Wednesday, June 18, 2014

loghat barunya.

Welcome back boss!!! teheee entry welcoming my boss back to work after she take her maternity leave, 90 days ago. Bestnyaaaaaaaaa cuti lama. Actually tak ada apa-apa pun. Hidup macam biasa. Bunyi bosan je kan tapi tidaklah sebenarnya. Cuma rasa penat je. Penat kenapa pun tak tau. Bahah

work

Ada lagi 3 pending job yang tak settle since aku kena uruskan sebelum bos aku cuti lagi. Tapi nampaknya boss dah masuk pun still tak settle lagi. Maybe rasa penat otak tang ni kot. Aku dah cuba settlekan kerja sebaik mungkin but at the end of the product kena juga melibatkan orang lain. So bila kita dah sehabis mungkin buat yang terbaik kt part kita tapi its be very slow tang orang lain sampai bos dah masuk kerja masih tak siap. Buat aku rasa down sangat. Rasa macam failed gila. It's make me stress to the max! Nasib bos aku faham what is the problem. Memang aku bukan ketua yang baik bagi gantikan bos aku. Sebab aku tak boleh nak lead orang ikut cakap aku. I am not a good leader. I know that. Pada aku work is simple. Setiap orang ada tugas masing-masing, just do it ikut masa yang ditetapkan. senang. Pasti semua kerja settle dengan cepat. Tapiiiiiiii. Haih, malas la nak merunggut.

Daughter

This minah kerinting dia dah pandai cakap loghat kelantan dalam percakapannya. terbaru ni. Seperti:

"bu iyok??" - Naurah. 

iyok = tiok (loghat kelantan). Tiok mean menangis. Aku kan ratu air mata, hati tisu punya orang. tengok episod akhir goddess marriage pun leh nangis nak rak. hahaa Sebab tu Naurah tegur aku nangis. T_T

"nak pecat kasut" - Naurah
 

pecat (loghat kelantan) mean tanggalkan. Dia nak tanggalkan kasut. T_T Tiap kali nak masuk rumah, dia akan cakap pecat kasut.



lain-lain, like kalau uyong (burong), ike (ikan). Kalau kat rumah aku biasa ajar dia burung dipanggil bird, ikan pulak as fish.  

As you know BS dia orang Kelantan. So ok lah. Ibu tak kisah. Lagipun awak pun anak jati kelantan kan. Cuma awal-awal ayah dah bagi warning jangan nak cakap loghat kelantan dengan dia takut apa dia cakap langsung ayah tak faham. hahaa so takpelah, kat rumah BS dia belajar loghat kelantan, kat rumah ibu ajar la cakap KL (as ayah mintak. padahal orang Melaka, ngaku orang KL. BAHAH!)

Apa-apa jelah kan. 

Actually ada lagi tapi lupa pulak. Cuma semalam this two word yang selalu dia sebut. Nampak nau berapa kali mak dia nangis sepanjang drama 1 jam tu kan? hahaha


Kbye!


Owh, the new picture of minah kerinting.

 
sangat susah nak potong kuku sekarang. Kalau pegang ketip kuku kemain sibuk dia nak rampas.

 
You know cuaca panas terik sekarang. Habis naik ruam kat leher dia, dada and belakang. Klinik bagi calamine lotion, bila sapu nampak ok. Tu yang kemain putih kat leher. Kesian anak ibu duk garu-garu gatal.






 Till then.







THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, June 9, 2014

mix feeling

Almost 1 week Naurah stay dengan ayah dia kat rumah, petang semalam ayah dia dah berangkat pergi kerja. Sebelum ayah dia berangkat tu, tengah bersiap-siap, dia ikut je ke mana ayah dia pergi, ayah dia bersiap dalam bilik pun dia ikut, pergi dapur dia ikut. Macam tau-tau je ayah dia nak keluar. Dah angkat beg letak kat ruang tamu, kemain dia mintak ayahnya dukung. So, nak taknak kenalah bawak dia naik kereta pusing taman sekejap. Dah siap tu, barulah nak kat ibu then salam ayah.

Yang sedihnya bila ayah dia dah pergi, dia masuk bilik macam cari ayah. Aik, dah lupa ke tadi dia bye-bye, tak sampai setengah jam kot. Dah pandai cakap, "mana ayah?" Its make me wanna cry a lot. Sedih gila kot. :'(

Malam tadi dia tidur, kejap-kejap bangun panjat aku. Biasa kat sebelah ada ayah, dia macam tercari-cari gitu, pandang kiri kanan. Alahai anak ibu, sedihnya. Now teringat kat dia, rasa cepatlah masa berlalu. Tak sabar nak balik peluk cium. Pagi tadi memang nangis hantar ke rumah BS. 

Tiba-tiba jadi sedih bila ingat balik. Padahal nak cerita aktiviti weekend je kot. sigh.

Memandangkan tiap hari Naurah dah keluar pi main kat playground and indoor game dengan ayah dia sepanjang ibu bekerja, so weekend tu banyak stay kat rumah. Waktu petang je bawak pi main kat pantai. Well, mana lagilah yang boleh pergi kat kat sinikan, selain dari pantai. Tapi takpe, memang kami suka pantai pun. tehee

Naurah ni pantang nampak air. Aktiviti paling dia suka. Asyik pergi Teluk Chempedak je kan, kali ni kami bawak dia pergi Pantai Sepat. Dia punya excited nampak air tu, sebab ombak tak kuat sangat, dia berlari macam apa tau. Pastu aku pulak lupa nak bawak swimsuit dia, so mainanlah air dan pasir dengan dress. hahaa Kesian pulak.

 Here, a few picture.















 Bila tengok gambar-gambar Naurah ni, tiba-tiba rasa sedih pulak. Macam mana la kalau petang nanti dia tanya mana ayah lagi. Semalam, hubs tak pakai pun perfume dalam rumah sebab aku pernah cerita masa dia balik 2 minggu lepas, Naurah masuk bilik dan terbau perfume ayahnya, then Naurah cari-cari ayah kat luar. Dia ingat ayah ada. See, anak kecik pun dah pandai cam bau perfume ayah. Then biasanya hubs ni, kalau bersiap petang ahad nak pergi dah tu, dia akan letak baju kat bakul dalam bilik. Nanti bila Naurah masuk bilik ternampak baju ayah dia dalam bakul mesti dia ambik baju tu, dia cium pastu dia peluk, dia datang tunjuk kat aku, "baju ayah, anginyaaa (wanginyaaa)".

Aku cerita kat husband last two week, sedihnya lahai ayah dia. So this week dia sanggup sembur perfume dalam kereta, then baju tu dia terus letak dalam bakul sebelah washing machine. Punyalah taknak bagi anak cari dia. Sedih gila rasa. 

Last week semangatnya balik kerja nak masak untuk husband. Hari ni rasa macam lemau je. Otak dah fikir balik karang nak buat ape. Err, macam tak biasa pulakkan duk berdua dengan Naurah. Saje jelah cakap betapa sedihnya kan tapi balik karang sure aku layan drama korea lagi haa. HAHAHA Cuma bila hubs ada jangan harap lagi waktu maghrib tu nak layan cerita korea. kofkof

Sigh.

Sedih ni. Asyik mengeluh je dari pagi tadi. 

Err bukan tak suka hari isnin tapi nak mula semula hari tanpa husband tu macam susah la pulak. Husband cuti seminggu tu dah dikira lama gila kot. Tu lain macam je rasa. 

Bertabahlah hati. Demi anak. 


:'(



Till then.

Sad mom.







THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, June 3, 2014

Rainy day and rambling here

Wah, tajuk nak BI aje tapi point BM kan? haha Sebenarnya tajuk dalam BI ni bunyi best je kan. Kalaulah aku pandai buat ayat dalam BI macam lisa (yes, u lisa! sebab tu i suka baca blog u, english u mudah difahami and your writing funny and sexy too. AHAHA) kan best. Hahaha mengarut kan? Practise hana~~

Start awal pagi tadi cuaca kat sini hujan, mendung serta diikuti kilat dan guruh. Nak bangun pagi tadi punyalah malasnyaaaaa. Rasa nak cuti je rini but since banyak lagi kerja tak settle, cannot. Pagi tadi ada kilat kot, takutnya lahai nak pergi dapur. Sebab cermin dapur macam transparent gitu, so boleh nampak la kilauan kilat diiukuti dengan guruh. Sedap aje tengok dua beranak golek-golek tidur.

Owh, ya, my hubster lobster, flower boy was coming home last night. Will off from work till sunday. Weeeeeeeee~~~~ So, hari ni till friday, tinggallah Naurah dengan ayah dia. Memang tak hantar ke BS sebab ayah dia tak bagi, nak jaga and main-main dengan anak. Before this pernah je ayah dia cuti hari aku kerja and jaga Naurah. Memang boleh diharap. Kalau dia balik pun memang kerja-kerja menjaga Naurah dia akan take over. Daripada mandikan, basuhkkan poo poo, tukar pampers, bagi makan, semualah dia take over. Bagi dia peluang la kan merasa sume tu then Naurah pun bolehlah manja-manja dengan ayah dia.

Well, since this morning hujankan till now, aku macam perasan je kalau hubs cuti lama about one week macam tu, mesti time tu musim hujan. Like banjir besar kat Pahang baru-baru ni, pun hubs ada jugak, cuti lama. This time pun sama tapi harap tak banjirlah, cuma hujan je taknak bagi membahang sangat kan di siang hari. wah, tiba-tiba kepulangan husbter macam membawa rahmat gitewww.. kahkah *lol*


Seriuosly, aku rasa cukup penat dengan kerja office. Actually, kerja tak complicated pun tapi nak berurusan dengan orang yang macam-macam ragam tu rasa macam *makemesick* . Aku macam fikir, kenapa la jawatan pegawai dapat kat orang yang macam tak layak jadi pegawai, kenapalah suka bagi alasan bila suruh buat kerja, padahal setiap orang ada joblist kerja masing-masing kot kena buat. Kalau taknak buat kerja, berhenti jelah kan. Masih ramai lagi yang nakkan kerja tu. And, in my head, there is a lot more question, why? why? why? Its make me stress to the max! tak sabar tunggu bos masuk, she definitely, know how to deal with all those people.


 My booster.

Minah kerinting suka pisang yang amat and anggur her 2nd fav fruit, kiwi be no.3. Rambut tu kalau lepas mandi susah sangat nak bagi ibu sikat,.Nak ikat apatah lagi. So, keluar rumah dengan tak sabar-sabar, sepit jelah rambut nampak lah senonoh sikit. T_T




Till then.
Bored here.






THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, June 2, 2014

Love at first sight : Frozen

Hari sabtu baru ni, aku tengah layan ulangan Doctor Stranger, then tiba-tiba Naurah tertekan remote keluar iklan lagu tema cerita Frozen, Let it go. Dia tengah main basikal masa tu. Dia cakap, "bu, kakakkkkk. Antiknyaaaaa (cantiknya)" Then dia terus kayuh basikal laju-laju dengan menggunakan kaki (T_T) meluru depan tv. Siap nyanyi lagu let it go. Tapi bunyinya "leeegooooo... legoooooo" BAHAH! Sampailah habis lagu tu.

I tertanya-tanya, inikah cerita pertama yang akan dia layan? Because sebelum ni, this minah kerinting mana layan kartun, baik upin ipin, boiboiboy, apa lagii hah kartun. Dia suka tengok iklan je. Iklan terbaru, yang kucing hilang, sedih aje panggil comelllll, then mak dia masak sup ayam guna kiub knorr tu (knorrr ke meggi?). Apa kaitan entah. Dia pun sibuk panggil dengan suara sedih "comelllllllllll". Pastu dia buat drama tambahan, sibuk-sibuk cari kucing dalam kotak mainan, bila jumpa kucing mainan tu, dia pun cakap "ni, comellllll". HAHAHA Yelah, jap lagi mak ko g buat sup ayam. lol

Panjang pengenalankan. 

So, hari Sabtu petang tu, aku pun tergerak hati langgan cerita Frozen kat Astro Best. RM10 je. Sementara Frozen nak main, dia naik basikal pusing-pusing ruang tamu. Bila dah start, dia duk perhati dari jauh atas basikal lagi. Keluar je lagi You Want To Build A Snowman, cepat-cepat turun dari basikal, menapak depan tv sampailah raja pergi belayar. Lepas tu, pandang aku sengih-sengih. hahhaa

 Sungguh ibu tak faham apa maksud senyuman dia tu. 

Now you know, cerita kartun best eh Naurah? 

So far, sepanjang Frozen main, dia takdelah statik depan tv, dia ada main benda lain jugak tapi takde nak pergi main merata dalam bilik ke. Dia main pun depan tv. Bunyi je lagu Olaf nyanyi untuk summer tu, dia bangun semula tercegat depan tv. Pendek kata kalau ada muzik and lagu dia tertarik sikit. 

1 to 10, bagi aku cite Frozen tu Naurah layan about 7/10. Ada part dialog je dia tak pandang. Almost dalam cerita tu bunyi muzik, so dia akan tengok kat la. Tak sia-sia ibu langgang nak oi. Langgannya sampai hari ni je. 

So, hari ni, aku download je lagu dari Youtube, lagu Elsa nyanyi, Let it go, then You Want Build A snowman, then lagu Olaf nyanyi, Summer, satu lagi lagu Princess Anna dengan Kristoff ala-ala wedding dengan Troll tu, ape entah tajuknya.

Pheww.

Cerita lain.

Then semalam, aku rasa rimas nau tengok rambut dia panjang mencucuk masuk mata. So aku potong sikit bahagian depan. Pandai pulak dia tunduk duduk diam bila aku cakap nak potong rambut. Agaknya dia pun bersyukur, mak dia faham akhirnya, dia rimas dengan rambut panjang kat depan tu. Maafkan mak, nak. Mak ingat rambut simpan panjang itu "hot". Maklumlah rambut belakang u kan curl, so kat depan kena la straight kasi panjang, baru cun kan?  T_T

Macam pendek sangatkan aku gunting? hahaa

Macam biasa, buku ape ibu pegang, sure dia akan rebut. Gaya membaca tu, alahai macam nak masuk dalam buku. T_T



Malam tadi, pergi makan-makan kat rumah jiran. Not sure dia buat makan-makan sempena apa. boleh gitu? hahaha Kemain seronok la anak dara ni dapat keluar malam. Ramai abang-abang dan kakak. Actually, aku ni bukanlah jenis peramah nau dengan jiran tetangga. Memang jenis aku, balik kerja, berkurung dalam rumah. Mengantuk satu, lapar satu hal, nak tengok cerita korea yang ulangan tak sempat tengok malam tadi pun ye jugak. Haaa, banyak sangat alasannya kan. haha

So, untung la ada BS, yang rajin bawak Naurah jalan-jalan pusing taman. Secara tak langsung kalau aku pergi kedai dengan Naurah, orang pun kenal aku. kahkah

Antaranya laaa..

"Owh, ni ke mak Naurah?" - seorang kakak ni tegur, jumpa kat kedai

"akak duk lorong berapa" - dah rasa malu tak kenal kan.

*******

"Naurah! Naurah!" - ada budak tu jerit-jerit lari ke arah naurah.

Dalam hati aku, dah sape pulak ni.

"Acik mana?" - mak budak tu, tanya kat naurah BS mana. 

Kesian gila, aku ni anti sosial betul. ada berapa kerat nama je aku kenal kat taman tu.

******

"Naurah beli ape ni?" - kakak kat taman. pun aku tak kenal.

"beli pampers, acik" - aku tolong jawab bagi pihak Naurah. T_T

Dah, takkan aku nak cakap beli telur, bawang kan. Dia tanya Naurah. Bukan tanya mak naurah. Agaknya mak Naurah pun baru dia tengok macam mana rupanya. T_T

*********

Lagi parah, keluar je dari kereta, naurah dah menggeletis nak berlari ke arah seorang budak ni, nasib baik aku pegang tangan dia. Rupanya dia kenal budak tu. Budak tu pandang dia, terus berlari pegang Naurah.

Mak budak tu datang tegur aku.

"esok, datang main basikal dengan abang lagi eh" - kata kakak tu

Rupanya-rupanya budak kat lorong rumah aku, petang-petang dia main basikal dengan Naurah. 

T_T 

Sekian laporan,
mak anti sosial.









Till then.








THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...