Wednesday, April 15, 2015

Again, sindrom nak jadi kakak kah?

I don't know lah others mum (yang tengah preggy) kan tapi aku memang fobia nak g kedai dengan Naurah. In case keluar berdua without ayah dia. Atleast kalau ayah dia ada, dia dengar cakap jugak. Since last two week dia baring atas lantai supermarket sebab marahkan mesin muzik doraemon rosak, aku memang taknak pergi lagi dengan dia. Before this dia faham je mesin rosak, duit tak masuk, mean mesin tu tak boleh bergerak, tak boleh naik. Eh lately memang perangai dia menduga kesabaran sangatkan. Yang part ambik macam-macam barang kat kedai tu jangan cakap la kan.

Yang kelakar hari Isnin balik kerja tu, dia tanya aku

"Susu Awah tak habis lagi ke?" - Naurah

"Belum. Banyak lagi. Kenapa?" - Ibu

"Nak g kedai beli susu" - Naurah

Krikk krikkk 

Dia punya niat nak g kedai beli susu tu, ibu dah tau sebenarnya dia nk beli macam-macam. Sumpah aku serik. Kadang-kadang balik dari kerja, before ambik dia kat BS, aku singgah siap-siap kat kedai belikan susu, pampers, pastu belikan jelly untuk dia. Tu dia pelik dah lama kot since last week balik dari ambik dia kat rumah BS langsung tak pernah singgah kedai. hahaha

Kesian jugak sebenarnya tapi tulah dari mengundang marah aku, baiklah tak payah bawak dia. haih.

Semalam aku mc kaki kejang. Siap tarik-tarik urat betis. Sampai demam sejuk panas. So malam tadi tidur rumah kawan (LDR friend also ;-P). Maybe dia tidur lambat kot semalam duk main dengan anak kawan (nama piya) then awal pagi terjaga tiba-tiba. Mengigau duk bergurau, then sorang nak susu menangis, dua-dua nangis. Tidur sebelah-sebelah kan. So pagi tadi nak angkat dia bawak masuk kereta sebab nak hantar ke rumah BS, dia cakap taknak pergi. Mengantuk katanya. T_T Tapi aku angkat jugak. End up sampai rumah BS, macam orang kena histeria, menangis terpekik siap genggam erat tudung aku. Tak pernah-pernah macam ni. Sedih gila. Rasa nak cuti je rini tengok dia macam tu. Tapi BS cakap kejap je dia macam tu, plus cuti aku tak banyak tinggal. Gagahkan diri masuk kereta sambil dengar dia terpekik terlolong. Why lah Naurah macam ni? Ibu betul-betul susah hati.

Memang sindrom nak jadi kakak ke macam ni?

Rasa penat sangat.

Satu lagi, pantang berjanji mesti kena tuntut. Masa ambik dia kat rumah BS, dia tak nak balik. Konon nak suruh lepak rumah BS lah. Ibu dengan tak laratnya. So dia akan sebolehnya buat kita cuba pujuk dia untuk balik dengan buat satu "janji" dengan dia. Contoh

"Jom Naurah, balik." - ibu

"Ibu nak g mana?" - Naurah

"Nak balik rumah kita lah." - ibu

"Nak balik nak g mana?" - Naurah

Soalan dan jawapan akan tetap jadi sama. Kecuali jawapan dia lain.

"Nak balik nak g mana?" - Naurah

"Nak g taman" - Ibu or sometimes BS akan cakap untuk pujuk dia balik. Kesian kot tengok muka aku penat.

So the promise "nak balik sebab nak g taman" tu dia akan ingat. Kalau sampai kat depan pagar rumah dia akan melalak sebab tadi cakap nak g taman. Kalau pujuk pun tak guna. makin pujuk makin dia punya perangai menjadi-jadi. Last-last dia tau penat nangis, mintak susu, then mandikan. Tapi kena sabar sangat dengar dia nangis pekik-pekik yang agak lama tu.

Again, memang sindrom nak dapat adik eh?




Till then.




THANK YOU FOR READING THIS!

2 comments:

  1. memang hana..hannah pun macam tu dulu..ada jelah tak kena..eh tapi sekarang pun macam sama je hahaha..

    ReplyDelete
  2. Pandainya tanya susu dah habis ke belum ahaha. Naurah nanti be a good kakak ye.. bestnya ada adik nanti boleh main sama sama kan :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...