Sunday, November 22, 2015

WhatsApp Group katanya

Sehingga minggu lepaskan, almost 20 whatsapp group yang aku join. Join jelah tapi melayannya tak. Ko ghasee mampu ke mak nak menyampuk semua whatsapp group tu semua? anak nak letak mana, kerja tak payah buat ke? 

Gini hah, aku rasa since aku balik kampung ni (or sejak tukar tempat kerja ni) memang aku dah slow sangat-sangat layan sembang kat whatsapp group. Reason nya satu je TAK CUKUP MASA! Eh, macamlah aku sorang je busy kan, macamlah aku sorang je ada anak-anak nak uruskan, macamlah aku sorang je yang kerja kan. Orang lain rileks je kan boleh sembang-sembang kan.

Itulah, orang lain semua-semua hebat, pandai bahagikan masa tapi bukan aku. Sebenarnya antara 20 whatsapp group tu antaranyalah group mak-mak, group blogger, group mak-mak blogger, group zaman sekolah rendah, group sekolah menengah, group UM, group kerja sekarang, group LDR, group family mertua, group jiran tetangga, AJK itu AJK ini etc. T_T

Dah kenapa join segala jenis mak nenek, akhirnya kau menyepi. Baik tak payah join. Betul tak?

Begini, group-group tu semua bukan aku yang create. Orang invite aku untuk join. Invite tu senang aje, just masukkan no.hp kita, then settle! Kalau rasa menyemak sangat, left the group jela kan. Haaaa, bila tiba time nak left the group tulah yang tak best. Sebab nanti orang ingat kau taknak berkawan pulak kan, nanti kata sombong tapi kalau tak menyampuk pun dilabel sombong jugak kot, kan? Akhirnya aku sendiri konfius, kenapa entah aku join whatsapp group banyak-banyak ni. 

Eh, tapi bila fikir kembali, ada faedahnya jugak. Macam group kawan-kawan sekolah ect semua tu, kan lama tak contact, boleh tau perkembangan diri masing-masing, kalau ada kenduri etc senang nak invite kawan-kawan through group kan. Macam group mak-mak pun best jugak, banyak info yang diperoleh. Kalau group AJK wajiblah join nanti orang bagi arahan kerja apa-apa ko tak alert pulak. Cuma bila dah habis program bolehlah ko left the group.

Cuma sekarang ni nak bagitau, since ada kawan whatapp personally kat aku, why diam je kan. 

Begini, serba ringkasnya,
 
1) Kena uruskan anak-anak

Ye, orang lain pun ada anak jugak. Tapi aku tak hebat macam orang lain dalam menguruskan anak-anak. Aku pergi kerja dari pukul 6.45 pagi (anak-anak masih tido), then pukul 6.30 baru sampai rumah. Biasanya balik rumah bf Irfan dulu sambil dengar segala aduan dan cerita Naurah. Lepas tu mandikan anak-anak. Then aku pulak mandi, while mak aku take over jaga Irfan. Pukul 8 lebih dah masuk bilik sebab nak tidurkan Irfan. Anak lelaki aku ni lain sangat dengan kakak dia. Nak tidur, tak boleh bising-bising, tak boleh dengar suara orang walaupun sekadar berbisik. Nanti dia punya melalak, mau sejam nak kena pujuk. Paling dia tak suka, bila dengar suara aku time dia tengah bf. Padahal aku nak bagitau Naurah je, cakap slow-slow while ibu tengah bf adik. Tapi Irfan ni, jenis perangai dia, dengar je suara aku, dia akan stop bf, dia pandang muka aku, terus mencebik. Kalau kena gaya tak jadilah dia nangis, tapi kerap kali jugaklah dia tak makan dek pujukan, so meraunglah jawabnya. Aku cukup trauma dengar dia nangis selok k. Tu pasal after Maghrib kena tidokan dia dlu. Kalau dia dah tidur dengan lena dalam bilik, bolehlah aku angkut dia slow-slow masukkan dalam buaian kat bawah, depan tv. Hah time tu ko nak pasang tv kuat-kuat ke, nak bercakap bagi jiran sebelah dengar ke, dia dah tak kisah. Dia tak sedar apa dah. Ni malam kang Gegar Vaganza, harus aku tidokan dia siap-siap, kang nak pasang tv kuat-kuat dengar Acong dengan Farahdhiya nyanyi pulak. kehkeh

Lepas Irfan tido, kena layan Naurah pulak. Biasanya aku akan tanya dia macam-macamlah based on benda yang dia mengadu kat aku tadi tu. Tadikan masa bf Irfan, aku mengiyakan je, main angguk je kepala apa dia cerita. Kang tak bagi respon kesian pulak. Sebenarnya dalam dia duk bercerita tu, banyak je benda yang aku nak tanya dia tapi suara tersekat kat kerongkong. Malam tulah banyak benda yang aku kena respon. Antaranya lah:

Dia mengadu tadi umi (makcik aku) pukul kaki dia

"Tadi umi pukul awah" - Naurah

 " Umi pukul kat mana" - Ibu

"Kat sini (sambil tunjuk betis dia)"- Naurah

"Kenapa umi pukul awah? "- Ibu

"Sebab Awah lintas jalan"- Naurah

"Kenapa Awah lintas jalan?"- Ibu

"Sebab Awah nak pergi main dengan Amni"- Naurah
 
"Selalunya ibu pesan apa kat Awah kalau nak main kat luar?"- Ibu

"Jangan lintas jalan. Nanti berdarah macam ayam kena langgar (hari tu dia tengok ada ayam berdarah tergolek kat tengah jalan.)"- Naurah

"Habis tu kenapa Naurah lintas jalan jugak"- Ibu

"Sebab Amni taknak datang bila Awah panggil"- Naurah

"Ibu dah cakapkan, kalau Amni taknak datang, Awah tunggulah Amni kat rumah kejap. Mungkin Amni nak minum air dulu ke, nak kencing dulu ke, nanti Amni datang la."- Ibu

 "Ok ibu"- Naurah
 
Naurah tak takut ke berdarah macam ayam tu? Ayam tu sakit tau berdarah kena langgar dengan moto. Awah taknak jadi macam ayam kan?"- Ibu

"Taknak. Ibu sedih?"- Naurah

"Yela, ibu sedihlah kalau Naurah taknak dengar cakap ibu."- Ibu

"Bukan. Ibu sedih ke kalau awah berdarah macam ayam?"-  Naurah

"Mesti la ibu sedih. Ibu kan sayang awah. Ibu taknak la tengok anak ibu sakit."- ibu

"Umi sedih?"- Naurah

"Yela, umi sedihlah. Sebab tu umi pukul awah. Sebab umi tak bagi awah lintas jalan. Kalau umi tak pukul mesti lain kali awah lintas jalan lagi. Kena pukul sakitkan? Tapi berdarah macam ayam lagiiiiiiiiiii sakit."- ibu

"Yela, Awah tak lintas jalan lagi."- Naurah

Korang yang baca perbualan antara kami pun naik semput kan? Apatah lagi aku yang melayan. Tu baru 1 benda dia mengadu. Kadang sehari ada hampir 10 report, bayangkan betapa lama kena spent quality time dengan dia. Takkan la dia beriya cite kat aku, aku pulak acah tak acah je layan dia sambil tangan duk pegang hp. Memang tak la aku nak buat macam tu. Biasanya kami bercakap dalam posisi dia ada depan aku sambil pegang tangan aku atau dia duduk atas riba then aku peluk dia atau sambil dia baring atas peha aku sambil tu aku usap kepala dia atau sambil suapkan dia nasi.

Satu lagi, Naurah pantang tengok aku pegang hp, confirm dia nak jugak. Biasanya dia nak main game atau pun dia tekan whatsapp voice kat ayah dia. Nanti kang ayah dia reply la.

Tu lah sebab utama aku jarang pegang hp lama-lama kat rumah. Paling kurang pun pegang hp seminit nak ambik gambar. haha Tu belum cerita nak balas komen kat fb, IG segala. Kadang esok hari baru reply, tu pun kalau ingat.


2) House chores

Aku ni memang la beruntung, bertuah dapat stay dengan mak. Anak-anak mak jaga, balik kerja dah ada makanan tersedia. Baju-baju semua mak dah basuh pagi tadi, siap sidai lagi. Habis tu balik kerja, dah uruskan anak segala, anak-anak nak tido, takkan aku nak layan hp pulak kan. Biadap sangat rasanya.

Biasanya bila anak dah tdo atau siap uruskan anak-anak, aku akan take over kerja rumah pulak. Alah tak banyak mana pun. Apalah kerja rumah boleh dibuat waktu malam. Adalah macam lipat baju, susun baju yang dah lipat kat almari, dinner dengan mak, sambil tu borak-borak lah apa aku buat kat opis tadi, then mak pun bercerita lah perihal anak-anak aku, apa-apa jelah yang mak nak cerita. Dah takkan la time borak-borak dengan family aku nak pegang hp reply whatsapp kan. Mak penat jaga anak-anak aku waktu siang, malam-malam mak pun nk lepaskan tension luahkan segala penat dia jaga anak-anak, haruslah aku dengar elok-elok. Bukanlah mak mengeluh penat ke apa, tapi mak ceritalah Irfan menyusu banyak tadi, Irfan tido lama tadi tapi terjaga sebab Naurah pi kejutkan, alah benda remeh je tapi besar maknanya kat aku.

Satu lagi kerja rumah yang biasa aku buat adalah urusan di dapur. Biasa pinggan, periuk, cawan etc yang belum basuh tu, aku settlekan. Kesian mak kat rumah dah masak, jaga anak aku, takkan lah mak nak jadi bibik pulak nak kemas segala benda kat dapurkan.

3) Kerja

Kalau waktu kerja, office hours, jarang sangatlah aku tengok hp untuk reply whatsapp group. U know what i mean, kalau nak melayan whatsapp group waktu kerja, memang takkan buat kerja punya. Tu time busy la. Kalau tak busy boleh aje reply. Cuma sekarang boleh dikatakan adalah waktu yang sibuk buat aku. Kena settlekan itu ini before dateline. Kang sekali melayan sembang, tak jalan kerja. Eh, dulu pun kerja jugak tapi sempat je layan sembang. Tulah aku nak cakap, kerja dulu suasana dia lain, sekarang lain. Tapi better lah aku tak payah nak cerita dalam blog ni.



Dulukan, masa duk berdua je dengan Naurah kat Kuantan nun, boleh je aku layan whatsapp group bila Naurah dah tido. Pasal rumah aku sepah ke, takde orang ambik peduli. Kurang-kurang hari minggu aku kemas. Sekarang mana boleh macam tu. Rumah mak, kena la tolong. Dahlah anak aku sepahkan mainan sepanjang hari dah, takkan lah aku nak biarkan je kan. Dulu balik kerja aku tapau je makanan, habis makan, aku buang la bekas makanan tu. Sekarnag mak dah masak, kena la rajin cuci pinggan, kuali, periuk etc. Dulu aku tido lewat around 11pm (layan running man sambil balas-balas whatsapp) relaks je. Sekarang kul 8 pun mata aku dah nak terlelap. Mau tak mengantuk, bangun menyusukan Irfan aje dah 5,6 kali, tup-tup tengok jam dah pukul 5 lebih. Dulu, aku tidur lewat pun takdenya terjaga sampai 5,6 kali. Bangun sekali je kot buat susu untuk Naurah. Nak pergi kerja bangun pukul 6.40 pun sempat lagi. Pasal tempat kerja dekat aje. Sekarang kena bangun pukul 5.30 sebab jarak dari rumah ke tempat kerja jauh. Balik pulak pukul 6.30 petang. Dulu, pukul 5.15 petang dah sampai rumah. Siap boleh nap kejap sambil Naurah duk layan tv atau main telefon. 

Memang beza sangat rutin dulu dengan sekarang. Aku tak boleh nak sesuaikan diri lagi dan adjust dengan lagi baik. Cukuplah sekadar aku masih mempunyai sisa tenaga dan masa untuk melayan anak bila balik kerja tu. Tu paling penting.

Kiranya ada kawan yang berkecil hati aku tak sempat join sembang tu bukan bererti sombong. Nasib baik jugak ada kawan yang memahami, apa-apa perkara penting aku terlepas dalam whatsapp group, kawan aku whatsapp personally. Like dia orang plan nak buat reunion ke apa ke kan. Kalau whatsapp personally insya allah aku sempat reply, pasal jawapan tak payah meleret. gituuuu.



Begitulah lebih kurang. Aku percaya kawan-kawan aku hatinya suci. Takde fikir buruk-buruk pasal kawan, kan? Sebab kita kan kawan. hehe

Husnuzon.


My Precious.




Till then.



THANK YOU FOR READING THIS!

2 comments:

  1. dah alam betul tak baca blog akak...
    dah ade 2 ank ye sekarang....
    semoga happy always...

    pada penadapat saya lah, kita kena utamakan real life berbanding hp...
    quality time dengan family tu penting... rasanya kawan2 akak mesti paham....

    ReplyDelete
  2. Bagus sgt kau ni tau.. Insaf skjp baca part ko lyn naurah tu. Aku yg 24/7 dgn bdk2 ni pn xdpt buat cmtu sgt huhu. Kdg hannah nk ckp dgn aku, tp aku duk tgk hp. My bad. Ish... Rs cm kne tampar bc entry ko ni haha. Tp mmg btul pn. Mak aku pye bebel sbijik cm ko. Dia ckp ank dh tdo umah dh kms br la belek lama2. If penting je br tgk. Heh. Ssh nk cntrol kdg huhu. Aku puji aa ko tlg buat kje umah wpn duk dgn mak. Ade org duk dgn makpak tak tlg ape. Blk kje ngangkang tgk tv xtgk ank men hp. Haha. Oops. Aku duk sndri xpe. Eh. Hahaha. Keep it up hana.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...