Saturday, February 20, 2016

#random paku di tiang

Jarang aku layan cerita melayu. Asyik drama korea je. Tapi tadi tertekan astro ria, macam best je cite Paku Di Tiang. Nak2 pulak dia orang cakap dalam dialek kelantan. Memang pekat amat. Patutlah siap ada subtitle kan. 

Best la jugak cerita tu. Tengah layan cerita tu (masa tu part budak tu nangis kat kubur mak dia) tiba2 naurah bersuara:

"Ibu awah tak mati lagi hah. Ada je ni." - naurah

"Kenapa? Awah nak ibu mati macam mak dia ke?" - ibu

"Taknak. Nanti awah sedih. Ibu jangan mati eh" - naurah

Huwaaaaa

Cepat2 aku bangun lari dalam bilik konon pi cari baju kerja nak iron untuk pakai esok. Memang merembes air mata lah dalam bilik. Lepas tu naurah masuk bilik.

"Ibu nangis kenapa?" - naurah

"Eh, mana ada ibu nangis." - ibu

"Dah tu mata merah. Janganlah nangis. Mak dia matikn dalam tv je." - naurah

Baiklah. Hahaha


Jap dia buat ibu sedih. Jap buat ibu ketawa. Dahlah emosi ibu tengah celaru kn.
Semoga ibu tabah untuk esok hari. Brace yourself hana.


Till then.

THANK YOU FOR READING THIS!

1 comment:

  1. bila kat ofis teringat2 keletah anak.
    sampai umah jadi mak ko hijau. wakakaka

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...