Wednesday, November 4, 2015

Muhammad Irfan

Hellooo!!!!!

2 months++ kot tak update blog since aku cuti bersalin. Last update pasal bersalinkan my second baby. Aku rasa banyak gila nak cerita about my new routine, post natal care, Naurah, baby, raya aidilfitri, raya aidiladha etc. Slowly ok, janji cerita untuk kenangan. Sebabnya aku ni syok sendiri, bila bosan belek2 baca blog sendiri. Pastu tersengih2, pastu terjumpa salah ejaan berlambak. Konon nak taip laju tapi jari jemari debab. HAHAHA

So, lets story about my little baby boy dulu. Because no story about him lagi kat dalam blog ni except cerita bersalinkan dia tu, then no label lagi, meh kita buat label baru : Muhammad Irfan.

Ha ah, nama anak kedua adalah Muhammad Irfan. Irfan bermaksud kebijaksanaan, kesyukuran dan pengetahuan. Nama tu Zan yang pilih. Aku dah tak kuasa nak bangkang. Kalau dulu 1st baby memang aku yang cari then kebetulan dia pun suka. This time aku suka nama Ahmad Luthfy. Tapi katanya, anak kawan dia pun nama Ahmad Luthfy jugak. Apakah? Biar jelah kan. hish tak puas hati betul. So okay la dia beriya nak namakan anak lelaki kan. Janji nama tu pendek je dan ada maksdu yang baik. Aku taknak 2 patah perkataan for anak lelaki. So, Irfan adalah pilihan. Naurah pun senang sebut nama Irfan.

2 November, dua tiga hari lepas Irfan genap 3 months old. Aku pun dah start masuk kerja hari selasa masa dia genap 3 tahun tu. Bila nak start cerita pasal Irfan ni, aku macam menghela nafas panjang sikit. Sebab dia amat berlainan dari Naurah. Sangat, sangat dan sangat! AKu rasa bila muncul Irfan ni, this is new experience for me. Macam mak baru anak sorang. Tak taulah memang gitu perangainya atau salah letak nama ni. hahaha

Just random stroy lah ye.

Meragam 24/7.

Percaya atau tak, dari dia lahir sampai ke hari ni, dia tido malam wajib berbantalkan lengan aku. Pergh, lenguh gila kot lengan aku. Kalau letak kepala dia atas bantal, memang tido tak senang. Ada je bunyi dia buat, sambil tonyoh2 tangan kat muka. Kadang-kadang aku buat bodoh je nak tengok dia macam mana. Tapinya kalau tak dilayan sure dia nangis ok. Satu rumah boleh terjaga dengar dia menangis. Ko rasa jiran-jiran tak takut ke dengar suara nyaring baby menangis 2,3 pagi macam berhantu. So i dont have any choice. Terpaksa!

Siang hari pulak, dia akan tidur dalam buaian. Dia memang tak akan nyenyak tido atas tilam kecuali kalau aku tido sama berbantalkan lengan aku macam waktu malam. Tak kuasa mak. Tak kan siang malam nak tidokan.

Suara anak lelaki aku ni kuat okay kalau dia mendengus marah. Garang macam aku ni. kata mak aku la. haha 

Lain sangat dengan Naurah yang super mudah. Malam relaks je tido. Siang tido atas tilam, Naurah tak mau pun buaian bagai.

Agak suka menangis.

Asal nak tido mesti menangis. Asal nak susu menangis. Kena pujuk-pujuk dulu. Some baby kan, kalau nak susu tu, kita bf jela kan terus menyusunya tapi Irfan dia terus nangis, berdengus marah-marah gitu, nak kena pujuk-pujuk, dukung-dukung bagi berhenti nangis baru dia bf. Aku tak faham betul. Bila dia duk diam-diam aku sua nak bf, dia tak nak pulak. Agak dah lapar sgt nak marah-marah pulak.

Dia kan, kalau menangis, bukan takat nangis biasa. Tahap nangis selok sambil mata terpejam rapat, mulut ternganga tapi suara tak keluar. Serius, 1st time aku tengok ngeri amat. Macam kejung badan gitu. Ya Allah takutnya aku. Dia punya nangis tu macam sakit amatlah!  Padahal mengamuk nak tido je pung. Kang dia tengah syok tido dalam buaian, kalau bunyi bising or ada something buat dia terkejut, mulalah dia nangis tak ingat dunia. Pernah satu hari dia tido, Naurah tengah main apa entah, pastu benda tu terjatuh sampai dia terkejut, dia punya menangis dari pukul 2 petang sampai pukul 5 petang tak berhenti ok. Aku pujuk baring bari susu dia reject. Takut gila. 

Naurah dulu nak dengar dia nangis pun susah. Macam besar sekarang la, kalau sakit sikit-sikit, berdarah sebab jatuh tu relaks je. Takde nya nak nangis2.

Debab

Berat Irfan masa lahir 3kg je. Naurah lagi champion. After jaundice dia ok dalam 2,3 minggu macam tu, terus badan dia naik dengan lajunya. Terasa lenguh jugaklah tangan ni. Dia bf tak banyak tau. Jenis bf sikit-sikit tapi kerap. Mengantuk gila, malam-malam adalah dalam 4,5 kali aku bangun bf dia. Last check up kat klinik ritu, berat dia for 2 month adalah 6.1kg. Ahad ni check up for 3month. Entah berapa naik tu.

Naurah dulu nampak je montel tapi tak semontel Irfan. Sebab Naurah tinggi kot. Irfan rendah sikit dari Irfan. Gen ayah barangkali. Naurah gen ibu. gitu! hahaha

Meniarap

Hoih, tak padan badan debab ok, 2 bulan lebih ritu, Irfan dah pandai meniarap dan pusingkan badan dia. Terkejut kita orang. Kalau ikutkan milestone Naurah dulu, tak silap nak masuk 4 bulan jugak kot baru Naurah meniarap. Ngeri pulak aku. Trauma bersalin tak hilang lagi, tiba-tiba rasa anak dah nk besar. Tak puas nak gomol-gomol lagi. Kang esok-esok dah dapat kaki makin ligat, susah pulak nak gomol-gomol dengan rakus. HAHAHA

Reject bottle feeding

Bukan setakat susah, siap tak mau lagi menyusu guna botol.. Nak direct feeding je. Padahal aku bagi ebm 2 bulan sebelum kerja kot. Pun tak jalan. Macam-macam try ok. Risau gila. Eh, alih-alih aku tinggalkan pergi kerja ni, elok pulak dia menyusu. Kalau sebelum ni, memang selok nangis, siap muntah bagai kalau dipaksa. Kesian sangat. Alhamdulillah, takdelah aku susah hati sangat. Nak buat stok ebm pun semangat sikit. Naurah dulu seminggu sebelum kerja baru aku ajar guna botol, relaks je dia hisap. hehe


Apa lagi ye, hah, Irfan takde eczema rasanya even mild eczema sekali pun. Tak macam Naurah. Kulit dia jenis sensitif. Kalau kena gigit nyamuk or semut, mulalah membengkak macam kena tumbuk.

Eh, satu lagi, Irfan sekarang pantang tengok orang makan. Bila dia tengok orang makan, dia jilat bibir dia pastu telan air liur, then melompat-melompat nak bangun bila orang pengan. OMG! ngeri. Bukan ngeri apa, takut disuapkan macam-macam bila nampak anak nak makan sangat-sangat. Sabarlah Irfan.


Apa lagi eh, macam dah lupa pulak. Nantilah update milestone dia dari semasa ke semasa. Meh nak share picture Irfan dari umur sehari sampai hari ni. 

Right after deliver, terus masuk ward. After maghrib Naurah datang nak hantar barang tapi kesian dia tak dapat masuk sebab waktu melawat dah habis. Ibu sebak waktu ni. Tapi dia happy aje. Siap bye ibu lagi.
Day 1.

 
Lupa hari ke berapa tapi masih dalam pantang lagi ni.

 
Dalam pantang, adik seksi habis pasal panas sangat cuaca kat kampung. Kesian dia naik bintik-bintik merah kat badan.


Kakak yang penyayang.  konon la, kadang-kadang pi gigit jugak adik. haha








 
Ni dah lepas 44 hari. Dah kena botakkan kepala.

Masuk 2 bulan, dia dah acah-acah nak meniarap. Owh, btw ada yg tanya aku kenapa tutup pusat dia. bukan sebab pusat dia terjojol keluar ye tapi sebab budak ni taknak pakai bengkung. So takut kang angin masuk kot kembung perut, maka tutuplah pusat dia.

 
His 1st big smile

 
dah 2 bulan lebih. Montel sangat dah ni.





My favourite picture so far







Paling latest. a few days sebelum kerja


yeay, finally he can roll over his body






Till then.





THANK YOU FOR READING THIS!

2 comments:

  1. somel sungguh. makin besar kan...irfan makin terserlah muka kakak naurah.

    ReplyDelete
  2. Beza kannn. Aku pn trase beza dua bradik ni. Wpn sama gender. Huhu. Irfan ni muka husband u la. Heee. Ttbe aku rs mata camelia dh mcm ala2 mata naurah pn ade kdg haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...