Tuesday, August 2, 2016

Nur Naurah Rayyani turn 4 and Muhammad Irfan turn 1

Since tarikh hari jadi anak-anak dekat aje, aku pulun satu entry untuk update, boleh jugak buat kenang-kenangan. A week before birthday Naurah, aku bagitau dia, dia nak apa. Kesian dia, last year aku suprise a bowl of chocolate ice cream but end up dia mintak kek untuk potong. Dia punya request this year lagi hebat. Bukan mintak kek tapi nak buat sambutan hari jadi then panggil kawan-kawan dia datang. Kira birthday party gitu. Omg, dah besar anak. Dah tau nak sambut hari jadi dengan kawan-kawan hah. 

Dah alang-alang beza birthday adik dan kakak hanya 5 hari, aku fikir lets celebrate together jelah. Tapi kena tunggu Zan balik dulu. Zan biasalah, hal anak-anak mana boleh ketepikan dia. Sambut birthday je pun. Tengoklah gambar hari jadi Naurah previous year. Biasa mak-mak yang akan pegang tangan anak untuk potong kek kan tapi Zan ni dia kemain excited hah. So aku jadi tukang ambik ambik gambar jelah. Since makcik aku jenis gegar pegang kamera, nanti gambar blur, baiklah tak payah ambik gambar bertiga. Kang aku jugak marah bila gambar tak cantik. T_T 

Actually plan takde la buat party pun, just beli seketul kek, then panggil kawan-kawan yang selalu datang rumah main degan Naurah. Goreng bihun, kopok, buat jelly, settle. For fun je.

Niat hatinya, pada 28 Julai tu (birthday Naurah), nak buat another suprise la. Home made ice cream cake (again?) tapi memandangkan keadaan tak mengizinkan, terpaksalah ketepikan niat tu. Irfan kuat merap betul bila aje nampak aku keluar dari kereta. Yela, seharian ditinggalkan, memanglah nak berdukung je. 

Owh, before date Birthday Naurah jugak, aku dengar-dengar office nak buat sambutan hari raya. So aku berniat nak kukus pulut kuning lah untuk disedekah kat jiran-jiran sekali sempena birthday Naurah dan Irfan. Tengah google design pulut kuning berhias tu, Naurah ternampak pulut princess. Apa lagi, memang dia mintak aku buatlah. Gigihlah mak kau ni Naurah oiii! Aku kan tangan keras, tak berseni, susah gila oii nak lekatkan pulut kat badan barbie tu. Tapi Naurah macam biasalah, janji ada rupa pulut princess dia suka je. Boleh potong-potong makan dengan kawan-kawan.

Pagi, 1 Ogos pukul 4 pagi, aku dan mak bangun kukus pulut. Rendang ayam, dari malam dah masak. Siap kukus tu gigihlah buat decoration sikit. Tapi tak lawa pun. haha 



 


 Asal boleh je kan. Pagi tu aku pergi kerja dengan bawak sekali pulut kuning yang ada burung tu untuk sambutan raya office. Mak cite, pukul 12 tengah hari baru Naurah potong kek dia tu. Dia tunggu kawan dia datang. Aku balik kerja petang semalam, dia cerita kawan dia cakap cantik pulut tu. haha

Hari ni pulak Birthday Irfan, pun takde plan nak buat apa-apa. Alah, Irfan bukan faham apa-apa pun kan, mak dia je lebih-lebih. haha



Happy 4th birthday my pretty girl. 

You bring so much joy to our lives and i love you more than words could ever say. I constantly go between wanting you be my baby forever and being excited about all the amazing things you will do in this life. I may not be able to carry you in my arms anymore, but i will always carry you in my heart. (something that i share kat IG dan FB)

Naurah ni memang anak yang jenis mudah diurus since baby sampai sekarang. Dia tak mudah jatuh sakit, dia tak manja, dia suka berkawan, dia mudah sesuaikan diri dengan tempat baru, tak cerewet makan, sangat faham keadaan ibu. Bila pergi kedai then dia nak something yang agak mahal, i will tell her, i don't have enough money atau that thing sangat mahal, then dia letak semula, pilih something yang murah. If ibu taknak beli apa-apa mainan pun (saje tak nak ajar dia, everytime dia g kedai mintak mainan sure dapat) ibu just cakap tak cukup duit nak beli mainan, takde duit nak beli aiskrim, boleh beli roti rm0.60 sen je, dia faham. Sikit pun tak tunjuk protes, menangis or mengamuk. Even dah jadi kakak pun, dia tetap sama. Seorang kakak yang penyayang. Redha rambut dia jadi mainan adik. Adik sangat obses dengan rambut dia.





Happy 1st birthday my handsome boy.

Ibu speechless sangat nak luahkan rasa hati ibu untuk adik. Yang ibu tau, ibu tak sabar nak balik rumah tengok adik terlompat-lompat kat pintu, tunggu ibu balik kerja. Seronok ibu tengok. Hilang penat di tempat kerja. Kakak dah besar, dah ada kawan. Jarang tunggu ibu balik kerja dah, dia pergi main kat rumah kawan dia. Nasib baik adik ada. Walaupun adik ni agak mencabar untuk diurus since baby tapi now adik dah kuat. Jarang menangis, kuat sembang, kuat ketawa. Adik buat ibu jadi gila bayang tau dengan adik. Buat ibu rasa macam jatuh cinta kali kedua. 








 Semoga segala doa ibu Allah SWT makbulkan. AMIN.



 Till then.



THANK YOU FOR READING THIS!

2 comments:

  1. Satu2 kita baca entri pasal anak2 ni... :)
    Happy birthday kakak n adik. Moga menjadi anak yg membahagiakan buat ibu n ayah :)

    ReplyDelete
  2. Happy belated bday kakak n adik. Bagus kakak naurah ni..,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...