Monday, December 21, 2015

Sebab hantu raya ke?

Last Friday, gigih kami sekeluarga keluar walaupun hujan boleh tahan lebatnya. Sabtu attend wedding. Keluar pun sebab makcik ajak nak cari kelengkapan barang sekolah anak dia. This week cuti Maulidur Rasul dan Krismas, confirm ramai yang balik kampung, kotlah jalan jem kan. Baik keluar bandar awal-awal. Tu pun ramai kot keluar hari Jumaat, maklumlah baru gaji agaknya.

Ini adalah kali kedua aku bawak Irfan keluar jalan-jalan kat tempat awam. Kesian dia kan, terkurung je dalam rumah. haha Kakak dia dulu ligat aku bawak jalan-jalan. Dan ternyata, kali kedua keluar pun dah buat kepala aku pening, baiklah aku sorok jelah anak lelaki aku dalam rumah. tsk

Horror k.

Kisahnya.

Around 10am, after siap breakfast, kami baru keluar rumah. Waktu tu Irfan tengah tido dalam buaian. So angkat jelah dia masuk kereta. Sebaik masuk kereta, baru je nak jalan, dia bukak mata. Dia relaks je, takde nangis pun. Mula-mula mak ajak pergi kedai eco save rm2 tu, nak beli penyapu la, mop lah, tudung saji lah dan macam-macam lagi. Irfan behave je aku dukung dia. Melilau mata dia tengok barang-barang dalam kedai. Habis barang dia nak pegang. Pukul 12.30 macam tu siap beli barang, bergerak nak ke Tesco pulak.

Sempatlah Irfan nap kejap dalam kereta. Sampai kat tesco, tutup pulak. Lupa hari Jumaat kan, orang solat Jumaat. Kami pun lepak-lepak makan dulu. 

Pukul 2.30, tesco bukak. Sebaik je nak keluar dari kereta, Irfan pun terjaga. Dia still ok, takde nangis. Sempatlah dia nap dalam sejam gitu. Pusing-pusing dalam tesco, beli barang, teman budak-budak main kat indoor playground tu, pukul 5.30 sampai rumah.

Masa sampai tu pun hujan lebat lagi. Siap-siap mandikan budak-budak, then dinner awal. Tapau nasi kukus tepi jalan. Waktu maghrib Irfan tido dalam buaian macam selalu. Around 7.40 macam tu, Irfan terjaga. Ingatkan dia nak menyusu tapi dia nangis dengan kuat sekali. Puaslah aku, mak and makcik gilir-gilir dukung cuba pujuk, tetap tak layan. Dia menangis selok k, siap tangan dia duk tarik-tarik baju dan rambut kita orang. Aku rebahkan dia nak bagi susu, lagi kuat dan nyaring suara dia menangis. Bagi susu guna botol pun dia tak mau.

Kesian sangat tengok dia macam tu. Bayangkan dia menangis dari pukul 7 lebih sampai nak dekat pukul 9. After Isyak tu, mak aku g panggil seorang pakcik kat kampung yang pandai tilik-tilik orang, kot ada apa yang ganggu ke kan. Aku bukanlah nak caya sangat benda macam ni, aku syak dia nangis sebab mengamuk tak cukup tido. Maklumlah seharian berjalan kan.

Tapi sebab mak aku berkeras jugak nak pi panggil pakcik tu, so aku ok jelah. 

Amazingnya, after mak aku pegi panggil pakcik tu, sebelum pakcik tu bagi salam nak masuk dalam rumah, Irfan tiba-tiba diam. Dengan mata bengkaknya, tersedu-sedu baki menangis dia boleh gelak terkekek-kekek tengok kita orang. Pelik sangat.

Aku baru je suruh mak aku bagitau kat pakcik tu, tak payah datang. Tapi tak sempat, pakcik tu bagi salam. So alang-alang dia datang, bagilah dia tengok kot ada apa-apa kan. Yang terkejutnya, first thing pakcik tu cakap sebaik masuk rumah kami ialah

"hantu raya tadi tu, dah keluar dah, takde dah dalam rumah"

Kau rasaaaaaa?

Hoi, anak aku melalak nampak hantu raya weh. Aku takde lah takut tapi macam agak blur la, mana datang benda alah tu, ye ke weh ada hantu raya? bukan anak aku mengamuk tak puas tido ke. Macam-macamlah aku fikir.

Kami terlopong jelah dengar.

Ikut kata pakcik tulah kan, hantu raya tu datang singgah je. Tapi anak aku takut tengoknya. Masa pakcik tu nak turun dari rumah, pakcik tu ada baca-baca sikit (kalau zaman moden scan lah agaknya ye), tak sempat pakcik tu sampai, hantu tu dah keluar, pasal dia tau pakcik tu nak datang rumah aku. Hantu tu nak main-main aje katanya.  

Seriau jugaklah dengarnya. 

Sebaik pakcik tu balik, Irfan elok je bf then tido lena sampai ke pagi. Ni kali kedua Irfan nangis non-stop macam tu. Dah jadi macam fobia pulak nak bawak dia keluar. Tapi hati aku tetap kuat mengatakan dia tantrum pasal tak cukup tido. Walaupun begitu, hati aku turut akui apa yang pakcik tu katakan, pasal pelik sangat kan. Nape pakcik tu datang baru dia nak stop nangis.

Agaknya aku kena bawak dia keluar sekali lagi, nak tengok macam mana. haha

Kuat ye, dik.
   

   Rasanya lama dah tak cerita pasal milestones Naurah kan. Later story. Aku banyak je kerja kena buat ni tapi takde mood. Tak taulah kenapa. 
Haih.


Till then.



 
 

THANK YOU FOR READING THIS!

1 comment:

  1. wehh ko mmg x peraya eh benda2 gitu? aku pon mcm x percaya, tp kdg2 kena percaya sbb benda tu ada. hmm kuat ye irfan. jd gagah okay!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...