Wednesday, July 1, 2015

Ramadan Ke-14 & Menunya

As always, tinggal dengan mak lauk harus lebih dari satu. Maklumlah bukan satu perut nak diisi. Alhamdulillah. Walaupun lauk kampung aje tetap berselera gila. Maklumlah memang membesar dengan lauk kampung macam ni kan. 

Nak deko-deko lauk pun tak dan. Bagitau mak dah siap masak bagitaulah biar aku menghidangnya. Motif sangat rajin nak menghidang. Sebab nak ambik gambar lauk mak cakap. Hahaha Beli set pinggan mangkuk kemain banyak tapi tersusun dalam almari. Tak faham betul mak-mak ni, sayang nak guna katanya. Dia lebih suka guna pinggan campur-campur kat dapur, ada tu yang dapat free beli ubat gigilah, sabunlah. haha

So lantaklah tak cantik presentation pun, janji aku nak tunjuk menu berbuka lauk kampung aku. 

DALCA DAGING. Daging campur bahagian lemak-lemak. Fav ni lemak-lemak.

UDANG MASAK LEMAK BELIMBING BULUH. Aku tak makan.

AYAM PERCIK.

TELUR SOTONG MASAK TUMIS KICAP.

SAYUR CAMPUR

KERABU SARANG. Most favourite ni.


Kesemua menu adalah masakan rumah kecuali kerabu sarang. Kerabu sarang tu adalah rumpai laut kering, then direndam sampai jadi lembut, taruk kerisik, asam limau, budu. Then gaul-gaul je. Dulu kat rumah ada je banyak stok rumpai ni. Arwah nenek rajin buat. Dia dah takde ni, memang takdelah orang makan. Nasib baik bersepah jual kat gerai-gerai. Tiap kali bulan puasa wajib aku tayang kerabu sarang dalam blog ni. Last year pun ada beli kat Kuantan. Nasib baik bazar ramadan Jaya Gading ada jual tapi tak sedap. hehe


ASAM GUPAL DURIAN

Dessert pulak makan lebihan asam gupal mak buat sebelum ni. Cuma alang-alang masih berbaki durian kat rumah, aku pun bantai asam gupal durian. Tak sangka sedap gilaaaaaaaaaaaa. Lebih sedap dari makan pulut durian. Confirm kalau bf anak nanti, makan asam gupal ada halba + santan + durian = susu meriah kuasa 3. HAHAHA

Sahur tadi makan lauk sama je. Waktu sahur biasanya makan benda sama kecuali kalau ada lauk yang mak masak cukup-cukup untuk berbuka je, nanti sahur mak akan tambah lauk baru yang simple je like telur masin, ikan bilis goreng, tak pun paling senang telur dadar je. 

Sahur pagi tadi aku tengok durian masih ada kat rumah, so mintak mak bakar ikan taruk durian dan petai. Nak buat ala-ala pais ikan patin gitu. Ikan patin nan hado, so di ganti dengan ikan kembung. Harap sedap! hehe



Till then.




THANK YOU FOR READING THIS!

4 comments:

  1. amboi sedapnye.. plg terliur tgk udang belimbing buluh tu..

    *belum jumpa lg kuih koci purple inti kacang huwaa sobsob

    ReplyDelete
  2. sokmo la telan elior masuk blog ni..hahaha..eh kerabu sarang tu baru ni la nengok.. dalca daging dgn asam gupal durian tu buat ciknaa nanges! huhu

    ReplyDelete
  3. Wow...bestnye...meriah menu sis....terliur sekejap..tkleh terliur lama2..nant terbatal pulak puasa...

    ReplyDelete
  4. kerabu sarang buat daripada ape hana..macam sedap aje

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...