Thursday, April 2, 2015

Family matters : too hard to face

While in the mood, lets update!

Entry sebelum ni kan aku cerita terpaksa balik kampung awal before CNY. Supposed balik kampung masa CNY untuk ambik Naurah tapi memandangkan kecemasan berlaku, aku terpaksa rushing balik ke kampung.

So start with 14 Februari sehingga 6 Mac, aku terpaksa ambik unpaid leave. Because sistem annual leave kat sini, dia bagi ikut penggal. For 1st term start Jan till April they just key in 6 days only cuti dalam sistem. So pandai-pandai korang la bajet cuti masing-masing. 

But in my case, awal januari aku dah ambk cuti lama balik ke kampung semasa banjir melanda. Hard to explain tapi dalam keadaan yang pertama kali berlaku kat family (mengenai banjir, bagaimana family survive nak dapat makanan etc) aku betul-betul rasa nak berada di samping family. So tanpa berfikir panjang, aku ambk je cuti tersebut dalam 1 minggu. Bawak balik bekalan makanan then bawak family settlekan apa-apa yang patut like jumpa penghulu kampung, then bring them pergi balai islam so on just because untuk dapatkan bantuan. Kampung aku takdelah seteruk keadaan di Kuala Krai or Gua Musang tapi tiang rumah aku hampir-hampur runtuh disebabkan arus deras yang mengalir. So dengan kudrat mak dan makcik, dia orang usung dahan-dahan kayu yang besar dengan mengharungi air banjir, then sumbat pasir dalam guni, cuba masukkan ke bawah tiang yang dah takde tanah disebabkan di bawa arus. Kalau tak buat macam tu, tak mustahil tiang rumah boleh runtuh. Rumah aku kat kampung, half dari tangga depan sampai ruang tamu adalah kayu then dapur ada simen. Syukur, rumah masih ok then family ok. Before CNY aku balik tu, alhamdulillah dah dapat bantuan, ada orang letak pasir kat tiang. So takdelah risau rumah nak runtuh ke whatever kan.

Back to the story, aku dapat called pukul 3 pagi dari makcik. Biasa aku silent telefon bila tidur. Tapi malam tu macam biar je. Makcik call sambil nangis. Masa tu aku bajet nenek aku dah meninggal. Tapi she told me, mak aku pitam, kepala terhantuk tangga, then darah berlumuran atas simen, so makcik mintak bantuan jiran untuk bawak ke hospital. Masa tu aku tak tau keadaan mak ok ke tak. Then tak tau macam mana mak boleh pitam. 

Awal pagi esoknya terus rushing balik ke kampung. Masa sampai, mak hanya terbaring di rumah sambil pejam mata. Dia cakap tak boleh bukak mata sebab kepala pusing dan pening. Makan pun taknak. Kepala yang terhantuk dan berjahit tu sakit sangat. Doc just give, ubat sakit kepala, tahan muntah, antibiotik, demam, surut bengkak etc.

 Macam mana mak boleh pitam?

Menurut cerita makcik, a few days sebelum ia berlaku, mak demam then sakit kepala. So tugas jaga naurah (mandikan, bagi makan, buat susu siang malam), makcik take over. Then mak pun tak cukup tidur sebab dalam masa sama kena jaga nenek tak sihat. Biasalah orang tua kan, sakit uratnya, mintak di urut segala. So kalau nenek sakit malam-malam, makcik n mak terpaksa bergilir untuk jaga. Sampai makcik pun demam but cepat sembuh tapi malangnya kena darah tinggi pulak. Doc cakap sebab tak cukup tidur. sehari before mak pitam, mak dah selera makan dan boleh bangun jalan-jalan. Maybe dia rasa tak pening dah kot. So nak jadi cerita, around 2ish in the morning, Naurah nak susu. Bakul susu Naurah kat bawah. Dia orang semua tidur kat atas. Mak pun bangun nak buat susu. But makcik dah cakap kat mak, biar dia yang buat tapi mak insist nak buat juga. Macam aku cakap, maybe dia rasa sihat kot. Beberapa minit after mak turun, makcik terdengar satu dentuman yang kuat kat bawah. Bunyi termos jatuh then follow with my mum. Tempat letak bakul susu tu betul-betul hampir dengan tangga. Masa mak jatuh, maybe kepalanya terhantuk bucu tangga then mak terbaring sebelah tangga. Makcik terus berlari turun, then kejutkan mak. Masa makcik angkat kepala mak tu, darah terus laju mengalir membasahi baju yang mak pakai. Darah mencurah-curah atas simen. Mak sedar masa tu, tapi dia cakap tak sakit. Bila tengok saje darah yang banyak, makcik terus pergi panggil jiran. Then dia orang yang bawak pergi hospital. Makcik cerita, masa tu Naurah pun turun sama tengok kejadiaan tersebut. Dia duduk je atas tangga, takde sikit pun menangis nak susu. Makcik aku pesan, "Naurah duduk diam-diam, umi pergi panggil jiran, jap lagi umi buat susu". Dia angguk je.

So, petang sabtu yang aku baru sampai tu, keadaan mak makin teruk. Mak pernah muntah jugak. Doc pesan in case mak muntah ke or keadaan makin teruk kena bawak ke hospital semula. Aku dengan Zan bawak mak ke hospital. Then kena warded. Mak langsung tak boleh bukak mata. Kalau dia bukak mata, dunia sekeliling berpusing, buat dia rasa loya then nak muntah. Dengan takde tenaga langsung sebab tak makan. Dia lain sangat. Mak aku jarang sakit. Darah tinggi, kencing manis semua takde. Rasa lain sangat bila mak yang selalu banyak cakap, layan kita sembang tiba-tiba in one second diam seribu bahasa. Aku takut sangat. Tiba-tiba aku teringat masa pregnant kan Naurah dulu MIL jatuh bilik air, then demam, then menemui ajal. Aku takut sangat it is happen again time aku pregnant kali ini. Dahlah aku tengah stress dengan alahan, then macam blame the pregnancy, why tiap kali aku pregnant all bad things happen. Ya Allah berdosanya masa tu, fikir mengarut.


In ward, aku bermalam kat sana jaga mak. Kena pimpin mak nak ke toilet, mandi bagi makan etc. Doc buat X-ray, skull was ok, takde retak. Tapi aku tak sure why dia orang tak buat MRI scan. In 3 days warded, nampak la progress mak ok. Dah boleh makan sesuap dua. Then mak mintak kat doc nak balik rumah. Pagi tu, dia cakap dah boleh jalan sendiri ke bilik air. So aku perhatikan je. Aku rasa mak cuba gagahkan diri supaya dia dapat balik. Bila dah boleh balik, dia tetap baring je tanpa banyak bercakap. Aku dah risau sangat. Aku rasa dia tipu doc kot dia dah ok tapi sebenarnya dia masih tak ok cuma dia kesiankan aku dalam keadaan pregnant dengan alahan lagi kena jaga dia kat hospital, while makcik kena uruskan nenek yang langsung tak boleh bangun, mana nak jaga anak-anak dia dua orang yang bersekolah, tambah pulak dengan Naurah seorang. Just imagine jaga orang sakit kt hospital, memang la tak cukup tidur dan rehat. Tapi aku gagahkan diri jugak. 

A few days mak balik ke rumah masih baring then nenek pergi meninggalkan kami.  Two days before nenek meninggal, mak dah boleh bangun, kepala pun takde pusing-pusing lagi. Maybe instinct mak kot nenek dah nak pergi, so dia nak berada di samping nenek, sebab tu dia gagahkan diri nak keluar awal dari ward. 

Dalam kesibukan menerima ziarah two days before and the day nenek meninggal, mak memang busy buat itu ini. Pendek kata tak duk diam. On that day nenek meninggal, after kebumi, jahitan kat kepala tertetas sampai darah dah kering kat rambut dan melekat kat tudung. So tengah hari tu, aku bawak mak pergi hospital semula. Doc tidak dapat jahit semula sbb luka dah lama. So doc mintak buat dressing kat klinik everyday. Lepas tengok jahitan terbuka tu, punyalah ngerinya. Luka tu kemain dalam. Masa jahitan dah terbuka, ada darah beku tersumbat dalam kepala. So doc keluarkan darah tu, adalah sebesar ibu jari.

So, aku terpaksa lanjutkan cuti lagi untuk bawak mak buat dressing. I am the only one child she have. Takkan nak harapkan jiran kan. Atleast biar luka mak better sikit, or mak tak pening kepala dah. Kan last month cuaca sangat panas terik after banjir tu, nak-nak luka kat kepala mak tak boleh basah kena air, mau mak tak sakit kepala. Asal berjalan kejap, or berdiri lama mesti nk pitam. Ikutkan mak suruh je aku balik ke Kuantan after selesai uruskan hal-hal nenek kat asb, tabung haji, tanah etc tapi takkan aku nak biar mak naik motor pergi ke klinik everyday. Buatnya pitam masa bawak motor, lagi teruk kot. 

Bila buat dressing, doc cakap dalam sebulan jugaklah kena buat dressing sebab luka dalam sangat, susah nak tutup. Nasib baik masa bawak mak pergi hospital semula, this one doc suggest belikan ubat kat farmasi. I forget the name. Ubat tu nak bagi tumbuh isi dengan cepat. Baru 3 hari guna, dah nampak progressnya. Alhamdulillah.

So, bolehlah aku balik ke Kuantan dengan lega. But everyday called mak. Dia macam biasalah cakap ok, takde apa-apa. Bukan boleh percayakn. Taknak bagi anak risau. Tapi bila sembang dengan makcik aku, dia cakap mak still pening-pening kepala. Kadang-kadang dia nak tolong makcik sidai baju, kejap je dah start pening. Macam mana aku tak risau.

Nasib baiklah, ada makcik yang boleh tengok-tengokkan mak kat kampung. While she has two kids yang jadi tempat bermanja. Takdelah mak bosan. That is why, aku rasa hidup tak tenang lagi kat sini. Kalau boleh nak cari kerja kat kampung and stay with them. Zan pun ok je. 

Bila setahun 3,4 kali balik ke kampung, lama-lama tengok mak makin tua, rambut makin beruban, badan makin kurus. Sedih rasa. Tiba-tiba teringat macam tulah agaknya Naurah dah besar nanti. Will stay with me masa kecik je, dah sekolah, kot masuk sekolah asrama, masuk universiti, then kerja ke mana-mana, then kahwin ikut suami. Sedih rasa. 


Aku harap mak dipanjangkan umur, sihat seperti sediakala. 


Sebab tu, aku cakap this year is hard for me. Hope everything will be fine soon.
Amin.

 
Luka kat kepala mak. From the first day kena jahit. Dia punya bengkak kat kepala sebesar telur ayam dan lebam. Then others masa jahitan dah terbuka, then darah beku tersumbat. Bawah sekali look like isi baru nak tumbuh after sapu ubat yang doc suggest kan tu.


 
I am not too strong to face all this happen to my mum.







Till then.







THANK YOU FOR READING THIS!

5 comments:

  1. bila update blog..semua update yg buat mata i berair tau....

    ReplyDelete
  2. ya allah hana..sedihnye tengok luka mak tu..nangis aku hana..semoga mak cepat sembuh na..ko pun take care ok

    ReplyDelete
  3. kesiannya mak awk... smg cepat sihat spt sediakala k... x leh tgk org tua sakit terus teringat mak abah kt kg sob sob

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sembuh kepada mak hana ya...
    u take care too ya!

    ReplyDelete
  5. Sedihnya i baca... Semoga mak u cpt sembuh.. Be strong k..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...