Wednesday, April 8, 2015

Being a "kakak"....

Less than 5 month, Naurah akan jadi kakak (Insya Allah). Rupanya betullah apa orang cakap, anak yang nak dapat adik ni, dia punya perangai tu lain macam sikit. Super duper clingy, manja, mengada-ngada dan macam-macam lagilah. Yang pasti betul-betul menguji kesabaran. Kalo hilang sabar, agaknya berbilau badan anak. Kejap-kejap ada je nak naik tangan, rasa nak pukul-pukul. Haha Statement kejam. Alhamdulillah, so far masih dapat mengawal lagi.

Nak-nak, toddler yang dalam dunia yang baru nak memahami. Stage dari baby nak ke kanak-kanak. Bajet diri dah besar, semua benda nak buat sendiri, demand nak itu ini tapi manja macam baby tau! That's my girl. Plus, bila kena uruskan anak seorang diri pulak tu. 

The reason kenapa mak aku tak bagi aku bawak Naurah balik Kuantan lagi hari tu sebab dia pun boleh tengok perangai Naurah macam mana bila ada aku. Mak aku sendiri pun terkejut. Masa aku takde, elok je dia. Takde asal sikit nak menangis, menjerit. Mak aku risau je, aku hilang sabar, pi pukul cucu dia. hahaha

As she called her name as "Kakak Awah", meh nak cerita.

(Dear Naurah, sila banyak bersabar bila ibu dah tua nanti, takut ibu kuat membebel, mengada-ngada, cepat merajuk dan lain-lain.)

Kerana ini adalah kamu yang ibu besarkan dengan kasih sayang saat ibu perlu menjaga diri sendiri dan adik dalam kandungan ibu...

- Super clingy. Saat dari ibu jemput awak kat rumah umi (BS), nampak je muka ibu awak terus merengek, mengadu. Sakit itulah, sakit ini. Awish tarik rambutlah. Even ibu nak tumpang bilik air umi kejap pun awak dah nangis nak ikut ibu masuk bilik air sama-sama. Mesti umi annoying gila tengok awak ngada-ngada macam ni. haha Ibu nak angkat bakul susu and beg awak masuk kereta kejap jee tapi awak sibuk nak nangis mintak ibu pimpin awak pergi kat kereta. Bukan awak tak boleh nak jalan sendiri. Tangan ibu pulak dua-dua dah penuh barang. Ibu terpaksa guna satu tangan buat angkat beg and bakul dan satu lagi pimpin tangan awak. 

- Super manja. Awak tau, sebelum ni awak adalah anak yang sangat kuat. Kalau terjatuh sampai berdarah sikit tu, awak relaks je tak nangis. Siap mintak ubat sapu lagi. Tapi sekarang, kaki tersepak mainan lego awak tu, awak siap menangis meraung macamkan kena dera. Awak mintak ibu dukung dan gosok kaki awak. Padahal logo tu kecik amat. Tersepak je pun, bukan terpijak logo. Awak punya ayat yang buat ibu tergelak tu "sakit ibuuu, nanti kaki Awah berdarah macam mana" HAHA hoii, tersepak logo takdenya berdarah kaki. Lagipun, sape yang suruh awak tak kemas mainan awak semula lepas main.

- Demand nak itu ini. Ibu ngeri kalau keluar berdua dengan awak bila pergi ke kedai. Nak-nak kedai tu ada mainan. Eh kedai runcit ada makanan pun ibu ngeri. Sebelum turun dari kereta, kemain awak buat janji dengan ibu, "ambik satu barang je. Ibu takde duit" Tapi sebaik masuk kedai, dari pintu masuk sampailah ke kaunter bayaran, penuh bakul awak sumbat macam-macam jenis mainan dan makanan. Lantaklah orang nak cakap apa, ibu terpaksa tebalkan muka bagitau cashier "barang-barang ni saya taknak. Anak saya yang masukkan dalam bakul" Nasib cashier senyum je faham keinginan anak yang mahu macam-macam tapi mak takde duit nak bayar semua. T_T hehe Bukan takde duit tapi malas nak ajar, apa je dia ambk semua boleh dapat. Patutnya ibu tegur awak kan masa awak ambk barang masukkan bakul? Ye, ibu pernah buat macam tu. Ibu cakap ibu tak cukup duit, nanti ayah balik baru kita beli. So ibu letak semula. Akhirnya awak melalak dalam kedai sambil duduk atas simen. Makin ibu pujuk makin awak kuat menangis. Sikit je lagi ibu nak cubit peha awak, bila awak tepis-tepis tangan ibu bila ibu cuba angkat awak dan tendang-tendang guna kaki, ibu rasa ringan je tangan nak lempang awak. Tapi ibu sabarrrr. Bila sampai rumah, awak geledah plastik, awak cari barang-barang awak "shopping" tadi takde, awak cukup terkejut. Lantas ibu buat drama "Ish, apalah kakak tadi, tak bagi barang Naurah. Kan ibu dah nak bayar tadi, kan?" Lalu awak angguk, setuju dengan statement ibu. Settle masalah. Awak mesti tak perasankan, dah 10 kali trick ni ibu guna. HAHAHAHA Harap mencecah umur 3 tahun nanti, awak tidak seperti ini lagi.

- Kuat cemburu. Normal kot kalau pegang baby lain, awak akan cemburu. Ibu tengok kawan-kawan sebaya awak pun macam tu. Tapi kalau cemburu dengan ibu sendiri macam mana tu? Definisi "ibu yang cantik" bagi awak ialah bila ibu pakai baju baru atau tudung baru atau kasut baru. Bila bangun pagi ibu nak pergi kerja, awak pandang je ibu, awak boleh cam tudung baru ibu beli. Lantas awak akan tanya "kenapa ibu pakai tudung ni? bila beli?beli kat mana?" dengan muka tak puas hati. Ibu jawab "Beli kat pasar malam hari tu. Cantikkan ibu". Cepat-cepat awak jawab "tak cantik pun ibu pakai tudung baru". T_T Selalu macam tu awak bagi jawapan kalau ibu pakai barang baru. Ibu tau, awak jeles. Nanti balik kerja karang mula lah awak tuntut dengan ibu nak pergi pasar malam beli baju baru kat awak. Kalau ibu taknak pergi pasar malam nanti awak buat muka sedih, ayat sedih "ibu ada tudung baru. Awah takde baju baru" sambil nak nangis. Mana awak belajar drama semua ni? Ibu selalu hilang idea nak bagi jawapan. Kalau ibu cakap ayah belikan untuk elakkan daripada pergi pasar malam lepas balik kerja, mesti awak akan sentap dengan ayah pulak. Bila ayah called waktu malam nak sembang dengan awak, mesti awak cakap taknak kawan dengan ayah. Mesti ayah terpinga-pinga kenapa awak merajuk. Nanti ibu cerita hal sebenar kat ayah, ibu pulak kena marah sebab tipu awak. Dah awak taknak kawan dengan ayah. Ada apa dengan semua drama ni sebenarnya? Terlebih menonton tv kah? T_T 

Eh, banyak lagi ibu nak cerita tapi rindu pulak ibu kat awak bila ingat perangai awak. Yang lain-lain biarlah ibu simpan dalam memori. Kadang-kadang tersenyum sendiri. 

Hari ni ibu pakai shawl merah baru, ibu dah dapat agak dialog awak dalam kereta kang. Nak-nak lalu kat taman mahkota aman yang ada pasar malam. Awak tu dah pandai sangat tengok kereta banyak parking tepi jalan, nampak khemah banyak, mula la menjerit pasar malam. Sebut nak beli kasutlah, baju elsa lah. Hurmmm..


Begitulah dilema mak anak dara yang baru 2 tahun lebih dan bakal mendapat seorang lagi anak. Sesungguhnya sifat yang baik yang harus dipelajari dan praktikkan sekarang hanyalaH SABAR. Takde benda lain yang lagi sesuai.


 
Kakak Awah.





Till then.





THANK YOU FOR READING THIS!

4 comments:

  1. naurah!!!hahahahhahahaa
    pecah perut acik gelak!
    ibu pun satu, beli lah naurah sekali baju baru..kah!

    ReplyDelete
  2. comel sgt perangai naurah. haha
    asik teringat2 la klu kat ofis tu kan,... hehehe

    ReplyDelete
  3. Hahaha pasal baju baru tu kelakar la rasa tapi memang kita kena banyak sabar kan. Haih Izza pun sekarang asyik hilang sabar je (bukan pregnant!) especially kalau balik kerja masak pastu dan dan tu jugakla nak kemas rumah nak mop lantai itu ini pastu penat pastu bila Kasih buat perangai sket mulala hangin tskk not good..

    lagi satu pasal masuk barang banyak banyak kat dalam troli tu kan. Kasih punya tangan ya rabbi lajula. pernah sekali dia kutip brg syampu la apa masuk troli, pastu sampai kat kaunter bapaknya x perasan pergi bayar je semua. nangisss total dia ambil tu dekat rm80 T____T lepas gaduh laki bini hahahhaa last last tebalkan muka pegi mintak refund kt kaunter tapi dia tak bagi nasibla dia bagi tukar barang. Haihhh. eh terpanjang pulak komen hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...