengan bahan bacaan berat sebegitu, tu yang aku rasa semacam je. Nak kata seronok pun tak, entahlah. Tapi yang pasti, aku jadi terfikir, apa eh yang penulis tu tulis dalam bab 5,semacam kalau stop baca, tak habiskan 1 manuskrip tu secara terus menerus macam kena recalled balik dari awal akan bab-bab sebelumnya. Semacam dah hilang momentum nak fahami akan topik manuskrip tersebut.

Nampak mudah je kerja aku kan? Membaca je. But i tell you, kalau kau jenis bukan kaki membaca pastu nak pulak kena hadap bahan bacaan yang berat, mau kau stress jadinya. Alhamdulillah aku boleh hadapinya. Aku bukanlah ulat buku pun tapi sipi-sipi la membaca tu antara hobi aku jugak. Tambah-tambah bila aku teringat satu ceramah kat tempat kerja lama dulu, lebih kurang begini:

"Patutnya kamu semua berasa beruntung kerja kat tempat mulia, gedung ilmu. Maka, ambillah peluang ini untuk mengaut sebanyak mungkin pahala dalam mencari rezeki yang halal dan diberkati."

So, aku fikir, dahlah aku sekarang pun berada dalam gedung ilmu, ditempatkan pulak kerja yang menjadi sebahagian daripada tukang menyampaikan ilmu dalam naskah bercetak iaitu buku, tiba-tiba rasa bersyukurnya dicampak ke tempat yang pada awalnya aku rasa "like hell" . Tapi alhamdulillah, sekarang aku suka sangat kerja aku.

Hari tu, ada seorang penulis datang jumpa aku. Dia tanya pasal status buku dia. Aku bagitau masih dalam semakan aku lagi. Dia pun tanya, awak semak macam mana? Aku pun terangkan serba sedikit bagi dia faham. Walaupun aku bukanlah berpangkat Dr. atau Prof. seperti dia, namun aku buat kerja kerana itu adalah kerja aku dan aku faham akan kerja aku. Dia pun angguk-angguk tanda faham. Dan di akhir perjumpaan, dia cakap begini:

"Penat jugak kerja awak nak habiskan sebijik buku ni nak baca, nak kena fokus betulkan satu-satu kesalahan. Kalau orang tak suka membaca ni, tak boleh buat kerja ni. Takpe, saya serahkan bab-bab semakan tu kat awak, kalau ada apa-apa kesalahan, maklum kat saya, nanti saya betulkan semula."

Dan, ada sorang lagi penulis datang berjumpa aku, katanya begini:

"Saya rasa, awaklah orang paling banyak baca buku dalam setahun. Paling banyak ilmu pulak tu, baca buku macam-macam. "

Aku takde pun gembira mana bila penulis tersebut berkata begitu sebabnya memang ye "kerja aku membaca" dan dalam tahun ni sahaja, aku kena kejar KPI untuk publish buku sebanyak 25 buku. Mungkin sikit sahaja bagi si ulat buku dan banyak bagi orang yang tak suka membaca.  Tapi aku takde pilihan. Dah tu kerja aku. So membaca jelah. Berkenaan "orang yang paling banyak ilmu" pulak, jujur aku katakan, bila baca tentang sesuati topik, aku betul-betul fokus supaya aku faham akan perkaitan antara satu bab ke satu bab tapi untuk ingat semua content dalam buku tu adalah mustahil sebab lepas selesai satu-satu manuskrip, sebolehnya aku fokus pada manuaskrip lain pula. Dan sudah tentunya topik sebelum ni, aku jadi ingat-ingat lupa. 😅😅😅 so, takdelah berilmu mana. 😂😂

But, overall aku suka kerja ni walaupun nampak macam bosan dan tidak mencabar di mata orang, maybe untuk sesetangah orang. Tapi aku ingat satu je, aku buat kerja mulia, tolong sebarkan ilmu. Semoga kerja dan gaji aku perolehi, diberkati oleh Allah swt. 

Siapa kita untuk menilai kerja orang tu buat susah ke senang ke, selagi kita tidak berada di tempat dia, tak buat kerja dia, tak melalui apa dia lalui dalam laksanakan kerja tersebut, selagi itulah kita takkan faham. Oleh itu, jangan pandang mudah dengan kerja orang, kalau dia takde belum tentu kita mampu buat kerja tersebut. Everyone have their own task to complete and we are not the only one who is important to complete the task without others. Everyone have their roles to play. Don't think it easy because you see it is easy to do because you are not in their shoes. Maybe it has thorns in the shoes but you can't see it.

Do great, become great. Have faith.

Till then.


THANK YOU FOR READING THIS!

4 comments:

  1. terbaiklah hana. daku keje kat ofis je. kul 9pm dah pengsan anak beranak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak la rajin nau.Cuma bila ada buku nk publish urgent, tak sempat habiskan baca kat opis, kena bawak balik ke rumah jugak. Bolehlah baca-baca sementara nak tidur.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...