Friday, May 22, 2015

28 weeks of pregnancy and baby's gender

Hari rabu this week dah masuk 28 minggu. Kejap je masa berlalu. Tau-tau baby bump dah besar. Tiba-tiba kain baju kurung tak boleh nak zip dah. haha Dah tiba masa kena cari baju baru. Baju masa pregnant kan Naurah dulu lagi lah tak muat. Tengoklah betapa besarnya aku sekarang compare dulu. T_T

Last check up kena minum air gula. For the first time. Masa Naurah dulu takde pun kena minum. So berpuasalah malam sebelumnya. Pagi tu relaks je awal-awal pergi ke PKP (pusat kesihatan pelajar) kat tempat kerja. Perasaan minum air gula? Manis semata-mata, xde perisa apa pun. Like KK luar yang aku g sebelum ni adalah jugak perisa oren, sirap bagaikan. Tapi PKP ni nan hado pun. Bila nurse tanya nak air gula yang sejuk ke panas, aku pilihlah yang sejuk gitu. Aku ok je minum air gula, memang jenis tekak suka manis. Memang sakit kepala eh lepas minum air gula. Balik opis jap before ambik darah sekali lagi dalam 2 jam gitu, aku muntah sikit kat tandas. So far result ok. Then kena cucuk kancing gigi sekali. Sakit gila bahu sampai hari ni. Lupa dah masa Naurah dulu sakit gini ke tak.

Patut kena scan kan 28 weeks tapi scan kat PKP rosak, so semalam aku g scan kat klinik panel. So far dah beberapa orang doc dah sahkan jantina baby. Cuti lama ritu, masa zan balik ingat nak scan 4d tp klinik tutup. So scan 4d tak g lagi ni. Tapi naluri seorang ibu gitu, memang rasa sama macam doc cakap. Lagipun masa scan tu macam clear je nampak penis. So, Insya Allah baby boy.

 
Kata doktor, yang bulat merah tu telurnya. Yang bulat kuning adalah penis. Aku iyekan je. haha


 Naurah teman semalam masa g scan. Kemaen bising mulut dia tengok baby kat skrin. Doktor pun layankan aje.

"kakak, ni kepala baby." - doktor

"ohhhh" - Naurah

"Haaa, ni nampak bird ada. Adik lelaki. Kakak takde la geng main masak-masak. Adik ni main ball. Nanti next baby baru geng kakak main masak-masak eh" - doktor

"ha ah, ok je" - Naurah

Hahaha boleh pulak dia jawab gitu. Doktor pun tergelak. Kata doktor semalam for 28 weeks berat baby biasanya dalam 1kg gitu. Tapi semalam adik baby dah cecah 1.3 kg dah. Agak cepat membesar jugak kata doktor. Ibu tak kisahlah besar ke kecik je, hopefully dapat bersalin dengan mudah ye dik. Kakak Naurah dulu 3.35 kg pun kemain susah ibu nak push, siap kena gunting lagi, tak dapat bayangkan kalau adik lagi besar. Tapi takpelah, janji adik sihat dan selamat semuanya.

Dah masuk 7 bulan ni, tiba-tiba hilang semula selera makan. Tapi berat tetap 70kg jugak. Dan, ramai jugak tegur nampak kurus bila pregnant. Wah-wah, macam kena pregnant selalu je kalau nak nampak kurus kan. haha

While preparation barang-barang baby masih tak lengkap. Banyak lagi benda kena beli. Antara barang yang perlu beli baru. Kebanyakan baju-baju kot, takkan nak balun baju kakak yang bunga-bunga kan. haha

- Rompers / jumpers : baru ada 3 helai. haha 
 
- Sleep suits

- Mittens & Booties : Wajib cari baru sebab yang kakak dulu, ibu obses dengan kaler pink. So semuanya warna pink and bunga-bunga.

- Hat : 2 or 3 cukup. 

- Diapers 

- Bathing & grooming (baby bath foam / baby powder / baby cloth detergent / shampoo / cotton buds / baby towel)

- Diapering & changing (baby wipes / disposable diapers )

- Maternity (maternity pad)

- Nursery (Baby coat / sarung tilam)

- Feeding & breast feeding (Feeding bottle and teats / storage bottle)

Tak banyak pun kan? 

 While list yang dah sedia ada.

- Baby hooded blanket (nasib baik booked warna biru dulu untuk Naurah. So adik boleh guna.)

- Nursery (Tilam, bantal, selimut / tungku baby )

- Feeding & breast feeding ( storage bag / bottle brush )

- Maternity (Nursing tops / Breast pad / bengkung / socks / kain batik)

- Travelling (Stroller / car seat / nursery bag)


 Atleast for 2nd baby ni dah ada pengalaman, so takdelah nak beli benda ikut suka sangat macam 1st anak dulu. Macam set berpantang, kali ni taknak beli tanamera dah sebab banyak yang tak guna je dulu. Kerap guna pun  bengkung dia je. Nanti makan jamu-jamu kampung je yang mak bagi. Tukang urut pulak akan ambik orang yang sama masa urut bersalin 1st. Cukup puas hati. Cuma kena tunggu turn lah kalau kat kampung ramai yang bersalin. Mintak-mintak tak ramai nanti. hehe

Tu jelah. So far, suplements yang aku makan sekarang memang dari klinik bagi like iberet (sebab iron rendah), then aku makan pil habbatus sauda, susu kambing, jus delima. Tu pun jarang-jarang makan. Memang liat sikit.

Hope segalanya dipermudahkan sehingga bersalin. Tu jelah so far untuk 2nd pregnancy update.

Where is my baby bump? Teheee


 Till then.





THANK YOU FOR READING THIS!

11 comments:

  1. maternity pad ku tak guno pun. klo nak amiklaa.hehe

    ReplyDelete
  2. Aah la kurus!!! Oh nooooo haha. Bestnye dpt boy..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah mama naurah! naurah dh jd kaklong :)

    ReplyDelete
  4. Waaa best nya baby boyyy... tahniah.. doakan kiter plak tau :)

    ReplyDelete
  5. beriya aku telek pic scan nk cr telur baby..hahahaha...moga selamat bersalin nati beb!

    ReplyDelete
  6. congrats kak... wah, best la dah dapat sepasang. hihihi... baca pasal baby ni, tiba2 fai rinduuu pula nak pregnant lagi. opsss.. hehe..

    ReplyDelete
  7. alohhh xnmpk mcm pegnen pun.. perut mne perut..

    ReplyDelete
  8. tahniah ra..seronok knorrr naurah nk dpt adik yerrr

    ReplyDelete
  9. BABY BOYYYYY!!!! sonoknyaaaaaa naaa! huaaaa!

    ReplyDelete
  10. wei siyes tak nampak peknen!kurus la ko..haha

    tahniah!!!kawan hadeen esok nie...bestnyaaa!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...