Wednesday, April 1, 2015

The 2nd pregnancy story and in between

Hello there! Selamat menyambut Hari GST *as too many appear in my timeline today* :))

Untuk diabadikan must share this story, barulah adillkan? Kakak Naurah dulu siap show off UPT test lagi sampailah story mory panjang lebar waktu deliver, so adik meh start dengan cerita macam mana ibu rasa nak miliki anak kedua. behee

Try to conceive for 2nd time bukanlah benda yang susah for me. Err, bukan nak riak but nak cakap aku dapat agak waktu subur aku bila. So bila masuk bulan 11 gitu (tak silap hujung bulan 10) last year, aku macam discuss dengan husband i am dare to have another baby. Haha Bukan mudah ok nak pregnant, nak bersalin, nak besarkan anak, kena bersedia dari segi mental dan fizikal (kewangan also). Actually Zan dah lama kasi hint nak another baby tapi aku je yang tak ready lagi. Banyak benda nak fikir antaranya serik dengan alahan, rasa takut kalau Naurah kurang kasih sayang setelah ada adik, takut kena jahit kat miss V dan takut kewangan tak cukup. All in one. 

But, alhamdulillah lepas fikir panjang lebar, peer group yang lain dah bersalin for their 2nd baby, baru aku susun langkah. After November period delay dalam seminggu lebih aku dah yakin that i am pregnant that time. Period aku selalu tepat so dengan hint period lewat, badan rasa tak larat, pening kepala, kurang selera makan dan demam, so i check my upt then nampaklah double line which one of that kabur. But aku agak yakin masa tu. After two weeks pergi scan then doc sahkan pregnant.

Perasaan? Biasa je lah kot sebab benda as expected. hehe But Zan the one yang happy amat. And the swing mood and morning sickness is began. That is why lah after that aku mula menyepi dari social networking (owh but this time too in love with twitter. haha pelik!), i feel down, depress and stress. And sick also!

Why?

Untuk social networking, aku rasa nak muntah dan pening kepala bila bukak blog, fb dan ig. Tambah-tambah kalau yang upload gambar makanan. Serius, terpandang je boleh muntah terus. Masa ni aku tak tengok hp sangat. Even kalau group wassap sembang pasal makanan (mention je nama makanan apa-apa), aku boleh siap imagine rupa makanan tu macam mana, baunya macam mana dan rasanya macam mana, aku rasa kembang tekak tahap boleh termuntah. Geli gila kot dengan makanan. Masa ni kandungan nak masuk 2 bulan aku start rasa macam ni.

Dan makin hari keadaan makin teruk. Pada tahap ni, aku dah rasa macam tak sanggup nak pergnant. Aku down sangat sebab aku tak kuat macam orang lain. Aku tak tau nak lawan all the sickness tu macam mana. Aku try jadi kuat but end up failed. Aku rasa orang yang pernah alami sickness yang teruk je boleh rasa apa aku rasa. In my heart and mind selalu aku ingatkan, i must be strong untuk Naurah. Aku kena jaga Naurah, jaga diri sendiri and this baby. 

Tapi siapalah aku nak lawan kuasa tuhan. I just try my best. Aku ingat masa Naurah je merasa alahan macam ni, while this pregnancy boleh leisure kan. Like others people said lah lain pregnancy lain dia punya story. Tapi in my case, kenapa this time pun still aku rasa alahan just like Naurah dulu. My problem is HIDUNG DAN BAU. Aku tak boleh nak bau makanan langsung! Yang menyebabkan aku tak boleh masak, makan dan bau orang memasak. Even aku pernah try balut hidung dengan kain nak masak untuk Naurah, still failed. Siap muntah bagai sampai lembik satu badan. End up aku hantar Naurah kat BS at weekend. Kesian gila kat Naurah.

Demam jangan cakaplah beberapa kali jugak aku mc. Tiba-tiba badan panas sejuk siap menggigil bagai. Malam-malam pulak tu demam, so aku paksa-paksa Naurah tidur awal. Memang emosi tak terkawal sangat time ni. Selalu jugak Naurah kena marah. Aku rasa sangat-sangat tertekan sebab gagal uruskan Naurah dengan baik then nak kena jaga diri sendiri yang tak berapa nak terurus ni. Ada beberapa malam jugaklah aku terpaksa hantar Naurah ke rumah BS untuk jaga. So that aku tidur sorang-sorang kat rumah.

Masa ni, aku dah fikir macam-macam dah like aku rasa aku tak patut rushing nk pregnant again. All negative things cross in my mind. Yang paling buat aku sebak ialah aku telah abaikan Naurah. Masuk bulan kedua pregant sampailah bulan keempat aku memang tak beri perhatian pun kat Naurah. Kalau dulu sickness for 1st pregnancy aku ok je paling kurang boleh tidur memanjang. Bila alahan dengan kena jaga anak sorang-sorang, itu adalah sangat mencabar. Zan only balik on weekend. It's not easy. Aku tak boleh nak makan nasi langsung, mee or whatever yang mengenyangkan. Apa yang aku boleh makan ialah air teh o dicicah dengan biskut kering. Tapi sekali makan pun 2,3 keping je. Dah mana nak larat dengan nak jaga anak lagi dengan kerja lagi.

End up, mak aku suruh hantar Naurah balik kampung biar dia jaga sementara waktu. Tak silap masa tu pregnancy dalam 3 bln gitu (tahap klimaks alahan). Pagi, petang, siang dan malam asyik muntah je. Tambah-tambah kalau bau jiran-jiran memasak, amat sakit hati. Even tengah drive nak pergi kerja, aku terpandang je gerai nasi lemak kat tepi jalan, terus loya tekak. Aku kena cepat-cepat tekap minyak mestika or kulit buah oren kat hidung, so that aku boleh reverse otak aku supaya tak payah imagine bau nasi lemak dan sambal nasi lemak yang meloyakan tu. Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang cepat-cepat cari plastik and stop the car, muntah aje tepi jalan. Sampai ke tahap macam tu. Till now aku tak boleh accept lagi nasi lemak (and hate to say nasi lemak, make me sick!), sambal-sambal ayam ke whatever dan BAWANG! 

Masa tinggalkan Naurah kat kampung for 1st week, aku rasa macam orang gila meroyan la pulak. Balik kerja je, masuk rumah terus air mata mengalir laju. Tengok kerusi ingat Naurah, tengok rak tv terpandang Naurah (Sebab dia suka panjat rak tv), tengok apa jelah dalam rumah sejengkal tu memang ingat Naurah. Dia di mana-mana je. Apatah lagi kalau terpandang mainan dia. Aku menangis sampai ke malam siap tertidur dengan sendiri. Sakit di dada yang disebabkan oleh perasaan rindu tu, hanya Allah sahaja yang tau macam mana rasanya. (OMG, tengah menaip ni pun boleh menitik air mata). Tapi aku bernasib baik dan mendapat sedikit kekuatan bila called mak, Naurah was okay and happy je dia dapat kawan yang ramai kat kampung. Sikit pun takde tanya mana ibu or tercari-cari aku. Kalau siapa-siapa tanya dia mana ibu, dengan happynya dia jawab ibu kerja cari duit untuk Awah! Kalau aku called pun dia akan sembang la kejap. Tapi bila hari-hari called dia dah malas layan aku pulak. hahaha

Disebabkan the first week tu tak tahan sangat rindu kat Naurah, so aku balik kampung on that weekend. Walau dapat jumpa kejap je. Sanggup drive jauh-jauh while ditemani oleh BS. Tapi yang lagi sedih tu masa sampai kat kampung petang tu, Naurah tengah tidur then dia bunyi kereta dia bukak mata. Dia tengok kat pintu then said, ibuuuu (dengan happy). Lepas tu dia pejam mata semula. Aku bajet dia mesti mamai gitu or termimpi terpandang muka aku. Bila aku bagi salam dan masuk ke dalam rumah, dia bukak mata semula. Mesti dia fikir, eh aku tak mimpi la, ibu betul-betul ada depan mata. Aku terus meluru nak peluk cium dia. Yang amat sedih sekaliiiiiiiii, dia tepis tangan aku then terus bangkit peluk mak aku dengan menangis teresak-esak sampai tak dengar suara. The worst cried sound yang aku belum pernah dengar from her. I bet mesti dia sedih amat aku tinggalkan dia ni or she miss me a lot. Even dia jatuh, sakit or berdarah pun nangis relaks je, sapu ubat terus diam. But this kind of cried buat hati aku pedih amat macam kena toreh dengan pisau. Aku cepat-cepat tarik dia dari pelukan mak aku (walaupun masa tu dia genggam erat baju mak aku) dan bawak dia lari ke luar. Aku malu nak nangis depan family. hahaa Aku peluk dia kuat-kuat (while dia meronta-meronta mintak dilepaskan) dan pergi belakang bonet kereta menghadap ke jalan kami menangis berpelukan. Family aku biar je kami kat luar. Aku rasa mak aku pun faham situasi tu, takde datang nak tolong pujuk Naurah ke apa. Mereka biarkan kami seketika macam tu.

Masa tu, aku hanya mampu cakap, "maafkan ibu. ibu sayang naurah". Lama dia nangis. Then slow-slow baru ok.  Masa tu aku dah fikir taknak lagi tinggalkan dia kat kampung. Aku sanggup bayar BS lebih untuk jaga Naurah weekend or waktu-waktu aku tak sihat like malam ke apa tapi mak aku tetap suruh tinggalkan kat kampung. Esok harinya, Naurah dah tak endah dah kat aku. Boleh nampaklah dia happy amat dapat bermain dengan kawan-kawan. Dia biar je aku tidur, siap cakap lagi, "sian ibu sakit. ibu tidur eh, awah nak g main". Malam sebelum aku balik ke Kuantan tu, aku bagitau dia, 

"esok ibu dah kena pergi kerja. Ibu tinggalkan Naurah kat kampung lama-lama baru ibu balik semula. Boleh tak? Atau Naurah nak ikut ibu balik?"

Dia jawab,

"Nak duk kat kampung dengan tokma, dengan tokmek, umie, dengan kakak aqis, abg edy. Ibu pegilah keje, cari duit, nanti beli baju elsa kat Awah eh".

So esok pagi aku bersiap nak balik Kuantan. Again aku cakap ibu dah nak balik ni. Then dia ambik tangan aku, dia salam. Siap cakap bye-bye lagi. Pastu dia cakap "ibu g lah keje, Awah tak nangis dah".

Memang lah dia tak nangis tapi aku yang nangis nanti hah. Masa tu dah lega la sikit sebab nak tinggalkan kali kedua tu, maybe dia dh faham, ibu nak pergi kerja semula nanti ibu balik lagi. Then aku tinggalkan dia lagi dua minggu dan decide nak ambk masa balik kampung cuti CNY. But lain pulak ceritanya, aku terpaksa cuti awal before CNY disebabkan hal kecemasan yang berlaku kat mak aku. Later story. This is another story yang buat aku rasa sedih amat.

After Chinese New Year tu, alahan dah ok sikit. Dah boleh makan nasi dah. Walaupun di awalnya tu rasa hazab sangat tapi alahan masa mengandungkan Naurah dulu lagi teruk. Rasanya nak masuk 6 or 7 bulan baru aku boleh makan proper macam manusia normal lain. haha Nasib baiklah kejap aje kena tempuh walaupun hazabnya buat aku serik dah nak pregnant lagi. haha

Till now, aku dah jadi kuat makan. Dah boleh masak-masak tapi masak without menggunakan bawang. Bawang still aku tak boleh terima lagi. Just imagine jelah apa jelah lauk yang boleh masak without bawang. Weekend asyik masak lemak je, tak lemak udang, lemak sotong. Itu jelah yang aku campak santan, kunyit sikit, garam without gunakan bawang. haha Takpelah janji boleh makan dan Naurah pun makan dengan banyaknya. 

Pregnancy kali ini, alhamdulillah ok. Cuma sama macam Naurah, hb tetap low around 8 or 9 gitu. This time consume iberet yang KK bagi. Syukur jugak kali ni takde pening kepala macam Naurah dulu. Siap berpusing-pusing dunia sekeliling. Kerjanya kena baring dan tidur je. Dah hilang alahan ni, baru rasa enjoy sikit being a pregnant mum. haha Teruk betulkan perangai?

Owh, last week pergi check up kat KK. and guess what, doc dah bagitau gender baby. Nantilah reveal after sahkan dengan scan 4D ye. Kalau ditanya mestilah nak baby boy kan? Siapa taknak sepasang kan. Tapi if girl pun, tak kisah. Lagipun Zan si pencinta wanita (for me and her kid only HAHA) dia awal-awal cakap, nak anak perempuan ramai dari lelaki. Ada anak lelaki sorang pun cukup. Hoiii, dia punya cakap ramai tu??? So dia memang suka anak perempuan. Aku macam pelik la jugak, bukan selalu orang lelaki nak anak sama jantina dengan dia ke? haih. Will see. 

Naurah pun dah tau dia nak dapat adik. Selalu kiss perut. Pastu kalau ibu marah mesti cakap,

"taknak kawan dengan ibu. Nak kawan dengan baby je".

Sambil selak baju ibu..

Dia pi tampal stiker mickey mouse and princess atas perut ibu. Konon tengah main dengan baby la tuu.. Sabor jelah.

"Tadi cakap taknak kawan dengan ibu. Tak payah la tampal-tampal sticker atas perut ibu"

"Ni bukan perut ibu, ni perut baby." - Naurah.

T_T




Till then.






THANK YOU FOR READING THIS!

8 comments:

  1. bergenang air mata baca u peluk2 dgn naurah kat kg.. huwaa ai pun x sanggup tinggal anak kt kg. x penah lg x tido dgn dia.. sobb sobb..

    bertabah la ye ibu. kita nak yg terbaik je utk dia kan :)

    ReplyDelete
  2. hana... sedih wei aku baca tang naurah nangis2 tu.. teruknya alahan ko... semoga terus kuat utk baby ye.

    ReplyDelete
  3. Sedih Yatie baca part hana g jumpa dia kat kampung.. allahhu.. teringat dulu2 berjauhan dgn arissa..

    ReplyDelete
  4. Weiiii pehal.lak aku pon nangis skali niii.mencik ah baca cite kooo.aku dpt rasa mcm mana kalau aku tinggalkan princess.huaaaa xnakkk.sedih weiii.

    ReplyDelete
  5. tersentuh hati juge bace n3 nih..
    hope everything akan kembali ok..

    infek, FM pun mengalami pengalaman yg sama juge mase 2nd pregnant dlu..

    tu yg serik nk peknen gi.. huhuu

    ReplyDelete
  6. sape kupas bawang ni ha...sobsss

    ko jaga diri ok..

    dan jangan lupa kalau free pm aku kat fb..lalalala

    ReplyDelete
  7. Weiii i paham perasaan rindu mencengkam kalbu tu dihiris2 tajam rs nya. Wpn i tgl hannah kt sbn ms bz nk urus msk umah br tu. Rindunyeee siap nangis2 sorok2 dr kr sbb malu. Xbest lgsg ank xde! Huhu.. Rsnhe if aku jd ko aku ltk je kt bs. Jauh nau nk blk kg ko tu hehe.. Take care la ye. Ni sume dugaan. Tiap org lain sicknessnye huhu..

    ReplyDelete
  8. Hana sedihnya baca pasal Naurah. Rindu kat anak pulak dibuatnya :(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...