Friday, October 21, 2016

Membaca adalah kerja saya

Selalunya walaupun pada hari cuti, aku tetap akan buat kerja kat rumah. Bukanlah kerja yang perlukan pc pun, hanya helaian kertas dan sebatang pen merah. Cukup.  Tapi hari khamis baru-baru ni lupa pulak nak bawak balik kerja. Banyak sangat barang nak sumbat dalam bag. Antaranya,  3 buah buku yang baru pinjam dari library, sebekas maruku yang diberikan oleh kelab kebajikan tempat kerja sempena nak sambut Deepavali 😅 dan pelbagai jenis makanan lagi. Sampaikan kerja yang dah siap disusun atas tray tu boleh pulak tak tercapai sama. 😔

Jadinya, bila dah tiap malam membaca "kerja", bila dari semalam dan malam ni tak membaca "kerja", jadi macam something missing gitu. Semacam tertanya-tanya sendiri, anak dah tidur, aku nak buat apa ni? Mata tak mengantuk lagi. Nak layan drama korea macam tak tau cerita apa yang best kat tv. Dah lama tak layan drama korea kat rumah ni since "leisure time" kat rumah dah berubah. Pasalnya, sekarang Naurah dah start mengaji waktu malam pulak. Biasanya sebelum dia pergi mengaji selepas waktu isyak, aku akan ajar dia mengaji dulu selepas selasai solat maghrib. By the time pukul 9, Naurah dah balik mengaji, kena teman dia dinner then tidurkan irfan. Bila dah waktu dinner tertangguh sehingga pukul 9 lebih, perut pun merajuk. Dah tak rasa lapar lagi. Thanks to Naurah. Dah lama ibu tak dinner.

Eh, nak cerita pasal "kerja membaca" sebenarnya. Dulu aku pinjamlah jugak buku-buku bacaan umum yang santai dan sempoi gitu untuk baca-baca sebelum tidur, macam relaks jela. Tapi sejak aku kerja yang kerjanya kena "membaca" buku-buku yang penuh dengan ilmu-ilmu yang tinggi, sel-sel otak aku berhubung gitu 😂😂 nak memahami tiap-tiap baris ayat yang terkandung dalam bahan aku baca tu. Semacam kepala jadi berat nak hadam apa benda aku baca, ditambahkan fakta-fakta, hasil kajian serta perkongsian ilmu.

So bila malam ni dan semalam aku tak torture otak aku dengan bahan bacaan berat sebegitu, tu yang aku rasa semacam je. Nak kata seronok pun tak, entahlah. Tapi yang pasti, aku jadi terfikir, apa eh yang penulis tu tulis dalam bab 5,semacam kalau stop baca, tak habiskan 1 manuskrip tu secara terus menerus macam kena recalled balik dari awal akan bab-bab sebelumnya. Semacam dah hilang momentum nak fahami akan topik manuskrip tersebut.

Nampak mudah je kerja aku kan? Membaca je. But i tell you, kalau kau jenis bukan kaki membaca pastu nak pulak kena hadap bahan bacaan yang berat, mau kau stress jadinya. Alhamdulillah aku boleh hadapinya. Aku bukanlah ulat buku pun tapi sipi-sipi la membaca tu antara hobi aku jugak. Tambah-tambah bila aku teringat satu ceramah kat tempat kerja lama dulu, lebih kurang begini:

"Patutnya kamu semua berasa beruntung kerja kat tempat mulia, gedung ilmu. Maka, ambillah peluang ini untuk mengaut sebanyak mungkin pahala dalam mencari rezeki yang halal dan diberkati."

So, aku fikir, dahlah aku sekarang pun berada dalam gedung ilmu, ditempatkan pulak kerja yang menjadi sebahagian daripada tukang menyampaikan ilmu dalam naskah bercetak iaitu buku, tiba-tiba rasa bersyukurnya dicampak ke tempat yang pada awalnya aku rasa "like hell" . Tapi alhamdulillah, sekarang aku suka sangat kerja aku.

Hari tu, ada seorang penulis datang jumpa aku. Dia tanya pasal status buku dia. Aku bagitau masih dalam semakan aku lagi. Dia pun tanya, awak semak macam mana? Aku pun terangkan serba sedikit bagi dia faham. Walaupun aku bukanlah berpangkat Dr. atau Prof. seperti dia, namun aku buat kerja kerana itu adalah kerja aku dan aku faham akan kerja aku. Dia pun angguk-angguk tanda faham. Dan di akhir perjumpaan, dia cakap begini:

"Penat jugak kerja awak nak habiskan sebijik buku ni nak baca, nak kena fokus betulkan satu-satu kesalahan. Kalau orang tak suka membaca ni, tak boleh buat kerja ni. Takpe, saya serahkan bab-bab semakan tu kat awak, kalau ada apa-apa kesalahan, maklum kat saya, nanti saya betulkan semula."

Dan, ada sorang lagi penulis datang berjumpa aku, katanya begini:

"Saya rasa, awaklah orang paling banyak baca buku dalam setahun. Paling banyak ilmu pulak tu, baca buku macam-macam. "

Aku takde pun gembira mana bila penulis tersebut berkata begitu sebabnya memang ye "kerja aku membaca" dan dalam tahun ni sahaja, aku kena kejar KPI untuk publish buku sebanyak 25 buku. Mungkin sikit sahaja bagi si ulat buku dan banyak bagi orang yang tak suka membaca.  Tapi aku takde pilihan. Dah tu kerja aku. So membaca jelah. Berkenaan "orang yang paling banyak ilmu" pulak, jujur aku katakan, bila baca tentang sesuati topik, aku betul-betul fokus supaya aku faham akan perkaitan antara satu bab ke satu bab tapi untuk ingat semua content dalam buku tu adalah mustahil sebab lepas selesai satu-satu manuskrip, sebolehnya aku fokus pada manuaskrip lain pula. Dan sudah tentunya topik sebelum ni, aku jadi ingat-ingat lupa. 😅😅😅 so, takdelah berilmu mana. 😂😂

But, overall aku suka kerja ni walaupun nampak macam bosan dan tidak mencabar di mata orang, maybe untuk sesetangah orang. Tapi aku ingat satu je, aku buat kerja mulia, tolong sebarkan ilmu. Semoga kerja dan gaji aku perolehi, diberkati oleh Allah swt. 

Siapa kita untuk menilai kerja orang tu buat susah ke senang ke, selagi kita tidak berada di tempat dia, tak buat kerja dia, tak melalui apa dia lalui dalam laksanakan kerja tersebut, selagi itulah kita takkan faham. Oleh itu, jangan pandang mudah dengan kerja orang, kalau dia takde belum tentu kita mampu buat kerja tersebut. Everyone have their own task to complete and we are not the only one who is important to complete the task without others. Everyone have their roles to play. Don't think it easy because you see it is easy to do because you are not in their shoes. Maybe it has thorns in the shoes but you can't see it.

Do great, become great. Have faith.

Till then.


THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, October 19, 2016

Allah kat mana?

Balik kerja tadi terus masuk dapur sebab Naurah beriya nak makan tomyam. Tomyam tu favourite food dia. Sangat suka, suka yang melampau, i tell you. Nasib baik mak dia pandai masak tomyam. Ke dia suka makan tomyam sebab tomyam mak dia buat sedap sangat. Eh. 😂

Well,  as a good mother (sangat), haruslah aku masuk dapur dengan kadar segera. Kesian Naurah, taknak makan nasi ayam goreng dan sayur lemak, semata-mata nak tunggu aku sampai. See, dia sanggup tunggu pasal dia tau, her mum mesti buat punya dia nak makan apa. Mak yang baiklah katakan. Trust me. lol 😝

Masa memasak tadi, tiba-tiba Naurah muncul kat dapur. Sungguh tak sabar nampaknya. Oleh kerana kuah baru mendidih, dia pun bukak cerita untuk mengisi kesepian.

NAURAH: ibu tau tak Allah kat mana? Awah tau.

IBU: Awah tahu? Allah kat mana?

NAURAH: Allah kat sini (sambil letak tangan dia kat dada).

IBU: Kat mana tu?

NAURAH: Kat hati. Allah ada dalam hati kita. Sebab tu kalau kita gembira, tak bergaduh, Allah sayang kita. Kalau kita marah, hati kita sakit, Allah pun sakit sebab Allah ada dalam hati. Allah tak suka kalau hati kita sakit. Sebab tu tak boleh benci. Kalau benci hati jadi sakit.

IBU: Mana Awah tahu ni?  Siapa yang ajar?

NAURAH: Betulkan ibu, Allah kat hati?

IBU: ha ah,  betul tu. Sebab tu kita pergi mana-mana, buat apa-apa Allah tahu sebab Allah sentiasa ada dengan kita.  Siapa yang bagitahu Awah ni?

NAURAH: Awah tahu sendiri la. Awah kan cikgu.

Krikk krikk krikk 😅😅😅

Terus dia berlalu pergi, tinggalkan ibu tertanya-tanya kat dapur.

Walau sesiapa pun yang ajar dia, aku berterima kasih sangat. Mesti agak kelu lidah aku kalau dia tanya Allah kat mana, kenapa tak nampak Allah dan sebagainya seperti mana yang sering aku dengar dari kawan-kawan, akan wujud seribu satu persoalan daripada anak-anak yang baru mahu mengenali dunia.


THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, August 2, 2016

Nur Naurah Rayyani turn 4 and Muhammad Irfan turn 1

Since tarikh hari jadi anak-anak dekat aje, aku pulun satu entry untuk update, boleh jugak buat kenang-kenangan. A week before birthday Naurah, aku bagitau dia, dia nak apa. Kesian dia, last year aku suprise a bowl of chocolate ice cream but end up dia mintak kek untuk potong. Dia punya request this year lagi hebat. Bukan mintak kek tapi nak buat sambutan hari jadi then panggil kawan-kawan dia datang. Kira birthday party gitu. Omg, dah besar anak. Dah tau nak sambut hari jadi dengan kawan-kawan hah. 

Dah alang-alang beza birthday adik dan kakak hanya 5 hari, aku fikir lets celebrate together jelah. Tapi kena tunggu Zan balik dulu. Zan biasalah, hal anak-anak mana boleh ketepikan dia. Sambut birthday je pun. Tengoklah gambar hari jadi Naurah previous year. Biasa mak-mak yang akan pegang tangan anak untuk potong kek kan tapi Zan ni dia kemain excited hah. So aku jadi tukang ambik ambik gambar jelah. Since makcik aku jenis gegar pegang kamera, nanti gambar blur, baiklah tak payah ambik gambar bertiga. Kang aku jugak marah bila gambar tak cantik. T_T 

Actually plan takde la buat party pun, just beli seketul kek, then panggil kawan-kawan yang selalu datang rumah main degan Naurah. Goreng bihun, kopok, buat jelly, settle. For fun je.

Niat hatinya, pada 28 Julai tu (birthday Naurah), nak buat another suprise la. Home made ice cream cake (again?) tapi memandangkan keadaan tak mengizinkan, terpaksalah ketepikan niat tu. Irfan kuat merap betul bila aje nampak aku keluar dari kereta. Yela, seharian ditinggalkan, memanglah nak berdukung je. 

Owh, before date Birthday Naurah jugak, aku dengar-dengar office nak buat sambutan hari raya. So aku berniat nak kukus pulut kuning lah untuk disedekah kat jiran-jiran sekali sempena birthday Naurah dan Irfan. Tengah google design pulut kuning berhias tu, Naurah ternampak pulut princess. Apa lagi, memang dia mintak aku buatlah. Gigihlah mak kau ni Naurah oiii! Aku kan tangan keras, tak berseni, susah gila oii nak lekatkan pulut kat badan barbie tu. Tapi Naurah macam biasalah, janji ada rupa pulut princess dia suka je. Boleh potong-potong makan dengan kawan-kawan.

Pagi, 1 Ogos pukul 4 pagi, aku dan mak bangun kukus pulut. Rendang ayam, dari malam dah masak. Siap kukus tu gigihlah buat decoration sikit. Tapi tak lawa pun. haha 



 


 Asal boleh je kan. Pagi tu aku pergi kerja dengan bawak sekali pulut kuning yang ada burung tu untuk sambutan raya office. Mak cite, pukul 12 tengah hari baru Naurah potong kek dia tu. Dia tunggu kawan dia datang. Aku balik kerja petang semalam, dia cerita kawan dia cakap cantik pulut tu. haha

Hari ni pulak Birthday Irfan, pun takde plan nak buat apa-apa. Alah, Irfan bukan faham apa-apa pun kan, mak dia je lebih-lebih. haha



Happy 4th birthday my pretty girl. 

You bring so much joy to our lives and i love you more than words could ever say. I constantly go between wanting you be my baby forever and being excited about all the amazing things you will do in this life. I may not be able to carry you in my arms anymore, but i will always carry you in my heart. (something that i share kat IG dan FB)

Naurah ni memang anak yang jenis mudah diurus since baby sampai sekarang. Dia tak mudah jatuh sakit, dia tak manja, dia suka berkawan, dia mudah sesuaikan diri dengan tempat baru, tak cerewet makan, sangat faham keadaan ibu. Bila pergi kedai then dia nak something yang agak mahal, i will tell her, i don't have enough money atau that thing sangat mahal, then dia letak semula, pilih something yang murah. If ibu taknak beli apa-apa mainan pun (saje tak nak ajar dia, everytime dia g kedai mintak mainan sure dapat) ibu just cakap tak cukup duit nak beli mainan, takde duit nak beli aiskrim, boleh beli roti rm0.60 sen je, dia faham. Sikit pun tak tunjuk protes, menangis or mengamuk. Even dah jadi kakak pun, dia tetap sama. Seorang kakak yang penyayang. Redha rambut dia jadi mainan adik. Adik sangat obses dengan rambut dia.





Happy 1st birthday my handsome boy.

Ibu speechless sangat nak luahkan rasa hati ibu untuk adik. Yang ibu tau, ibu tak sabar nak balik rumah tengok adik terlompat-lompat kat pintu, tunggu ibu balik kerja. Seronok ibu tengok. Hilang penat di tempat kerja. Kakak dah besar, dah ada kawan. Jarang tunggu ibu balik kerja dah, dia pergi main kat rumah kawan dia. Nasib baik adik ada. Walaupun adik ni agak mencabar untuk diurus since baby tapi now adik dah kuat. Jarang menangis, kuat sembang, kuat ketawa. Adik buat ibu jadi gila bayang tau dengan adik. Buat ibu rasa macam jatuh cinta kali kedua. 








 Semoga segala doa ibu Allah SWT makbulkan. AMIN.



 Till then.



THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, July 13, 2016

Raya Aidilfitri 2016

Wah kemain hebat rasa, lepas je entry Ramadan 2016 terus entry raya ye. *clap clap* Janji update ye untuk kenangan.haha Punyalah malas nak update entry. But, it's ok. 

Well, raya tahun ni nak kata seronok sangat tu takdelah tapi nak kata sama like others year pun tak jugak. Biasa-biasa je. Nak-nak pulak anak-anak demam before raya, so sambutan raya tu ala kadar jela. Sepatutnya cuti raya bermula pada 5 Julai hingga 11 Julai tapi memandangkan anak-anak demam terpaksalah ambik cuti dua hari awal. Gila heaven baq hang dapat spent time lama-lama dengan anak. 

Nak cerita kisah raya pun dah tak tau macam mana, so aku list down jelah apa aku ingat eh. Senang untuk rujukan kemudian hari.
Sehari sebelum raya

Zan bertolak dari KL pukul 7 malam, then sehari before raya dia sampai dalam pukul 3 pagi. So sempat la bersahur sama-sama. After sahur tu tolong ma bungkus tapai. Around 9am rebus nasi impit. Tell you, nasi impit adalah wajib setiap tahun. Mak isi beras dalam plastik tahan panas then rebus guna kayu-kayu. Biasanya akulah tukang tengok api. Then masak kuah kacang, rendang ayam, ketupat daun palas, bakar sebijik kek. Malangnya kek tak menjadi. hahaha Waktu malam tugas Zan yang sapu-sapu kat ruang tamu, tukar langsir, tukar sarung sofa, bentang karpet. 

Anak-anak dah kurang demam masa ni cuma hidung tu still meleleh dan batuk sikit-sikit. 

Raya pertama

Macam biasa jugak, sembahyang raya, makan-makan, ambik gambar, dan berjalan-jalan ke rumah jiran tetangga. Tapi disebabkan Irfan cranky aku banyak habiskan masa di rumah. Sempat jalan 2 rumah jiran je. While Naurah ikut makcik pusing-pusing beraya. So aku, Irfan dan Zan jelah stay at home. Petang tu Zan ajak g rumah kakak ipar dia. Ikutkan hati malas nak keluar kenangkan Irfan cranky je tapi beriya hah dia ajak. 

Irfan ni kalau badan dia rasa tak best sikit manjanya kemain macamkan demam teruk. Beza betul dengan Naurah. Tapi dalam tak sihat tu, pantang hala kamera kemain tau dia senyum.


Sebetulnya gambar hari raya pertama adalah seperti di atas. Hanya Naurah je lengkap berbaju raya. Sampin Zan mak tak sempat nak cantum, then Irfan memang taknak la sarung baju melayu, aku pulak tak kuasa pakai baju raya dah keje duk melepek kat anak je. T_T







Gambar makanan pun 1 pun tak sempat nak ambik. haha macam takde perasaan je. Raya pertama berlalu macam tu je. 

Raya kedua

Irfan getting better. Takde cranky dah. So raya kedua berjalan jauh sikit. Menziarahi sanak saudara.

Eh tengok gambar jelah. Macam takde perasaan pulak nak bercerita. T_T Baju pun takde sedondon mana dah. Naurah taknak pakai baju kurung. Irfan dengan aku jelah warna merahnya. hummm





Post wajib dalam kereta.

Sampai rumah cousin, Irfan pun kemain best tido.



Balik jalan-jalan petang tu around 6pm. Paling puas dapat makan ialah nasi beriyani gulai kambing. pergh kambing tu favourite aku. 

Raya ketiga

Banyak undangan kahwin. Sempat pergi 2 tempat je. Tiba-tiba aku pulak rasa tak sihat.


 





Banyak gambar selfie aku je. haha 

Raya Keempat & Kelima

Tak silap raya keempat stay at home then raya kelima pergi kenduri kahwin. Lupak dah buat apa. Punyalah tak berapa nak excited rayakan. Sorry Irfan ibu tak bawak awak pergi jalan-jalan sangat macam kakak dulu. Tapi sebenarnya one of the reason is ibu taknak awak jatuh sakit lagi. Dahlah cuaca panas terikkan. Masa ni ramai jugak saudara mara jauh datang ke rumah.

Raya Keenam

Sebetulnya raya keenam baru sempat sarung baju raya pertama dengan eloknya. Jadiklah buat kenangan hari raya daripada takde kan. Nasib baik Zan melayan je permintaan aku sarungkan semula baju Melayu.

 


 






Haaa memang banyak gambar selfie je. Rasa macam kelaut lah raya this year. Naurah tu kelakar bila g umah orang beraya. Kan adik dia tak ikut. Bila orang salam bagi duit raya, boleh pulak dia mintak sekeping lagi untuk adik.

Naurah : Nak 1 lagi boleh?

Tuan rumah : tu dah bagi.

Naurah : Adik punya. Adik demam kat rumah

Tuan rumah : Ni bagi adik tau.

Adoiiiii malu la mak ko Naurah oiii.. Kot ye ingatkan adik pun tak payah la mintak. Hurmm kena ajar dia ni, raya is not about duit raya je. 


Tu jelah serba sedikit raya untuk tahun ni. Zan cuti agak lama. Pagi tadi baru dia bertolak balik ke KL. Mak aku bangun pukul 5 pagi nak masakkan nasi lemak untuk menantunya. Haih. Dengan aku-aku sekali dia pack kan bekal nasi. Baru nak diet. kikikiki

Selamat Hari Raya uolls.
Mohon maaf andai terguris hati ke bila baca blog i kan.
Jumpa lagi next entry. Harap esok rajin update. bahah



Till then.


  


THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, June 7, 2016

Ramadan 2016

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan bertemu kembali bulan Ramadan yang penuh mulia ini. Tapi iolls tak boleh puasa lagi. Women.. u know.. 

This year tahun kedua berpuasa di kampung. Last year baru pindah dan masa tu pregnant kan Irfan. So agak mencabar nak menyediakan juadah berbuka since Irfan kan asyik nak berdukung je. Bila aku dah sampai ke rumah, barulah mak boleh pass Irfan kat aku. Mak continue memasak untuk juadah berbuka. Kesian kat mak. Tapi mak tak suka lauk pauk yang dijual, tak kena dengan tekak dia, katanya. Nasib jugak ada makcik boleh tolong-tolong mak. Cepatlah habis period ni, tak sabar nak puasa.

My short update.

Kerja

Bulan puasa kerja pun takde la slow mana sebab ada banyak lagi manuskrip yang perlu aku hadap. Orang selalu tanya aku, tak bosan ke duduk hadap manuskrip, terbongkok je. For me, masih ok. Takdelah cakap tak bosan tapi masih excited dan masih fall in love with this kind of job. Cuma a bit stress tu nak berurusan dengan 'orang-orang' je. Biasalah kan, kerja mana takde stress. Kalau kerja dengan mesin, maybe we can take control on that tapi dengan human being, nak control orang macam manakan. So bare with it je lah, Hana. As long as, aku buat kerja aku dengan betul. 

Haritu aku tension gila. Dah tulis separuh jalan nak luahkan kat sini. Akhirnya aku simpan dalam draft je sebab banyak sangat kata-kata makian. hahaha Aku luahkan untuk bagi lega je, nak publish memang taklah. Maybe one day kalau betul-betul tak tahan. For time being, aku masih ok. haha 

Just nak cakap till today aku masih tak mampu nak ceritakan saat-saat akhir kat tempat kerja lama, walhal dah cukup setahun. Last week keluar kat timeline FB for memory last year kat tempat kerja lama tapi sedih sangat hati ni nak tekan butan share kat FB tu. Dahlah tengah demam masa tu, lagilah syahdu sangat. 


My birthday

Pada 23 Mei yang lepas, makin bertambah usia aku. Alhamdulillah diberikan kesihataan yan baik, anak-anak yang sihat dan bijak. Aku tak letak birthday notification kat FB. So hanya family and close friend je yang tau tarikh birthday aku. Close friend wish through WhatsApp. Kat FB kawan-kawan boleh tau birthday aku sebab Zan wish kat FB. Kalau tak memang takdelah  kat wall aku orang wish birthday. haha For the 1st time jugak birthday kali ni aku kerja kat sini. Almost every year kat Pahang dulu, officemate akan celebrate birthday, even takde cake pun atleast ada hadiah and a wishes card. So this time, datang kerja takde sorang pun wish. haha Agak sedihlah. (Well, Hana... kau pun bukan ingat birthday orang pun kan. So jangan kau berangan orang tau birthday kau. haha). But suprise is waktu lunch dalam keadaan opis yang gelap, tiba-tiba ada orang bawak kek dan nyanyi lagu happy birthday. Nak nangis rasa tapi aku tahan je. aahaha Dahlah tengah PM dengan kawan kat tempat kerja lama. Bila aku upload gambar kat FB, kawan tu siap cakap, lega sikit hati dia ada orang tolong celebrate birthday untuk aku. haha Nak nangis rasa. Bukan apa weh, bila kita dah selalu celebrate dengan kawan-kawan opis tiba-tiba this year kat tempat baru takde sambut, rasa macam syahdu je, rindu kat kawan-kawan tempat kerja lama. 

Aku betul-betul speachless. Dahlah Zan jauh kan, nak celebrate memang takla.


Mastermind. Practical student. Very friendly, baik and easy going person. Sedihnya dia dah habis praktikal next week.

Adik-adik yang lain.

Terima kasih adik-adik. Hargai sangat-sangat.


Nur Naurah Rayyani

Anak perempuan pertama saya. Berumur 3 tahun 10 bulan.
Naurah ni:

- makin kurus sebab kuat main, jarang nak makan.
- masih minum susu guna botol
- Tak sabar-sabar nak pergi sekolah. Insya Allah, next year hantar dia ke sekolah
- Dah pergi mengaji dengan serius. Sebelum ni dia follow kakak dan abang pergi rumah makcik yang ajar mengaji tu tapi dia tak mengaji. Dia cakap taknak. Last two week dia sendiri mintak nak pergi mengaji, so ibu anggap dia betul-betul dah bersedia. Alhamdulillah, malam-malam dia repeat mengaji dengan ibu.
- Sayang sangat kat adik. Dah takde tunjuk cemburu kat adik. Kalau ibu mandi atau pergi dapur kejap, boleh harap dia hayunkan buaian adik tanpa berhenti. Boleh tengok-tengokkan adik bermain. Cuma dia tak gagah nak angkat adik. Sebab tu ibu tak boleh tinggalkan adik lama-lama kat dia sebab adik dah boleh merangkak. Tempat pertama adik nak pergi adalah panjat tangga. Nanti Naurah tak larat nak angkat adik untuk alihkan adik ke tempat yang selamat walaupun dia geram je nak angkat adik dia. Dua hari lepas dia angkat jugak adik dia yang sedang meniarap. Akhirnya mulut adik terhantuk kat lantai. Apalagi berdarahlah gusi adik yang memang tengah bengkak tu. Cranky jugaklah adik sehari dua ni. Tapi ibu tak marah, ibu cuak je.
- Kalau pergi rumah jiran atau nenek-nenek (which is 'kawan dia'. Naurah memang suka layan borak dengan nenek-nenek) mesti dia akan bawak balik makanan ke rumah. Aku tak suka betul jenis perangai dia satu ni. Tak taulah dia mintak ke, orang bagi ke. Dia cakap nenek kasi kat dia. Tapi petang semalam, aku dengar perbualan dia dengan seorang nenek. Nenek tu panggil dia. Dia pergi kat dapur nenek tu. Aku tengah pasang telinga sambil dukung Irfan. Nenek tu sedekah gula kat kita orang.

"larat tak naurah bawak gula ni. Kang jatuh" - nenek

"Naurah boleh bawak. ringan je ni." - Naurah

"nak 1 ke nak 2 gula ni?" - nenek (sebetulnya nenek tu nak bagi 2 plastik kat setiap jiran tapi dia saje usik Naurah)

"Nak 2. Tapi ada lagi banyak ke?" - Naurah (Masa ni ibu dah malu dah dia mintak lebih)

"2 jelah eh. Kang tak larat pulak. Pecah gula. " - nenek

"Pisang tu Awah nak jugak." - Naurah (masa ni aku pandang je dia. Dia tak perasan kewujudan dia. Rasa nak pi tepuk je mulut dia tu) 

"Pisang nak jugak ke? Nenek nak bagi gula je" - Nenek (sambil suara tahan ketawa)

"Nak. Awah suka makan pisang." - Naurah (eee selamba dia je mintak pisang)

"Nah, pisang. Bawak elok-elok tu. Kejap lagi boleh tak Awah tolong hantar gula kat Tok Joh?" - Nenek

"boleh. Kejap-kejap Awah g makan pisang" - Naurah. Dia pun pusing badan, terus nampak aku. Lain dah muka dia masa tu tengok muka aku garang.

Sambil bawak dua bungkus plastik, dia masuk ke dapur, serahkan gula kat mak aku. Plastik pisang dia pegang kat tangan. Nenek tu bagi 1 ikat pisang kat dia, adalah dalam 10 biji gitu. Belum aku bersuara, dia bagitau aku dulu,

"Nenek bagi pisang kat Awah" - Naurah

"Cakap betul-betul kat ibu. Nenek bagi ke, Awah yang mintak? Ibu tak suka anak ibu menipu" - Aku

"Awah mintak sebab nenek baik. Tadi ibu g keje, nenek goreng nasi kat Awah. Tapi tak habis Awah makan. Sebab tu Awah mintak pisang nenek tapi nenek tak marah. Nenek bagi" - Naurah. Panjang lebar hah terang kat aku. Takut aku marah. Kebetulan pagi tu, nenek tu goreng nasi nak bagi cucu dia makan, kebetulan Naurah ada main dengan cucu dia, so nenek tu pun bagi kat dia jugak.

"Kalau orang bagi takpe tapi ibu tak suka Awah yang mintak dulu. Tadi ibu dengar Awah yang mintak. Memang la nenek tak marah sebab Awah kecik lagi tapi ibu malu la anak ibu suka mintak-mintak makanan orang. Kalau nak pisang bagitau la ibu. Nanti kita g beli." - Aku

"Eh, takpe ibu. Nenek baik. Nenek tak marah" - Naurah

"Yelah, lain kali nak aiskrim ke, nak baju ke, nak kasut ke pergi mintak kat nenek,jangan suruh ibu beli. Tak payah mintak apa-apa kat ibu dah, g mintak kat nenek." - Ibu

"Yela-yela. Awah salah, sorry. Lain kali Awah tak mintak lagi. Awah makan 1 je, nanti Awah bagi semula kat nenek." - Naurah (Dia tarik 1 pisang, terus keluar rumah pergi rumah nenek tu semula) laju aku ikut dia kat belakang sambil menyorok, taknak kasi dia nampak

"Nenek, nah pisang nenek. Awah ambik 1 je." - Naurah

"Ambiklah, nenek bagi kat awah. Tadi Awah cakap Awah nak pisangkan. Dah bagi taknak pulak." - Nenek

"Awah taknak makan banyaklah. Nanti nak pisang lagi, ibu nak belikan pisang kat Awah" - Naurah

"Ambik bawak balik. Nenek banyak lagi pisang kat rumah ni. Kalau pisang nenek sikit, nenek taknak la bagi kat Naurah. Nenek nak makan jugak. Ambik bagi adik" - Nenek (sambil ketawa)

"Terima kasih nenek. Lupa cakap terima kasih tadi." -Naurah

Pening aku. Harap lepas ni takde la dia mintak-mintak apa-apa kat rumah orang. Gelagat dia kadang-kadang kelakar, kadang-kadang ada nak buat aku marah. Kalau dia borak apa-apa dengan nenek-nenek, jap-jap lagi ada la nenek-nenek tu datang rumah, cerita semula kat mak aku. Kebanyakan benda kelakarlah. Sebab tu orang tua suka layan sembang dengan dia kot sebab dia suka bercerita. haih. Tu aku kena tunjuk perangai senonoh depan dia, takut dia pi cerita apa-apa kang. haha

Satu lagi, sangat sukakan make-up stuff. Tak boleh mekap depan dia, confirm dia nak jugak. Kalau tak bagi, menangis tahap melalak ok. Nasib baik pagi-pagi aku g kerja, dia tak bangun lagi. Pernah suatu hari dia bangun, dengan air liur basinya, taik matanya, dia nak pakai lipstick. Kau ghaserrrrrrr??? Tu bukan dia pakai bulu mata palsu tau, tapi aku pakaikan dia maskara. Bulu mata dia memang dah sedia lentik. AKu pun jeles hah.

 



 Muhammad Irfan

Irfan dah 10 bulan. Alhamdulillah getting better. Takde crancky teruk macam dulu-dulu. Demam pun dah kurang, takde kerap-kerap demam sangat. Kalau umur dia dalam 6 bulan ke bawah, memang kerap demam. Pantang orang demam kat rumah tu, mudah berjangkit. Maybe antibodi dia dah kuat untuk lawan virus-virus. Alhamdulillah. Milestones dia so far:

- Dah boleh merangkak dengan laju
- dah boleh berpaut pada something dan berdiri sendiri
- dah boleh melangkah dari satu tempat ke satu tempat but still kena berpegang pada sesuatu
- Dah pandai merajuk kalau kena tegur/usik
- Totally taknak makanan baby (bubur nasi/benda lembik-lembik). Prefer nasi dengan lauk pauk orang masak. Aku masak bubur then taruk brokoli, ayam, carrot. Dia siap tepis susu. Kebetulan mak masak terung masak lemak putih, so aku try suap dengan nasi yang dilecek, kemain dia makan hah. Serioulsy, Irfan???? Memang makanannya kelaut. Tak macam Naurah.
- Mudah nak kat semua orang. So far takde lagi dia memilih kalau siapa-siapa nak dukung dia. One day, tak taulah kan.
- Gigi dah tumbuh 5 batang. Dua kat atas, 3 kat bawah. Dua tiga hari ni, gusi atas bengkak. Macam nampak ketulan putih kat gusi, nak tumbuh gigi baru lagi dua batang.
- Makin besar, makin nampak muka dia mirip aku. Kata orang la. Tapi bila aku tengok betul-betul macam tak pun. Sebab muka dia jenis bulat, muka aku panjang sikit. Cuma tang bibir, mata, hidung tu memang macam aku kot. Nak-nak full lips dia tu. Hahaha Kelakar rasa. Macam nak sapu lipstick kat bibir munggil dia tu.


 

Samakan dengan iolls???? haha


 Till then.
Selamat berpuasa dan berbuka uollss




THANK YOU FOR READING THIS!

Thursday, May 12, 2016

Kadang-kadang sampai tak tahu nak letak tajuk apa

Kalau tajuk pun dah tahu nak letak apa, apatah lagi isinya kan. haha Tiap kali tu mesti cakap banyak benda nak share tapi akhirnya simpan jelah dalam kepala dan gambar dalam memori telefon. Busy tu jangan cakaplah, ditambah dengan mood swing. So, after on off episode keberadaan di pejabat, hari ini merupakan hari pertama masuk opis selepas hampir 2 minggu out station di KL.

So far, so good. Happy la jugak gain new experience. Belajar benda baru selain terperuk duk dalam opis, mengadap manuskrip je kan. Cuma rasa sedikit ralat dan sedih amat tu, sejak aku tinggalkan Irfan for 14 days, Irfan dah reject to breastfeed. Sedih gila. Milk is still produce tapi dia taknak. Dia dah selesa dengan bottle feeding. Dah berapa kali jugak aku cuba untuk bf dia, namun tetapnya ditolak. Like malam tadi, tengah dia mamai nak susu, aku cuba bf. Mula-mula dia nyonyot la tapi macam tak keluar susu, terus dia meraung dengan kuat. Mengamuk boleh tahan hah. End up terpaksa buat jugak susu botol. Haih.

Takpelah, aku cuba lagi. Sedih rasa macam satu ikatan special antara ibu dan anak tu dah takde. You will know what i mean. Eh, jangan salah sangka tau. Tak bermaksud yang tak bf anak takde ikatan istimewa dengan anak tapi that feeling tu lain. Bagi susu guna botol, anyone can do that tapi susu by yourself, only mum can do. So such a sentimental moment yang bf mum miss the most la. That bonding time. Tak boleh dijelaskan dengan kata-kata. Jangan salah faham ye.

I will try sehingga susu dah tak produce lagi. Insya Allah, where there is a will, there is a way. For time being, bersyukur tengok anak-anak membesar dengan sihat. Irfan sikit pun tak meragam sepanjang aku tinggalkan dia. Balik tu makin montel hah. Gigi bahagian atas dah tumbuh lagi dua dan dia dah boleh merangkak. Huwaa Ibu tertinggal to watching that part. His first trial. Takpelah, Alhamdulillah. He able to crawling that fast.

 


 



 




 



 




 


 
 


#nurnaurahrayyani #3years10monthsold
#muhammadirfan #10monthsold



Till then.






THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, March 29, 2016

Irfan pergi berkelah

Dah lama tak pergi pantai since bersalinkan Irfan. Kesian Naurah. Setiap kali ibu ada kat rumah, mesti dia akan tanya bila nak pergi pantai. Padahal pantai dengan rumah tu sangatlah dekat. Masa tu Irfan kan baby lagi, rasa macam tak sesuai bawak g pantai dengan angin kuatnya. Lagi pun Irfan on off demam, so better stay at home jelah. Kat shopping mall pun tak bawak. It's all about thinking about my baby boy condition. Weekend dapat mandi kolam kat rumah pun, Naurah dah enjoy. Nasib baiklah ada kolam jugak.

Cuma last week, we went to the beach jugak akhirnya dan paling happy bawak Irfan sekali. Irfan is so excited for the 1st time pergi ke pantai. Sengih memanjang. And he enjoy tengok pantai, jejak kaki kat pasir and tengok ombak. Acah-acah kaki dia jejak ombak kat pesisir pantai, he cried loudly. Dia takut ok. Ni perangai sebijik macam Naurah. Pun takut ombak dan air pantai sampai sekarang. Naurah ni kalau pergi pantai, bukan nak mandi dan main air pantai pun. Dia more pada nak main pasir, korek-korek pasir and buat istana pasir. Aduhhh. What a waste lah kan, padahal kalau nak main pasir, kat depan rumah pun ada pasir lembut jugak. haha Yang too excited main air mestilah Balqis and Aidil. Pernah Balqis dukung Naurah, bawak dia masuk dalam air then Naurah punya takut menggelupur turun. Sekali ombak datang dia lari laju macam kena kejar dek hantu. Punya lah takut tengok muka dia. Aku syak dia takut lemas macam aku. Sampai sekarang aku memang takut main air dalam (kolam, air terjun, pantai). Kalau nak main pun acah-acah main tempat cetek. Dapat main air dalam kolam kanak-kanak pun dah cukup heaven aku rasa. hahaha

Kita orang bawak bekal mee goreng, keropok goreng, sosej, fruits dan air kosong je. Tu pun dah kira cukuplah bekal untuk picnic kan. Tapi bila sampai kat pantai je, memang harapan la nak hadap bekal dari rumah aje. Pasal naik gila tengok macam-macam makanan di jual. Setiap kali datang ke pantai, aku wajib beli colek buah. A must ok. Memang sedap sangat colek buah tu.

Special nya colek ni sebab ada more than 10 jenis buah dan dia punya sos colek tu memang hebat sangatlah.

Aku memang tak mandi pantai pun, just tengok-tengok budak-budak main sambil temankan Irfan tidur. Kemain syok Irfan tidur di tepi pantai. Nasib baik bawak tilam dia. Bila dia tidur dapatlah aku melantak dengan aman sikit. hehe



Nak main air tapi bila ombak datang, duk lari-lari. Tak faham aku dengan dia ni.
Adik kaki selfie dengan ibu.


 

See, bergambar dengan tokma pun kemain dia menyengih tau.
 

"cantiknya kakak saya ni" - Adik berkata-kata dalam hati. LOL

Three of us. Kan best kalau ayah ada sekali.
The one who is always ready. Naurah insist to take the picture. While ibu not ready yet. Bravo adik! haha
Nah, this one is perfect. Kakak bagi kerjasama. So, this is my current wallpaper picture. Love so much!

 So, by 5.40 kami pun pulang ke rumah. Owh, kami start picnic around 3pm gitu. Tak pergi lama pun. Fikirkan kesihatan adik yang perlu dititikberatkan. Tak naklah waktu senja baru menyusul balik kan. 

On the way balik tu singgah beli pulut mangga. Takde lah sedap mana. lagi sedap mak buatkan.




Till then.

 

THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...