Wednesday, May 13, 2015

Naurah dan Gigi

Pasal gigi anak pun boleh memberi satu tekanan pada seorang ibu. Siapa tak nak gigi anak cantik kan? Dengan gigi cantik, senyuman pasti menawan kan? Walaupun gigi mak krikk krikk TAPI adalah satu impian untuk pastikan gigi anak dijaga cantik, supaya tak jadi macam gigi mak. Atau boleh tambah satu point lagi, jangan takut kat dentist macam mak ko, Naurah! T_T

Untuk yang tak tau, aku antara mak yang obses dengan gigi anak. Since naurah ada gigi, aku memang jaga betul-betul. Tapi sejak kes gigi dia retak terkena basikal (ada aku cerita kat previous entry) penjagaan gigi dia dah tak sempurna. Dia dah start susah nk bagi gosok gigi. Tengah-tengah gigi kapak dia crack, so ada lubang in between. Bila berus mesti terkena gusi. Sakit katanya. So since that dia tak bagi dah. Aku bagi je dia gosok sendiri. Tapi dah namanya budak-budak, banyak main dari gosok betul-betul. Aku siap belikan berus gigi jenama Nuby yang berus getah tu supaya gusi dia tak sakit bila nak gosok. 

And one more thing, sebelum gigi dia crack lagi aku dah sapukan tooth mousse. Untuk yang tak tau apa fungsi tooth mousse, then boleh google. haha Tooth mousse tu aku sapu 3 kali sehari kot after bersihkan gigi. Punyalah aku jaga kan.

End up, nasib tak menyebelahi Naurah. Gigi dia rosak jugak dengan kadar yang teruk dan agak cepat. Nak-nak bila aku tinggalkan dia kat kampung masa alahan dulu. Almost one month gitu. Memang disaster habis. Eh, aku tak salahkan family aku tak menjaga gigi Naurah tapi as you know lah kan, budak-budak dan gula-gula memang tak dapat dipisahkan. Nak-nak bila kedai runcit depan rumah, pastu ada kakak dan abang pulak tukang beli gula-gula. Asal kakak balik sekolah ada je ole-olenya. Suka sangat lah. Kalau main kat luar rumah tu petang-petang, ada pulak rakan-rakan sebaya makan gula-gula, haruslah dia nak. Masa first time aku balik kampung tu, punyalah terkejut tengok dia makan gula-gula. Sebab aku tak pernah ajar k! Dengan gigi kapak kuningnya. Tokma dia cakap susahnya nak gosok gigi dia, terpekik-pekik. Faham-faham jelah bila nenek yang jaga pastu dengar pulak cucu nangis bagai nak rak, harus tak sampai hati. Pasrahlah aku masa tu.

So sejak dari situlah, sampai gigi Naurah sekarang berlubang kat rahang belah kiri di bahagian atas. Gusi dia bengkak bahagian tu sampai membawa kepada bengkak pipi. Bahaya ok kalau siap bengkak muka, boleh efek saraf mata semua. Kata doktor lah. Then gigi kapak dia tu, hari tu terhantuk lagi kerusi, dah tercabut lagi satu serpihan. Kali ni serpihan tu dia tak makan tapi dia sempat hulur kat aku. haha

Ekoran daripada gusi dia yang asyik bengkak tu, rabu last week aku cuti bawak dia jumpa dentist. Kali ni gusi kat depan gigi kapak tu yang bengkak. Sampaikan dia tak boleh nak nyonyot puting botol susu. Kebetulan Zan ada last week, boleh lah bawak dia g jalan-jalan. Sepanjang cuti start Hari Pekerja, Cuti Peristiwa Pilihanraya Kecil Rompin sehinggalah Hari Hol Pahang, memang tak ke mana-mana. Plan nak ke Pusat Pemuliharaan Gajah kat Kuala Gandah tu tapi Zan cakap malas, cuti-cuti ramai orang then jalan jem. Masa dia nak balik dari Temerloh tu kemain jem jalan. So bawak jelah Naurah jalan-jalan sekitar Kuantan. Tu pun pergi Teluk Chempedak rimasnya ramai gila orang. Panas lak tu.

Back to the story, ni kali ketiga bawak Naurah jumpa dentist. Doc bagi antibiotik dan ubat tahan sakit. Ikutkan doc nak cabut gigi kapak dia tu sebab apa eh, nak kata rosak, takde pulak hitam-hitam gigi dia. Tapi gusi akan on off bengkak gitu. Tapi aku tak berani. Pasal kena suntik guna jarum dulu gusi dia tu nak bagi kebas. Dahlah masa doc masukkan alat dia nak tengok gigi kemain dah dia melalak. Kesian pulak. Tengoklah next time kalau makin mudarat ke. So far ok lagi. Dan yang paling best bila dia asyik sakit gigi ni, dia dengan sendiri dah takut makan gula-gula. Kalau g kedai, nampak je balang gula-gula, dia mesti cakap,

"Awah tak nak gula-gula. Awah nak air kotak je. Nanti gigi sakit makan gula-gula. Nanti doktor marah. Nanti tak boleh minum susu. Tak boleh tido."

Dia punya takut sangat gigi sakit tu kemain banyak. Baguslah beringat. haha


Owh before jumpa dentist, kita orang pergi lunch dulu. Kita orang makan kat Mabiq. Dah 6 tahun duk sini, baru 1st time g mabiq. haha Puas hatilah makan kat situ. So for those yang datang Kuantan, silah pekena lauk pauk kat mabiq especially pais ikan patin. Sedap i tell u. Tapi takleh lawan pais ikan patin dari Temerloh yang Zan bawak balik. Betul-betul kaw!


Pais ikan patin. Bahagian ekor rm7. Dah jamah baru ingat nak ambik gambo. hehe Aku balun sorang-sorang. Zan kurang gemar.


Ulam pucuk ubi, daun gajus, kerabu mangga dan kerabu kacang. Sume ni aku punya. haha
Tempoyak fresh amat. Rasa manis durian, takdelah pedas sangat. Sedapnya. Pastu ambk sikit sambal belacan mangga.


Kikiki.. tak senonoh, dah jamah baru ambik gambar. Dalam pinggan nasi pulak aku makan rebung + perut masak lemak, jering masak tempoyak.

Zan makan lauk daging salai, pastu 2 jenis sayur (lupa) dan naurah nasi putih sikit, ayam seketul. Air pulak self service, Rm1 satu gelas, tiap kali refill bayarlah rm1. Aku ambik air teh bunga dan cincau, zan 2 gelas sirap bandung. naurah air kosong je. Sumenya RM36. Kira murahlah tu. Tapi aku rasa nak murah lagi better hidang lauk dalam pinggan makan sama-sama. Contoh padahal aku dah ambik tempoyak banyak dah dalam pinggan, sekali dalam pinggan Zan pun ada jugak. So tempoyak tu dah kira 2 kali kan, sampai tempoyak aku ambik tak habis. Macam kerabu, zan pun ambik kerabu sama, bezanya dia pakai masuk sume dalam pinggan nasi dia. Haha Kelabu mata masa tengok lauk semuanya nak rasa, aku ke hulu, zan ke hilir, last-last tengok ambik lauk lebih kurang je. Naurah ikut bontot aku sambil pegang pinggan nasi dia. bahah! 


Lepas jumpa dentist tu, bawak dia jalan-jalan. Upah check gigi. Pastu dia pau buku cerita Sofia The first kat popular then sepasang kasut kat Megamall. Baguslah, ibu ok je dia nak beli buku (walaupun buku tu nanti bakal terkoyak T_T) daripada dia beli mainan yang tak sampai sejam jahanam. Pergi Megamall sebab nak bawak dia main dalam playground tu yang ada biji-biji ala-ala pasir tu. Kalau weekdays, fee masuk RM10 je. Parents pun boleh masuk temankan. Yang best sebab weekdays tak ramai orang.

Tapi kesian jugak duk main sorang-sorang, takde kawan. Tak boleh nak communicate.
 
Nampak tak mulut atas dia bengkak sikit. Tapi dapat main lupa la sakit gigi tu.



Kesian ok sorang-sorang.





Spot me!




Playground ni takdelah besar mana. Bolehlah dengan harga RM10 tu. Tu pun kemain susah nak ajak balik. Kira selesa la jugak tapi kalau weekend ramai budak-budak agak crowd la jugak.


Owh, ingat pasal gigi Naurah kan, aku tak tau dari mana dia belajar macam kurang confident dengan senyuman dia but since gigi dia ronggak kat depan tu, dia macam malu nak senyum ambik gambar. Siap tutup mulut dengan tangan. Aku selalu cakap, Naurah senyum cantik. Lama-lama dia senyum without tutup mulut guna tangan tapi more kepada senyuman dengan bibir tertutup. Malu katanya. Kesian pulak. haha


like this. Nampak dewasa sangat. Please jangan cepat membesar!


Till then.






THANK YOU FOR READING THIS!

7 comments:

  1. Naurah boleh gang dengan qhalif lah babe. Gigi qhalif pon dah rosak kat belah atas tu. 4 batang gigi tu habis. Jenis gigi tak tahan gamaknya. Sedih wei tengok gigi anak tak cantik. Tunggu gigi kekal jer lah nanti. Tapi naurah tetap comel ☺

    ReplyDelete
  2. alahai sian naurah.. bella tu plak peel malas gosok gigi risau gak tp slalu lap kan dengan kain jer la :(

    ReplyDelete
  3. shomel naurah... faiq pun kemain payah gosok gigi. asik kena tegur dgn mil gigi faiq kuning erm :(

    ReplyDelete
  4. omeynye awahhhh,
    cpt besar la, kate kakak kannnn? hehehe

    ReplyDelete
  5. mana gambar gigi nya? aku till now masih belum bawak princess g dentist.

    ReplyDelete
  6. Hyee hana. Lama xjengah sini. Da rindu dgn blog. Aha. Panjang gilaaaa u tulis. Gigihh. Btw salam perkenalan. Tetibe..aha

    ReplyDelete

  7. hannah pun kemain susah gosok gigi..hi

    naurah dah nampak kakak sangat dah

    wei bila nak jumpe ni..aku riso dorang sok nak kawen baru kita jumpa hahaha!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...