Thursday, July 30, 2015

PERSEDIAAN UNTUK ANAK KEDUA

So far so good adalah ayat yang lebih sesuai. Alhamdulillah dalam membuat persediaan untuk anak kedua ni, segalanya berjalan lancar. Takde masalah pun. Tapi persediaan agak last minute sikit sebab mental bercelaru di awal-awal dulu. haha

Persediaan barang-barang pun more pada baju jelah. Takkan nak pakaikan baju Naurah yang kebanyakan skirt untuk adik kan. Kalau baju tidur warna pink, aku consider ok lagilah nak pakai. I am not gender bias. Bagi aku lelaki also can pakai pink. Cuma jangan ada bunga-bunga jelah. Pelik pulak. haha

Baju-baju standarlah warna unisex like biru, merah, coklat, putih, hijau etc. Mitten and booties pun kena beli baru pasal Naurah punya kesemuanya girl amat. Nasib baik sarung tilam ritu, mak ada jahit warna biru kotak-kotak, so boleh aje guna benda sama.

Well untuk keadaan ekonomi sekarang yang semakin meruncing dan poket semakin tergugat, kenalah berjimat dan guna apa yang ada. It's not about tak adil anak 1st sumenya baru, so adik kenalah baru jugak. Aku tak guna eh konsep gitu.Nak berbelanja kena ukur badan sendiri, tepuk poket sendiri. Dah takkan stroller, car seat elok boleh pakai, aku nak beli baru kan. Mana boleh guna, baik digunakan.

Dalam banyak-banyak barang persediaan menyambut baby ni, yang paling paling paling aku excited nak guna adalahhhhhhhhhhh

 



Memakaikan legasi ZANHANA FAMILY dengan blanket hood khas ini. Gitewwwwwwwwww 

harharhar

 
Naurah, 1st day

 Memang aku saje pilih warna biru untuk both gender. Nampak tak, aku memang plan nak anak lebih dari satu. Belum anak pertama lahir aku dah berangan nak pakai kesemua baby Zanhana dengan blanket hood yang sama. Besar angan-angan aku. Lepas deliver Naurah terus fobia taknak anak dah.

Eh, sebulan aje hilang fobia. lepas tu.. krik krik 

HAHAHA

 Memang entah hape-ape je ke'excited'kan aku tu kan? Zan pun tak faham. Zan siap cakap dalam banyak-banyak barang yang aku simpan, blanket hood ni aje satu-satunya khazanah yang aku jaga elok. Andai barang lain aku simpan, last-last mesti hilang punya.

Haaaa nampak tak? Betapa bersungguh dan mengambil beratnya aku akan kepentingan zuriat-zuriat kami menyarung blanket hood ini? HAHAHA poyo!

Bila semua barang dah ready kan, cuma tunggu masa yang sesuai je baby keluar, rasa macam apa entah, kejap-kejap g belek baju anak. Aku tak taulah orang lain, tapi aku mempunyai penyakit gitu. Obses sangat. Dulu masa tunggu Naurah keluar pun sama. Kejap-kejap duk telek baju baby. Rasa comel je, wangi je. Macam tak sabar nak sarungkan baju kat anak yang ada dalam perut ni. Alah, aku rasa semua mak-mak gitu kot. hehe

Naurah so far dia pun excited sama tengok sekotak barang adiknya. Dia aware akan kehadiran adik nanti. So takdelah dia buat perangai nak sarungkan mitten n booties tu. Bila dia ambik, aku terus cakap..

"Kaki dan tangan awah dah besar. Sarung tangan kaki adik kecik." - ibu

"ha ah. Nanti sarung tangan kaki adik rosakkan. Hurm.. wanginyaaa." - Naurah

gitulah responnya. Dia just belek-belek nak tengok.

Barang-barang yang letak dalam bag untuk ke hospital.


Semalam, kawan bawak kek coklat untuk Naurah. Dia kesian hah Naurah nak potong kek bila aku cerita dalam whatsapp group. Kemain suka Naurah untuk kali kedua tiup lilin dan dapat pegang pisau pulak tu. hehe Terima kasih banyak-banyak.








Till then.








THANK YOU FOR READING THIS!

2 comments:

  1. custom made blanket tue.
    boleh tiru ni untuk buat legasi blanket..
    hehe.

    ReplyDelete
  2. x sabar dh kan.. dah hujung2 ni :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...