Thursday, July 2, 2015

15 Ramadan & Menu semalamnya

Segar sikit mata hah lepas balik dari tazkirah Nuzul Quran. Ustaz kemain lucu. Anak ibu pun mengekek dalam perut agaknya, xduduk diam. hahaha

Nuzul Quran jatuh pada 17 Ramadan iaitu bersamaan 4 Julai, so ahad tu kat sini cuti. Yeay syoknya dapat cuti 3 hari. Plannya nak buat biskut raya. Balik kerja petang ni nak pi usha bahan-bahan buat biskut. Agak-agak mahal buat jelah biskut pakai modal murah-murah. haha

Pejam celik pejam celik hari ni dah memasuki separuh ramadan. So far so good. Alhamdulillah masih diberi kesihatan dan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa. Dan paling penting, mak masih melayan permintaan aku nak makan macam-macam. haha

So menu berbuka untuk semalam issssssssssss

 
IKAN KEMBUNG BAKAR TEMPOYAK

Konon-konon nak buat ala-ala pais ikan patin gitu. Tapi gayanya tak menjadi. hahaa Pertama guna durian fresh. Patutnya kena buat dengan tempoyakkan. Pastu mak malas nak ambik daun pisang, so guna la aluminium foil, di bakar pulak dalam periuk ajaib, dah kering dan melekat ikan tu hah. Takde bau aroma daun pisang, arang segala. Hentam jelah. Yang penting cukup rasa, ada rasa durian dan petai. Makan tetap bertambah.

SUP SAWI KENTANG

 
KERABU AYAM + SOTONG

 Satu kepandaian makcik aku ni, kalau ada lauk pauk tak habis, ada je idea dia nak olah lauk tu menjadi lauk baru yang sure akan habis. Macam kerabu ayam tu sebenarnya ayam goreng yang ada lagi 3 ketul tak habis. Jemu agaknya budak-budak nak makan ayam, so daripada terbiar macam tu, so makcik aku carik-carikkan buat kerabu. Eh, makan pulak semua orang. haha

Tu jelah lauk yang dimasak semalam. Tambah ikan goreng satu lagi.

Then semalam 1st time aku jejakkan kaki ke bazar ramadan, gara-gara mahu mencari perut ayam percik dan lamb chop. 


PERUT AYAM PERCIK. RM4
 
Akhirnya jumpa jugak kat bazar ramadan semalam. Yang peliknya, ni pertama kali aku makan perut ayam ni. Entah kenapa terliur sangat. Rasanya macam kulit ayam je. Sedap lah jugak.

LAMB CHOP. RM8

Terliur tengok intan makan kambing. Then dengar jiran cakap kat bazar ramadan ada jual, tu yang rajin singgah semalam. Masa beli tu tengok sikit je dalam bekas dia. Siap nak beli 2 bekas tapi takut pulak mak marah kang. hehe Bila bukak, banyak rupanya. Rasanya pun oklah. Ingatkan cukup heaven dapat makan sorang-sorang lamb chop ni memandangkan mak dan makcik aku bukan pemakan kambing (lol), tapi tak ku sangka budak kecik bertiga kat rumah ni makan aje kambing. Sudahnya aku makan bape keping je. Macam kena g beli lagi je.

POPIA BASAH. RM2
Popia ni sedap gila. Berbaloi la walau satu Rm1 sebab besar dan panjang kot. Boleh potong 1 tu jadi 5 bahagian. Cukup je untuk kita orang semua makan. Budak-budak pun suka. Semalam ada jugak popia vietnam tapi tak terliur pulak nak beli.


Itu jelah lauk pauk semalam. Sahur pagi tadi tambah ikan bilis goreng. Dia orang minum horlick. Aku pulak minum susu kambing macam biasa.

Hari ni teringin makan daging goreng dan sayur cekuk manis masak lemak putih. Kuih masih tak fikir nak makan apa. hahaha


Till then.





THANK YOU FOR READING THIS!

3 comments:

  1. Amboi kemain terliur tgk makanan tu sume huhu. UUU, cha ni. Nanti follow i balik tau

    ReplyDelete
  2. sedapnya ikan kembung bakar tempoyak tu yumyum

    ReplyDelete
  3. Kerabu tu nampak sedap sangat. Daun tu daun selom ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...