Thursday, February 4, 2016

Potluck opis

Lepas makan mesti rasa menyesal sangat. Menyesal sebab makan banyak. Tak tahan oiii tergoda dengan lauk pauk best-best, tambah-tambah budu tu. Menyesal sebab tak pernah-pernah nak insaf. T_T 

Actually dah lama plan nak buat potluck, makan sama kat opis. Masa tempat kerja lama, selalu jugak buat potluck ni tapi takde la sampai masak lauk macam ni, siap budu bagai hah. Gigih ok aku bangun pukul 5 semata-mata nak bawak lauk kat opis. Walaupun goreng sardin je pun. haha

Semalam makan nasi dagang. Bos order as farewell dia. Kemain, pagi dan tengah hari aku belasah nasi dagang. Esok mak cakap nak buat keset jantung pisang. Errr, harapan lah nak diet.

Eh, macam manalah nak control makan ni. Help!!!

Tapi seronoklah buat potluck ni. Dapat makan ramai-ramai kat opis. Menambahkan silaturahim antara kawan-kawan opis. Nak-nak aku staf baru kan. Tapi dengan dia orang ni kecoh macamkan dah kenal lama. Tanpa segan silu jugak, aku belasah tambah nasi tak teragak-agak. Takde control ayu punyalah nak makan. haha Maybe sebab dah pegang status as "mak-mak" so kurang rasa malu di situ. haha

Antara lauk pauk potluck tadi. Terliur tak tau ye, hehe

Asam pedas ikan patin. Colleague masak. Sedapnyaaa. Dahlah aku merindui ikan patin masak tempoyak kan, tapi bila dapat ikan patin masak asam pedas ni pun dah cuku syorgaaaaaaaa

Ikan apa entah masak lemak cili api. Tak dan nak jamah sebab aku sibuk dengan asam pedas

Sardin goreng ni yours truly masak. kiki Sedap ke? Mesti la sedap. HAHAHA

Telur dadar by colleague
 
Ulam ulaman ni colleagues sempat beli kat pasar tani tadi. Gila banyak dibeli, macam-macam jenis ulam ada. Heaven betul.

Ni paling win. Ni lah sebab aku makan nasi bertambah-tambah tadi. T_T

Tak cukup nasi 1 periuk, colleague g beli nasi pulak kat kedai bawah tadi. Nampak tak masing-masing kemain mentedarah. haha
 
Pinggan nasi aku. Acah-acah ambik sikit. Lepas tu kemain 3 4 kali tambah. haha
Partner in crime.
 
Ni nasi dagang makan semalam. Sedap hoiiii.
Ni adik tinah. Dia memang pandai masak. Asam pedas tu dia yang masak. Haritu makan laksa penang dia buat. Ya Allah sedapnya. Untung laki dia hah.

 Biasalah, lepas belasah 3 4 pinggan, tanpa teragak-agak rasa macam preggy women 5 bulan tau. Nak nangis pun tiada guna. haha Nantilah, aku gigihkan lagi bersenam, harap-harap berkesan lah. Tak payah kena diet berlapar bagai kan. Will see. hehe






Till then.
 

THANK YOU FOR READING THIS!

2 comments:

  1. terliurnye tengok semua lauk tu!
    daku sedap macam mana la lauk... mesti x lalu nak makan nasik. lauk je penuhhhh sepinggan. kdg 2 pinggan hahaha

    ReplyDelete
  2. huihh...mmg terliur tgokknya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...