Tuesday, February 2, 2016

Gemuk ke? Kenapa eh?

Hahahaha

Nak tergelak je baca komen Na kat previous entry. Tapi memang betul pun apa Na cakap. Rasa diri ni sado sangat sekarang ni. Tu yang gigih pi joging bagai. Kalau takkkkk, hmmmm jangan harap lah.

After bersalin, berat badan menurun jugak tapi tak banyak. Maybe orang nampak aku kurus sebab muka aku kurus kot. Sebelum ni kan pipi terjojol je tembam. Bila pantang, tang muka dulu nampak kurus, siap nampak cengkung bagai tau. Hakikatnya, berat badan idoklah slim sangat. Cuma ada sesetengah baju tu dah boleh dipakai. 

Tapi keadaan ini tidaklah bertahan terlalu lama ye. Harap bertubuhkan Che Ta berpanjangan, rupanya lemak muncul di petang hari. Aku memang tak salahkan sesiapa dalam hal ini, bukan salah Irfan juga yang tak kuat menyusu, melainkan diri sendiri yang bersalah sebab sangat berselera untuk makan. haha Nak pulak mana rajin exercise, so lemak sangat bermaharajalela kan hidup bahagia aman sentosa, siap beranak pinak lagi. tsk.

Tell me, duduk dengan mak, ko mampu tak makan masakan mak? Nak-nak lepas balik kerja, tengah lapar kan. Kalau dapat dinner awal ok gak, pukul 8 lebih baru nak makan. Pukul 9 tidokan anak, dengan kau sekali tido kan. Dah macam mana? T_T 

Lagi 1, kalau waktu office hours, aku rasa makan macam tak ingat dunia. Nak-nak pulak sekitar workplace ni bersepah kedai makan. Yang paling best harganya murah gila ok. Untuk seorang yang gemar makan LIKE ME, mestilah ko akan membeli. Tak payah tunggu perut bagi hint lapar, makanan memang standby atas meja. My Bad. T_T Eh, kalau aku tak beli makanan pun, colleague memang pemurah amat tau. Suka beli makanan pastu panggil makan beramai-ramai kat Pantry. Asal lapar je, memang ada dia orang letak makanan kat pantry. Biasa makanan kat atas meja tu, dia orang wakafkan, boleh aje makan. 

Lagi satu, tempat kerja ni memang syurga makanan kot. Asal ada majlis apa-apa je sure akan sediakan makanan. Sedap-sedap pulak tu weh. Kalau dengar talk tu, masuk dewan aje dah bagi goodies (air kotak/mineral dan roti/biskut), sambil dengar orang bagi talk boleh isi perut dulu. Dengar talk 2 jam lebih kurang, disediakan lunch pulak. Lauk pauk yang cukup menyelerakan. Kau rasa, seorang yang bernam Hana tu boleh tolakkan makanan?? haha

Memang tak r.
Then, kau cakap, kat sini nak makan apa, semua ada. Even kau nak makan chicken chop di siang hari pun mampu, harga mampu makan. RM6 kau boleh dapat sepinggan chicken chop dengan side dishes lagi. Kat area sini ada Mc Donalds, Marrybrown, Pizza Hut, Dominos, Cool block, Kedai Nasi Arab, Kopitiam, Kedai Nasi ayam, Kedai nasi kukus, Kedai nasi (pelbagai lauk pauk ada dalam 10 kedai), gerai-gerai jual benda bergoreng, ABC, supermarket. Eh, kau cakaplah nak apa, Insya Allah semua ada. Tu yang aku rasa senang nak makan, jalan kaki je pi kedai-kedai aku senaraikan kat atas tu, punyalah dekatkan.

Perut aku kan perut kampung. So pagi-pagi haruslah diisi dengan nasi dulu. Biasanya aku beli nasi kat kedai Kak Moh. Standard lah gulai ayam, then waktu rehat biasa makan benda bergoreng jelah. Jarang makan benda berat. Aku punyalah excited masa mula-mula kerja kat sini sebab tengok harga makanan yang murah plus pelbagai benda yang menyelerakan untuk dimakan. Siap ambik gambar. And you know what, colleague ni bukan jenis suka ambik gambar macam aku, mula-mula dia orang pelik sangat aku suka ambik gambar makanan before makan, aku buat derk jelah. Aku saje nak share dalam blog, betapa syorgaaaaaaaaaaaaaanya makanan kat sini. kikiki

Antaranya:

Lunch kat pantry. Laksa Penang, colek buah jambu, roti cicah gulai ayam dan jeruk madu pak ali by colleague. Aku hanya makan. heee
After takilmat. Kambing bakar, daging rusa goreng, brownies, cupcake, kastard puding, creampuff and not in picture (laksa penang & nasi).

Breakfast. Almost everyday aku makan nasi macam ni. Kadang-kadang je tukar lauk. RM3 only.
Breakfast. Yours truly bawak baked pasta untuk colleagues tapi nasi for breakfast tetap tak boleh skip. Perut kampungkan, kalau breakfast tak makan nasi memang tak boleh.
An event. Breakfast.
Lunch for farewell colleague. Very nice and cheap. RM10 tak silap.
Lunch. For farewell and birthday at workplace. They collect RM5 onyl untuk share beli.
Lunch with colleague. ABC Pulut Tapai, ABC Jagung.  RM3.
Lunch. Kuew Tiaw Celup beli kat Pasar Tani. RM3. Tak sedap langsung. haha
Air teh hijau yang paling sedap aku pernah rasa setakat ni. RM3. Dan kuih muih RM2.
Lunch. ABC Rainbow RM3.50 dan Nasi Ayam RM4. Both sedap nak mati.
Long Waffle yang disalut dengan nuttela dan coklat. Sedap sangat ni. RM1 satu.
Roti titab. Ni sangat famous kat Kelantan. Lokasi kat Kopitiam Kita. Jauh gak dari opis tapi officemate bawak masa aku preggy.


Mee Celup Landak. Best sangat-sangat ni. Harga pun murah je. Dekat dengan opis ni but still kena drive lah nak g makan.
Nasi dagang, daging goreng. Ni breakfast. Murah sangat ni. Tak silap RM2.50 atau RM3 gitu.
Dah tunjukkan gambar kat atas? Nak tunjuk lagi sekali. Green Tea, sumpah sedap nak mati. RM3 tapi dia punya banyak macam 3,4 orang boleh minum dan yang penting green tea dia tu terasa amat, tak cair macam orang lain jual. Ni gerai kat Chabang Tiga, PC. Dekat dengan opis jugak but still kena drive.

Tu jelah antara gambar sempat aku ambil. Banyak lagi sebenarnya, nak-nak yang selalu dapat makan free. Baik opismate bawak atau pun makanan after habis event. hah

So, tell me, macam mana tak gemuk, semua makanan sedap-sedap hoii.
 Ok la, aku gemuk, aku bagi chance korang cantik. Ok what??
HAHAHAHA


Till then.



THANK YOU FOR READING THIS!

4 comments:

  1. ko kannn, sbijik cm aku bab mentekedarah,
    menu pon lebih kurang je, nak2 bab bfast tu,
    tggu sat aku updet mende yg sama, bhahahahha,,.

    ReplyDelete
  2. takpe hana, kita geng...haha..nak buat cmne kan mmg jenis suka makan..takde makanan pon rela masuk dapur masak...biar la chubby pon janji dpt nikmat makan...wakakakakaka *ayat sedap hati*

    ReplyDelete
  3. syoknye hana oi..mcm2 ado..xpe..diet can wait..hahaha

    ReplyDelete
  4. Tu dia aihh~ penuh gambar makanan. :-) Quote tulisan sis "Harap bertubuhkan Che Ta berpanjangan, rupanya lemak muncul di petang hari" memang win! Hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...