Tuesday, February 2, 2016

Muhammad Irfan turns to 6 months old and his 1st meal is Avocado puree

Happy 6 months old, anak ibu!
5 bulan yang penuh pancaroba sebagai seorang ibu. Rasa macam belajar benda baru bila Irfan muncul. Irfan berbeza sangat dengan Naurah. Agak mencabar jugak untuk aku handle. But, Alhamdulillah, so far so good. Mampu bertahan mental dan fizikal. haha

Bila masuk 6 bulan ni, rasa macam fasa baru dalam kehidupan Irfan dan aku. Agak excited nak tunggu bagi dia makan. Selama ni bagi susu jekan walaupun kadang-kadang agak cerewet, kena fikir apa patut aku makan takut dia kembung perut but i manage to handle it, even not to well sangatlah kan. haha 

Since this is my 2nd baby, but aku masih rasa excited nak tunggu dia makan (just like how i feel masa Naurah dulu), rasa seronok nak try n error what food he love and not, rasa gembira bila tengok makanan yang kita sediakan tu dia makan dengan seleranya, rasa teruja nak post gambar dia makan and share the recipe (actually resepi sama macam Naurah je pun) baby food kat blog ni. Semuanya excited lah pendek kata. 

Previous entry, i mean THIS ENTRY beriya tau aku buat jadual pemakanan by date untuk Irfan. Atlast kelaut jugak. haha

Kisahnya, aku cite kat mak, nak cuti on 2nd February semata-mata nak bagi 1st meal kat Irfan sendiri. Beriya sangat kan? haha I know. 
Tapi macam biasa, mak aku marah punya. kahkah Adalah sebab dia marah tu (something that happen in workplace aku cerita kat mak, so she said, ada hati nak cuti lagi tu. kiki)
So, we (i n my mum) decide, alah bagi jelah awal food kat Irfan. Lagi beberapa hari je pun. 

"Ma tengok Irfan ni dari 4 bulan ritu lagi nak makannya. Asal orang makan je mulut dia duk bergerak je, asal orang makan nak capai tangan orang sumbat ke mulut dia. Geram je nak bagi makan." - my mum said.
  
Alhamdulillah. Mak aku mampu mengawal perasaannya. haha Kalau tak memang Irfan akan makan masa 4 bulan tu. Trust me, anak aku yang ni lain sangat dari Naurah. Tengoklah gigi dia pun tumbuh awal dari Naurah. Dia punya minat nak makan tu, Ya Allah tuhan je tau. Kalau orang kampung tengok ni memang dan-dan tu suruh aku bagi nestum kt Irfan. Tapi aku boo layan jelah. Nasib baik mak aku pun respect dengan keputusan aku.

So, hari Jumaat baru-baru ini, aku pun dengan gembiranya sediakan 1st meal kat dia. First aku buat ialah beras perang + SI.

Resepi:

- Beras perang (dibasuh, toskan, then goreng atas kuali sebab nak bagi kering je, jangan goreng sampai hangit pulak, then kisar halus, simpan dalam bekas.)

- Bila nak makan, ambik beberapa sudu, masak bagi kembang then sejukkan sedikit, tambah dengan susu ibu (SI).

- Siap.

1st suapan Irfan makan tapi terus buat muka tau. 2nd suapan dia taknak bukak mulut tapi aku pujuk jugak. Dapat la makan sikit then lepas tu terus dia pusing kepala setiap kali nak suap. Ok, fine. Its failed! T_T

Dan-dan tu jugak nak buat carrot puree tapi lucunya carrot lupa beli. Depan rumah aku ada orang jual ikan dan sayur tau. So mintak tolong anak makcik pi beli tapi carrot takde. Since dalam peti ais ada avocado yang dibeli last week, so aku pun lenyek avocado.

Terujanya, 1st suapan Irfan makan then muka macam blur gitu, 2nd dia nganga lagi then terus senyum gembira. haha Lucu sangat ni. Aku ada share video kat fb untuk kenang-kenangan. Ibu suka sangat Irfan boleh menerima avocado. Yeay!
 
Avocado puree + SI

Tips membeli avocado : Kalau nak bagi anak makan 1 or 2 days after beli tu kan, make sure pilih avocado yang dah masak. Nak tau masak ke tak, kulit dia gelap nak hitam sikit then bila tekan dia dah lembik. Kalau nak bagi anak makan lambat lagi, like ( a week lagi) tapi alang-alang g shopping mall tu terbeli jugak avocado, its ok sebab avocado kalau disimpan dalam fridge memang tahan lama. Aku beli avocado tu 2 minggu dah kot, alang-alang nak pi beli barang dapur kat Tesco ritu. Hajatnya nak buat pasta with avocado sos kat Naurah tapi pastanya dah habis buat baked pasta ritu, so aku bagi jelah kat Irfan. Kalau beli yang keras, 2 hari before nak bagi baby makan tu, letak avocado kat luar atau simpan dalam beras, automatik dia akan jadi lembik.

"yeayy dapat makan
 
nyum nyumm

"hurmmmm ibu bagi makan apa ni?"
"Eh, sedap la"
 
"Urmmm sedapnya. Saya suka la ibu"

hahahaha

 Hari ni adalah hari kelima Irfan makan avocado. Esok meal baru sebab avocado cukup-cukup untuk hari ni je. So far, takde pulak naik rashes atau poo poo sembelit. Alhamdulillah.

Insya allah next is carrot puree + SI. Will see, Irfan makan ke tak. Kalau dia tak makan, plan b adalah gantikan dengan potato. Biasa baby suka makan potato. I mean pengalaman dengan Naurah dulu lah. EH, tapi Naurah ni semua benda dia makan. haha Irfan, please makan macam kakak eh, baru ibu seronok nak prepare macam-macam.

Apa-apa pun, ibu harap untuk bulan-bulan yang mendatang, Irfan sentiasa kuat, sihat, aktif, makin bijak, makin comel dan kita bergembira bersama-sama sambil enjoy milestone Irfan.



Till then.
 
 


THANK YOU FOR READING THIS!

1 comment:

  1. buat jus avocado sedap tau makk. mak try minum. hehe. Annur pun macam irfan , suka makan. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...