Monday, July 13, 2015

Mood raya dengan biskut raya

Helloooooo! yuhuuuuuuu! Masih ada yang mood nak bekerja ke? Ke dah balik kampung awal-awal untuk elak jem? hehe Kemain galok aku ketawa hah mentang-mentang tak merasa dah kelam kabut nak atur cuti laki bini nak balik ke kampung, tak payah fikir kena tidur yang cukup untuk drive esok, tak payah fikir nak rancang perjalanan dan yang paling penting tak payah nak meredah jem. Nikmat gila.

Eh tapi sebenarnya aku rasa salah satu kemeriahan raya tu dirasai apabila feeling nak balik kampung tu. Feeling yang serabut semua aku sebut kat atas. Sambil drive boleh karok lagu-lagu raya. Owh, mengimbau sangat. Since aku dah ada kat kampung, so jangan ingat jalan tak jem. Tunggu sehari dua lagi, nak pergi kerja confirm kena redah jem kat bandar tu. COnfirm!

Bagi merasai feeling raya (without redah jem), so aku merajinkan diri men'cookies' biskut raya yang mudah-mudah je. Minat dalam bakery tu adalah tapi setakat mampu buat biskut je. Kek dan roti macam complicated sangat.

Masuk awal ramadan, aku dah siap beli barang-barang buat biskut kat bakery. Alhamdulillah ada jugak kedai bakery murah kat sini. Kalau Kuantan dulu aku taulah banyak. Sebenarnya agak jimat membuat biskut sendiri daripada beli siap. 

Let say, aku buat biskut sarang semut which is bahan-bahannya guna 4,5 jenis bahan je yang totalnya tak sampai RM50 pun. 1 adunan tu aku boleh dapat dalam 100 cup lebih. Biasa kalau beli dalam 1 bekas ada 50 biji, paling koman harga pasaran sekarang rm26-rm28 kan. Cuma kena berpenat sikitlah. Bagi yang minat dan ada masa terluang, should be ok dan enjoy kot!

So far dalam perancangan, aku nak buat banyakkkkkkkk jenis biskut. haha Biskut mudah-mudah je. Like popia gulung/simpul, sarang semut, almond london, semperit, dahlia, almond cluster, oreo chocolate ball, bubble rice chocolate, chocolate chips, conflakes madu, red velvet cookies, butter cookies, german cookies, rempeyek.

Hah, see banyak kot kan! tu semua biskut favourite aku. Peduli apa aku orang tak suka, janji berbaloi aku buat, boleh makan puas-puas sambil hadap tv. hahaa

Kalau tengokkan biskut-biskut yang aku nak buat tu kan, kalaulah dibeli satu jenis satu bekas, kira-kira total kena spent money untuk biskut raya aje dah dalam RM400++ kot. Tu kalau biskut guna bahan murah-murah, macam almond tu confirmnya takde harga rm26 kan.

Tapi tulah namanya pun berangan so far daripada 13 jenis biskut tu, baru 5 jenis yang aku buat. haha Bahan-bahan dah ada tapi last week aku dilanda sakit gigi semula, terpaksa lupakan buat biskut. Kalau tak cuti Jumaat dan Sabtu tu dah boleh siapkan conflakes madu, red velvet dan popia kot.

So far 5 jenis biskut aku sempat buat tu ialah oreo chocolate ball, almond cluster, sarang semut, chocolate chips dan dahlia. Oklah kan. Kalau tak sempat buat yang lain, isi jelah balance balang biskut yang ada dengan kerepek nanti. Kerepek wajib ada. Tu makcik aku yang akan balik dari Bangi suka beli.



 Ni kang zan balik tengok-tengok dia bawak balik biskut jugak. Jenis rajin order biskut dengan kawan-kawan jugak tu. Last year aku dah beli almond london, dia pun beli jugak, siap 2 bekas. Maka berlambakkan lah biskut di rumah. Tahun ni aku pesan siap-siap tak payah beli biskut raya, dia jawab yelah je. Esok lusa kang balik nak tengok.

Last but not least, semoga diberi ketabahan dan kerajinan meng'cookies' conflakes madu dan red velvet cookies malam ini. ;-p




 Till then.



THANK YOU FOR READING THIS!

1 comment:

  1. Bapak byk okkk. Aku ms b4 puasa dh brangan nk buat. Sudahnyeee aku buat sejenis je biskut femes amos hahahah. Cornflakes aku bli dua kilo pass kt mak n adik tlg buatkn cornflakes madu kakaka. Xlehla nk buat xtenteram dgn si camelia tu ha. Stress! Tp mmg jimat buat sndri. Lg sdp kot hahahah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...