Monday, July 27, 2015

Raya Aidilfitri 2015

Sesungguhnya cerita raya hampir sama setiap tahun kecuali tengah menunggu hari untuk kelahiran anak kedua dan tidak lagi menjadi perantau. Ye, nikmat amat. Nikmat boleh melantak selepas sebulan berpuasa tanpa rasa bersalah berat badan naik kerana perut memboyot ini boleh cover lemak-lemak yang baru diterima selama 10 syawal. Lagi nikmat tak payah nak redah jem berulang balik dari kampung ke kuantan. Eh, tapi dalam bandar pun jem jugak sebab tu aku cuti raya 11 hari. Padahal duduk kat rumah je. heh

Banyak ni gambar, macam tak tau nak cerita kisah baju dlu ke, makanan raya ke atau kisah satu raya sampai raya ke8. ngeee

Random jelah eh. Untuk catatan diri sendiri.

Baju raya.

Sebenarnya aku hampir-hampir takde baju raya. Pasal mak tak dan nak jahit. Kesian mak. Selalu dia kabor nak stop jahit tapi bila customer tetap datang tiap kali nak tempah baju raya, siap pujuk rayu bagai macam dia tak sampai hati pulak. Nak-nak baju kanak-kanak. Sampai mak budak cakap tak siap baju dia orang pun takpe, janji baju anak kena siapkan. Sian budak-budak nak beraya. Padahal bukan takde tailor lain kat kampung. Bezanya meraka dah selesa dengan hasil tangan mak then harga upah jahit baju pun mak still kasi murah. 

Tapi tulah padahnya, terpaksa siapkan baju orang, baju family sendiri kelaut je. Mula-mula plan memang nak beli je baju siap pasal dapat agak macam tak sempat je mak jahit. Tapi bila keluar ke bandar eh mak elok ajak pi cari kain. Konon beli sume kaler peach nak bagi sedondon. As always memang tepatlah tekaannya. Takde nak siap. 

Takut mak buyong kesedihan di pagi raya, so mak siapkan jugak baju aku. Gigih ok sampai pukul 3 pagi aku menjahit manik. For the first time! Tepuk tangan sikit. Not only baju aku but baju naurah dan anak makcik pun aku jahitkan manik. Tapi kelakar, baju anak makcik kain takdan siap. Nasib dia ada baju lain pakai pagi raya tu. haha

 
Haaa nak menunjuk baju jahitan manik sendiri sikit! Baju aku tu konon-konon ala kebaya. nanti dah tak pregnant boleh taruk dat bagi nampak cutting sikit. Baju Naurah tu buat jubah je senang.

 While baju melayu Zan pulak cari yang dah siap kat Wakaf Che Yeh. Dia balik 2 hari before raya. Nasib baik jumpa warna peach sebijik sama warna. Settle. Kat wakaf che yeh tu cari baju basahan untuk Naurah jugak. Murah-murah je harganya, jualan rayalah katakan. 


Gambar satu family nan ado. Pasal aku sentap tak sedondon. haha buruk perangai.  

Dah kata aku takde baju raya kan, nasib baik makcik kat Kajang tu bawak balik banyak baju. Boleh aku tumpang sekaki menggayakannya. haha Makcik pandai jahit baju. Sekarang dia gila jahit jubah. Elok sangatlah memang ngam-ngam muat kat badan aku.

Mak yang beriya dari anak ni. Naurah relaks je pakai seluar. Agaknya dia bersyukur tak payah berpanas nak pakai baju kurung. kofkof


Hari raya pertama, kedua, ketiga dan seterusnya....


Oleh kerana nak siapkan baju raya, so pagi raya pukul 3 pagi baru tidur. So bayangkan nak bangun awal pagi tu kemain liat. Cepat-cepat gosok baju melayu zan before dia pergi sembahyang raya. Rutin macam biasa after sembahyang raya, bersalaman, then sebelum muka aku berminyak dan sememeh melantak, kami anak beranak bergambar dulu. haha Lepas tu baru melantak. Lepas melantak rasa nak qada' tidur je. Tapi idoklah begitu. Sebelum solat jumaat tu  menziarahi jiran tetangga. Sempatlah beraya dalam 4,5 buah rumah.



Ohoiiii dalam mata aku mengantuk tu, pantang nampak makanan aku semangat je nak makan. kiki Pukul 12 tengah hari balik rumah, Zan and suami makcik nak pergi solat jumaat. Waktu nilah kaum wanita dan anak-anak di rumah ambik kesempatan tidur secara berjemaah. haha Dia orang balik solat jumaat pun boleh tak sedar. 

Petang tu baru sambung beraya semula.

 
Nampak agak sado di sini. hehe Masa ni pergi beraya ke rumah jiran-jiran. Tengok punyalah nak cakap panasnya kat kampung, baru pukul 10 pagi dah panas terik.

Bergambar di rumah jiran. Angin betul aku dengan budak ni. Beriya beli kasut raya bermanik, bunga segala, tup-tup melalak dia nak pakai selipar elsa. Lantaklah Naurah janji ko nak jalan, bukan berdukung. Kadang-kadang datang angin kus-kus dia taknak berjalan k, nak berdukung. Nak berdukung dengan aku je pulak tu. Orang lain nak dukung dia taknak. Eeeee, 16kilo aku nak dukung???? T_T





Semakin dekat due ni, budak ni semakin manja, clingy je dengan aku. Untuk persedian, aku cakap kat dia nanti ibu pergi hospital nak ambk adik baby, Naurah duk dengan umi kat rumah, esok ibu balik bawak baby. Boleh dia cakap, ibu tak payahlah pergi ambik baby, suruh je tokma yang ambikkan bawak balik rumah. T_T


 Malam tu pakat tidur awal. Tak dan nak layan cite best kat tv.

Raya kedua keluar berjalan ke rumah saudara dekat-dekat. Yang tak payah nak redah jem kat bandar. Seperti biasa, perjalanan nak ke bandar tu dari rumah aku yang patutnya ambik masa 30 minit je boleh cecah sampai 3 jam tersadai di tengah jalan. Yang gigih tu beraya memang aku salute lah sangat. Tapi aku rasa antara penyumbang jem tu bukanlah sebab orang beraya sangat tapi sebab banyak kenduri kahwin. Memang menjadi budaya ke apa kat kelantan ni, asal cuti raya je berlambak orang kahwin. Aku pun tak faham kenapa, dahlah harga barang tengah naik musim raya, lagi nak buat kenduri. Eh, mengata orang! aku dulu kahwin raya ketiga jugak. KAHKAH Saje propa. sebab utamanya ialah time tulah semua saudara mara balik untuk meraikan hari bahagia. So harga barang naik ke, jem ke belakang kira. Janji ramai yang ada. Dari raya kedua hingga ke hari ni, ada je jemputan kahwin. Kalau yang dekat tu boleh lah g, mana yang jauh sikit tak mampu nak g.

Raya kedua.


with zan

and with miss clingy


Ni anak cousin. Tak silap baru 3 bulan kot. Naurah suka gila kat dia. Baby boy.

Petang tu bawak budak-budak main pantai.


Kebetulan ada fun fair kat pantai tu, suka la dia orang. Nasib baik ada tempat nak bersuka ria jugak daripada kena redah jem ke bandar.


Juadah raya

Macam biasa raya pertama memang ada masak-masak kat rumah. Antaranya rendang daging, kuah kacang, nasi impit, tapai dan sate.

Makan sikit je kat rumah, spare perut kat rumah jiran-jiran pulak.

Hari raya pertama tu, hasil mengunjungi rumah jiran, macam-macam aku dapat makan. Antaranya, nasi dagang, laksa penang, laksa lemak, gulai itik, nasi minyak, ketupat dan macam-macam lagi. Cuma tak jumpa lemang je tahun ni.


Raya kedua, aku ngidam makan lontong. Biasanya aku tak suka sangat makan lontong ni. Jangankan makan, pandang pun tak sudi. Sebab pregnant barangkali. hehe So ada lebihan kuah kacang raya pertama tu, boleh lah makan sekali dengan lontong. Then makcik masak rendang ayam pulak.
2 mangkuk besar aku makan hah. Lontong, nasi impit, kuah kacang dan rendang daging.
 
Raya ketiga mak buat ketupat daun palas sebab makcik nak bawak balik ke kajang. So aku makan dengan rendang ayam dan serunding daging.
 
Raya keempat tu balance kuah kacang ada lagi. So buat cucur then makan dengan rendang daging. Rendang daging tu mak masak semula sebab tak rasa tak puas makan rendang daging.
Yang best bila ada kenduri kahwin ni, ada yang hidang gulai kawah daging kambing. Suka gila. 


Begitu jelah sambutan raya kali ini. Lepas makan memanjang, tiba-tiba aku rasa perut aku membesar. haha Last week check up pada raya ke-6 berat dari 72kg naik ke 78 kg. kofkof. 

Jujurnya lepas puas menjamu selera di hari raya, dah settle uruskan baju raya naurah dan sumenya, how i wish baby keluar before ogos. Lagi best sama date birthday dengan Naurah iaitu esokkkkkkkk 28 Ogos. hehe

Come on baby!!


Selamat hari raya maaf zahir dan batin buat pembaca blog ini. Doakan saya dipermudah dan selamat bersalin ye. Untuk ibu dan baby!

Muahciked!!

KIKIKI



till then.



THANK YOU FOR READING THIS!

7 comments:

  1. wah sakan beraya dgn mcm2 outfit dan makanan..
    Tp makanan masa raya dgn kenduri mmg heaven la kn..

    ReplyDelete
  2. nangis tengok ketupat palas..sobs!

    ReplyDelete
  3. 78kg? Tp nmpk kurus jee. Aku yg 69kg b4 beranak aritu pn lg beso bdn. Sobs

    ReplyDelete
  4. cantik baju oren tu.boleh tanya, makcik yg jahit baju kt kajang kt mana ya?mane tahu boleh hantar lepas ni =)

    ReplyDelete
  5. sakan beraya ha makyong :)

    x nampak naik sgt bdn pun.. bby boy ek.. perut moncong ke depan je hihi

    ReplyDelete
  6. wehhhh baru 78 kg jeee! pftttt kurus wehhh! aku dulu last 83kg tau.hahahaha. semoga dipermudahkan weh!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...