Wednesday, January 20, 2016

Bento, busy book, Naurah & Irfan's story

Macam-macam ada dalam kepala ni. Kecelaruan emosi betul sehari dua ni. Nak diluah mati mak, nak ditelan mati bapak. Gitulah sukarnya untuk aku ceritakan secara detail. But, it's ok! Banyak lagi cerita lain yang boleh dikongsikan kat sini. Insya allah, everything happen ada alasanya. Buruk baik, pasti ada hikmahnya kan. Cuma as a human being, aku harap dapat memberi manfaat untuk semua orang. As this quotes said :

"Jadilah benih yang baik.
Dicampak ke laut menjadi pulau.
Dicampak ke darat menjadi gunung."

Insya Allah.

Ok, others story.

Bento/bekal/lunch box

Nasi ayam + buah limau + mini cupcakes + air kotak

Ni lunch box kakak Balqis. Dah lama sangat dia request. Asyik skrol tengok gambar bento Naurah dalam telefon je kan. Alang-alang aku cuti Ahad baru-baru ni, aku janji pukul 1, aku hantar lunch box kat dia untuk kelas Fardu Ain. Kemain suka dia. Menyengih je tengok lunch box tu. Dia cakap, masa makan kat kantin, bukan kawan-kawan sekelas dia je tengok, siap budak-budak lain datang tengok lunch box dia. hahaha Nantilah aku cuti lagi, boleh bagi bekal lagi kat dia.

Berbalik cerita bento kan, dah lama gila tak buat bekal untuk Naurah. Alasannya mudah je. Nak buat bekal g mana, dah memang mak aku je yang jaga Naurah. OWh, sebelum pindah ritu, tak buat bekal sebab aku malas, campur dengan alahan masa pregnant kan Irfan. Bila dah lama tinggal, lama-lama biar gitu je. Tapi nasib baik aksesori untuk aku cantikkan bekal masih tersimpan. Err, ada la jugak beberapa ketul yang hilang. Biasalah anak makin membesar, makin kuat selongkar, asal jumpa je dia main. Paling dia suka food pick. Daripada berpuluh-puluh jenis food pick aku ada, boleh kira dengan jari berapa je yang tinggal. Sedih tau. Dahlah beli tu mahal-mahal. Bukan stok aku beli yang made in China tu tau, ni aku pernah jual dulu. Mahal sebab made in Korea and Jepun. Very the quality one, i tell u! HAHA

Hah, ni nak cerita jugak. Masih ramai yang komen kat entry resepi makanan baby yang pernah aku share dulu-dulu, kat mana nak beli bento tools yang comel-comel tu? Dulu kan aku ada jual. Tiba-tiba je stop kan. Salah satu sebabnya adalah orang lebih berminat nak beli barang murah daripada barang berkualiti. Eh, aku pun sama, sape tak suka barang murah kan. Lagipun benda alah cenonet tu awat la nak beli mahal sangat kan, beriya sangat. Gitu jugaklah aku fikirnya. 

Tapi memang betul, masa mula-mula pakat duk gila buat bento dulu (termasuk aku), gigih kumpul koleksi bento tools tu (food pick, lunch box, seaweed puncher, cutter etc). So alang-alang aku memborong agak banyak, timbul idea, membeli, mengumpul sambil menjual. Hobi sambil nak jana duit lebih sikitlah konsepnya. Seronok sebab ramai yang beli pada mulanya. Lama-lama bila ramai yang tau bento tools ni ada di jual di kedai-kedai yang harga jauh lebih murah, maka jualan makin merosot. Eh, aku pun ada beli kat kedai tu jugak. Haha Tapi masih ada lagi yang beli dengan aku sebab kat kedai, barang bento terhad, tak banyak design macam aku jual. Sampaikan ada orang pernah tanya aku, kenapa lego box yang aku jual tu harga sampai 40 ringgit seketul. Sedangkan kat kedai RM5 je kot. Sebabnya macam ni, barang aku jual tu made in korea or Jepun, lebih kualiti dan yang paling penting BPA free. Aku suruh dia belek belakang lego box tu, tengok made in korea ke China, then compare dengan yang beli kat kedai tu. Memang lain sangat kualitinya. Yang paling best seaweed puncher aku jual tu, seketul tak silap RM39 kot, compare kat kedai RM5 tapi takat guna 4,5 kali dah rosak. Alah membeli menang memakai gitu konsepnya. hehe

Ok, fine lah. Kuasa membeli tu hak masing-masing kan. So, bila dah slow sikit buat bento, plus dengan pindah rumah, then pregnant for 2nd, aku betul-betul malas dah nak meniaga bento tools ni. Terus tutup page online bussiness tu.So hangat-hangat tahi ayam. HAHAHA


 Busy book/ quite book

bolehlah dari takde kan. haha


Masa mula-mula tengok kawan-kawan blogger up gambar kat FB, terus berkata dalam hati "rajinnya dia orang ni buat benda alah ni." Aku tak terfikir pun nak melibatkan diri dalam buat busy book ni. Apatah lagi nak kena pegang jarum, gunting bagai. Benda paling aku malas kot. Masak-masak je aku rajin. Ada la terdetik nak buatlah untuk Naurah tapi takat tu jelah. Sampailah suatu hari, officemate buat busy book untuk anak dia. Bila terpandang betul-betul depan mata, macam kena rasuk kot. Terus saka rajin masuk dalam badan. haha Kain felt tu comel sangat bila digunting menjadi macam-macam bentuk. Takat ni, aku hanya mampu buat ABC dan sempoa je untuk Naurah. Page kira-kira ikan tu aku dah siap gunting tapi belum tampal lagi.

Oh, ya! Tips bagi yang malas nak menjahit macam aku tapi ada hati nak buat busy book kan, senang aje caranya. Ko pi tiru jenis macam mana ko nak buat, then ko gunting, pastu tampal je dengan gam lilin. Senang dan cepat. Tak payah nak jahit-jahit bagai. Aku siap pi beli jarum, benang segala. Konon nak jahitlah kat opis. Sekali bila terpandang pistol lilin, terus kena sawan. haha Tak sampai sejam boleh siapkan 2,3 page kalau buat dengan pistol lilin tu. 

Aku taknak jilid busy book tu dengan jahitan. Tapi nak letak ring untuk satukannya. So bila ada page baru, aku just add on je. Senang dan praktikal rasanya. Memang la jahitan tu nampak lagi kemas dan cantik compare to ring kan, tapi takpelah, add on macam tu lagi mudah. Ni cara-cara nak buat busy book macam aku yang tak berapa rajinlah ye. Acah-acah nak buat tapi boleh lah takat ada kan. 

Best jugak tengok Naurah excited susun ABC.


Naurah's story

Baju nak pilih sendiri. Pakai baju kurung, tapi taknak pakai kain, nak pakai seluar. Fesyen apa lagi gini.

Naurah ni memang dari lahir sampai ke sekarang, anak yang mudah dari segala segi. Tak tau nak cakap mudahnya dia ni macam mana. Antara sedikit lah ye,

- dia wean off dari breastfeed dengan sendirinya
- Tak ajar potty train sangat tapi dia sendiri mintak taknak pakai pampers pada waktu siang. Waktu malam aku pakaikan pampers sebab mak yang tak ready nak kejut dia bawak g tandas. But, amazingly, one day, aku tertidur dulu, then sedar-sedar aku nak g tandas around 3am, tertepuk bontot Naurah, dia tak pakai pampers. Aku dah cuak masa tu takut dia ter wee wee atas tilam. Raba-raba tilam, takde basah pulak. Aku kejut dia bangun untuk kencing. Dia relaks je bangun tanpa menangis or protes. Tak payah berdukung pun. Just pimpin tangan dia, turun tangga then dia kencing. So esok malam memang sengaja tak pakaikan pampers tapi before tidur, suurh dia g tandas dulu, then tiap kali aku terjaga untuk BF Irfan, aku malas nk kejutkan dia pi tandas. haha mak jenis apa la ni. Esok pagi dia bangun 1st thing dia mintak adalah nak pergi tandas. That's it. So sampai hari ni, hampir 5 bulan Naurah free diapers. Alhamdulillah.

- Suka berkawan. Dia sangat suka berkawan. Selamba dia je panggil kawan-kawan anak makcik aku tu dengan nama. We all dah biasa panggil anak makcik yang perempuan tu as kakak. So dia follow je lah panggil kakak. Tapi sebab dia ikut kakak keluar bemain, bila dia dengar kakak panggil nama kawan dia, selamba dia je panggil nama jugak. Kadang-kadang dia pesan esok kita main lagi ye. Beriya, macamkan kawan dia. haha Satu lagi, dia suka main dengan budak lelaki. Bukan main pondok-pondok ye, main perang-perang, main tembak-tembak, main gusti-gusti, main tumbuk-tumbuk. Pitam mak kau, Naurah oii! Kalau dulu sorang-sorang, selalu ajak ibu main masak-masak dengan dia. Now, mesti cakap "jom ibu main tumbuk-tumbuk" T_T

- Berdikari. Ni sangat ibu kagum lepas kewujudan Irfan. Bila dia siap mandi, kebetulan ibu tengah bf Irfan dan ibu terlupa nak sediakan baju dia siap-siap, dia pi masuk bilik sendiri, cari baju. Baju tu tak bersepah pun dia cari. Dia akan angkat satu-satu letak atas lantai, nanti bila dah jumpa baju dia berkenan tu, dia akan masukkan balik baju atas lantai yang dia letak tu ke dalam almari. Memang la dia letak tu tak sekemas ibu susun kan tapi sekurangnya tak bersepah. Kalau dia nak air atau nak apa-apa, tapi ibu tengah bf kan adik, just cakap je, "jap eh Naurah, ibu bagi adik susu dulu", terus dia respon "takpelah ibu, awah ambik sendiri". Kadang nak nangis terharu, sebab nampak dia matang dan mampu berdikari sendiri, kadang-kadang rasa sedih sebab tak dan nak layan dia dah. Kecelaruan emosi betul mak-mak ni kan.

- Kakak yang penyayang. Aku risau perkara ni, sebab anak makcik aku, which is yang sulung kakak dan kedua adik tu, lelaki macam anjing dengan kucing. Sejam sekali bergaduh. Memang bingit la rumah dengar dia orang bergaduh. Biasa kalau bergaduh, confirm Naurah akan berpihak belah kakak, padahal kalo nak apa-apa abang yang paling ringan tulang tolong dia, layan dia main. Kakak kalau ada kawan-kawan dia, memang dia boo layan sangat Naurah. So, abang la yang mengekor menjaga Naurah. Tapi tetapppp Naurah duk buli dia. Aku tak faham betul. Since dah lama sangat Naurah perhati kakak dan abang asyik gaduh je, aku risau the same thing happen kat Naurah. Tapi alhamdulillah, Naurah sayang sangat kat adik dia. Mak aku cerita, dulu kakak tu masa sebaya Naurah, asal terlepas pandang je, mesti dia pi cepuk adik dia yang tengah tidur. Adik dia tu baya Irfanlah. Tau-tau aje dah nangis. Aku pernah je uji Naurah. Tinggalkan dia berdua dengan adik dia kat atas, then aku cakap nak pi tandas, mintak dia tolong tengokkan adik kejap. Aku tak ke tandas pun, aku menyorok belakang langsir. Aku intai-intai je apa dia akan buat kat adik dia. Adalah dalam 10-15 minit gitu aku biarkan dia berdua dengan adik. Apa Naurah buat dalam waktu tu? Dia duk sembang dengan adik, dia duk nyanyi, dia tepuk2 bontok adik. Comel sangat. Bila konon-konon aku datang semula, aku tanya dia, adik nangis tak. Dia cakap adik tak nangis. Adik main dengan Awah.


 Irfan's story

Morning kiss before going to work.

Lagi seminggu lebih, Irfan genap 6 bulan. Irfan sangat berlainan dari Naurah. Ibu ok je nak melayan. Biasalah kan, orang cakap anak-anak perangainya tak sama. Ada lebih, ada kurang. Aku sebenarnya, dah taip satu entry yang bertajuk catatan untuk Irfan tapi belum ada hati nak publish. Nantilah. Cuma apa aku boleh cakap sekarang, semoga Irfan kuat semangat, sentiasa dikurniakan dengan kesihatan yang baik dan dilindungi oleh Allah SWT.



Hari tu, hampir 10 hari Irfan demam yang agak teruk. Rupanya dia sakit gusi nak tumbuh gigi kot. Sebelum tu air liur meleleh je keluar. Now, dah hilang demam, gigi pun dah tumbuh, dah takde air liur meleleh lagi. Boleh tahan lah dia nak teething tu, kerap jugak aku menjerit bila bf dia. haha


Paling buat aku tak sabar nak balik opis ialah untuk jumpa Irfan. Tiap petang dia tunggu aku depan pintu. Bila nampak kereta masuk garaj, terus sengih-sengih. Cuma lately, je tak berapa nak ceria sikit. Ibu risau sangat.

Tapi dalam tak sabar nak jumpa Irfan, bila balik kerja tu, aku mesti beli something untuk Naurah sebab first thing first dia tunggu aku balik adalah dengan menyelongkar makanan dalam beg. Sebaik enjin kereta dimatikan, terus dia bukak pintu, then tanya, ibu beli apa kat awah rini? hehehe

Hilang segala stress.



#naurah4yearsold
#Irfan5monthsold



Till then.





THANK YOU FOR READING THIS!

4 comments:

  1. huarghhh.. ai is sebak baca psl naurah. besar dah dia. pandai bawa diri sendiri dan memang kakak2 sangat. matang ye anak kecik ni. semoga naurah jadi kakak yang terbaik untuk adik2 dia dan anak yang terbaik buat hana dan suami

    sian irfan lama tak sihat. dzikri pun dah tumbuh 2 batang dah dekat depan. ni alang-alang datang nk belek entri solid food naurah dedulu. kekeke. nanti hana share la dkt fb apa bg irfan makan k! hihi

    ReplyDelete
  2. wah bagusnya anak pompuan tu..hmm anak sya hari² bercekau laki pompuan,,,hari² training suh wat itu ini tak jalan...biler cenggitu stress mak,,tp klu anak² tak de sunyi plak rasa....

    ReplyDelete
  3. seronok baca pasal anak2 ni. mcm2 perangai baru dorg tunjuk hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...