Tuesday, March 29, 2016

Irfan pergi berkelah

Dah lama tak pergi pantai since bersalinkan Irfan. Kesian Naurah. Setiap kali ibu ada kat rumah, mesti dia akan tanya bila nak pergi pantai. Padahal pantai dengan rumah tu sangatlah dekat. Masa tu Irfan kan baby lagi, rasa macam tak sesuai bawak g pantai dengan angin kuatnya. Lagi pun Irfan on off demam, so better stay at home jelah. Kat shopping mall pun tak bawak. It's all about thinking about my baby boy condition. Weekend dapat mandi kolam kat rumah pun, Naurah dah enjoy. Nasib baiklah ada kolam jugak.

Cuma last week, we went to the beach jugak akhirnya dan paling happy bawak Irfan sekali. Irfan is so excited for the 1st time pergi ke pantai. Sengih memanjang. And he enjoy tengok pantai, jejak kaki kat pasir and tengok ombak. Acah-acah kaki dia jejak ombak kat pesisir pantai, he cried loudly. Dia takut ok. Ni perangai sebijik macam Naurah. Pun takut ombak dan air pantai sampai sekarang. Naurah ni kalau pergi pantai, bukan nak mandi dan main air pantai pun. Dia more pada nak main pasir, korek-korek pasir and buat istana pasir. Aduhhh. What a waste lah kan, padahal kalau nak main pasir, kat depan rumah pun ada pasir lembut jugak. haha Yang too excited main air mestilah Balqis and Aidil. Pernah Balqis dukung Naurah, bawak dia masuk dalam air then Naurah punya takut menggelupur turun. Sekali ombak datang dia lari laju macam kena kejar dek hantu. Punya lah takut tengok muka dia. Aku syak dia takut lemas macam aku. Sampai sekarang aku memang takut main air dalam (kolam, air terjun, pantai). Kalau nak main pun acah-acah main tempat cetek. Dapat main air dalam kolam kanak-kanak pun dah cukup heaven aku rasa. hahaha

Kita orang bawak bekal mee goreng, keropok goreng, sosej, fruits dan air kosong je. Tu pun dah kira cukuplah bekal untuk picnic kan. Tapi bila sampai kat pantai je, memang harapan la nak hadap bekal dari rumah aje. Pasal naik gila tengok macam-macam makanan di jual. Setiap kali datang ke pantai, aku wajib beli colek buah. A must ok. Memang sedap sangat colek buah tu.

Special nya colek ni sebab ada more than 10 jenis buah dan dia punya sos colek tu memang hebat sangatlah.

Aku memang tak mandi pantai pun, just tengok-tengok budak-budak main sambil temankan Irfan tidur. Kemain syok Irfan tidur di tepi pantai. Nasib baik bawak tilam dia. Bila dia tidur dapatlah aku melantak dengan aman sikit. hehe



Nak main air tapi bila ombak datang, duk lari-lari. Tak faham aku dengan dia ni.
Adik kaki selfie dengan ibu.


 

See, bergambar dengan tokma pun kemain dia menyengih tau.
 

"cantiknya kakak saya ni" - Adik berkata-kata dalam hati. LOL

Three of us. Kan best kalau ayah ada sekali.
The one who is always ready. Naurah insist to take the picture. While ibu not ready yet. Bravo adik! haha
Nah, this one is perfect. Kakak bagi kerjasama. So, this is my current wallpaper picture. Love so much!

 So, by 5.40 kami pun pulang ke rumah. Owh, kami start picnic around 3pm gitu. Tak pergi lama pun. Fikirkan kesihatan adik yang perlu dititikberatkan. Tak naklah waktu senja baru menyusul balik kan. 

On the way balik tu singgah beli pulut mangga. Takde lah sedap mana. lagi sedap mak buatkan.




Till then.

 

THANK YOU FOR READING THIS!

5 comments:

  1. sonoknya berkelah. tapi tak bahang ke? cuaca skrg kan kalau panas, panas sangat. pastu hujan. lepas hujan sambung panas , bahang. naik kereta pun terasa kepanasan T_T

    btw colek buah tu rojak buah ke? yummy >,<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, cuaca hari tu tak bahang pun. Just nice dengan beranginnya. Colek buah tu adalah rojak buah cuma dia letak 2 atau 3 jenis kuah rojak tu, sbb tu special.

      Delete
  2. xkabo pon pantai mana!!
    nak masukkan dlm wishlist nanti ni
    tapi...bukan utk ke pantai
    utk beli rojak 10jenis jeruk tu je, bahhahahah
    koroks betoiii tertelan2 ailio dr td ni, grrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha pun boleh na.. ni Pantai Sri Tujuh.Dekat sgt dengan rumah hana ni. Kalau pantai lain tak sure ada jual ke x.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...