Monday, May 11, 2015

Slowly but surely

Mengantuk amat! 

Malam tadi pergi event mother's day celebration yang dianjurkan oleh persatuan wanita, W.I. Aku dapat invitation mewakili persatuan wanita tempat kerja ni hah. So ajak la ex-jiran dan BS temankan. Dah ada 4 kad jemputan kan. Malangnya BS demam semalam, so pergi bertiga dengan jiran termasuklah Naurah. Nasib baik event tu ada jugak budak-budak lain. Takdelah rasa janggal sangat. 

Event biasa-biasa je. Ada artis jemputan, Azizi Af berapa entah. Makan pun oklahlah, hidangan chinese course meal. Naurah pun makan je. Naurah takut gelap dan sound system yang bunyi kuat. Dia jadi gini lepas aku bawak masuk panggung wayang. Kesian pulak. Tapi dia tak nangis, dia peluk aku kuat-kuat, cakap nak balik. Aku pujuk dia suruh makan dlu, baru boleh balik. Dia angguk-angguk je. Nasib mampu bertahan sampai akhir. Dalam takut-takut bila makanan sampai, dia makan je. Pastu nasib ada idea bagi dia main barang mekap aku, baru diam, duk terlopong tengok orang nyanyi.











Balik malam tadi sampai kat rumah tihah (jiran) pukul 12 lebih. Tihah whatsApp dekat kul 10 tadi Naurah masih tido. Malam tadi aku tumpang tido rumah tihah sebab takut nak balik berdua dengan Naurah. Pastu BS demam pulak tu, so terus tinggalkan Naurah kat tihah jaga rini. Nasib Naurah jenis ok je tinggalkan dengan siapa-siapa, as long as dia kenal orang tu.

Ni lah tihah yang Naurah duk panggil mek tu.

Aku tak ikut tema pun dinner semalam. Tak kuasa nak cari baju baru ikut tema pink + black. Just pakaikan Naurah baju pink black yang sedia ada. Aku pulak pakai baju warna biru. haha 

 



Sedikit about 2nd pregnancy:

- Gender confirmation a.k.a scan 4D tak buat lagi. Zan balik last week tapi klinik tutup memanjang, maklumlah cuti umum Pahang banyak kot last week. So tunggulah next week ke.

- Barang-barang like baju baby pun tak beli lagi. Tapi dah keluar last week ada rembat tiga helai baju dan kasut sebab nampak comel sangat. Tunggulahlah confirm kan gender dlu baru shopping betul-betul. Other items like barut baby (dah ada, pakai je Naurah punya), barang untuk aku pun tak beli lagi tapi sebab dah pernah ada pengalaman bersalin yang 1st, so tak banyak sangat barang perlu beli. Bengkung tanamera pun masih ada lagi simpan. Just fokus nak beli baju baby je sebenarnya. Tak adil lah pakai baju kakak kan, adik pun berhak dapat yang baru, nak-nak kalau anak lelaki. hehe

- Perubahan fizikal. Tiba-tiba this week rasa perut membesar tiba-tiba. Dah nampak baby bump. Baby movement pun dah makin terasa. Berat ibu sudah mencecah 70 kg something. Kejap je naik. 20hb nanti kena minum air gula sebab berat naik mendadak. Masa Naurah dulu takde pun kena minum air gula.

- Hormon. Kuat tido amat! haha Masa pregnant kan Naurah dulu adalah tido-tido jugak tapi takde lah seteruk sekarang. Asal lepas makan je wajib mengantuk dan tertido. Tapi kalau kat opis nak tak nak kenalah tahan mata. Sampai boleh rasa sakit kepala dan nk muntah bila lawan mengantuk tu. Pastu malas nak mengemas rumah pun ye. Segan nak jemput orang datang rumah. Tapi satu kelainan, this time aku rajin gila lipat baju. Macam gian je nak basuh baju tiap hari, pastu tak sabar nak bagi baju kering, boleh lipat kain baju sambil mengangkang depan tv. hahaha

- Selera makan. So far ok dah walaupun ada lagi a few things yang aku tak boleh terima. Peliknya, masa pregnant kan Naurah dlu aku paling tak suka dan tak boleh tolerate langsung dengan kari + taugeh. This time tak suka sambal-sambal (like sambal nasi lemak, masak merah, asam pedas etc as long as lauk pauk tu tak berwarna merah) + kobis. Euuuwwwww. Ohhh satu lagi adalah bawang. Tak suka baunya. Kesian Zan, kena makan masakan aku tanpa bawang. Tapi dia tetap makan je. haha

About work:

- So far aku dah hantar surat resign dan pihak admin pun dah balas surat kelulusan. So aku last kerja kat sini 5 jun nanti.

- Kerja macam banyak lagi pending especially laporan tahunan. Risau.

- Lori sewa untuk angkut barang-barang pun dah jumpa. Mak cari lori cousin. Harap dapatlah murah sikit kan. haha

- Lain-lain urusan pentadbiran kat sini aku tak settlekan lagi. Banyak pulak kena pergi dapatkan tandatangan dan pengesahan dari jabatan-jabatan tertentu.

- Surat penerimaan kepada pihak tempat kerja baru aku tak reply lagi tapi surat resign dh submit. Sebenarnya aku ni nak kerja ke tak nak? HAHAHA Hari nilah pos surat penerimaan tawaran.

- Packing barang. Last week zan balik. so sempatlah kemas sikit-sikit.


That's all for now. 
Slowly but surely will settle with all of that. 
Insya Allah.


Selamat Hari Ibu untuk semua-semua ibu-ibu di dunia!


Till then.




THANK YOU FOR READING THIS!

4 comments:

  1. Smoga dipermudahkan semua urusan dan selamat bekerja ditempat baru. Tak sabar nak tgk adik naurah kluar ☺☺

    ReplyDelete
  2. selamat hari ibu hana :)
    kitorang sambut kat rumah je smlm :B

    ReplyDelete
  3. selamat hari ibu jgk na..semoga dpermudahkan segala urusan nak pindah tu

    ReplyDelete
  4. hurrrmmmmmmm~~~ NANTI aku wasap nk tanya lg.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...