Sunday, March 27, 2016

Naurah, gen ayah.

Macam biasa la, dah berapa lama tak update ni, there is so many story to share. Tapi sebab jiwa raga celaru dan tak happy, makanya mood menulis pun kelaut. Tak sukalah menaip dalam keadaan tak gembira nanti habis benda nak share without thinking. 

So, today mood happy because awal pagi dah bangun untuk prepare bekal sekolah kanak-kanak kat rumah. Bekal simple je tapi punyalah happy membuatnya. Seronok rasa sebab dah lama tak buat bento kan. Insya Allah, one day kalau Naurah dah sekolah, akan diusahakan untuk bagi dia bawak bekal ke sekolah.

Sosej, coleslaw dan egg sandwich.

Macam biasa, pagi-pagi dalam perjalanan pergi kerja, aku akan dengar radio Sinar FM. Hari Ahad paling suka dengar because ada segmen bersama Dato' Fadzilah  (DMFK). I am not sure tajuk pasal apa tadi tapi dia share tips pasal kanak-kanak, macam mana nak bagi anak dengar kata, perhati tingkah laku anak etc.

And one thing yang menarik perhatian aku ialah katanya anak-anak yang ikut muka ibu atau ayah akan cenderung mengikuti perangai, bakat dan penyakit ibu atau ayah. Bila fikirkan memang betul la. Macam Naurah ada two things yang aku rasa memang ikut perangai Zan.

- Suka eksperimen with toys (boleh jugak disebut sebagai jahanamkan barang mainan) haha.
Dulu aku ingat lagi arwah MIL cerita, Zan ni dapat barang mainan kat dia kejap je, pastu habis togel. Orang cakap sayang kat barang tu kejap je lepas tu jahanam. Nasib baiklah kat bini, dia tak buat macam tu. Kang sayang kejap, nak cari bini lain pulak. T_T mintak jauh. Naurah pun sama tau, baik beli perkakas masak ke, kereta ke, lego ke, teddy bear ke, sure dia main tak sampai sehari. Nak-nak kalau barang tu boleh cabut, pasang memang habis habisan dia kerja. Last-last togel. Pernah dia pi cucuk pisang mainan dengan pensel. Bila ditanya, dia cakap "kan nak makan pisang kena bukak kulit dulu." T_T Baiklah, anak ibu memang bijak. Dia suka belek-belek barang tapi bila nak baiki semula memang taklah, hampir 80% mainan tu akan dibuang. Macam tikus membaiki labu kalau nak ikut pepatah hah. Selalu la dengar tokma dia bebel, tak bagi beli mainan baru kat Naurah. Jauh beza sangat perangai dia dengan aku. Sebab aku jenis sayangkan mainan. Sampai sekarang masih ada perkakas masak yang aku main kecik-kecik dulu. Hari tu tunjuk kat Naurah, dapat kat dia, patah muncung teko dibuatnya. Terus tokma dia sorok sebakul pekakas masak tu. Sentimental value kekdahnya, tokma nak simpan tak kasi main. hahaha 

- Not picky eater. Habis benda nak telan.
Naurah jenis tak memilih makanan. Zan pun sama. Walaupun ada benda baru dia cuba, mesti siap bertambah makan. Sebab tu aku syok masak macam-macam, anak dan ayah kaki makan. Eh, aku pun jenis makanan semua benda pun. kiki Cuma dari dulu sampai sekarang aku tak suka tempe. Tak tau kenapa. Dan, aku tak pernah pun masak tempe atau beli tempe. But since duk kat kampung ni, dia orang suka goreng tempe, Naurah pun kemain hadap tempe. Pelik sangat sebab tak pernah ajar dia makan tempe tapi 1st time makan terus fall in love. Pantang nampak tempe kat kedai, macam kemaruk sangat rupanya hah. Ni sah-sah ikut selera Zan. Zan pun memang hantu tempe.

- Tahan lasak.
Tahan lasak ni memang ikut ayah sangat. Zan tu jarang lah nak tengok dia demam. Memang jarang. Aku rasa Naurah ikut antibodi ayah dia. Compare dengan aku, masa kecik-kecik baya Naurah, kerap nau jatuh sakit. If luka sikit-sikit jenis tahan sakit. 

So far tu jelah aku perasan. Naurah dah besar, makin banyak akal. Sampai tak tau nak share milestones dia macam mana sebab banyak sangattttttt. Rasanya rata-rata kanak-kanak sebaya dia hampir sama kot milestones.

Hitam legam dah anak ibu ni. Tapi bila panas, muka tetap nampak pinkish gitu. hahahaa
 

 Till then.




THANK YOU FOR READING THIS!

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...