Thursday, November 26, 2015

Breastfeeding Journey Muhammad Irfan, so far

Hello there!

Untuk second baby ni, perjalanan bf adalah sangat mencabar untuk aku. Macam-macam karenah dan ragam. Compare dengan Naurah dulu, 3,4 hari awal je agak struggle untuk bf dia pasal susu tak keluar. After urut dengan bidan, bf journey was success and excellent gitu. Siap aku jadi marmet technique expert hah. No need breast pump at all. Tq to bidan kampung yang ajar aku marmet. Alhamdulillah, Naurah dapat eksklusif bf sehingga 6 month. Walaupun dah bagi solid food, aku tetap continue bekalkan ebm kat bs untuk bagi pada Naurah sehinggalah 1 year++. Until 2 years++ she bite my *** sampai berdarah, then dia stop dengan sendirinya bf. Alhamdulillah jugak dia senang terima 100% formula milk tanpa merindui susu ibu. Alhamdulillah for that. Tak payah ibu struggle nak lumur segala macam benda untuk Naurah let go bf. Alhamdulillah.

So, for the second chance Allah SWT bagi untuk Muhammad Irfan ni, agak mencabar. There is ups and downs situation yang terpaksa i hadapi. 

1. Early birth

Sebaik sahaja deliver baby dan dipindahkan ke ward, first thing aku buat ialah bf Irfan. Dalam kepala aku masa tu, dah set susu mesti ada ni. Irfan pun kemain relaks duk latched. Cuma aku tension bila Irfan kerap menangis lepas bf. Baik nurse or my family duk tanya susu tak keluar ke? Dan, aku pun macam duk fikir macam tu. Sebabnya biasakan kalo baby tengah bf kita boleh rasa macam milk produce like ada something kat miss b. Kali ni i don't feel nothing. Tu buat aku musykil. Sempat stress jugaklah pasal susu ni si awal-awalnya. 

So aku pun contactlah bidan yang pernah urut time Naurah dulu. Memang niat nak ambik dia jugaklah complete berurut. Best sangat dia tu. Malangnya, tak ada rezeki aku kali ni. Bidan tu tak sihat, terpaksa stay dengan anak dia kat Terengganu. Aku cari bidan lain atas suggestion nurse yang datang check up kat rumah. Masa tu dah masuk hari ke7 baru bidan datang. Errr, tak best langsung dia urut. Miss B langsung dia tak sentuh tau. Aku mengharapkan dia boleh urut Miss B supaya susu bertambah meriah, kotlah urat-urat susu tersumbat bla bla bla kan (just like orang-orang tua cakap). 

Macam-macam lah aku cuba makan untuk produce more milk. Susu, kurma, habbatus sauda etc. Terpaksalah pagi petang siang malam mendengar Irfan menangis. Aku tak taulah dia menangis because of tak puas menyusu atau memang dia jenis baby yang suka menangis. Pasal sampai hari ni kadang-kadang dia jenis moody even dah kenyang menyusu.

Tapi lama kelaman (i think two weeks after that), susu mula meriah just like kakak dia dulu. Alhamdulillah.

2. Reject EBM ( At first)

Bila dah start nak masuk kerja, dalam 1 month before tu aku dah start nak buat stok ebm. Dan juga dah start ajar Irfan menyusu guna botol. Malangnya, dia bukan jenis mudah macam kakak dia. Dia reject terus botol. Dah puas pujuk pun tak jalan. Ada jugak aku biar dia lapar, terpaksa keraskan hati bagi dia menangis nak susu, kotlah dia nak botol kan tapi takdenya. End up dia tido dalam kelaparan. Sedih pulak aku. Kejam sangat rasa. Lepas pada tu, aku tetap la bf dia macam biasa. Misi untuk bagi dia botol failed.

So aku buat kesimpulan sendiri, maybe dia reject ebm kot. So aku sempat beli setin susu S26 bagi dia rasa. Pun dia taknak jugak. Taulah aku, sekarang bukan masalah susu tapi bottle feeding. Sampaikan beberapa teat jugak aku tukar, tetap tak berjaya. Pernah satu hari aku keluar ke Pekan. Masa tu dia tidur tau, so aku bajet keluar kejap jelah. Tup-tup dia terjaga. Mak aku cite masa dia bangun ok lagi duk layan dia main, tapi setelah hampir sejam dia terjaga, then aku tak balik-balik lagi, dia mula merengek nak susu. Masa tu mak aku kalut dah. Bagi susu botol pun taknak jugak. Mak aku pulak bila kalut, handphone yang terletak atas almari pun dia tak jumpa bila cari. Maka meraung la Irfan hampir setengah jam, baru aku sampai. Bila kereta masuk parking depan rumah tu, aku dah nampak Irfan selok menangis (definisi selok nangis versi Irfan : mulut ternganga seluasnya + mata terpejam rapat + takde suara keluar + kedua-dua tangan terangkat dengan menunjukkan dua penumbuk). 

Sejak dari itu, susah aku nak tinggalkan dia. Tu last time aku tinggalkan selepas berpantang. Mak fobia.

1 week before masuk kerja, baru dia mula terima menyusu guna botol. Terkejut kami. Entah macam mana, one day may mum bagi dia main-main teat NUK yang leper tu. Dia duk tonyoh2 teat tu masuk mulut. Just teat only, tanpa botol. Tengok elok dia duk tonyoh2 masuk mulut, siap dia hisap lagi teat tu. So my mum suruh marmet sikit susu letak dalam botol. Then bagi dia pegang botol dengan sendiri. Mula-mula dia duk jilat botol tu, then jatuh, we all bagi lagi botol sampailah mulut dia terkena bahagian teat tu, surprisingly dia hisap botol tu dengan sendiri sampai susu tu habis. botol tu kami tak pegang pun just sendal dengan towel kecik kat dada. once dia nak breath, teat tu terkeluar dari mulut, botol tu jatuh, then kami tolong angkat semula letak atas dada dia, dia terus menyusu. Alhamdulillah. 

1st day work tu called mak, mak cakap Irfan elok je menyusu, takde menangis dah. Takde drama kena pujuk dulu ke, kena sendal towel kat dada ke. Just letak je teat kat mulut dia, kemain laju dia nyonyot. Phewwww~~

3. Reject bf (pulak dahhhh)

Ni masalah terbesar sekarang. Since dia dah mabuk kepayang dengan bottle feeding, dia kerap kali buat onar bila nk bf dia. Ibu pening kepala betul. Bila nak bf dia kan, dia pusing kepala ke arah bertentangan tau. Kalau dipaksa-paksa memang dia mengamuk habis. So, kenalah guna EBM stock dulu, isi dalam botol agak-agak 2oz, bila habis je botol cepat-cepat gantikan dengan bf. Tu pun kadang-kadang depends on mood dia. Kalau mood baik, dia suck la. Kalau tak, dia akan mengamuk habis. Sebabnya bf kan kena latching dulu baru boleh susu nak produce, dia jenis tak menyabor, suck terus keluar susu gitu macam dia hisap botol. Pening tau x. Kadang-kadang aku berdebar je kalau nak bf dia.

Tu waktu dia sedar lah. Tapi kalau waktu malam, dia tengah tidur tu, elok pulak dia bf. Kerap jugaklah dia bangun nak bf waktu malam. Adalah dalam 5,6 kali gitu. That is why lah ibu ada prada bag kat mata ni hah. hehe

Yang sedikit stress tu, kalau aku ada kat rumah pun dia tetap nak botol, maknanya stok EBM tu kenalah berusik sikit, sekurangnya dalam 1oz-2oz dulu setiap kali dia nak menyusu. Kalau dah sehari 10 kali dia menyusu, errr tak ke banyak stok EBM digunakan tu. Yang pelik pulak kalau nak marmet kat rumah, susu pulak tak keluar. Aku ingat every time dia nak susu botol, bajet nak tadah je botol, marmet kejap kan tapi susu keluar tak sampai 1oz kot. Mungkin stress sebab anak nak susu dan-dan tu jugak. Mungkinlah. haha

4. EBM stock kurang meriah

Kurang meriah ni bila aku compare time Naurah dulu. Aku kan sejak dari azali memang marmet aje, tak guna pump pun. Tapi dulu, sekali marmet for both miss b, bolehlah dapat dalam 10oz-12oz tau. Tu pun ambik masa 5 minit je untuk marmet. Sehari aku marmet dalam 3 kali, kadang boleh dapat 30oz-40oz untuk stok EBM. Tu duluuuuuuuu

Sekarang, sekali marmet, paling banyak boleh dapat pun dalam 8oz je. Tu pun naik lenguh tangan aku tau. Paling worst, dalam seminggu dua nilah bila marmet hanya dapat 2oz-4oz je. Stress gila! Dahlah Irfan makin kuat menyusu. Sekarang kena isi ebm kat dia dalam 4oz. Awal-awal tinggal kerja tu, dia minum 2oz je, masih gagah lagi nak marmet walaupun dapat sikit-sikitkan. Bila marmet dapat sikit ni, Irfan pulak dah makin banyak menyusu. Yela, sesuai dengan perut dia la kan. Makin besar, makin banyak la dia minum. 

Stress gila. Aku try pinjam pump officemate, kotlah susu keluar banyak kan, tapi tak jalan pun pump tu dengan aku. Lagi cepat marmet dari pump. Baru pasang niat, kalau pump tu membantu, nanti nak beli seketul. So lupakan je hasrat. Sekarang bukan masalah aku salah marmet ke apa, masalahnya susu kurang produce. Aku rasa antara salah satu sebab adalah stress. Stress dengan apa, tak payah lah aku cerita kat sini. Then satu lagi, aku rasa masa pantang tak urut pun Miss B. Tukang urut tu tak reti urut Miss B. Boleh gitu? Kecewa gila rasa. Sekarang aku amalkan minum susu kambing campur kurma, biji habbatussauda campur dalam air kosong, minum air putih banyak-banyak, sayur cekuk manis wajib makan tiap minggu DAN yang paling penting aku makan tanpa fikir diet. Paling berkesan sikit bila aku makan banyak, susu akan terhasil banyak. Contoh, pagi aku dah breakfast  nasi gulai ayam, lepas tu aku makan donut 3 biji, dalam pukul 10 aku marmet, laju jugaklah susu keluar. So, lupakan nak kurus badan ke, nak turunkan berat badan ke. Aku dah tak kisah. Lepas Irfan dah stop menyusu nanti baru aku fikirkan cara nak kurus. Sekarang dah nampak dah nak consume ubat apa nanti, macam berkesan je. hahaha  

8oz sekali marmet for the first week masuk kerja.

Tapi takpelah, mungkin takat tu je rezeki untuk Irfan. Sekurang-kurangnya adalah jugak susu keluar compare dengan masih ramai lagi ibu-ibu yang struggle nak bagi susu ibu kat anak tapi susu tak keluar, maka terpaksa bagi formula milk je. Aku tawakkal jelah, kalau suatu hari nanti, susu makin berkurang, dah tak boleh marmet, aku kena belikan juga formula milk untuk standby kat rumah. Cuma sekarang bila tanya mak, mak cakap masih ada stok lagi untuk 2 hari berikutnya. Alhamdulillah.

Day, 1. 3.0 kg only.

Just because of mommy milk, he turn to this


3 months. 6.8 kg.


Alhamdulillah. 
Semoga anak ibu terus sihat dan happy!




No one could give her such soothing and sensible consolation as this little three-month-old creature when he lay at her breast and she felt the movement of his lips and the snuffling of his tiny nose. ~Leo Tolstoy

A newborn baby has only three demands. They are warmth in the arms of its mother, food from her breasts, and security in the knowledge of her presence. Breastfeeding satisfies all three. ~Grantly Dick-Read  




Till then. 




THANK YOU FOR READING THIS!

2 comments:

  1. byk cabaran tu hana...mcm i gitu gak, compare ayish dgn faiq, si faiq ni maciam2 sikit...haha...skrg menetek je la sbb reject botol..jenuh la nak wean off kalau pesen dia ni..

    moh la kita berusaha! chayok2..haha

    btw irfan punya peha tu geram oiii!

    ReplyDelete
  2. Kes dia mcm i dgn hannah dlu je. Hehe. Hannah dlu ttbe je paling muka xnk df. Yg aku pn bongok ms tu igt xknyg xde susu so xbg dh. Jd ep mom n trus goneee. Mmg ngaku dlu bongok skit haha. Yg lia ni mslh nye xnk botol jgk. Main botol hannah kemain. Ble bg botol sndri dia buat main xisap pn. Leleh2 susu. Try bcuh fm 1-2oz pn xluak. Bazir btul.. Huhu. Tp.. Aku xphm smpi skrg nape dia kcik xbam2 mcm ank org yg susu bdn. Haha..siap msk line kuning lg. nsb dh ok blk naik skit. Tp tulah.. Xdebob pn.. Sedih gak kdg org ckp kurus kurus.. Nk kata xdpt susu dia rilek je mnebeng menetek tanpa jemu. Mksdnye adela susu kan. Huhu. Ke sbb dia aktif. Ntah la. Slg dia mau df aku bg je le..btw hebat gilaaa marmet dpt byk fle cmtuuu. Xlenguh ke wei. Haha. Aku penah try ms dlm pntang tp allah.. Xsmpi 1oz. Dh lenguh segala leher ketiak sume. Hahaha. Mmg hebat siot marmet dpt byk tuuuu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...