Friday, October 31, 2014

too busy too think about the tittle LOL

Seem everything was good. Family and jobs i mean. Walaupun a little bit busy but, i think i can manage to handle it. Paling aku rasa bangga dengan diri sendiri bila dah kurang layan hp (whatsApp group, IG, baca blog) bila ada kat rumah. Totally play with Naurah. Letak hp jauh-jauh buat-buat tak dengar bunyi notification WhatsApp. hahaa Kalau satu group WhatsApp ok lagi la. Ni tak macam-macam group ada. Kalau dah terbaca satu, mesti nk tengok satu lagi. Pastu mesti nak balas. Last-last Naurah terpaksa main sorang. Pitty her. T_T

Last week cuti 3 hari since Awal Muharam (jumaat) hingga ahad takde pegi mana-mana pun. As always, Zan tak boleh cuti. So this week baru cuti. Ikutkan hari ni aku kena out station kat Kuala Tahan tapi kesian pulak Zan balik, aku takde. So family first. Besar pahala taat kat suami dari taat kat bos ye. ;-)

 Well back to the story, cuti 3 hari minggu lepas, duk terperuk je kat rumah. Ada la bawak Naurah jalan-jalan tapi kat taman jelah. Kesian gila kat dia. So aku gigih geledah stor cari kolam dia. Atleast dia enjoy ada aktivit baru kan. Takde la asyik main masak-masak, main dengan bear. 




 
Santai habis hah.
 Actually dia ajak aku main sama dengan dia dalam pool. Mak mahu naik oii. Tapi fikir takut jadi bahan kutukan jiran-jiran, baiklah jangan. Tunggu mak beli tirai dulu ye. Kasi tutup jadi private pool. haha

 
Actually ni pool masa dia baby lg yang aku letak dalam rumah. Bila nak pump tu penat oii padahal guna pump kan. So 2 tier lagi aku dh mls nk pump. jadilah lembik gitu. Hahaha




 Kesian gila main sorang-sorang. Dia mintak la bear tu kat aku. Siap tanya "nak mandi dengan bebear boleh?" hahaha bagi jelah. Basah boleh jemur. Tu duk tolak-tolak bebear dalam swan tu.


Now, Naurah dah 2 tahun 3 bulan. Kejap je masa berlalu. Kalau nak senarai milestone dia macam banyak je. Tak terlayan kadang-kadang. But, i try to list benda-benda yang aku rasa nak share kt sini.

1) imitate action

Kalau dia berak, aku selalu suruh dia datang kat aku, then dia membontoti aku, so aku akan selak pampers dia dari atas sama ada poop or not. Kalau macam tak bau or tak nampak sangat, aku selamba jelah masuk tangan dalam pampers dia raba-raba terjumpa something or not. Hahah kalau ada poo poo dia nasib la terpegang. kahkah

So the same thing Naurah suka sangat buat aku. Aku tengah meniarap (sama ada baca buku or tgk tv), selamba cakap "meh naurah nak tengok ibu yak tak" sambil selak seluar aku masukkan tangan raba-raba bontot. T_T "Owh, ibu tak yak lagi" katanya.

2) Say please

Since dia pandai bercakap kot aku duk ajar say please if nak sesuatu tapi dia boo layan. But now, nak apa je mesti say please. Aku macam terkejut je tiba-tiba. Same goes with her BS, pun terkejut tiba-tiba naurah say please. 

contoh (tapi cakap still pelat la)

"Ibu, nak susu pleasee" 

"Ibu, jom jalan-jalan please"

"ibu, bangun please, ambik kopok"

Ibu is melting. 

3)  Sangat nak berkawan

Naurah friendly sangat. Sangat. Kalau jumpa budak kat mana-mana surely dia akan pergi tegur budak tu dulu. Kadang-kadang dia tanya aku apa nama budak tu. T_T So far walaupun jarang jumpa, anak Intan (Amani) kalau aku skroll IG ada gambar amani, sure dia cakap Amani. Sama jugak dengan Nana (anak padilah). Kat depan rumah ada budak sebaya dia kot nama Yaya. Padahal tak pernah main sama-sama kot. Just pandang-pandang dari jauh. Sejak dia tau nama budak tu Yaya, asyik panggil je. Budak tu pemalu. Hari tu balik dari rumah BS, dia straight pegi rumah Yaya, bertenggek kat pagar. Yaya lari masuk rumah. Ayah yaya ada kat luar, panggil anak dia suruh keluar main dengan Naurah. Tapi budak tu tak keluar pun, last-last naurah cakap gini

"Yaya malu eh ibu?" haha

"bye Yaya, balik dulu. chiyutololo" (see you tomorrow) T_T


 4) Food lover

Suka makan sama macam ibu. Bagi apa aje. Selera makan dia menjadi-jadi kalau ada kawan. So far dia suka sangat nasi lemak. Asal celik mata ajak beli nasi lemak. Dia suka jugak roti john (especially yang special ada telur tebal tu). Now, dia kurang makan sayur. Dont know why. Pisang, jangan la letak semua atas meja. Boleh habis dalam masa setengah hari je. Sekali makan boleh habiskan 4 biji. Ni bukan pisang kecik-kecik tau. Jenis pisang berangan yang panjang tu. Pheww..

5) OKAY

Okay ada lah the word yang dia akan sebut bila setuju 100% dengan statement kita.

contoh

Bila bunyi motor aiskrim first, then dia mintak aiskrim

"Kita beli aiskrim esok eh? Ibu takde duit nak beli hari ni" (actually malas ajar sangat dia asal dengar motor aiskrim lalu, simply dapat)

 "Ok" dia setuju

Then a few minute, ada motor aiskrim kedua lalu.

"Ibu nak aiskrim tu"

"Tadi Naurah cakap kat ibu nak beli aiskrim esok kan?"

"ok" sambil angguk kepala.


The power of word "OKAY" is just like a magic. Same goes with kalau sebelum g kedai dia janji takkan beli gula-gula ke jajan ke, then sampai kat kedai dia just jeling je semua tu. Kalau dia pegi pegang botol gula-gula, mesti aku akan cakap "tadi kat rumah Naurah cakap OKAY tak nak beli gula-gula kan?"

Terus dia cakap "okay"


Actually progress sekarang lebih banyak pada additional vocab dia la. Makin petah bercakap. Action tu macam biasa, apa yang dia tak tau buat. 

Yang kelakar, this one is the NEW WORD dia suka sebut (since last week).

Masa mandi pool, dia taknak pakai baju. So aku just cakap

"Kena pakai baju. Nanti MALU KAT ORANG. Nanti yaya nampak, malu"

Since that, kalau nampak aku berkemban lengah-lengah pakai baju (i mean sibuk keringkan rambut bla bla bla), mesti dia cakap 

"pakai baju ibu. malu kat orang!"  HAHAHA

Macam tulah dia cakap kat BS dia jugak. 

 A few picture of her masa bawak g jalan-jalan last week.










Entry macam takde tujuan je kan. *sigh*


 Till then.




THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, October 20, 2014

Ke pegang anjing sebab comel macam gula kapas??

Pada aku la kan, isu pegang anjing ni kan macam tak patut diadakan. Berbalik pada tujuan program sebabnya nak bagi hilangkan rasa takut pada anjing, nak pupuk sifat kasih sayang pada anjing. Anjing pun makhluk ciptaan Allah SWT jugak. Ye betul tu. 

Lepas tu ada pulak ditambah dalam artikel-artikel aku baca program ni dibuat jugak sebab haiwan ni dilayan dengan teruk sampaikan ada orang pi pukul dengan kayu. Sampai mati dibuatnya. Memang la tak baik kan aniaya haiwan macam tu.

TAPI kena ingat satu perkara..

Kenapa kita (mostly Melayu dan Islam) takut akan anjing? Ada ke orang saje suka-suka pi pukul anjing? Biasa kita takut kat anjing yang berkeliaran, tidak bertuan, berpotensi nampak macam nak membaham kita. Biasanya potensi anjing yang kita takuti adalah anjing liar. Sebab tu, kalau nampak anjing di jalanan, kita pandang serong.

"Anjing ni kejar aku ke tak hah?"

"Kenapa anjing ni pandang aku?"

Lalu laju je kita jeling-jeling sekeliling cuba capai kayu, untuk pertahanan diri kalau anjing tu cuba dekati kita incase nak gigit ke apa kan. Sebab setahu aku takdenya anjing cuba dekati kita nak gesel-gesel macam kucing. Kalau dia dekati tak lain tak bukan nak gigit or kejar kita. Tu lah anjing yang aku jumpa selama ni berkeliaran di jalan-jalan.

So kita takut anjing ada sebab. Dan orang takkan gila-gila pi pukul/halau/cederakan anjing tanpa sebab. (walaupun kucing binatang paling tidak berbahaya pun ada yang gila sanggup bunuh semata-mata tak suka kucing berak merata). Ini kan pula anjing liar yang berpotensi mencederakan kita, lagilah kita berwaspada dan extra takutkan? 

Maka, kenapa nak bina sifat tak takutkan anjing pada orang Melayu? Orang Melayu suka sangat ke pukul anjing? Orang Melayu suka sangat ke bunuh anjing? 

Memang tak la kan? So buat apa nak ajar beranikan diri dengan anjing? No point ok. Ke sebab ko geram tengok anjing kiut miut sebab tu ko rasa macam nak gomol-gomol, pegang-pegang?

Weh, aku pun geram ok tengok anjing gebu-gebu macam gula kapas tu. Kalau anjing tu sama tarafnya dalam Islam macam kucing, confirm aku bela sekor. Kalau la babi kaler pink (which is pink kan kaler kegemaran sesetengah wanita) tak haram disisi Islam, sure aku bela sekor sebab geram la kaler pink, gemuk2, best apa buat peluk.

KALAU EH. KALAU TAK HARAM!

Tapi terang-terang benda tu haram, so kenapa nak halal kan sangat? Ok aku bukan ustazah dan alim pasal agama tapi dah terbukti ada fatwa, so sila pi baca dan dalami betul-betul. 

Ko mesti tau sangat kan kisah seorang pelacur yang lepaskan anjing tersepit sehingga melayakkan wanita itu menjadi penghuni syurga? Ko jangan la samakan kisah ko pegang anjing ni halal dan sama taraf dengan pelacur yang tolong anjing tersepit tu. Dua situasi berbeza. Mudahnya, tak haram pegang anjing kalau waktu darurat. Niat pelacur tu pegang anjing sebab untuk menyelamatkannya dari terseksa.

Dah ko, pi pegang anjing untuk suka-suka kenapa?? So lepas ni kira ko dah tak takut anjing lah eh? Kiranya ko jumpa anjing terbiar tepi jalan, ko dah cukup berani nak pi usap-usap pegang dia eh? Macam tu? Memang tak r aku rasa.

Pastu boleh pulak ada point program tu ada ilmu. Ilmunya lepas pegang anjing, akan ada ilmu belajar samak. Apa yang aku baca dalam blog la. Kot ada ke tak pengajaran ilmu pada hari kejadian tak tau lah kan. Benda simple je aku rasa, kot ye ko nak belajar or mendalami ilmu samak tu, perlu ke ko pegang anjing dulu pastu baru kena belaja? Apa kat sekolah dulu dalam kelas fardu ain, ustaz/ustazah tak ajar ke?

Habis tu kalau ko nak belajar solat taubat, perlu la ko buat dosa tu? berzina ke, bunuh orang ke, barulah ko belajar buat solat sunat taubat dulu, macam tu ke? 

Ko tak payah pegang anjing pun, ko boleh belajar samak tu macam tu je. Kotlah secara TIDAK SENGAJA TERPEGANG ANJING OR TERKENA NAJISNYA. Tak perlu ko DENGAN SENGAJA PEGANG baru ko nak belajar samak k!

Pulak tu, ko confirm ke masa ko duk pegang anjing tu, keadaan ko dan anjing tu sama-sama kering? confirm ke dalam tempat terbuka, dengan ramai orang (cuaca aku tak pasti panas ke tidak), ko tidak berpeluh? Ko yakin 100%?? dan ko yakin ke bulu-bulu anjing tu tak terkena setitik pun air liur dia (anjingkan lidahnya terjelir, walau tak semua anjing gitu tapi ada some of that dan mungkin juga ada anjing yang suka jilat bulut dia) pastu ko main pegang je. So bukan ke haram tu kalau dah tersentuh time basah?

So aku ragui motif utama program ni, betul ke nak didik kita jgn takut pada anjing? Pada aku, dari ko buat program jemput dog owner (yang memang memiliki haiwan-haiwan jinak plus comel ni), baik ko pi tangkap anjing berkeliaran dan liar di jalanan, ko panggil persatuan apa-apa yang boleh handle tangkap anjing or yang beri perlindungan kat anjing-anjing liar ni DAN biar mereka ajar HOW TO HANDLE A WILD DOG supaya ko tak pi pukul anjing tu semasa kecemasan (i mean kot lah anjing liar nak kejar ko kan). Better ko bagi ilmu macam tu. Macam mana nak hadapi situasi berhadapan dengan anjing garang. Aku percaya anjing tu takkan cuba kejar kita tanpa sebab. Maybe dia lapar or rasa terancam. So better ajar cuba tenangkan diri bila nampak anjing tepi jalan, cuba jangan lari, kalau ada makanan yang tengah kita pegang, just bagi je pada anjing. Aku rasa tu more useful UNTUK KITA FAHAMI ANJING DAN JANGAN TAKUT PADA ANJING.



Haih, macam-macam la sekarang.


Semoga Allah SWT sentiasa lindungi umat Islam.


Till then.





THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, October 13, 2014

#foodhuntingbyhana : Nasi Air Berlauk

Lately aku memang agak malas memasak. Kadang-kadang je datang mood masak, bolehlah sediakan dua tiga lauk. Last aku masak sup tulang untuk Zan masa raya haji (kot??). Penat, stress macam-macam lah yang buat aku rasa sangat malas. Tau-tau balik rumah nak fokus kat Naurah je (sambil layan korea sikit). 

Tau-tau jelah kan, kalau jadi temporary single mom ni, 24/7 kena handle anak sorang-sorang. Kalau weekend oklah, boleh rehat-rehat jugak. Kalau balik dari kerja terkejar-kejar nak masak lagi, mana nak jaga anak lagi memang penat amat. Baru je ambik periuk nak basuh beras, Naurah dah kedek-kedek datang nak dukung. Sibuk nak tengok aku buat apa. Kang umpan la jelly dalam peti ais tu. Kang baru nak siang ayam, sayur atau nak potong sayur ke bawang ke, datang lagi nak dukung. Penat ok, penat. 

Maka, sebab tu lately aku tak masak. Dan masalah ini merebak sampailah ke tahap kemalasan menyediakan makanan Naurah di waktu pagi. Sejak seminggu dua ni, aku dah tak masak. Aku bagi je lauk or duit kat BS, so pandai-pandai la dia masak untuk Naurah.

Naurah ni tak cerewet pun makan. Ok je. Aku perasan selera dia macam aku. Kami penggemar makanan berkuah. Seperti sup, nasi air, mee sup dan macam-macam lagi. Kalau weekend Zan tak balik, asyik benda samalah aku masak iaitu sup ayam/sup tulang then masak bubur nasi. Untuk tambah selera aku, aku akan potong cili bagi pedas sikit. So senang, masak satu lauk je. Lagipun dua beranak je kot.

Kalau tak buat makanan berkuah pun paling simple, masak nasi panas-panas, goreng ayam kunyit, makan macam tu je. Lagi nak simple dan merepek pulak, masak nasi panas-panas, goreng kubis dengan telur. Tapi kubis tu kena potong halus-halus macam ulam tu then pecahkan telur atasnya, nanti telur tu melekat-lekat kat kubis. Naurah suka sangat. Dia claim kubis tu ialah mee. haha Food trick bagi dia makan sayur. Then nasi tu dikacau-kacau dalam kubis tu makan panas-panas. Nak bagi pedas aku potong cili. So feeling makanan korea sangat aku ni. Kacau-kacau dalam bekas terus ngap. kehkeh

Biasa waktu petang aku akan tapau makanan sama ada mee sup, nasi tomato, nasi ayam kat taman ni. Nasib baik sedap. Naurah suka makan nasi yang berempah ni. Senang kerja aku. Share jelah makanan dengan dia.

Baru-baru ni aku jumpa satu kedai Nasi Air kat Panching. Jiran-jiran la yang duk cerita. So ajak la BS cari kedai tu. Memang puas hati. Kena dengan selera aku dan Naurah, si penggemar nasi air. Rasanya sedap dan harga memang murah. 1st time kot jumpa version nasi air macam ni. Tukang masaknya pure thai kata jiran. Orang lelaki, well orang lelaki ni kalau pandai masak memang sedapkan? Kalah perempuan. Nasib baik Zan tak reti masak. Nanti kang berebut dapur dengan aku. Sebab dalam banyak-banyak bahagian dalam rumah, dapur je aku tak bagi dia usik/kemas. Hak milik mutlak aku. Well, this is Hana THE FOOD LOVER k. Selain dari makan-makan, aku juga suka masak-masak. HAHAHA *masak jela, sedap belum tentu*

Nak share jelah ni the food kat Restoran Nasi Air. Walaupun gambar tidak memuaskan tetap nak share jugak. behee

 
Tempat pilih menu apa kita nak.
 For the 1st time kita datang dan tak tau nak makan lauk apa, so boleh pilih kat depan kaunter lauk yang belum masak. Cakap je nak ayam, ikan bilis, telur masin or apa-apa nanti pandai-pandailah dia masak style dia orang.

 Masa first time datang, aku pilih menu yang jiran recommend.


Sambal bilis goreng garing. wajib order ni. sedap sangat.


Telur masin masak apa entah. wajib order juga.



 
Kailan ikan masin. pun sedap


Ayam maska halis. Wajib order ni. sedap. naurah suka sangat.

 
Beginilah cara makannya. Jangan gaul-gaul semua lauk dalam nasi air tau, tak nikmat nak rasa lauk pauk tu. behee

 Untuk kali pertama makan beserta dua air hanya RM18 sahaja.

Kali kedua datang, aku tetap order benda sama kecuali sayur ditukar kepada taugeh pulak.

 
Taugeh masak ape entah tapi sedap ok. Taugeh dia masak takde lembik-lembik over cooked pun. just nice.

 Kali ketiga aku pergi, order petai masak sambal campur ayam, sotong kering masak apa tak tau dan lupalah apa lagi, semua sedap ok. Last time pergi dengan group jiran dalam 5 orang makan tak sampai RM50 pun.


Naurah punya. Naurah mesti nak makan sendiri. Lauk dia just ayam masak halia (she love mushroom macam aku) dan ikan bilis goreng garing pun dia makan sebab tak pedas sangat.

For those yang datang Kuantan nak try makan nasi air lain dari tempat lain, senang je jalannya. Kat simpang 3 traffic light batu 10, menghala je ke arah Panching, restoran tu sebelah kanan selepas sekolah Wira dan berada betul-betul dihadapan penghunjung pagar kem tentera. Kedai ni sebelum kuarters baru tentera. Dia beroperasi petang pukul 5 sampai pukul 2 pagi. Kalau pergi after Maghrib, tengok kereta banyak tepi jalan tu, memang itulah kedainya. Kena banyak bersabar sikit nak pergi kedai ni sebab ramai orang. Dahlah satu meja tu bukan satu lauk order, so agak lama. Aku siap ambik no.telefon dia hari tu. So lepas ni nak pergi boleh order dulu. So sampai-sampai je tak payah tunggu lama sangat. While hari rabu kedai ni tutup.





 Till then.



THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, October 10, 2014

Naurah's first movie date.

Akhirnya, semalam kena cuti jugak sebab Naurah demam. Malam tu kejap-kejap dia bangun mintak air. Badan panas sangat. Aku apa lagi kalau tak cukup tidur, senang sangat la kepala jadi sakit-sakit. So baiklah cuti demi anak dan kesihatan diri. Hikssss 

Hari ni tengok macam dah ok. Takde dah panas-panas badan. Aku rasa dia demam rindu kat ayah dia pun ye jugak. Semalam pun tanya lagi, ayah tak balik kerja ke? So, memang hari-hari aku bagi dia jawapan sama. Sehari tu bukan sekali dia tanya. Dia pun boleh hafal dah. Kalau BS ke siapa-siapa tanya dia, confirm dia jawab "Ayah keje, cari duit, nak beli baju naurah" haha

Esok pulak aku kena kerja, so tinggallah dia kat BS. Ahad baru lah sempat bawak dia jalan-jalan. Tu pun janganlah aku ni bermalasan plus penat ke apa kan. 

Last week, after a longgggggggggg stress kena hadap, akhirnya i take one day off bawak dia pergi jalan. Tu pun after settle urusan kat bandar. Mula-mula ingat nak bawak dia pergi lepak rumah Padilah, main dengan Nana. Then teringat pulak iklan cite Plane kat tv. Dia kan suka sangat aeroplane. So alang-alang cuti, tiba-tiba rasa nak bawak dia tengok wayang. Nak-nak hari rabu kan, tiket murah sikit, pastu orang tak ramai, lenggangnya. Pastu ingat pulak hari tu aku tunjuk kat dia Nana makan aiskrim baskin robbin, kemain dia nak. Bukanlah dia mintak aiskrim mahal tu hah, manalah dia reti kan. Dia mintak la nak aiskrim yang 24/7 lalu lalang depan rumah tu, sampai aku naik ngeri kalau bunyi loceng aiskrim, macam wajib pulak menabung duit kat penjual aiskrim tu. So aku cakap takde duit, boleh pulak dia faham, siap cakap tunggu ayah balik eh. Nasib baik. So alang-alang nak bawak tengok movie, baiklah bawak dia sekali makan aiskrim kat baskin tu. Kata hari rabu "pink day" kan? dapatlah yang murah. Alhamdulillah tertunai jugak. Kemain suka dia keluar siang hari. Biasa aku macam burung hantu, bawak keluar malam-malam, kesian kat Naurah. Maafkan ibu. T_T

So after settle urusan kat bandar, aku naik tingkat 3 nak booked tiket wayang Plane tu, tengok-tengok pukul 5.30 petang je ada. Memang tak la. Aku kalau boleh nak elak balik time orang blik keje tu, kang jem pulak. Tapi sebelum tu beriya dah ni aku gigih pi beli baju lengan panjang kat Parkson semata-mata nak tengok wayang. Punyalah takut dia sejuk kan. Sebab masa bawak dia tu, dia pakai t-shirt lengan pendek je. So alang-alang dah beli baju tu, aku bawak jelah jugak masuk tengok wayang tapi bukan cerita Plane, ceritanya Nasi Tanggas. Erk, macam dah takde cerita lain je kan nak bawak anak. Nak tengok Annabelle pun tiket pukul 4. Nasi tanggas je yang ada pukul 2.30 petang. Cerita kanak-kanak lain memang takde. Aku saje jelah nak tengok reaksi dia bawak masuk tengok wayang macam mana rupakan. Tu gigih jelah.

Nak tunggu pukul 2.30 petang tu, aku bawak dia lepak kat Baskin jap pekena aiskrim. Sampai kat kaunter, aku tanya nak aiskrim apa. Boleh dia jawab taknak. Dia nak belon je. haha 





Lepas habis makan aiskrim tu bawak dia main kat play corner budak-budak kejap. Dalam pukul 2 lebih siap-siap pergi beli popcorn, air, mashed potato, sweet corn and nuggets. Banyak gila beli makanan. Nak umpan dia duk diam punya pasal. Reaksi dia first time masuk panggung wayang? Takut. Muka cuak habis. hahaha Kan dalam tu gelap, pastu skrin besar amat dengan suara kuatnya. Dia peluk aku kuat-kuat. Then aku pujuk dia cakap besarnya TV, bestnya, nak-nak ada iklan kartun kat TV yang suruh silent telefon tu, so dia pun ok je. Memang dah agak orang tak ramai. So Naurah dapat seatnya sendiri. Aku bagi jelah dia makan. Masa cerita Nasi Tanggas main dia pun layankan jelah. Banyak dia makan. Nungget 6 ketul tu tinggal 2 je, mashed potato sebekas kecil habis utk dia makan je, dengan popcorn lagi. Aku pulak tak lalu makan tengok benda-benda jijik digaul-gaul dalam nasi. Halfway cerita Naurah nak tidur. Walaupun bunyi kuat, dia selamba je tidur, takde jaga-jaga. Memang aku sediakan susu sebotol la untuk dia. Ada la kejap-kejap dia terjaga bila sound kuat amat. Sound suspen hantu datang gitu, sampai dia pun terpeluk aku, padahal tengah tidur tu, boleh pulak feel seram siap peluk-peluk aku. haha Sian dia terkejut. Wayang dah dekat nak habis, baru dia bangun sambung makan semula. 

So next time bolehlah bawak lagi. Behave je.

Habis tengok wayang tu dekat pukul 4. So bergegas keluar dari ECM. Takut orang balik kerja, kang tak pasal-pasal jalan jem pulak. Tapiiiiii dah namanya Hana is the food loverrrrr. gituuuuuu sekali food lover. BAHAH! 

Ok, sambung.. dah namanya Hana the food lover, aku nampak kedai kek Kulacakes bukak, dan-dan aku masuk parking. Dah lama nak makan pavlova dia. Sekali pergi pavlova dah habis. So yang ada pun mango cheese cake. Boleh lah kan. Lepak jap kat situ. Dah lupa dah ni niat awal nak elak jem. Kalau dah singgah situ, makan-makan memang sampai orang balik kerja lah jawabnya. Takpe-takpe. Sanggup redah jem demi cake sedap.

Lets layan gambar. Banyak ni. heh







The best mango cheese cake in town.
This one is peanut butter cheese cake. The new one i like.

Beverage is Pandan Cooler.

This place is the nice one untuk lepak-lepak, dating, cosy sangat. Plus with their cake yang sedap and affordoble price. The most i like is pavlova, mango cheese cake and the new one in list is peanut butter cake. Owh air Pandan Cooler dia pun best ok. Suka. Balik tu aku siap tapau kek lagi. haha

Begitulah berakhirnya hari dating dengan Naurah. Agak mencabar jugak sejak dewasa ni. Merata dia nak berjalan. Penat ok, tu yang kena topup makan banyak kali. 

Owh, lupa. After tengok wayang, aku sempat makan nasi arab kat Dallah near to ECM. Terliur punya pasal on that day officemate makan nasi arab, then duk pos kat wassap group. Ada staff belanja. Takde rezeki aku nak merasa. But honestly, nasi arab Dallah is not my taste. Tak sedap kot. Aku lagi suka nasi arab kat Land of Paradise kat Gambang berhampiran UMP. Originally cooked oleh orang Yamen sendiri. Must try. Harga lagi murah dari Dallah then portion lagi banyak. 

Must try guys if korang nak balik ke KL lalu ikut tol Gambang, singgah la kat Land of Paradise dekat je after traffic light simpang 4 Gambang tu. And must try Kulacakes also kalau datang Kuantan. Best i tell u!





Till then.




THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, October 8, 2014

Anak perempuan saya. #naurahrayyani

Semalam Naurah dijaga oleh ayah dia. Hubs masih cuti. Eh, cop ada orang tanya aku hubs nama apa? sebab dah berkawan berzaman tapi tak tau nama laki aku. Aku ni kalau bercerita kat kawan-kawan mesti aku ckp "laki aku" takpun "husband aku". yelah husband aku, takkan husband ko lak kan? kikiki sebabnya aku dah berzaman tak panggil nama dia. macam kekok pulak nak sebut nama dia. Kalau depan family ke, depan sape-sape ke, aku memang akan panggil "biey" stand for hubby k. 

Oklah, aku akan biasakan kat sini, nanti lama-lama kalau bercerita dengan kawan-kawan boleh lah aku dah start cakap "zan kan...." hahaha  macam kawan-kawan aku cerita la panggil nama laki dia "wahidi kan.." "pudin kan..." "sari kan..." "fahmy kan..." KAHKAH dah aku bagi contoh nama laki mak timor leste pulak. Kenapa? Ampun korang. Suka pulak dengar korang sebut gitu, bila korang cerita tu, aku dapat menjiwai situasi yang berlaku antara korang and laki korang. hebat tak imaginasi aku dengan hanya bayangkan nama? KAHKAH *tetiba drama sangat*

Ok, lets continue and start.

Semalam kan, Zan (laki aku tau HAHAHA) jaga Naurah, tiba-tiba dia whatsapp aku cakap badan Naurah panas. Ah, sudah! dah kenapa tiba-tiba kan? Tapi Zan cakap Naurah makan jelah nasi dengan sup aku masak pagi tu. Selera aje. So semalam kul 5 je aku cepat-cepat balik. Bawak pi klinik. Memang demam la. Maybe duk usung tengah panas masa g kenduri kat Temerloh tu. Dahlah topi dia tak bawak, payung satu pun takde dalam kereta, parking jauh pulak tu. Musibah betul. Tu nasib baiklah aku patuh cakap Zan supaya cancel je plan bawak Naurah main air kat Kubang Gajah. Panas terik kot Isnin tu.

Jiwa aku tak tenang je kat opis ni mikir kat Naurah. Pagi tadi Zan dah pergi semula. So kena hantar Naurah kat BS. Ni pun BS wassap badan panas semula lepas habis kesan ubat demam dalam badan. Dah takkan tiap kali panas nak bagi ubat demam kan? kan overdose lak. Ada 3 x sehari jadilah 5 or 6 kali. Harap Naurah cepatlah sembuh.

Nak-nak semalam pulak bibir dia terkopek dan berdarah sebab terjatuh. Zan baring, dia pi loncat atas perut ayahnya. Zan pulak takdan nak sambut. Meraung jugaklah tapi kejap jelah. Pastu sambung main balik. Pagi ni nampak biru lebam la sebelah bibir dia tu. Haih lah anak.

Walaupun penat malam balik kerja semalam, gigihlah masuk dapur buat sup lagi. Zan memang gemar makan sup aku buat (habis takkan dia suka sup bini orang lain buat pulakkan? asah parang kang!! HAHAHA), maka aku bersilatlah kat dapur buat sup tulang lagi. Ada lagi balance tulang jiran bagi yang korban tu. Naurah pun bukan main makan je.

Nasi lembik + sup tulang = NASI AIR namanya. Resepi campak-campak je yang penting bawang kena goreng sendiri barulah nikmat amat. Potong-potong cili, perah asam limau. Meleleh gitu.

Balik kerja kang, kena la hadap anak sorang-sorang. Back to normal again. Takpe, takpe. Dah biasa sangat. Bukan kali pertama ni Naurah demam aku kena handle sorang-sorang. Dah biasa sangat. Syukurlah Naurah ni hanya demam badan panas je, takde batuk-batuk. Kalau batuk-batuk sampai ada kahak buat dia tak boleh tidur malam tu mesti aku macam tension gak hadap sorang-sorang. Mana tak cukup tidur lagi nak jaga anak kan? Agaknya nilah habuan aku kena jaga anak sorang. Alhamdulillah atas segala ujian dari Allah.


Bukan senang nak jaga anak sorang-sorang walaupun sorang anak je. Penat jangan cakap. Tapi yang paling sedih bila dia dah makin besar, makin pandai bercakap, asyik tanya mana ayah. Bila aku balik kerja, nanti dia cakap, "yeayyy ibu balik keje. mana ayah? ayah tak balik keje?" Pelik agaknya, ibu hari-hari pergi keje, hari-hari balik, ayah pergi keje sampai seminggu dua tak balik. Nasiblah tiap kali ayah balik dia cam muka, takde takut-takut taknak kat ayah dia.

Walaupun penat macam mana, aku tetap akan jaga Naurah sebaik mungkin. Walaupun kadang-kadang ada jugak hilang sabarnya. Contoh macam Isnin baru-baru ni, kan balik dari Temerloh tu aku kemas-kemas dapur, basuh baju, while Zan berehat depan tv, Naurah duk main dalam bilik. Tau-tau dia keluar dari bilik ada taik bertempek kat bontot. Terkejut aku tengok. Terus menyirap darah. Zan pun takkan la hidung tak bau taik, padahal Naurah duk ulang alik dari depan ke dalam bilik. Ralit sangat tengok sukan. Hidung aku ni dah kalis sangat, baru je naurah kedek-kedek datang kat dapur, aku dah bau taik. Cepat-cepat aku tanya dia berak ke. Kelibut pusing lari-lari dalam bilik. Dan-dan tu aku nampak taik kat bontot dia. Apa lagi mula la aku menyinga, marah kat Zan and Naurah. Yang sorang tak endah anak, yang anak ni dah pandai bukak pampers. Bukan setakat dia bukak pampers, dia pi gulung pampers tu macam selalu aku buat kalau nak buang pampers. Pandai pulak dia gulung-gulung pampers ada taik, letak atas meja solek dalam bilik, pastu dia ambik baju atas katil yang tak lipat lagi dia g lap bontot dia bertaik tu. Ya Allah. Aku dengan penatnya, laju je tangan g pukul peha dia. Tapi dia nangis kejap jelah, terus ayah dia ambik bawak g mandi. Menyirap je aku tengok. Siap aku kena kutip lagi taik dia yang tercicir atas lantai. Dia ni taknak pakai pampers dah ke? Tapi beraknya takde cakap ke aku. Eeee.. tu time ayah dia ada. Kalau dia buat perangai time ayah dia takde, macam manalah. Siapalah nak tenangkan keadaan. Kerap sangat dah dia bukak pampers. Tapi ni baru pertama kali melibatkan taik. 

Malam tu dia tidur, aku tengok kat peha ada 4 kesan jari aku peha dia. Berbilau jugaklah. Sebak pulak. Aku bau minyak mestika, mesti ayah dia dah sapu. Nak tidur tu, baru Zan tegur aku, jangan buat Naurah macam tu lagi. Aku mulalah sebak gila, berjurai air mata. Rasa bersalah sangat. Aku harap lepas ni aku makin bersabar.

Sebak pulak rasanya. 
Baru nak sambung cerita bawak Naurah pergi tengok wayang.




K.Bye!




THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, October 7, 2014

Aidiladha ke-3 untuk Naurah

Tahun ni kami tak balik beraya kampung. Cutinya 3 hari saja. Memang buat penat badan la nak balik kampung dengan jem tak usah cakap. Kawan aku bertolak balik pagi semalam dekat pukul 11 malam baru sampai. So memang amat tepat dengan keputusan tak balik kampung tu. Dan plan terakhir nak pergi beraya ke KL tapi malangya, husband sampai pukul 9 malam hari sabtu tu sehari sebelum raya. Jalan jem plus hujan lebat sangat katanya. Nak marah pun tak sampai hati.

Kesian gila budak ni. Dari pagi tunggu ayah balik tak sampai-sampai. Kejap-kejap tanya mana ayah. Mak sedih nak oii. Dahlah tak dapat balik kampung, sehari sebelum raya tu duk terperuk dalam rumah je. Kalau kampung tu sehari sebelum raya dah sibuk rebus nasi impit. So bagi la dia main kat dalam pagar. Dia duk main masak-masak. Kutip daun-daun rumput isi bekas. Sebak mak pandang dari jauh. hahaa


Nasib baiklah Tunas Mart tak tutup lagi. Kalau tau mau di pagi hari raya kami bantai telur dadar je. hehe So dalam hujan lebat pun, husband cepat-cepat paksa aku bersiap, takut tgk muncung bini panjang sedepa. hahaa Maka beli ayam sekor untuk buat rendang dan lemang 2 batang. Jadilah dari takde kan.

 
Malam raya duk godek rendang. Mesti angin je jiran dengar aku blender bahan-bahan rendang pukul 10 lebih. haha

Berayalah kami tiga beranak di Kuantan ni. Sedih gila kot. Sebak je dengar takbir raya. Well, maybe bagi orang lain raya Aidiladha ni biasa-biasa je kot but not for me yang dah biasa sambut raya Aidiladha ni sama meriah dengan raya puasa. Lebih-lebih lagi tak berkumpul bersama family sebak gila. Pastu kesian pulak tengok Naurah takdan nak beli baju baru kat dia. Tu yang muncung panjang je dengan hubster sebab dia janji sehari sebelum raya tu nak keluar pergi bandar Kuantan cari selai dia baju raya kat Naurah tapi haremmmmmm. Dah sampainya pukul 9 mana sempatnya hah nak pergi ke bandar dengan malam tu aku nak buat rendang lagi, dengan hujan lebat kilatnya lagi, tak kuasa hah. Naurah pakai baju raya recyle je. Dia ok jelah tapi aku jelah rasa sedih. Ingat lagi aku ni asal nak raya je, tak kiralah raya puasa ke, raya haji ke, mak akan siapkan 3,4 helai baju baru dari kecik sampailah sekarang. Tiba-tiba kat Naurah aku macam tak prepare apa. Kalau tau husband kena kerja lagi sabtu tu, baik aku pergi beli sendiri je. Padahal minggu sebelum raya tu duk ulang alik pi bandar siap pergi beli baju Naurah kat parkson lagi semata-mata nak bawak dia tengok wayang (next entry akan cite), bolej aje alang-alang cari baju raya kan. Ni pasal menaruh harapan setinggi gunung la ni kat husband. T_T

Eh, terpanjang pulak bebel. 

So pagi raya tu, husband pergi surau kat taman solat sunat raya. Then aku kat rumah siap-siapkan Naurah dan diri sendiri. Siapkan makanan dihidang atas meja. Husband balik sempat makan kejap. Eh aku punya sentap dengan laki tu, lupa pulak nk bersalaman. T_T sedih pulak ingat balik. Nak bergambar bertiga pun takde mood. Maka, gambar raya tahun ni takde. huwaaa Nyesal tiada guna sekarang. Ikutkan sangat bisikan syaiton kan. T_T

rendang pun sayu je rupanya hah. Daun limau purut habis, daun kunyit habis bila pergi beli malam tu. Nasib baik ayam je ada lagi. Lemang ni pun satu hal. Aku nak jugak makan lemang, laki pun sanggup la redah hujan beratur nak dapatkan 2 batang lemang. Punyalah ramai orang beli lemang.

Lepas jamah lemang tu, BS ajak pergi beraya rumah jiran-jiran yang buat makan. Owh btw, tengah aku siapkan makanan, anak-anak jiran terus kidnap Naurah lepas dia orang tengok Naurah main kat pagar tunggu ayah dia balik solat. So pukul 9 lebih kami pergi rumah jiran yang ambik Naurah tu dulu (rumah Kak Ila). Makan nasi minyak, ada ketupat daun palas, rendang daging, ada tapai. Aku jamah nasi minyak je. Pasal dah kenyang makan lemang kat rumah. Then pergi pulak rumah jiran no.2 (rumah K.Ani). K. Ani masak lontong, tapai, ketupat manis. Bestnya makan ketupat manis tu sebab susah nak jumpa ketupat tu. Biasa kat Kuantan ni dia org buat ketupat daun palas tawar dimakan dengan rendang. Banyak jugak aku makan ketupat tu.

Lepas tu pergi surau kat taman untuk tengok orang korban lembu. Dengar khabar 7 ekor lembu ditumbangkan. Tapi sayangnya sekor pun aku takdan nak tengok dikorbankan. Terlewat sampai. Duk makan-makan dan borak dengan jiran. Sampai-sampai je dia orang tengah melapah daging. So duduk la kat surau jap. Lepas lepak kat surau, kita orang pergi beraya kat rumah mertua jiran (nama K.Zie) kat Panching. K.Zie masak laksa johor, sate, lemang, rendang, tapai dan entah apa lagi aku lupa. Aku makan laksa johor. 

Dalam pukul 1 lebih baru gerak balik. Dan baru perasan Intan ada whatapp suruh pergi rumah MIL dia. Beraya sampai tak perasan ke telefon. So balik rumah kejap, berehat, mandi, solat. Dalam pukul 3 aku pergi rumah intan. Terharu gila Intan siap simpan perut muda kat aku. Sebelum ni dia pernah tanya aku nak apa-apa tak bahagian lembu sebab keluarga MIL dia korban seekor lembu. Ofcourse la benda-benda rare sikit aku yang aku nak, sebab kalau kat kampung pun memang benda tu la aku suka makannya. Daging kan dah bahagi-bahagi kat orang. Biasanya mak akan masak air asam perut atau perut muda tu cicah sambal, lidah + ekor goreng kunyit, sup kaki lembu, sup gearbox. Sedap gila kot. Kat rumah MIL intan, aku makan asam pedas daging best gila. Banyak gila kot MIL intan masak, ada nasi dagang, sup, gulai ikan tongkol, eh banyaklah nak senarai tapi takdan nak makan sume sebab dah kenyang. Jamah la sikit-sikit. Nak ambik gambar pun tak dan sebab macam dah penat sangat. Nak kena pergi rumah orang lain lagi lepas tu. Singgah kejap je.

Lepas Asar tu baru boleh berehat kat rumah. Malam tu tak sabar-sabar nak makan perut muda lembu ni, aku terus rebus, sekali masak sup tulang sebab husband tak makan perut. Tulang dan daging jiran yang bagi. Banyak jugak. Dengan intan lagi kasi daging. Terima kasih semuanya.

Rendang ayam + air asam perut muda + sup tulang + kobis goreng kunyit


Ni je pun gambar raya yang ada bersama-sama jiran-jiran muda-muda. Aku la paling kakak depa panggil. haha

 
adik-adik bersama mak anak sorang. haha nampak geng la kan? ahkak takde la tua sangat kan. kikiki




 Gambar bersama anak dan suami nan-hado. Laki pakai baju Melayu warna purple (raya Aidilfitri baru-baru ni), aku pakai blouse (mak je baju baru hahaha), Naurah baju raya tahun lepas. haha


 
Raya ke-2 (semalam)

Pagi-pagi dah bertolak ke Temerloh sebab kawan husband kahwin kat Kampung Awah. Pukul 2 lebih balik dari kenduri, husbter bawak pusing bandar Temerloh. Hubster nak bawak makan ikan patin kat satu kedai di medan selera, katanya paling sedap kt situ tapi lupa dah nama kedai tu, malangnya tutup. Ko dah kenapa raya kedua orang makan lembu lagi weh. hahaha beriya aku nk makan patin. kehkeh Lepas tu plan nak bawak Naurah main air kat Kubang Gajah tapi bila tengok kete orang parking banyak gila, terus cancel. Dengan panas terik lagi masa tu, husband cakap tak payah, boleh balik awal sikit ke Kuantan. Baiklah. Naurah ok jelah.Bukan dia faham apa. Tau2 masuk kereta dia tidur. hahahaa Sampai kat Gambang semalam dalam pukul 5.30 petang. 

 Baru sempat ambik gambar dengan laki tapi tak perfect lagi sebab Naurah duk sibuk main dengan kawan-kawan. Tu suka je dari pagi duk rumah penganti sebab ada ramai kawan. 


sangat tak duk diam. Maka ni je pun gambar bertiga yang ada. haha



Maka, begitulah berakhirnya raya Aidiladha pada tahun ini. Kalau aku cuti kat kampung ni mau seminggu duk berjalan dan makan-makan saja. Takpe hana, kata nak kuruskan. Nasib baik tak balik kampung.hahaha *ayat redha* 


Lat but not least, some photo Naurah untuk raya kali pertama till this year.


Tahun 2012 - age dalam 3 bulan lebih rasanya.
Tahun 2013 - 1 year 3 months

This year. Ni je pun gambar dia yang ada. Tu pun kena tanya mana inai Naurah yang cantik? Sambil tunjuk inai bolehlah ambik gambar.  - 2years 2months.




Till then.




THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...