Sunday, November 8, 2015

Hubster's Birthday

On 7th November adalah birthday husband darling. Iaitu semalam. Birthday man tak balik pun tapi we all saje je plan nak buat cake untuk birthday dia, bagi dia padan muka terliur. Siapa suruh kerja jauh dari we all kan. Hari-hari aku sent gambar makanan kat Zan, hari-hari dia cakap sedapnya. Bila tanya dia makan apa, nasi bujang lah apa lagi kan. Kadang nasi lemak, kadang-kadnag nasi ayam, kadang-kadang meggi dan sebagainya. Padan muka, duk jauh dengan bini yang rajin masak. haha

Nampak kejam kan? Tapi tulah salah satu cara, kita nak kasi ajar secara halus supaya dia cepat-cepat tukar kerja, dapat stay dengan kami. hehe Susah nak cari kerja baru pun ye tapi takpelah, slowly kan. Aku tak kisah pun LDR ni since dah stay dengan family. Tapi Zan lah kesian jugak, makin lama makin kurus je aku tengoknya. Sampaikan balik raya haji hari tu ada yang tanya aku, husband aku makan ubat kurus apa. Dia pun nak kasi laki dia makan. Haha Kelakar. Aku just jawab, dia tak makan ubat kurus pun. Tapi dia kurus pasal bini tak kasi makan. Tergelak je Zan dengar jawapan aku.

Ok, back to the story, saje nak kasi suprise kat husband tanda kami ingat dan nakkkkk sangat celebrate birthday dia together kan, maka beriya aku buat kek hah. Naurah lah paling excited bila cakap nak buat kek. Aku cakap esok birthday ayah. Terus dia jawab "ayah potong kek appy a to u ke? Tapi ayah keje". Aku pun jawab, "Naurah lah potong kek birthday ayah, lepas tu Naurah makan ye". Tak tahan tu dia balas macam ni, "ha ah, padan muka ayah tak boleh makan kek". haha terkojut mak ko naurah oii.

Malam tu baked siap-siap kek. Lepas kek siap, tunggu turn nak deko, naurah dah tido. Melepas nak bagi dia main dengan icing. Aku no hal nya nak kemaskan dia semula before tido. Takpelah Naurah next time tunggu ayah balik kita deko sama-sama ye.

Beginilah rupanya. Comot sangat. Maklumlah tangan tak berseni. Tak kreatif pulak tu.
 
Tapi aku tetap impress dengan diri sendiri jugaklah mampu menghasilkan seketul kek. haha

Red Velvet cake. Mulanya aku nak buat kek yang simple je, risaulah takut tak menjadi. Like nak buat kek butter tapi butter pulak takde. Nak buat kek kukus macam tak kena pulak nak letak icing, takut tak sedap. Baru teringat ada resepi RV yang aku belajar dulu berkurun simpan, tak pernah cuba buat, so jadilah keknya.

Naurah kan, dia bangun je pagi dia tanya mana kek dia buat malam tadi. Sekali aku tunjuk kek ni dah berupa rupa, harus dia tak sabar nak potong. Tu yang baju tak bertukar tu. Dengan tak mandi lagi siap potong kek. haha




Begitulah ceritanya semalam. Ucapan sweet tahap diabetes aku hantar melalui whatsapp tepat pukul 12am.Thats all.


Till then.

THANK YOU FOR READING THIS!

1 comment:

  1. weh kira hebat lah tu mak..siap deco ha..kalau aku mampu kek butter jelahh...hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...