Wednesday, January 6, 2016

Kuih muih dari ubi kayu #kelantanfood

Asal petang je mesti lapar. Padahal tengah hari tadi dah lunch. Nilah bahananya duk kampung dengan family yang mana mak rajin masak kuih muih. Aku bukanlah penggemar kuih sangat, compare kuih muih, roti, kek dan biskut, aku lebih suka roti dan kek. Kuih-muih tradisional ni berapa jenis sangat aku suka. Paling aku suka kuih muih yang berasaskan pulut. Pulut panggang dan ketupat daun palas tu memang favourite aku sangat. Dan kuih yang tak berapa nak kena dengan tekak aku ialah kuih yang berintikan kelapa. Tapi kalau kelapa tu diluar untuk cicah-cicah atau kuih tu dioles dengan kelapa, boleh pulak aku makan. Pelik sangat hah selera aku. kikiki

Since keberadaan (ekekekeke) aku di kampung, nikmat gila dapat makan macam-macam jenis kuih kegemaran. Syukurlah harga kuih muih kat kampung aku still 4 biji RM1. Kalau pagi weekend tu memang wajib pergi cari kuih untuk breakfast. Rambang mata hoi tengok macam-macam jenis. Kuih biasa-biasa je pun tapi kena dengan tekak aku.

Selain kuih muih yang berasaskan pulut, satu lagi kuih yang menjadi favourite aku ialah kuih daripada ubi kayu. Macam-macam kuih boleh dibuat dengan ubi kayu ni. Ubi kayu bukan sekadar utntuk direbus je tau. Biasa hujung tahun atau musim hujan, mesti bersepah ubi kayu dijual. Aku saje nak share, susunan kuih muih berasaskan ubi kayu yang menjadi favourite aku. Kalau datang ke Kelantan nanti, jangan lupa cuba ye. Kalau nak masak sendiri kat rumah pun boleh, agak senang nak buatnya.

1.Putu Halba

 

Ni paling favourite. Main ingredient dia mestilah ubi kayu. Kuih ni memang glamer waktu hujung tahun. Kalau datang ke Kelantan, rasanya bersepah kot kuih ni dijual di tepi-tepi jalan. Dulu harga dia 3 biji RM1 tapi tahun ni RM2 untuk 5 biji. Dah mahal sikit. Maklumlah semua benda dah naik harga kan. Sebab tu aku kurang gemar putu buluh, putu piring yang dijual di pasar malam sebab rasa tepung semata. Tapi putu halba ni, dia rasa ubi kayu. Lain sangatlah dari segi rasa dan teksturnya. Dalam tu dia isi gula melaka + gula. Ada setengah tempat dia letak kismis dalam tu. Dicicah pulak dengan kelapa muda yang diparut + garam. Memang sedap. Should try ok kalau datang ke Kelantan. Tapi kena datang dalam bulan 12 dan bulan Januari lah. Kalau bulan-bulan lain stok ubi kayu takde, so takdelah orang jual kuih ni. 


2. Tepung Manis Ubi Kayu

Ni mak buat. Bukan beli tau. Biasa yang dijual kat kedai warna dia hijau sikit.


Tepung manis ni ada 2 jenis. 1 tepung manis biasa yang guna tepung pulut ke tepung beras. Entah aku pun tak tau. wakaka Yang ni kira special sebab dia rasa ubi kayu yang diparut dan hanya dicampur dengan santan dan gula je. So rasa lemak-lemak manis gitu. Setiap kali g kedai, kalau ada kuih ni, memang wajib aku beli. 4 Ketul RM1.

3. Kato Ubi Kayu



Yang ni aku tak tau nama luarnya apa. Yang pasti kuih kato ni ada 2 jenis jugak. 1 jenis guna tepung biasa, biasanya dia orang letak pandan, make it warna hijau. Pun sedap. Bila taruk ubi kayu, lagiiii sedap. Pasal musim hujan kan, so bersepahlah kato ubi kayu. Kato biasa pun aku suka. Kuah hitam tu adalah gula melaka yang dicairkan. Kuih tu dioles dengan kelapa muda yang digaul garam dan ditabur dengan beras goreng. Sedap bila makan, terkunyah beras goreng yang ranggup tu.

Additional : kuih putih tu bukan nama qu puteh tapi namanya TEPUNG GOMAK. hehe Not my fav. Sebab diperbuat daripada kelapa. Tak sukalah kelapa diisi di dalam. Sebab tu kuih ketayap pun aku tak suka.  Yang merah tu pulut manis. Aku suka pulut dan nasib baik kelapa tu untuk dicicah. Cuba kelapa tu diletak dalam pulut, mesti aku tak makan. haha

4.Tepung Boko Ubi Kayu

 

Kuih ni dulu sedappppp sangat. Tapi lately bila beli atas pasar Tumpat tu, dah tak sedap. Rasa banyak tepung daripada ubi kayu. Dia dipanggil boko sebab dia dihidangkan dalam talam/dulang. Bahasa Kelantan panggil talam adalah boko. Yang warna putih tu pati santan. Memang pekat gila. Aku suka makan sejuk-sejuk kuih ni. Memang sedap sangat ni. But since dah tak jumpa yang sedap macam dlu, so kuih ni dah turun tarafnya di tempat ke-4. Kalau masih sedap macam dulu, harus menjadi kedua kegemaran aku. hehehe


5. Ubi Kayu Sira

 


Biasa kalau beli ubi kayu, kuih ni memang wajib mak buat. Sebab senang aje buatnya dan paling digemari oleh kanak-kanak di rumah. Aku suka makan sira ni panas-panas time berasap. Kalau sejuk tak best. Gituuuu. hehe


 6. Tonyoh




Ni namanya buruk sikit tapi rasanya sedap. Tonyoh ni sebenarnya ubi kayu parut. Namanya tonyoh sebabnya bila kita parut ubi kayu mesti kita pegang kuat-kuat duk tonyoh-tonyoh ubi tu kat papan pemarut kan. Tonyoh dicicah dengan kelapa yang dicampur garam dan gula serta ditabur dengan beras goreng. Makan benda ni tak nak kunyah beriya pun takpe sebab dia dah hancur. Tunggu ngap dan telan je. bahah 


Selain dari tu, ubi kayu rebus pun sedap jugak. Cuma bila ubi kayu dibuat pengat je aku tak gemar. Kenapa entah. Bila aku kumpul koleksi kuih muih ubi kayu ni kan, baru perasan, kesemua kuih muih ubi kayu mesti kena gandingkan dengan kelapa, barulah sodap hah. hehe



Jangan lupa uolls datang ke Kelantan, must try all this. 

Till then.



THANK YOU FOR READING THIS!

2 comments:

  1. Tertelan telan airliur hehhhh...

    selangor takde... :<

    ReplyDelete
  2. Sume aku xpnh rs haha. Sbb aku xgemar kuih lembik2. Ubi goreng mak aku suh mkn pn aku xnk. Tawor. Haha cicah pn xsdp. Aku jnis mkn kuih goreng c karipap popia haha. Pulut pn xmkn. Sbb tu xmkn lemang. Ketupat palas apatah lg. sbb ms kcik penah muntah mkn pulut kuning gahaha. Pye la fobia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...