Wednesday, October 19, 2016

Allah kat mana?

Balik kerja tadi terus masuk dapur sebab Naurah beriya nak makan tomyam. Tomyam tu favourite food dia. Sangat suka, suka yang melampau, i tell you. Nasib baik mak dia pandai masak tomyam. Ke dia suka makan tomyam sebab tomyam mak dia buat sedap sangat. Eh. 😂

Well,  as a good mother (sangat), haruslah aku masuk dapur dengan kadar segera. Kesian Naurah, taknak makan nasi ayam goreng dan sayur lemak, semata-mata nak tunggu aku sampai. See, dia sanggup tunggu pasal dia tau, her mum mesti buat punya dia nak makan apa. Mak yang baiklah katakan. Trust me. lol 😝

Masa memasak tadi, tiba-tiba Naurah muncul kat dapur. Sungguh tak sabar nampaknya. Oleh kerana kuah baru mendidih, dia pun bukak cerita untuk mengisi kesepian.

NAURAH: ibu tau tak Allah kat mana? Awah tau.

IBU: Awah tahu? Allah kat mana?

NAURAH: Allah kat sini (sambil letak tangan dia kat dada).

IBU: Kat mana tu?

NAURAH: Kat hati. Allah ada dalam hati kita. Sebab tu kalau kita gembira, tak bergaduh, Allah sayang kita. Kalau kita marah, hati kita sakit, Allah pun sakit sebab Allah ada dalam hati. Allah tak suka kalau hati kita sakit. Sebab tu tak boleh benci. Kalau benci hati jadi sakit.

IBU: Mana Awah tahu ni?  Siapa yang ajar?

NAURAH: Betulkan ibu, Allah kat hati?

IBU: ha ah,  betul tu. Sebab tu kita pergi mana-mana, buat apa-apa Allah tahu sebab Allah sentiasa ada dengan kita.  Siapa yang bagitahu Awah ni?

NAURAH: Awah tahu sendiri la. Awah kan cikgu.

Krikk krikk krikk 😅😅😅

Terus dia berlalu pergi, tinggalkan ibu tertanya-tanya kat dapur.

Walau sesiapa pun yang ajar dia, aku berterima kasih sangat. Mesti agak kelu lidah aku kalau dia tanya Allah kat mana, kenapa tak nampak Allah dan sebagainya seperti mana yang sering aku dengar dari kawan-kawan, akan wujud seribu satu persoalan daripada anak-anak yang baru mahu mengenali dunia.


THANK YOU FOR READING THIS!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...