Wednesday, July 8, 2015

Almost 3 years old

Tak larat nak update juadah berbuka for 2,3 days ago. Nak update sikit cerita pasal Naurah. My one and only daughter so far. hehe

Anyway ikut kalendar hijrah Naurah dah genap 3 years old. But then ikut kalendar masihi, 28 Julai nanti baru cecah 3 years old. Kejap je rasa dah cecah umur 3 tahun. Lagi 2 tahun dah pi sekolah. Sekarang pun bukan main mengamuk nak ikut kakak pergi sekolah.

So, 28 Julai dia dah genap 3 years old, that's mean beberapa hari after that dia bukan lagi menjadi the only one child that i have. Adik jangka lahir 8 Ogos tapi tak taulah kalau keluar awal kan. Aku rasa Naurah ok je since hari-hari dia kiss "adik" i mean baby bump ni hah, then said suruh adik cepat keluar nanti boleh main masak-masak dengan Kakak Awah. bahah Sweet gila.

I think dia dah ready kot nak jadi kakak. Cuma aku lah, rasa sedih sikit. Sekarang, takde adik pun aku dah garang-garang dengan dia, macam mana keadaan ada adik nanti. My bad. Rasa bersalah sangat. Sedih sebab kasih sayang ni bukan untuk dia seorang lagi, kena kongsi dengan adik. Sedih takut dia rasa terabai. Sedih takut dia cemburu. Macam-macamlah.

Tapi semua orang cakap don't worry. Feeling tu biasa untuk mak bakal anak 2. Biasalah kan, the 1st child macam special sikit kan attention dia. So haruslah rasa merepek macam ni. But looking at Naurah, memang dia orang cakap Naurah ni matured sangat. Harap she will be a good sister. AMIN.

So  a little bit about her. Just random story.

Makin kurus

Yup. Since masuk sebulan duk kampung ni, dia kuat betul main. Makan nasi tu kadang taknak. Sayang nk tinggalkan mainan daripada makan. Biasanya aku suruh dia makan kat meja makan. So bila dia taknak tinggalkan play zone tu, susahlah nk ajak dia makan. Then tokma pun ikut lah suapkan dia nasi kt plat zone tu. Sekarang dah naik lemak memang takde makan langsung kat table dah. Even berbuka pun, dia sorang je mintak nasi sepinggan makan depan tv. T_T Mak cakap biarlah dia, janji makan. So nak cakap apa lagi.

Dulu dengan BS, 3,4 kali kot makan. Now mak cakap sekali je makan waktu aku pergi kerja. Yela bangun aje dah pukul 8 gitu. Then bangun-bangun mintak susu. Dah kenyang. Almost tengah hari baru nak makan. Then petang pulak dia nak tidur minum lagi susu. So berbukalah makan semula. Biasa dia akan makan buah or biskut in between tu. Dulu dengan BS, sampai-sampai awal pagi dah breakfast nasi. Then tengah hari pulak. Petang before balik rumah makan lagi nasi. Nampak la montelnya.





 Makin hitam.

HAHAHA dah lah anak gadis aku ni bukan jenis kulit cerah, pastu kuat main kat luar pulak tu, so makin la gelapnya. Mak aku memang tak la suka hati lepaskan dia main kat luar. Nak-nak kalau sume kakak-kakak dan abang pergi sekolah, luar rumah sunyi je, bahaya kot biar dia main kat luar.

But then memang cuaca kat kampung panas amat, even duk dalam rumah pun rasa nak bogel je. Naurah memang kerap la tak berbaju, just pakai short pant je. Dia sendiri yang cakap panas, tak nak pakai baju. Kesian je. Paling worst ruam-ruam dan bintik-bintik merah mula naik kat leher, dada dan belakang dia. Kulit dia sensitif sikit dengan peluh, cuaca panas, nyamuk and semut. 

Kadang-kadang mak cakap kesian jugak kat dia terperuk dalam rumah. So bila pagi nak sidai baju kat luar, bagilah dia keluar sama. Dia pusing-pusing naik basikal kat depan rumah, kadang-kadang tak terhalang dia nak main masak-masak, dapat lah satu sudu satu bekas dia cedok pasir. Tengah hari panas terik memang strict tak bagi keluar. Tu pun mengamuk nak ikut kakak dan abang pergi mengaji. Tidaklah mak aku bagi sebabnya jauh sikit dari rumah kena lintas jalan. Risau je, tak harap lagi nak lepas dengan budak-budak tu. In a good point memang lah bagus boleh hantar Naurah pergi mengaji awal kan tapi risaulah. Aku rasa hari sabtu boleh aku ikut sama teman budak-budak tu pergi mengaji then bawak Naurah pergi mengaji sekali. Will see.

Hah waktu petanglah biasa dia ligat sikit nak keluar main. Pasal dah take nap, then mandi siap-siap, dia bosan duk main mainan dalam rumah while kanak-kanak lain riuh sekeliling rumah duk main kejar-kejar, dia apa lagi, macam cacing kepanasan je duk dalam rumah. Siap goncang grill hah. Kalau boo layan, pandai pulak tu dia pi keluar ikut pintu dapur. Nak-nak mak and makcik sibu masak untuk juadah berbuka, memang tak dan nak cara kat dia, so terpaksa bagi dia keluar. Nasib baik dia main kat belakang dapur je. Heaven lah dia kalau dapat keluar. Sekeliling rumah tu memang berpasir je. Asal keluar takde main benda lain, dia capai apa je boleh taruk pasir like tempurung, botol then satu kayu untuk mengacau. 

Its ok lah Naurah. Dulu pun ibu membesar macam tu jugak. Comot jugak. Hitam jugak. Dah besar-besar pandailah awak melawakan diri ye. Yang penting awak tak jatuh sakit.

the one and only kawan masak-masak dia ada.

Semalam balik kerja, punyalah syok dia tengah main, tak sedar ibu dah balik. Diam-diam aku snap gambar dia. Curi-curi dengan perbualan toddler :

"kak ngoh buatla gini. Awah buat biskut, kak ngoh masak nasi" - Naurah
 

hahaha Nama kawan dia tu kak ngah (ayah budak tu sepupu aku, so saudara mara la gitu, duk belakang rumah je). 

comel je.

Wellness, so far so good

Alhamdulillah for her. Agaknya dikurniakan tahap kekebalan kesihatan yang tinggi (ada ke term gitu?), Naurah ni jarang demam. Awal-awal aku duk risau jugak dengan perubahan cuaca dan persekitaran, kot-kot mudah demam ke kan. Nak-nak anak makcik aku tu kerap demam nau. Kalau sorang demam, sorang lagi pasti mengikut. Two weeks ago, dua-dua demam but alhamdulillah Naurah tak ikut serta. Relaks je dia duk main sama-sama. Tu aku rasa eh lantaklah ko nak hitam ke apa, janji sihat dijauhkan penyakit. Kurang sikit ibu risau.



Perangai

what do you expect from a toddler?? very behave?? Mimpilah. Memang tahap sekarang sangat menguji kesabaran. Kejap dia behave, very polite, kejap dia boleh jadi manusia yang tidak terduga. As i said before, kat rumah ni ada kakak dan abang, so now dia adalah jugak terikut perangai dia orang. Abang baru 5 year, kakak 7 year. Orang kata usia nakal nak ke matang ke apa. Kadang-kadang angin jugak aku tengok kedua-duanya, sampai Naurah terikut-ikut but what can i do. Kalau dia nampak dua orang tu gaduh-gaduh sampai pukul-pukul, so dia sibuk la nak joint sama, siap cakap "dah-dah jangan gaduh" sambil tu tangan dia pi cepuk satu sorang. Dua-dua akan merasa. Dah dua-dua takkan nak balas pukul dia balik kan, sebab kecik lagi. Aku pun pening tengoknya. Makin cepatlah tangan dia naik sekarang.

Terlampau clingy tu dah takde. Maybe sebab dah ramai orang, so dia boo layan aku sangat. Hope ada adik nanti dia still macam ni. 

Kuat mengadu wehhhhhh. Ni mengikut perangai abang. Abang tu manja sikit, kalau kakak kacau dia, nanti dia ngadu kat mak dia. So kerap naurah dengar, sampaikan dia pun suka sangat mengadu. Mak cite, one day kakak cheat puasa, Naurah nampak kakak pergi dapur minum air. Then Naurah cepat-cepat berlari ke mesin jahit tokma then dia cakap "kakak tak puasa la tokma. Awah tengok kakak minum air" hahahaa Memang kenalah kakak tu dengan mak aku. 


Dengan abang dan kakak with her annoying face. haha


Loghat kelantan

Owh, ramai orang tanya aku, Naurah mesti dah cakap loghat kelantan dah sekarang kan? Well, the answer is NO! haha Sebab awal-awal ayah dia dah warning aku cakap bahasa Melayu standard ok. Cakap KL lah senang. haha Pasal ayahnya tak faham loghat kelantan. So aku ikut jelah. Lantaklah orang kampung nak cakap aku poyo ke apa. Peduli apa kan. haha Tapi ada jugaklah loghat kelantan yang Naurah pandai sebut. Dah 24/7 duk hadap mak, makcik, kakak, abang, kawan duk cakap loghat kelantan kan. Kadang-kadang dia campur-campur je cakapnya. Atleast ayahnya faham lagi. 

Kadang aku kat opis ni pun tersasul cakap "luar" orang kata. Hahaha yelah dah berapa tahun kot keje di luar kelantan, mau tak tersasul. Biasa aku akan cakap kelantan pekat dengan family aku je. Hope slang Naurah tak berubah, then adik dia nanti pun aku nak je cakap bm standard. Atleast takde la segan sangat kan alasan sebab ayah orang luar. kikiki

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. bahah!

the cat lover. Cat jiran tapi pantang keluar dari rumah, cat dulu yang dia cari. Mesti cat tu fobia tiap kali tengok Naurah. Kalau sejam keluar dari rumah, sejamlah dia akan usung cat tu ke hulu ke hilir. Nasib baik cat tu tak garang and very the behave. HAHAHA





Till then.


THANK YOU FOR READING THIS!

2 comments:

  1. ish. dah besar sangat lah anak dara ni. dah pandai main dengan kawan2..

    ReplyDelete
  2. Aku bkn nk tktkan ko. Tp bersedia la yg ttbe ble adik keluar perangai dorg berubahhhh. Huhu..'cm hannah. Awl2 ok lama3 berubah abis. Mcm jeles je.. Mcm kurg phatian wpn i dpn mata. Sedih. Dia jd cm kasar skit. Nk buat adik je kdg. Aih. Just prepare jela ye hehe. Tp myb sbb naurah ade kwn2 kt sne so dia xheran sgt la kot. Hannah ni sorg je. Nk ajk i main i lak asik kelek adik. Tu dia jd cmtu huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...