Monday, January 4, 2016

School or not?

Semalam dan hari ni, timeline FB aku penuh dengan gambar dan status mak-mak hantar anak ke sekolah. Biasalah first day kan, haruslah excited, nak-nak for the first time anak tu g sekolah. Excited gila kot. Aku yang takde kaitan ni pun rasa sebak je, gembira pun ada. Tu anak orang lain, aku nak sebak semacam, kalau anak sendiri tak taulah macam mana. hehe

Jujurnya, aku tumpang happy for my friend yang dah hantar anak mereka ke sekolah seawal usia 4 tahun. Aku pun pernah terfikir nak hantar Naurah ke sekolah seawal usia 4 tahun. Last year, aku hunting kindy for Naurah. Dalam banyak-banyak yang aku jumpa tu, aku berkenan sangat dengan Little Caliph sebab aku dengar cerita dari officemate dan kedua ialah dekat amat dengan tempat kerja aku. Anak officemate tu sebaya Naurah tau tapi anak dia dah pandai serba serbi, termasuklah baca surah solat segala dan usia 3 year, dah boleh spell right. Tak silap haritu dia cerita, dia sebut some word then anak dia tulis. Hebat kot. Anak aku, ABC pun tunggang langgang lagi. tsk.

So, bila dah tersuka tu, aku pun baru bagitau husband, pro and con tempat tulah. Husband aku ok je lah. Pastu tanya kawan pasal fees semua tu, bila tengok angka registration aje cecah 2K, terus pitam. erk. Mula buat kira-kira, takkan nak korek duit tabung haji kan, hutang pun ada lagi tak settle, so pendamkan jelah hasrat tu. Untuk motivated myself, aku selalu cakap, nak berbelanja ni tak boleh ikut orang. Sekarang bukan zaman, tepuk dada tanya selera. Sekarang kena tepuk poket, ada duit berkepuk tak. Gitu. Monthly tu mampu la bayar sebab sekarang makcik yang jaga Naurah pun aku memang bagi bulan-bulan. Husband ok je, nak keluarkan saving dia tapi aku pulak tak bagi. Rasa sayang duit, kedekut pun ye. Cheapskate. haha boleh gitu?

Then mak aku pun tak bagi jugak sebab jauh kindy tu. Kiranya everyday Naurah kena ikut aku, then dia kena mandi siap-siap. She is not a morning person sangat. Kadang-kadang dia bangun awal, kadang-kadang tak. So kalau nak masukkan dia sekolah tu, seawal 6.30 dah kena ikut aku. Mak cakap, kalau nak sekolahkan sangat, hantar jelah tadika kat kampung tu. Ada jugak benda dia belajar. Masuk pukul 8.30. Mak boleh hantar. Boleh jugak dia kenal ABC tu hah. Mak cakap lagi, tak payahlah nak ikut orang, nak anak pandai cakap omputih, pandai baca quran, banyak lagi cara boleh ajar. Mak cakap lagi, "tu tengok anak dia tu (orang kg aku) hantar anak sekolah pra je, UPSR dapat 5A jugak". Eh, banyaklah mak aku bebelkan. Dia sebenarnya nak bagi semangat kat aku sebab nampak macam aku down je bila aku compare progres Naurah dengan anak-anak kawan yang lain. 

Dah alang-alang mak aku nak hantar tadika kat kampung tu kan, aku pulak rasa taknak. Macam menyusahkan mak aku je. Sebab pagi-pagi mak aku hantar 2 orang anak makcik around 7am. Kalau Naurah masuk tadika, around 8am mak aku nak kena hantar Naurah pulak. Then pukul 11 nak ambik Naurah, pukul 12 nak ambik anak makcik, pukul 1.15 nak ambik anak makcik sorang lagi. Kesian kot, kerja mak aku hari-hari duk habis kat jalan gitu je. So, tak jadilah nak masukkan Naurah ke tadika. 

So, slowly aku dah tak fikir sangat dah. Aku dah tukar plan lain untuk Naurah.

Insya allah, start last year aku dah bagi Naurah ikut anak makcik pergi mengaji kat surau. Sebaik dia orang balik dari sekolah, around 3pm gitu, dia pergi mengaji. Kadang-kadang dia nak mengaji, kadang-kadang taknak. Ikut suka hati dia je. haha Nasib baik makcik yang ajar tu melayan je. Selain tu, aku adalah jugak ajar dia kat rumah tapi biasalah anak kan, kalau family sendiri ajar mana nak ikut sangat. Kadang lepas maghrib dia akan ambik quran nak mengaji. 

"Assalamualaikum ustazah, saya datang nak mengaji" - Naurah
"Waalaikumusalam. Boleh, meh duduk sini." - Ibu

Baru aje mengaji 2,3 baris..

"Oklah ustazah, saya nak balik dululah" - Naurah
"Eh, tak habis lagi ni. Tunggu habiskan dulu" - Ibu
"Saya nak berak." - Naurah

T_T

Sabor jelah. Duk 10 minit, dia datang semula, siap pakai tudung.

"Assalamualaikum ustazah, saya datang lagi." - Naurah

Phewww. Main pondok-pondok k dengan ibu. Kadang tu dia nak mengaji, dia bawak teddy bear dia.

"Baby duk sini jap eh. Mama nak mengaji. Jangan nangis, nanti ustazah marah." - Naurah

Aku pun melayan jelah. Asalkan dia nak mengaji.

Kadang aku duk ajar anak makcik buat homework kat meja, dia sibuk jugaklah cari buku dia. Biasa aku buat ABC yang dot dot tu, nanti mintak dia sambung, dah siap, dia mintak aku check, bagi dia markah, dapat A ke, B ke. haha
 
Then, antara aktiviti lain aku ajar dia, benda biasa-biasa je like baking sama-sama, mintak dia basuh pinggan selepas makan, lipat baju, sapu sampah.

Aku tak sekat pun dia nak main apa as long as tak membahayakan diri dia. Memang rutin dia, waktu petang main kat luar dengan anak makcik dan kawan-kawan dia. Aku ada intai-intai jugak dia orang main apa. Biasalah budak-budak, kalau kat luar rumah ramai kawan perempuan, dia orang mainlah pondok-pondok. Biasa barang masak, teddy bear Naurah lah dia orang bawak angkut keluar. Kalau ramai budak lelaki, aku tengok dia main kejar-kejar dengan pistol tak pun main sembunyi-sembunyi. Naurah sembunyi dalam rumah. Beriya dia menyorok, macam kan orang cari dia. kahkah

Perancangannya lagi, Insya allah tahun depan, Naurah 5 tahun aku nak masukkan dia ke sekolah pra kat kampung ni. Anak makcik aku dua-dua sekolah kat situ. Alhamdulillah dari tak kenal ABC, menulis, mengeja dah pandai. Bila dah masuk sekolah rendah, dah boleh membaca. Sebab apa, aku nak masukkan sekolah kt situ? antaranya affordable, hanya keluarkan duit beli uniform je, dari alatan, buku sekolah, aktiviti semua goverment tanggung. Harap ada rezeki Naurah. Eh tapi ramai je anak-anak cikgu yang hantar sekolah kat situ, so aku pun mesti la layakkan. hehe Will see. Yang pasti form tu kena isi cepat-cepat. Siapa booked dulu dia dapat. Aku dah risik-risik dengan cikgu anak makcik aku tu. bahah plus kalau Naurah dah sekolah masa umur dia 5 tahun nanti, rutin mak aku sama je macam sekarang sbb anak makcik tu dah masuk standard one next year, dah boleh ambik sekali harung dengan kakak dia. Tulah serba sedikit perancangannya

For time being, aku harap Naurah enjoy dengan kehidupan kanak-kanak dia. Biar dia main puas-puas dan let's rockin at 5year old. Harap-harap betul lah perancangan aku untuk Naurah ni. Amin.


 Eh, tapi kalau ada duit yang berkepok pun, aku pun nak Naurah merasa sekolah private best ni. Tulah, aku cakap, zaman sekarang zaman duit segalanya. So nak berbelanja kena tengok dompet sendiri, tebal mana. Tak boleh acah-acah ada duit macam orang lain. hehe Biar papa asal bergaya tu dah berkulat kot.

Plus, Zan ada cakap, kalau hantar Naurah ke Little Caliph this year, nanti aku dah tak bayar makcik aku jaga Naurah kan. Makcik aku baru nak tambah income untuk sara anak dia berdua as single mom. Atleast kalau hantar school next year for half day, aku still bayar kat makcik aku sama, sebab sekolah kan dah free.Harap betul lah ni apa aku buat. Nasib baik Zan ingatkan aku pasal hal ni. Part ni paling tenangkan hati aku. Lagipun anak-anak dia ada je ajar Naurah. Tambah-tambah si lelaki tu, mulut potpetpotpet duk mengeja. Alhamdulillah, Naurah pun dah pandai jugak sebut kalau kita eja. She learn a lot jugaklah walaupun nampak macam main-main. Next year ye, naurah.



Merasa jugak dia kena tolak dengan kereta sorong ni. hehe


Its ok, ibu tak marah pun nak main pasir ke, rumput ke.



 


 


Main cikgu-cikgu katanya.


Promise me, Naurah akan jadi the best sister and friend utk adik ye.


Till then.




THANK YOU FOR READING THIS!

4 comments:

  1. Insyaallah die akn ok je..
    Kalau biar je die main lg pun ok..
    Nanti sampai masa die belajar, die akan belajar..
    Tak lambat pun rasanya lagi..

    ReplyDelete
  2. Comel sgt naurah ni hehe.. xpe kita buat yg terbaik utk anak2 kan :)

    ReplyDelete
  3. sedih lak aku baca na, yelah, princess pon sama. aku mcm x lalu nk anta LC, hmm tahun depan hantar pasti, 6tahun baru anta yg elok skit.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...