Tuesday, June 30, 2015

Kuih Kegemaran

Aku dikira beruntung jugak bila mana nak makan kuih, tak payah susah-susah beli kat bazar sebab mak pandai buat kuih itu ini.. (Erk, susah ke nak beli? Lagi senang dari buat kot. bahah!). Mak aku la cakap tak payah susah-susah beli kat bazar. Beli 4,5 ketul dah RM2,RM3. Then hadap sorang-sorang je. Kalau buat sendiri dapatlah banyak sikit untuk makan ramai-ramai kan.

Tekak kali ni suka amat kuih muih yang mana jarang aku pandang sebelum ni. Nak-nak kuih manis-manis. Mesti anak ibu ni manis orangnya. Hahahaha

Start 1st day puasa sampai ke 13 Ramadan ni, boleh dikatakan hari-hari mak buat kuih. Biasanya kuih yang ikut anak tekak akulah. Begitulah untungnya menjadi seorang mak buyong! 

Seingat aku lah kan, antara kuih yang pernah aku request waktu berbuka :

Onde-onde / buah melaka (Dah 2 kali buat)
Pulut Durian / pulut mangga (Repeat tiga hari turut-turut)
Agar-agar santan pandan
Sira pisang dan tapai
Cendol gula melaka
Rodok Telur
Sekaya

Then semalam sebelum balik kerja, sms mak cakap nak makan bronok / asam gupal pulak. Mak balas ok je. Tapi sempatlah aku balik kerja hah tolong gentel sagu tu. Idoklah tau makan aje. hehe

Asam gupal tu memang fav aku dari dulu. Nak-nak version mak punya ni taruk extra halba sikit, aku suka bau wangi halba, makin berselera makan. Dulu masa bf naurah, selalulah mak buat asam gupal ni sebab halba adalah salah satu herba yang boleh produce susu dengan banyak. Ikutkan bagus aje rendam / rebus halba dalam air then minum gitu je tapi tekak aku tak boleh terima. So mak masak asam gupal taruk halba kemain banyak. Terbukti susu punya meriah amat, nak-nak ada santan pulak tu kan.


Balik kerja pukul 4 semalam, singgah gerai tepi jalan beli air kelapa 2 biji, kuih koci dan cream puff, sampai rumah pukul 5. Sempatlah tolong kat dapur sikit-sikit.

Sagu yang dimasak tu kan panas, so letak dalam plastik bulatkannya.

Nampak tompok putih-putih tu kan? Memang sagu tak kembang sepenuhnya pun tapi mak cakap bila dah masukkan dalam kuah bersantan nanti-nanti dia kembang jugak.

TAraaaaaaaaa asam gupalnya. Berbuka 2 biji. Lepas berbuka 5 biji. hahaha Mak buat banyak jugak semalam, bagi untuk jiran-jiran jugak.

Ni also favourite. Kuih koci beli tepi jalan. RM2.

Sedap gila. Aku suka sangat sebabnya inti kacang. Aku kurang gemar kuih-kuih inti kelapa. Tapi kuih koci yang aku makan kat opis lama dulu everytime ada potluck atau jamuan, dia orang akan order koci dari salah seorang staf ni, tu aku suka. Sebab sedap gilaaaaaaaaaaaaaa walaupun inti kelapa.

Petang ni nak singgah lagilah beli kuih koci tu. Tak cukup sebekas. Tanya mak, taknak buat ke, mak cakap malas. HAHAHA Ada jugak yang mak aku malas buat. Agaknya leceh nak balut-balut daun pisang lagi, buat inti lagi. Mak busy jahit baju.

Cream puff inti sekaya. Naurah suka makan. Kalau inti kastard lembik-lembik tu dia kurang gemar sikit. Yang ni pun RM2 tapi 6 biji. Sebiji dah kena songlap.


Hah, lompat tikam pun mak aku malas buat sebab kena buat 2 3 perkara. Nasib baik beli yang jiran buat tu sedap. RM2 satu plastik. Lompat tikam pun aku suka. Dulu beli kat bazar kat kuantan, takde jumpa pun versi macam aku makan ni.


Balik karang boleh makan asam gupal lagi. Masih ada balance semalam, mak simpan dalam peti ais. Best gila dapat makan sahur tadi sejuk-sejuk.

Tulah kuih muih aku suka makan tapi tak pandai buat. Pandai makan je. Sekian.


Till then.




THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, June 29, 2015

Resepi Kerabu Ikan Tawar Daun Kesum

Wah kemain rajin update blog. Hari-hari baq hang! Pastu hari-hari nak cakap mengantuk. haha Apa nak jadi ni. Pagi tadi sahur dalam kilat dan petir, hujan light-light je. Naurah takut tengok cahaya kilat, tidur pun pusing belah aku je, tangan dia belit tangan aku, kaki dia tindih peha aku. Lenguh tau tido terlentang, entah adik selesa ke dalam perut ibu tidur gaya gitu. Tapi dalam lenguh-lenguh tidur gitu, aku tak sedar bunyi jam. Tau-tau mak ketuk pintu bilik suruh bangun sahur. Dah pukul 5 pagi. Naurah pulak tak kasi aku bangun sebab takut kilat. Dah kena angkut dia sekali sahur. Bangunlah kau nak! Sahur susu dia tadi.

Biasa lepas sahur sempat jugaklah aku tidurnya barang sejam gitu, tapi namanya si minah kerinting ni terjaga, dia tak bagi aku tidur. Kesimpulannya mengantuk kuasa dua pagi ni. Sekian, mukadimah blog.

Aku kan rasa bersyukur sangat dapat peluang kerja kat kampung dalam usia muda ni. (Muda lagi la belum cecah 3 series) kikiki Ingat dah tua-tua sikit baru pindah kan, siapa sangka perancangan Allah yang terbaik.

Kalau masih stay kat kuantan ni, harus hari-hari aku tapau juadah berbuka kat bazar. Memang rasa tak larat dan mengah lain macam kehamilan kedua ini. (ayat dah macam majalah ibu2 je) kofkof

So balik kerja tolong mak kat dapur sikit-sikit je like potong sayur ke, bakar ikan ke, then hujung-hujung nak berbuka memang kerja aku sediakan 2 jug air. Biasanya satu 1 tebu (wajib every time berbuka) dan satu lagi air ribena/teh o ais/air kelapa/sirap limau/oren (1 jug). Tu jelah kerja aku. Sambil tunggu dia masak, aku lepak-lepak dengan budak-budak (naurah, eddy + balqis iaitu anak makcik aku) depan tv sambil lipat baju.

Biasanya jugak selesai sahur pagi tu, mak aku dah tanya siap-siap esok nk berbuka makan apa. Pasalnya tekak ni dah turn to masa alahan awal-awal dulu, cerewet pasal makanan. 

So petang semalam berbuka dengan 2 menu pilihan aku. Aku rindu sangat nak makan patin masak tempoyak makcik yang aku pernah buat bisnes lauk dengan boss aku dulu. Patin tempoyak dia sedap dan kena dengan tekak aku. So aku pun bagitau mak aku buatlah ikan apa-apa masak tempoyak pasal dia orang tak makan ikan patin ni. Mak cakap adanya ikan kembung, cencaru dan kerisi je dalam peti ais. Maka buatlah ikan kembung masak tempoyak. 





 Hah nampak betapa pekat kuah tempoyak tu. Aku cakap patin masak tempoyak tu memang kena rasa durian pekat-pekat gitu. Makanya lebihan durian yang makan pulut tu ada lagi, mak aku letaklah banyak. Ikannya seekor je pun. hahaha Mak aku tau, tekak ni jenis makan kuah je, ikan gulai-gulai gitu aku tak gemar. So hujung-hujung dia kena habiskan. Tu buat cukup syarat je masukkan seekor ikan je. Sedapppppppppp puas hati aku makan kuah tempoyak dengan ikan sardin goreng garing. (ikan sardin nak best yang digoreng garing tu kena rebus dengan asam keping dan garam dulu. Pastu baru goreng garing-garing).

Satu lagi aku nak makan semalam ialah KERABU IKAN TAWAR DAUN KESUM. Ni sedap gila aku bagitau. Memang menambah selera. Dan tak ramai yang tau pun buat kerbau bodoh-bodoh gini pun sedap!

 
Kau jangan nak eksyen sangat, tengok rupa sememeh tapiiiiiiiiiiiii sedap hoi!!
Kot teringin nak buat kan, rasa kerabu lain dari yang lain. 

Bahan-bahan:

ikan sardin (3 ekor di bakar tawar. Maksudnya tak payah nak lumur garam ke kunyit ke)

Daun kesum (agak-agak je lah setengah ikat ke, seikat ke)

Garam

Cili padi (depends la nak pedas tahap mana. Aku guna 3 biji je)

Serai (3 batang)

Budu (optional. Kalau taruk lagi best)

Limau nipis (Dalam 2 biji gitu, kalau tekak jenis suka masam, pandai-pandailah tambah sendiri)

Cara-cara:

- Mula-mula bakar ikan. Dah masak carik-carikkan isi ikan. Jangan carik-carik halus tau, bagi kasar-kasar macam dalam gambar tu. Elok-elok perhati tulang tu, kang termasuk sekali. Naya je.

- Then tumbuk guna lesung serai dan cili padi. Kalau kisar tak best. Nanti kisar kena masukkan air kan. So sila tumbuk sendiri ye. Tumbuk bagi hancur gitu.

- Potong halus-halus daun kesum macam nak buat ulam nasi kerabu tu.

- Satukan isi ikan, bahan yang ditumbuk tadi dan daun kesum dalam satu mangkuk. Masukkan sedikit garam, perah asam limau nipis, masukkan sesudu dua budu. Then kacau sampai rata. 


Rasa akan jadi masam, masin, pedas. Memang tip top lah. Senang je kan buatnya. Bagi aku ni adalah kerabu paling senang sekali.

Selamat mencuba.


 While lauk family member lain ialah gulai ayam, sayur campur (brokoli + bunga kubis + udang), serunding daging, telur masin. 

Dua hari lepas, tekak aku teringin makan pari bakar + paku pakis rebus + sambal pencicah. Lauk kampung sangat tapi sedap hoii. Nak2 sambal pencicah mak aku buat tu. Biasa beli ikan bakar makan dengan air asam kan, tapi sambal pencicah ni special. 

Gambar tak berapa nak cun lah! haha
  
Bakar ikan pari sendiri kat rumah, makan panas-panas lagi puas hati. Aku lupa resepi sambal pencicah tu. Nanti tanya mak. Nampak sangat aku tak pernah buat kan. hahaha

Dia orang makan lauk sotong. Memang takde la aku nak pandang sotong tu. entah kenapa tekak tak boleh nak terima sotong dan udang pulak.


So hari ni, aku tak terfikir lagi nak berbuka dengan apa. Kang jap-jap lagi aku dengar officemate sembang nak berbuka dengan apa, nak g bazar karang beli apa, kalau aku terliur, aku hello-hello lah mak aku. Bahah! Bertuah punya anak. hahaa 


Sekian, puasa saya.


Till then. 





THANK YOU FOR READING THIS!

Sunday, June 28, 2015

Sakitnya tuh di sini!

Kesengsaraan apakah ini? Sakit gila gigi dan gusi. Berdenyut-denyut hah sampai susah nak tido. Tiba-tiba je datangnya. Rasa sakit sama macam sakit hari tu sampai kena cabut gigi. Nak kata ada gigi rosak or berlubang, dah takde. Pergi jumpa dentist katanya tak boleh cabut time pregnant nak-nak dah capai 8 bulan ke atas ni. Ubat bius dia tak elok untuk baby. So dentist bagi je ubat tahan sakit light-light gitu tapi mana nak ada kesannya hoiiiiiiiii.. Sakitttttttt. 

Ritu terbaca kat blog micha, dia share pasal kisah bersalin tapi dalam tu dia selit kisah sakit gigi sambil tunggu hari. Memang gelak memanjang jelah baca, lucu gila. Now bila kena kat diri sendiri baru aku tau macam mana rasa tak sabar nak bersalin supaya doktor boleh bagi ubat sakit gigi paling kuat. Serius tak tertanggung rasa. Berdenyut-denyut gusi sampai ke kepala.

Mak cakap 2,3 hari ni kuat betul makan benda manis-manis. Tapi sebelum tidur gosok je gigi. Sebelum ni takde masalah pun.

Tapi memang la sejak dua menjak ni, aku duk pulun pulut durian 3 hari berturut-turut. Stress punya pasal. Stress tak dapat bonus. hahaha Mak is sedih nokss gara-gara baru lapor diri kat sini (kerja tak sampai 30 hari) tidak layak mendapat bonus biarpun sambung perkhidmatan sekali pun. Katanya memang dalam pekeliling gitu. Walaupun RM500 cuma tapi banyak tu boleh buat persiapan raya. Nak-nak baju raya tak beli lagi, dengan biskut raya, eh macam-macam raya lah. Huwaaaa sedih tau.

Makanya, balik awal hari Khamis terus pergi cari durian, mintak mak masakkan pulut. Sampai malam tadi pun aku still makan pulut durian. Tak pasal-pasal tidur malam panas. 

 
Durian debab.

Lepas tu pulak, tak cukup dengan durian aku pi beli pulak kuih lompat tikam. Sedap amat, dekat tepi jalan orang jual kat kampung aku.



 Takde kena mengena dengan dessert ni kan sakit gigi? Gosok gigi what??!!


Sobsssss sekarang sakitnya dah hilang sikit. Kang tiba-tiba suka hati dia je datang semula.

Pasal tension tak dapat bonus tu, kiranya hari ni dah ok lah terima kenyataan. Hahaha Bersyukur jelah sebab dah banyak jugak dapat faedah kat sini. Hari ni bukak emel, tempat kerja ada buat insurans berkelompok untuk staf yang dibayar sebanyak RM38.42 seorang yang memang ditanggung oleh majikan untuk semua faedah macam insurans-insurans lain tu.

Lepas tu ingat-ingat balik :

- kan dah naik 2 tangga gaji
- bil rawatan klinik panel no limit (macam tempat kerja lama dulu every bil RM35 something, so kalau lebih kena tambah duit sendiri)
- Then kat sini kemudahan keluar waktu pejabat with limit hours, 4 jam tanpa memberi kesan kepada annual leave janji dapat approval dari Ketua Jabatan. Like nak keluar untuk urusan ke bank ke, klinik ke etc. (Tempat kerja lama dulu kena apply time off, tidak melebihi 2 jam sehari then after cukup 10 jam akan tolak cuti tahunan sehari). 

So, marilah serap positive vibe. Syukur dengan apa yang diberi. Takpelah tahun depan dapatlah merasa, tu pun kalo dapat bonus lagi. hahaha


 Till then.





THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, June 24, 2015

The fact about 2nd pregnancy and 33 Weeks of pregnancy

Alhamdulillah masih gagah berpuasa untuk hari ke 7 Ramadan. Takde angin, takde rasa nak muntah what so ever benda-benda tak best tu. Cuma biasa la perut kruk kruk kruk terasa kelaparan di situ. haha

Mengantuk adalah kerja aku sekarang, so kena lah refresh minda sikit. Let's put the memory of 2nd pregnancy here. Saje suka-suka.

1. Pusat terjojol keluar. 

Hahaha macam kelakar gila. Masa pregnantkan Naurah dulu, pusat takde pun tersembul keluar. Rileks je. This time, masuk 5 month dah nampak pusat. Siap Naurah heran lagi then she ask me "nape pusat ibu bengkak?" BAHAH! Aku tak tau nak jawab apa, last-last dia sendiri jawab, "Ish, apa adik ni gigit pusat ibu, sian ibu!" LOL

2. Stretch marks

Sobsssssssssssssssssssss Perut aku idok la lawa fulus mulus flawless bagai kan but atleast masa pregnant kan Naurah, takde pun stretch marks tu. Tup-tup this time tiba-tiba aje tengok ada stretch marks kat atas pusat. Errrr... Padahal compare masa Naurah dulu, perut lagi besar kot. This time comel je perut, siap ada efek kurus lagi, siap orang tanya mana perutnyaaaaaaaaa.. haha I is pelik lah.

3. Alahan di penghujung pregnancy

Masuk 7 bulan atau 28 weeks aku start tak boleh nak hidu semula orang menumis then sayur-sayur pun dah tak suka semula. Macam nak back to alahan mula-mula pregnancy dulu je. APAKAH??? Derrrrr, tak best gila nak makan. Dahlah time bulan puasa ni juadah best-best kan, bayangkan ada benda aku boleh makan then ada benda aku tak boleh makan. Like nasi kerabu tak nikmatnya nak makan sebab tak boleh nak telan ulam-ulaman especially kobis. I hetchu kobis!!!! Sobsssssssss

4. Gender confirmation

So far dah 3 doc bagitau confirm boy sebab nampak penis dah. Naurah dulu agak susah jugak awal-awal nak confirmkan gender. Adik ni macam tanpa segan silu, show off je. bahah! 

5. Maintain kurus

The fact about pregnancy aku start from 1st pregnancy and 2nd ni, tiap kali pregnant mesti orang cakap aku nampak kurus dari sebelum pregnant. Apa maksud korang ni? Kalau nak always nampak kurus, aku perlu pregnant sokmo ke? hahaha Tapi betul ni, even aku sendiri perasan. Harap dapat maintain kurus after delivery.

Hah tu jelah kot yang aku ingat.


33 Weeks check up

Today ada check up. Supposed last week tapi aku buat-buat terlupa sebab kena minum air gula. hahaaha Cukuplah 1st time minum aku rasa kepala jadi weng dan nak muntah selambak kot. So aku buat suka hati aku, bagitau nurse yang aku terlupa ada check up last week. Bila check urine cun je rini sebab takde kandungan gula dalam air kencing, then doc tanya ada background family kencing manis ke apa, ofcourse la takde. So doc cakap tak payah minum lah. Kikiki 

BP pun cun je, 13 something tadi. Bagus betul. Before puasa BP duk dalam takat 8,9 gitu. Sebab puasa kot eh.

So tadi pun doc cakap nampak penis hah! Tiba-tiba je.

Oh, tadi aku terjumpa orang kampung aku kat klinik tu. Dia nurse kat situ. Memang rezeki aku lah. Dia cakap next time check up call dia, then dia akan layan aku. So that tak payah tunggu lama. Baguslah kan, tapi tulah tiba-tiba rasa malu pun ada bila orang yang kenal kita nak check, tambah-tambah bila tengok perut ittewww.. Hukhukhuk ittewww jadi malu pulak. hahaha

Untuk 33 weeks atau 8 bulan 1 minggu, berat baby dah cecah 2.2kg. Doc cakap dah padat baby dalam perut so maybe kepala baby dah tak pusing ke atas. Kalau ada yang masih pusing ke atas (songsang) pun adalah kes-kes terpencil. Hope baby oklah. Kedudukan uri ok, kat atas. Air ketuban ok.

Hah tu jelah untuk check hari ni.


Sebagai penutup kata, tiba-tiba teringin makan asam gupal atau bronok (loghat kelantan). Nak sms mak sekarang ke apa bagitau teringin makan bronok ni? Kotlah bahan-bahan takde, boleh mak g kedai jap. HAHAHA Dasar anak!!!

 Di akhiri dengan gambar Kakak Awah.




Till then.
 


THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, June 23, 2015

The food.

Hari ni mengantuk amat. Aku pun tak tau kenapa. Rasa nak pi lari ke surau je ni tido barang sejam dua. haha Banyak cantik perangai ko? Staf lama pun relaks je aku tengok masing-masing kat workstation. Ko staf baru nak buat perangai? HAHA Maafkan saya, rasanya salah satu sebab adalah... biasalah mak-mak buyong kan. Tidur adalah kerja nombor dua after makan. T_T

Dah penat aku skroll timeline IG, FB, twitter tetap lah mengantuk jua. Jeling-jeling jam kat pc baru pukul 8.30 pagi. HAHAHA Awal nau mengantuknya hari ni.. Ingat aku skroll timeline IG dah sejam, FB sejam, twitter sejam rupanya. Lambat pulak waktu bergerak rasanya. Serius hari ni berbeza amat mengantuk dan kemalasannya. Apakah?????????

Mehlah bercerita hal-hal menyegarkan mata sedikit. FOOD.

Since aku balik kampung ni, stay dengan mak, macam-macam dah dapat makan. Terlintas kat fikiran sikit nak makan apa-apa, insya allah mak cuba buatkan. Even nak berbuka ni mak memang tanya aku nak makan apa. Walhal anak makcik aku yang baru mula belajar puasa rasanya lagi patut ditanya berbuka nanti nak makan apa kan as a reward untuk dia. Tapi tetap tanya aku. Nampak tak, nampak tak istimewanya menjadi preggy mom? haha Nasib baik anak makcik aku tu jenis tekak tak kisah. Ikut je aku nak makan apa. haha

Untuk hari keempat ramadan ni, alhamdulillah aku masih gagah berpuasa. Dalam banyak-banyak makanan yang aku makan, rasanya pulut durian paling tak puas makan. Rasanya nak suruh mak tanak pulut hari-hari je. haha Nak-nak durian kat pasar dah banyak dan sedikit murah.

PULUT DURIAN
 
Pulut durian yang mak masak sebelum puasa

Sehari sebelum puasa aku cuti then pergi ke pasar untuk cari bahan basah untuk masak sahur. Yang kelakar tu, boleh pulak Naurah duduk depan orang jual durian. Dia cakap nak durian "mak kau". HAHA pengaruh cerita Upin Ipin. Bila tokmanya tengok dia buat muka sedih gitu, haruslah beli durian kan. Dapat ibu makan durian lagi. bahah 

Muka kesian amat kan?

Naurah punya mulut, Ya Allah.. G pasar tu habis benda dia tanya apa tu, nak itu nak ini. Bukanlah nak mainan. Ko jangan fikir kat pasar ada mainan pulak. Yang dia nak tu segala jenis buah. Daripada durian, mangga, anggur, buah naga sampailah jering. Masalahnya dia kenal ke tak jering tu bukan buah tapi sejenis ulam. Dia siap tunjuk nak buah ni. haha Yang kelakar, kita orang beli sayur kat sebelah makcik jual rambutan. Dia pi sembang dengan makcik tu tanya buah apa ada rambut tu? Makcik tu pun kasi lak sebijik rambutan kat dia. Lepas balik rumah dia makan cakap sedap then nak lagi. Kesian pulak tak belikan. Dah tu manalah tau dia suka kan. Tu kira first time dia makan rambutan.


MANGGA

Alhamdulillah lepas banjir besar melanda awal tahun ritu, pokok kat rumah kemain subur especially pokok mangga kat depan rumah. The one and only pokok mangga yang ada. haha I am not sure pokok mangga jenis apa but i can tell you rasanya sangat best. Bau harum, manis amat, isi warna oren. Even tak masak bila makan cicah asam takdelah rasa masam sangat pun. Bila berbuah banyak tu sampai satu guni mak simpan sebab dahannya patah, bagilah kat jiran-jiran merasa. Pakat duk tanya buah mangga apa. Mak pun lupa dia tanam biji buah mangga apa dulu. haha







Buahnya agak besar. Even kulit hijau but isinya dah cukup masak.

RODOK TELUR

Bunyi macam pelik je kan? Ni namanya sejenis kuih yang sangat-sangat mudah nak prepare untuk berbuka. Aku suka apa-apa kuih berasaskan telur. So mintak mak buat hari tu.


Rupanya biasa je kan, macam roti pun ada tapi ni adalah telur semata-mata bahannya.



Yang macam berair dah rupa minyak tu adalah gula melaka


Bila nak makan, potong-potong je letak dalam mangkuk

Kalau nak try, boleh try resepi kat bawah.

Bahan-bahan : 5 biji telur, gula melaka, gula, daun pandan, bunga cengkih

Cara membuatnya :

- Pukul 5 biji telur sehingga kembang.

- Panaskan gula melaka dan gula di dalam kuali yang berlekuk atau periuk then masukkan air sedikit. Kuantiti gula melaka dan gula tu pandai-pandailah agak kadar kemanisan yang disukai tu. Then masukkan juga bunga cengkih dalam 2, 3 kuntum.

- Bila gula melaka dah cair, masukkan telur yang dah dipukul tadi then letak daun pandan atas sekali. Then tutup periuk/kuali. Masak dengan api perlahan.

- Sekali sekala bukak penutup, kalau dah rupa jadi macam gambar kat atas tu mean dah masak. Telurkan biasanya kejap aje masak.


KARIPAP PUSING

Pertama kali aku buat karipap dalam hidup. Tak tahan teringin sangat makan karipap pusing yang mana susah nak jumpa kat bazar ramadan kat sini. Alang-alang dah save resepi so marilah kita laksanakan. Alhamdulillah menjadi. Nampak je rumit dan leceh tapi sebenarnya tak pun. Syok la jugak duduk depan tv sambil uli doh.


Kulitnya ranggup gila. Sehingga semalam 35 biji yang dibuat telah habis di makan.

AIR TEBU

Ni favourite sangat waktu berbuka. Even bukan bulan puasa pun memang aku suka je beli air tebu. Nasib baik this year harga air tebu still sama macam tahun-tahun lepas. Manalah tau kot naik harga khenn dah dengan gst bagai, minyak naik harga lagi kotlah sume benda naik harga khensss... kofkof

Beli tiga bungkus dah dapat 1 jug.

COLEK BUAH



This one must have lepas Isyak. Sambil tengok tv, mesti nak makan colek. Depan rumah ada je jual tapi since kat rumah pun ada mangga why not buat sendiri. Baru nikmat makan.

Colek buah kelantan style.

Ni macam rojak buah la tapi bahan dia lain sikit. Biasa rojak buah ada kacang kan but this one simple dan sedap. Maklumalah tekak dari kecik biasa makan kuah rojak cara gini kan.



Ni rupa gula melaka dah dicampur dengan serbuk cili. Mula-mula masukkan buah dalam mangkuk, then masukkan gula melaka dan diakhiri dengan tabur serbu cili.


Bahan-bahan kuah colek :

Gula melaka
Belacan


Cara buat kuah colek:
- Masak gula melaka bagi cair, masukkan jugak belacan (tapi make sure belacan tu bagi hancur dulu ye) Agak-agak jelah kuantiti gula melaka, belacan dan air sedikit.

Bahan-bahan  serbuk cili:

Gula
Garam
Serbuk cili

Cara buat serbuk cili:

- Masukkan gula, garam dan serbuk cili dalam mangkuk. Gaulkan dengan rata. Kena pandai-pandailah balance rasa tu dengan lidah. Make sure cukup manis, masin dan pedasnya. Nak masin dan pedas sikit pun takpe sebab nanti kita akan gaul-gaul buah dengan gula melaka yang dah dimasak tadi. So kat situ dah extra manis kan. (RUJUK GAMBAR KAT ATAS)

Bila dah siap semua bahan boleh lah campurkan buah yang diingini. Biasa kalau colek buah kat kelantan ni, kemain meriah buahnya macam mangga, jambu batu, jambu air, nenas, limau bali, kedondong, anggur jeruk, sengkuang, buah setul (tak tau lah bahasa luar panggil apa). Tu je aku ingat tapi cukup meriah.







Hah, itu jelah makanan sampingan yang sempat aku snap. Yang lain-lain dah dimakan waktu berbuka. Faham-faham ajelah kalau dah kebulur kan. So far takde lagi aku jejakkan kaki ke bazar or beli makanan tepi-tepi jalan. Ikutkan hati mau je singgah kat gerai-gerai tepi jalan tapi nanti mak marah pulak. haha Awal-awal dia dah pesan, nak makan apa-apa cakap je, mak buat. Tak berbaloi katanya nak beli. Entah sedap ke idok, entah bersih ke idok, pastu beli cenonet harga mahal. hehe

Sebab tu aku jarang makan kat luar. Then kalau orang tanya aku kat Kelantan kedai apa best, serius aku tak tau sebab bila kat kampung je, memang mak aku masak. Insya allah apa aku nak makan, mak aku boleh buat. Gituuu.




Salam Ramadan ke-6.

Till then.


 

THANK YOU FOR READING THIS!

Thursday, June 18, 2015

REZEKI TANPA DIDUGA

Salam Ramadan uolls. hehe

Pagi-pagi satu Ramadan dah diuji. Keluar nak datang kerja pagi tadi tengok tayar kereta belakang takde angin, totally kempis. Malam tadi tayar terpijat paku besar. Memang bajet balik kerja petang ni nak pi cabut then tampal tayar. Manalah tau angin still keluar jugak kan even tak cabut paku tu. Zan baru sampai pukul 5 pagi tadi, terus aku mintak dia hantar pi keje pagi tadi. Kalau tak, mau aku cuti lagi hari ni. Dahlah semalam cuti, takkan hari ni nak cuti. Dahlah baru lapor diri last week. Eee dasar pekerja apa entah! HAHA

Agak mengganggu mood jugaklah pagi-pagi dah ada masalah. Tapi tiba je kat opis tengok longgokan surat atas meja. Bukak satu-satu, terus rasa nak melompat sampai pecah bumbung bangunan. haha

Satunya, permohonan aku untuk kenaikan gaji diluluskan. YEAYYYY!! bukan satu tangga kenaikan, siap dia orang bagi 2 tangga terus. Ya allah, alhamdulillah. Rezeki baby. Selepas diuji macam-macam awal tahun, sekarang dah nampak satu-satu rezeki masuk. Terima kasih ya Allah.



Then, bukak lagi satu sampul kecik dapat kelulusan pengecualian daripada kena attend semula exam perkhidmatan, kursus pengesahan jawatan bla bla bla. Ya Allah syukurnyaa. Kalau tak masak la nak study semula untuk prepare ambik exam, pastu nak kena tinggalkan baby pulak kalau kena attend kursus berhari-hari kan. Nasib kat sini terima surat permohonan pengecualian dan sambung perkhidmatan aku. So dah tak payah pening fikir benda-benda tu lagi.

Then bukak pulak satu sampul surat besar. Medical check up hari tu dapat claim. Dan akan diproses secepat mungkin. Phewww tengah pokai ni banyak pakai duit nak pindah haritu. Ingatkan dah tak dapat claim.

Akhir sekali bukak e-Mel, baca pekeliling dari HR pulak. Gila happy! Sepanjang bulan Ramadan, start ahad hingga rabu dapat balik pukul 4 petang, then hari Khamis dapat balik pukul 3 petang. Yahuuuu! Aku dah jenuh fikir kalau balik pukul 5 tiap hari, sampai kat rumah je dah pukul 6 lebih, memang takde tolong mak aku masak apa-apa la. Kesian pulak dia nak handle Naurah lagi, nak sediakan makanan berbuka lagi, mana nak jahit baju lagi.




Ya Allah, lega gila rasa.


Sekian, 1 Ramadan saya.


Till then.




THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, June 15, 2015

New life

Eh macam tak tau nak start dari mana cerita ni. Namun today dah masuk hari kelima aku kerja kat tempat baru. Those yang friend kat FB tau la kot. Heaven nya tak payah nak cakap bila dapat stay dengan mak kat kampung. Rutin harian pun dah berubah. No more stress (kecuali jalan jem). U know lah kan kat Gambang dulu mana nak hadap jem, rumah sekangkang kera dengan tempat kerja. Now kena hadap jem di tengah bandar. Pasrah jelah.

For time being...

Work

Masuk hari kelima keje, so far so good. Kena take time juga nak sesuaikan diri kat tempat baru. Dari segi job skop takde masalah pun sebab aku buat benda sama macam tempat kerja lama. Cuma environment kerja tu agak berbeza and agak speechless lah. Aku ni bukan jenis peramah sangat, agak kekok jugak nak tegur orang. Penyegan amat. Sape yang approach aku, baru boleh buat sembang. Betul-betul rindu kawan kat tempat lama. Kerja aku buat ni tak boleh duduk lama-lama nanti hilang fokus, cepat mengantuk, so kena bangun-bangun g tegur orang. Biasa kalau opis lama, aku suka lepak bilik bos aku. Dah mata segar baru boleh sambung kerja. How i miss that. Takde geng sembang lagi kat sini. Slowly la kan. This time aku jadi kakak-kakak sebab kat sini ramai adik-adik. hahaha

So far kat sini ada 3 waktu bekerja. Aku pilih standard kul 8 masuk then kul 5 balik. Tapi ramai je yang pilih waktu kerja pukul 8.30. Pagi-pagi aku siap-siap tapau breakfast kat tepi jalan. Ya ampun murah amat ok. Suka gila! Biasa aku beli bihun goreng + telur mata atau daging goreng (RM2), then kuih pulut bakar RM1 untuk 4 bijik. Huwaaa nangis kenangkan nikmat sedapnya makanan ikut tekak aku n masih murah. Hari ni aku beli nasi dagang lauk daging + milo ais + kuih sagu 4 ketul = RM4. Nasinya banyak boleh kenyanglah sampai petang. Lunch biasa aku makan kuih je. Balik kerja karang mak dah siap masak, so boleh dinner awal. hehe

nasi dagang for this morning

Cuma jarak ke tempat kerja jauh sikitlah. Tapi no hal, aku jenis morning person. Dari tempat kerja lama, aku memang bangun pukul 5.30 untuk siapkan bekal Naurah walaupun jarak tempat kerja dekat je pun. 10 minit dah sampai. Sekarang tetap bangun awal tapi kena bertolak awal kerana jarak jauh sikit plus jalan jem nak ke bandar. Biasa aku keluar rumah pukul 6.45 gitu sampai opis pukul 7.15. Aku dah biasa sampai opis awal, baru tak gelabah. Padahal bertolak lewat sikit pun ok kan tapi aku jenis bukan bawak kereta laju-laju, nanti nak serabut dengan budak-budak g sekolah lagi. Tak kuasa nak hadap. Pagi jem, petang jem lama-lama otak jadi jem. haha So pagi yang damai tu boleh lah bawak kereta santai-santai sikit. Sampai awal boleh tapau makanan terus. gituuuu.

New workplace. Lawa amat.


Motherhood

Maybe dalam mood happy kan stay dengan family, even hadap jem balik kerja and kena bangun awal pergi kerja, aku tetap rasa segar je bila sampai rumah. Bolehlah nak melayan Naurah petang tu. Even malam tu pun aku boleh layan tv lagi dengan family then tidur around 10 or 11 pm. Biasanya Naurah akan tidur awal around 9pm. Kalau dulu tinggal berdua dengan Naurah, even balik kerja sampai pukul 5.20 pm, aku rasa penat amat. Macam wajib terlelap kejap depan tv before maghrib tu. Tak taulah apa yang penat sangat. Then malam tu memang after isyak terus tidur. Siap paksa Naurah tidur lagi. 

Amazing kan bila hati happy kita pun bertenaga. Now i feel that. Syukur sangat diberi kesempatan merasa semua ni. Dapat pindah balik kampung. Naurah sekarang mak dan makcik aku yang jaga. Lega hati, tak payah fikir hal-hal babysitter. Baby pun mestilah mak aku jaga nanti. Naurah pun happy je ada kawan dengan anak-anak makcik. Tapi biasa la clingy tetap clingy. Maklumlah kena tinggal seharian kan mak kena kerja. Tapi aku ok jelah layan dia. Dah kurang nak marah-marah dia. Alhamdulillah.


So far, tu jelah kehidupan aku buat masa sekarang. Harap bertambah baik. Amin.


Till then.




THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...