Tuesday, December 15, 2015

Idea & kurus

Idea... datanglah kau!
Aku seru nama mu!
Muncullah engkau, wahai idea.

HAHAHA

Please ignore "my unwell feeling" above. tehee

Actually, banyak benda aku nak share kat sini but then bila sampai opis je, terus macam takde mood nak menaip. Tak taulah kenapa. Nak kata busy benar, takde pulak. Biasa-biasa aje kerja kita ni. heh

Biasanya waktu drive nak pergi kerja adalah terfikir nak share something, macam tadi, tengah layan dengar lagu tiba-tiba rasa nak share about berpantang tempoh hari, sampai je kat opis, turun dari kereta, g beli nasi dulu, masuk opis, terus breakfast, then buat kerja. See, dah lupa nak tulis apa. Begitulah selalu.

Idea ni kan mesti akan muncul waktu kita relaks, santai kan. Biasanya for me, waktu drive, mandi atau pun tengah bf Irfan. Tiba-tiba rasa sayangnya idea datang mencurah-curah tapi tak boleh nak menaip. Bila dah settle doing all that (drive, bath, bf) lupa terus semuanya. Errr, plus sedikit malas nak recall back. bahah

Just a short random story, 

Work

Aku nak sangat bercerita pasal benda ni tapi sampai sekarang tak terluah lagi. Just pendam je dalam hati. Aku tak taulah patut ke tak cerita, kang salah cerita ada yang kecik hati baca, kang tak cerita aku makan hati. Tapi a few friend and family taulah what is happen.

Stress ok!

Tu je boleh cakap.

Family

Yang ni bahagia amat except for Zan. He still looking for a job kat sini. Susahlah nak dapat. Hope will get soon. Amin. 

Mak makin sihat, Naurah happy gila dapat berkawan, bermain-main, alhamdulillah Naurah sihat walaupun kuat main pasir kat luar rumah, main kejar-kejar, main pondok-pondok. Mula-mula agak risau takut dia jatuh sakit kan, maklumlah tak biasa hidup suasana kampung tapi dia ok. Tu aku cakap, Naurah ni memang mudah dan senang semuanya. Alhamdulillah for that. While Irfan, so far ok. Now dia tak confius dah antara direct bf and bottle feeding. Both is okay with him. Takde nak mengamuk dah, tidur pun lena beralaskan bantal, takde dah episod tidur beralaskan lengan ibu. Dah besar anak teruna ibu. hehe

 
Hah, tu je aku kisahkan dalam hidup aku sekarang. Kerja dan family. Owh, ada one thing lagi, ex-colleague. Serius aku rindu gila kat dia orang. Especially my unit member. You know who you are. Sebab tulah sampai sekarang tak share lagi cerita saat-saat terakhir kat sana. Nak nangis ok. Bila lah hati mau kuat ni. Eh, tambah-tambah kalau stress lagilah nak nangis ingatkan dia orang. Kalau tak tahan tu, aku memang whatsapp and PM je dia orang untuk sesi meluahkan perasaan. And happy jugak, mereka pun kadang-kadang keep contact aku kalau nak luahkan apa-apa. Terharu sangat. Korang, janji tau, jangan lupa aku tau. haha


Last but not least,
let me put the latest picture of mine. The best photo of me. 
Kurus. 
Bahah.



Please la bagi chance kat aku, nanti esok-esok aku gemuk semula, aku simpan gambar aku diam-diam dalam folder hp je.

LOL



Till then.




 

THANK YOU FOR READING THIS!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...