Thursday, May 29, 2014

awkward moment

28 Mei 2014, naurah genap 1 tahun 10 bulan. Aku ada upload kat IG gambar masa bawak dia jalan-jalan kat Zoo weekend baru ni dengan caption:


Reach 1 year 10mo today. 1 month to go will turns to 2y. How time flies so fast. Still health and cute baby!

Tapi bila intan tanya sebulan ke 2 bulan lagi? Krikkkk krikkkkk

Kalau birthday Naurah nanti jatuh pada 28 Julai 2014, mean ada lagi 2 bulan eh? Sebab aku hanya kira bulan Jun, tak kira julai, tu confident aku cakap lagi sebulan je. T_T Maafkan saya. Saya memang ada sindrom matematik sejak bangku sekolah lagi. tsk.

Satu lagi nak cakap Stay health and cute baby. Tapi macam mana ter"eja still. Jauh bezanya. Maafkan saya. T_T


Memasuki usia lagi sedikit ke 2 tahun ni, makin hari makin "cerdik". Bukan sahaja perlakuan, tapi petahnya berkata-kata. Orang cakap time ni best nak layan borak. Kalau aku tanya soalan panjang sikit, mesti dia buat muka blur nak menjawab. Last-last dia ada 2 pilihan nak jawab. Sama ada angguk atau geleng kepala. Aku pulak ketawakan dia. Geli hati sangat rasanya dapat kenakan anak sendiri. Sudahnya dia ikut aku ketawa. Agaknya dia pun lucu tengok maknya gelak sakan. Macam tulah tiap hari rutin aku.

Sebelum cerita jauh, sedikit dulu gambar Nur Naurah Rayyani.















Baru-baru ni, Naurah sudah tambah kosa kata baru dalam kamus bahasa dia. 1st time aku dengar ni. Lebih indah, her new word ni aku dengan husband dapat dengar sama-sama. Kami betul-betul tercenggang bercampur gembira. 

Kisahnya...


Till now aku rasa hidung aku kembang kuncup je kalau ingat detik dalam kereta masa nak pergi dinner birthday aku. Feeling proud pun ada as her mum. Im feeling blessed ok.

Masa keluar nak pergi dinner, kita orang sengaja keluar pukul 7 macam tu supaya cepat sampai kat restoran, takut ramai orang. So memang plan solat kat masjid. So dalam 7.15 macam tu masa bunyi azan, kami masih dalam kereta, bajet nak stop kat masjid kat bandar, suddenly:

bunyi azan mendayuuu

"hah, bang! (azan)" - naurah, sambil buat muka terkejut.

"ape naurah? abang?" - ayah tengah drive

"smayang,ayah (sembahyang, ayah)" - Naurah

krikk krikkk krikkk

What?  

bang tu azan. Maklum BS orang Kelantan. 


Kami macam terlopong. Aku nak nangis rasa bila anak cakap macam tu. I feel like.......... Anak ibuuuuuuuuuuuu, hug and kiss her.

Terus ayah dia berhenti kat masjid permatang badak. kahkah terkesan di hati bila anak dah pandai suruh sembahyang bagai. Patutnya nak solat kat masjid bandar, macam jauh lagi nak sampai, terus syahdu semacam.

 Lepas pada tu, nampak je bumbung masjid bercahaya pada waktu malam, dia terus cakap "masjid, aji (mengaji)" sambil tangan tunjuk-tunjuk ke arah masjid.


Aku syak sebab dia selalu ikut BS pergi mengaji kat masjid.  Kalau naik kereta tu, lintasi je masjid tempat BS dia mengaji mesti dia akan cakap, "masjid, acik aji. (acik mengaji)"


Terima kasih BS, ajar Naurah perkara elok-elok. T_T Maknya jahil. Biasa kat rumah nak dengar azan susah sikit, sebab kalo ingat baru aku bukak Indahnya Iman (Astro Oasis) waktu maghrib tu, kalau tak aku letak channel Baby TV (bukan ape, senang aku nak pergi mandi kejap while dia tengok tv). Kat rumah BS memang hari-hari dia dengar azan zohor atau asar, BS suka pasang radio IKIM. Terima kasih la atas jasa beliau. T_T

Terharu lagi ni. Sebab tu sejak dari petang semalam, ibu bukak Astro Oasis je. Nak pulak, sepanjang masa ada alunan ayat-ayat Al-quran. Kemain dia suka, siap tadah tangan bagai. Dengan Aamina sekali, dia tolong tadahkan tangan. T_T Maafkan ibu sebab asyik layan Cheongdam-Dong Alice (walaupun cite tu pernah main, ulangan je pun). Khilafnya ibu. T_T


Sebak ni. 


Rasa nak nangis.



Rasanya minggu ni minggu beremosi je.




Nak period ke?





Kby!





THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, May 26, 2014

Birthday celebration at The Ritz Grill

As his promise, hubs bawak makan untuk celebrate birthday yang dah lewat 2 hari. Haha Tapi tempat harus aku pilih sebab bosan dia ajak makan-makan kat Crocodile Rock lagi. Bahah! Mentang-mentang bini suka sangat sirloin steak kan, tiap kali nak sambut anniversary ke, birthday dia ke, birthday aku ke, memanjang ajak makan kat sana. 

Macamkan takde tempat lain dah kat Kuantan ni. Tahun lepas start dari birthday aku bulan Mei, Anniversary bulan 9, birthday dia bulan November, owh lupa birthday Mama Naurah pun celebrate kat Crocodile Rock. T_T Makan sirloin steak tak habis-habis. sigh.

So, dah dia janji nak balik last week, maka aku cari tempat best-best untuk makan kat Kuantan ni. Koi bukan orang Pahang, so koi kena tanya orang-orang Pahang. Collague cadangkan tempat ni. TQVM. Kehkeh 

Nak cari The Ritz Grill ni sangat mudah, bersebelahan dengan Season View Hotel je. Kalau pergi malam-malam, nanti nampak kedai yang ada lampu banyak tergantung kat luar tu, betul lah tu restorannya.

Here we go, The Ritz Grill. Nothing fancy, just simple dinner with beloved family. Tempat cosy, nice, romantik gitu. Just nice for us yang ada anak.



Since aku penggemar lamb, so haruslah cuba lamb. Sirloin, rib eye steak pun ada (may fav), memang murah dari Crocodile Rock tapi semalam rasa nak cuba shoulder lamb, macam best je.  Sebab ada baca review dari others blogger. hahaha

Let see the picture yang aku sempat snap :




Rit'z Creamy Mushroom Soup. Must try this. Mushroom soup paling sedap aku makan setakat ni. RM 7.50. This one also recommended by cheff katanya.
Watermelon juice for both of us.


Special Ritz's Fried Rice. Untuk Naurah. RM9.50. Not bad.
Mine. Lamb Chop (Lamb Shoulder). RM24.50. Big portion, 4 piece of lamb, mashed potato and buttered vegetables.

Mine was sooo nice. I love em. Ada 4 ketul lamb tu. Big portion k. Sampai aku tak habis makan. Hubs memang tak makan kambing, so takde siapa yang nak habiskan. That lamb chop was so good, dia marinated then di grill. But ada some part macam liat sikit makan. ke memang bahagian shoulder ni ada liat. Then tak bau kambing sangat pun. eh, best la. Kalau tak cicah dengan black pepper sauce pun dah kira sedap di makan.


Ritz's Chicken Grill. Since hubs tak nak yang crispy, celup tepung what ever, so dia pilih grill. Pun sedap katanya. Aku takde keinginan nak mencubanya, so tak tau rasanya macam mana yang sebetulnya.
Mine tak habis. Hubster punya tak payah tunjuk la, bagi la 3 keping ayam pun dia akan makan habis punya. Tu pun dia bebel membazir tak habis. sigh.

Tu je kami makan. Actually aku nak sangat makan FRENCH BLUBERRY CREME BRULEE sebab baca review semua cakap sedap tapi malangnya, semua desserts habis dah malam tu. Aku syak sebab weekend kan, maybe waktu siang ramai orang kot. Kecewa gila. Kecewaaaaaaaaaaa Must go next time. Ah, next week hubs balik nak pergi lagi. Makan dessert pun jadilah. Creme brulee is my fav. Sob2.

Tu jelah dinner for my birthday. Hadiahnya, aku macam bagi hint la nak pandora (kahkah), tak agak-agak mintak pandora k tapi hubs macam tak kenal ape benda alah tu, dia cakap manik benda tu. kuang ajo. hahaa pastu aku bagitau rege pandora seketul tu yang dia cakap manik tuuuu, terus cakap baik beli gelang emas, balik kg nanti cari emas kat kelantan. katanya. Bertabahlah hati! Kang dia bagi gelang emas, ada aku jual semula beli pandora. KAHKAH

Owh, aku sempat ambik gambar menu kat The Ritz Grill. Bolehlah untuk rujukan siapa-siapa nak makan kat sana. Highly recommended. Dengan harga yang berbaloi, makanan pun best, tempat pun best. Very cheap than Crocodile Rock, cuma kat Crocodile Rock tu ada macam-macam jenis lagi makanan like their pizza, nothing cant beat. Yummeh!






















Last but not least, 


Birthday girl dengan anak yang taknak beri kerjasama. sigh




Till then.


TATA.








THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, May 23, 2014

28th Birthday

Today is my birthday. 28th already. 

Jujurnya, untuk birthday aku setiap tahun, aku nak sangat tau ape rasanya dapat suprive sejambak bunga orang hantar kat opis beserta hadiah dan sebiji kek from beloved husband. Tapi, wake up hana. Kalau benda tu berlaku tu bukanlah dari suami mu. Hahah Suami aku yang jenis tak pandai nak buat benda romantik, nak plan suprise, hanya tau bagi ayat puitis sahaja. Well that is enough. Takde benda lain aku mintak dari dia melainkan hanya jaga hati dan perasaan aku sahaja. He did a good job. Till now the same feeling i can feel bila nak berjumpa dengan dia. The excited, shy, lovey-dovey feeling its make me  overwhelming feeling. hahaha

Nothing much to do on my birthday today since me and hubs still LDR so nak celebrate today pun tak dapat. He said tunggu this weekend. It is okay for me. Then dengan Naurah je, apa boleh buat. Budak ni bantai tidur pukul 8.30 malam tadi. Ibu cakap, esok befday ibu then dia just anggukkan kepala je. HAHA

Pagi ni before hantar ke rumah BS, again aku cakap, birthday ibu hari ni, tak nak wish ke? Dia angguk jugak. Bahah! Maknya saiko sangat kan. Dia pun tak faham ape.

Sebab Naurah tidur awal malam tadi, so aku pun bantai tidur awal jugak. Maka pukul 12 tengah malam, ada 5 misscall, whatsapp and sms from hubby and family. Benda wajib dia orang buat every year. Be the first one who wish for me. Tq a lot.

So today sempena birthday, aku reward diri sendiri dengan breakfast yang sihat. (sangat!) lepas tu, after kawan nak g tapau breakfast, aku pun kecoh ikut sama. Cannot tahan tengok lauk pauk best, maka telah mentedarah nasi. HAHAHA Poorah.

Erm.. sempena birthday ke 28 ni, aku rasa aku masih muda lagi (kan?) tapi dah ada anak, so aku isytiharkan diri aku as "hot mother" (kahkahkah) dengan ini merasa bangga dengan diri sendiri sudah bergelar ibu dan mampu survive hidup berdua dengan anak sementara suami mencari rezeki. *clap-clap* 

Harap di umur ke 28 tahun ini:

- terus dipanjangkan umur oleh Allah supaya aku terus dapat menjaga Naurah dan adik-adiknya. hehehe

- semoga hubungan kami (me n hubs) kekal bahagia selama-lamanya dan bahagia sehingga akhir hayat. 

- semoga aku bertambah kuat dan tabah handle Naurah sorang-sorang

- Semoga sentiasa dilimpahi dengan rezeki baik dari segi wang ringgit, kesihatan dan sebagainya.

- Semoga badan aku bertambah slim walaupun susahnya nak diet bagai.BAHAH

- semoga aku lebih berbakti untuk keluargaku especially ibu yang melahirkan aku.

- dan last but not least, berjaya dalam apa jua yang aku buat.


List ucapan untuk diri sendiri. haha 


 Here, my breakfast birthday. 


Fruit Yogurt
An easy step:

- bottom put yogurt in jar (sebab nak nampak cantik walaupun nampak macam tak cantik. Got it? HAHA)

- layer with corn flakes. Aku beli fitness corn flakes yang ada dried fruit.

- last layer with fruit. any fruit you like. But for me it will be nice kalau pilih buah yang manis. Kontra dengan rasa yogurt yang masam tu. 

- Then repeat the step over and over again depends on your taste.


Senang kan? selamat mencuba


Till then.





Love,

Gemini Girl. :-)






THANK YOU FOR READING THIS!

Thursday, May 22, 2014

Budak-budak

Balik kerja semalam BS cerita Naurah kena gigit kat anak sepupu dia. Budak tu lelaki. Umur dalam 2 tahun lebih. Besar sikit daripada Naurah je. Kata BS Naurah ambik mainan kereta budak lelaki tu, lepas budak lelaki tu gigit dia, for sure la Naurah akan nangis. Tambah-tambah sekarangkan musim manja sangat-sangat. And sakit pun ye kan. Masa kejadian tu, BS dengan borak dengan cousin dia. Sebaik dengar je Naurah nangis, tengok kepala budak tu kat bahu Naurah, mak budak tu terus marah anak dia and kena cepuk sekali. Mesti la budak tu melalakkan. Naurah terus stop nangis bila budak tu melalak dengan kuat tiba-tiba. Mesti dia terkejut. haha 

Naurah memang macam tu, nangisnya kejap je, tambah-tambah kalau dilayan tanya sakit mana, ambik minyak sapu. Lepas tu BS cakap elok pulak mainanya lepas masing-masing nangis. Hahaa Budak-budak memang macam tu kan, kelakar je. 

So, aku tak ambik port sangatlah. Just dengar cerita je. Ikutkan Naurah pun boleh tahan suka buli rakan-rakan sebaya dia ni. Tambah-tambah kawan dia, nama Piya tu. Kalau Piya datang rumah, main mainan dia, ya Allah punyalah dia susah taknak share mainan tu. Biasa budak tu akan berkeras nak main jugak mainan dia, mula-mula mereka akan tarik-tarik mainan tu, kalau episod tarik menarik lama sangat, sama ada Naurah atau kawan dia tu akan naik tangan dulu pi ketuk kepala atau pi gigit tangan. As parent, kena leraikan mereka dan pesan main sama-sama. Budak-budak kan? Aku just tinggikan suara jelah, takde lagi sampai naik tangan. Harap dia faham.

Tapi malam tadi, masa dia menyusu nak tidur, tangan kiri pegang botol susu, tangan kanan pegang bahu. Maknya layan tengok cerita Korea. Sambil-sambil tu bobok la bontot dia.

Tiba-tiba
"amik, minyak" - Naurah. Sebutan minyak tu sangatlah jelas sebab malam-malam benda wajib buat sapu minyak kat perut. Satu lagi "madu dan ubat" pun benda wajib sebut malam-malam. Sebelum tidur, makan madu dulu. Lepas mandi sapu ubat (actually krim) kat kaki sebab kaki kering.

"hah, nak buat ape minyak?" - ibu

"apu ini, akit. amik minyak" - Naurah. (sapu sini, sakit.) Sambil pegang bahu

"sakit ke? meh ibu tengok" - ibu. selak lengan baju, tengok ada 2 kesan gigit, biru lebam. Kat lengan satu, kat bahu satu.

Then aku ambik minyak, sapu tempat lebam tu. Sedih pulak. Biasalah mak-mak kalau anak sakitkan, plus kena buat dek orang lain. Kalau dia jatuh sendiri tu lain cerita. Tapi malas la nak WhatsApp BS bagai malam-malam. Just bagitau ayah dia je. Tapi memang silap besarlah mengadu kat ayah dia kalau melibatkan hal anak ni. Siap suruh bagitau BS lagi lain kali kalau anak sepupu dia datang, jangan bagi Naurah main bla bla bla. T_T Ayahnyaaaaaa biasalaaaaa. Ibu malas ambik port sangat. hehe

Perihal budak-budak ni kan, bila difikir balik, benda ni antara punca aku  berat hati nak masukkan Naurah ke taska tahun depan. Bukan sebab BS dah taknak jaga tapi opis akan pindah ke Pekan. Memang sangat jauh dari rumah then jarak antara rumah aku ke rumah BS tu pun jauh, kena u-turn bagai. Agaknya kalau nak hantar kat BS, pukul 6.40 ke macam tu kena keluar dari rumah dah. Mean kena bangun awal ye. Sekarang kalau bangun pukul 6.30 pun sempat lagi nak pergi kerja kul 7.30.

Aku bukan berat hati kenapa, sama ada budak buli Naurah atau Naurah yang buli budak. Risau je aku. Rasanya umur 2 tahun lebih pun sangat budak-budak lagi, kalau marah beriya pun bukan dia fahamkan. Kalau budak buli dia gigit-gigit yang tak memudaratkan biasalahkan budak-budak, jangan sampai dia asyik nangis taknak g school tu yang tak best. Lagi satu, jangan pulak dia yang buli budak, aku takut cikgu cepuk dia nanti. hahaha Tak pun nanti dia takde kawan. haih, macam-macam aku fikir ni. Risau je aku ni fikirkan keadaan ini. Normal kot kan mak-mak fikir macam tu.

Entahlah, tengoklah nanti macam mana. Ikut plan asal nak hantar dia masuk school umur 4 tahun. Tapi keadaan bakal berubah next year. Will see. Harap temui jalan terbaik.

Pagi ni, Naurah bangun pukul 6 pagi sebab dia poo poo. So bukak baju, bukak seluar, tengok kesan gigit kat tangan dah merah. Bila aku tanya kena tangan tu, dia jawab kakak buat. hahaha Satu lagi Naurah ni, walaupun abang ke kakak ke, semuanya dia bahan kakak.

"Bukan kakak, abang. abang buat eh?" - ibu

"abang uat. akit" - naurah

"Ye ke sakit? ye keeeeee" - ibu. This question "ye kee" with intonasi yang soft je boleh tau sama ada dia saje-saje cakap sakit atau betul-betul sakit. 

"hehehehe" - naurah. Seee, dia gelak. So ibu tau lah dia saje je, bukan sakit betul. Bukan macam malam tadi bila ibu tanya "ye keeeee" sikit pun dia tak gelak. muka dia serius, mean betul-betul sakit. 

"Kenapa abang gigit" - ibu

"Abang gigit" - Naurah

"Naurah ambik kereta abang eh?" - ibu

"amik ete (kereta)" - naurah

"Ibu cakap ape? Kalau nak ambik mainan kawan, kena mintak kan. Naurah kena cakap nak pinjam, boleh?" - ibu

"nak injam, oleh?" - naurah

"Ha ah, cakap nak pinjam, boleh? Main sama-sama ye abang" - ibu

"main ame-ame,abang" - Naurah

"Pandai. Cakap macam tu eh" - ibu

"eyak, ucuk" - Naurah. (berak, busuk.) sambil tutup hidung


HAHAHAHA

Ibu lupa nak basuh berak dia. Sibuk ambik gambar kesan gigit tu.


Here few photo taken this morning.

Kat lengan.

Kat bahu.




Budak-budak kan? Cute but "dangerous". HAHA




Till then.







THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, May 21, 2014

Her wedding

Feeling a lit bit bored right now so aku godek-godek album dalam PC ni. Best tengok semula gambar-gambar terutama gambar si kerinting tu. Tiba-tiba teringit belum upload lagi gambar wedding mama Naurah (a.k.a ex-housemate aku) yang melangsungkan perkahwinan last month. Sorry beb, lupa tarikh dan malas nak rujuk kat fb. hahaha pemalas gila kan?

Hurm, sebetulnya masa dia bagitau aku beberapa minggu awal before kahwin, aku terkejut gila. Perasaan sedih lebih banyak dari gembira. Teruk nau nak imbas balik ni. Sedih bukan apa, rasa macam kenapa sorokkan urusan kahwin dari aku, lagi nak sebulan kot baru bagitau. So kita ni bukan BBF lagi eh? haaaa terukkan aku? kahkah siap nangis, wassap husband cakap aku taknak g kenduri kahwin dia. aku sedih. kahkahkah bodoh rasa.

Sebetulnya, mama Naurah ni memang jenis perahsia sikit orangnya, baru betul date tarikh kahwin baru dia betul-betul bagitau aku. Tu pun lepas dia dah dating dengan her future husband, dah orang datang merisik bagai, esoknya baru cerita kat aku. Ingat-ingat balik, dia memang pelik plus perahsia sikit orangnya. kahkahkah mesti mu tengah baca ni kan? Ketahuilah ni perasaan aku masa tau mu nak kahwin. Tapi lepas mu bagitau aku adalah antara orang terawal yang tau after Kak yong, aku terus happy semula. yeay! terasa diri ini dihargai. KAHKAH

Pastu rasa sedih jugak sebab macam ada someone rampas dia dari aku. HAHAHA double bodoh. T_T But at the same time, aku rasa gembira jugak. Akhirnyaaaaaaaa, finallyyyyyyyyyyyy dia jumpa dengan satu-satunya lelaki yang layak dan berjaya menawan hati dia. Thumbs up kat husband dia sebab bukan calang-calang lelaki ok yang boleh pikat hati kawan aku ni. Only the best man will win. ;-) Good job, bro! hahaa


So, alang-alang g kenduri kahwin mama Naurah, aku ambik cuti 2 hari lepas tu terus pulang ke kampung. Husband tak dapat cuti, maka BS and her husband yang ikut aku. 

A few picture masa wedding dia.

gila gemuk aku. HAHA Yang baju biru tu ex-housemate jugak. Kami bertiga duk satu rumah dulu. Cuma dengan Mama Naurah ni, aku stay paling lama. Kami start lapor diri kerja pada hari yang sama then dari situ berjanji kalau jumpa rumah sewa contact each other, sampailah aku kahwin keluar dari rumah tu, then tinggal mereka berdua. So silih berganti lepas baju biru tu pun kahwin.



Yours truly and dotter hiksss

Ni baju sandingnya. Cantik2 okay baju pengantin hari tu, dari baju akad nikah sampailah ke baju ke rumah mertua cantik2, plus harga aku rasa macam murah je. memang berbaloi. Takde pulak gambar full dress dia. hehe


Taraaaaaaa inilah suami kawan aku. The best man yang berjaya mencuri hatinya. Kawan aku cantik, suami dia hensem so bagai pinang dibelah dua. (tapi suami aku lagi hensem laaaa HAHAHA ------> ambik la puji suami sendiri. ambikkkkk ambikkkkkkkkkk KAHKAH)

Lupa nak snap picture lauk pauk masa tu. Gila banyak makanan ok, pastu sedap-sedap belaka pulak tu. Lauk kampung always the best. Like gulai kawah (owh, menjejeh air liur aku, sedap sangat), ayam golek (ni aku ratah2 je sedap ok dengan sosnya), ulam-ulaman, eh banyaklah nak senarai.

Tak banyak pun gambar aku snap. Lepas perut kenyang, ambik gambar sekeping dua, bergegas balik kampung. Dalam 2 jam dah sampai kampung.



So, here my wish for u, nabila.


Selamat pengantin baru.
 Semoga bahagia till jannah. 
Aku doakan yang terbaik untuk mu. 
Segala pesanan aku tentang perihal rumahtangga etc semua please baca balik kat PM and WhatsApp. HAHA 
Last sekali, nak ulang balik, still remember pesanan aku, 
Siapa orang paling malang atas dunia ni?
Orang paling malang sekali adalah orang yang jatuh tersungkur tetapi tiada siapa yang hulurkan tangan untuk bantunya bangkit semula. 
Percaya dan yakin, orang yang kita pilih sebagai pasangan inilah yang akan hulurkan tangan nanti tatkala kita jatuh tersungkur. Pasangan inilah akan papah kita bangun dan pimpin tangan kita melangkah semula tatkala satu dunia hanya mampu memandang dengan kebencian. Pasangan yang kita pilihlah yang akan terus genggam erat tangan kita dengan perasaan penuh sayang dan akan bangkitkan semula semangat kita. Sebab itu, syurga isteri di bawah tapak kaki suami. He is everything from now on.
I will pray the best for u. I know u can do it.
Wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik.
Insya Allah.




Oouchhh, touching pulak tengah menaip ni.

HAHAHA

Bukti kawan aku ni tak kena rampas oleh someone yang macam statement aku kat atas tu (HAHAHA sangat benggong masa tu), weekend yang lepas, dia ajak aku teman dia attend wedding kawan dia then kami spent time together-minum-air kelapa-sambil-menikmati-karipap-besar-dan-pisang-goreng-panas-walaupun-perut-dah-kenyang-mentedarah-nasi-minyak-kat-kenduri-tapi-takpe-hati-bahagia-spent-time-together-lepas-tu-baru-rasa-menyesal-diri-semakin- gemuk-tapi-sukar-nak-control-makan-macamkan-bela-hantu-raya-dalam- badan. LOL

Tapi budak yang paling enjoy dapat keluar masa tu adalah si kerinting ni. Pantang nampak taman, nak kena singgah main. Kejap pun jadilah. So mama dia pun layankan aje. Thank you bring us along. T_T


















Till then.







THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, May 20, 2014

2 months to go

Semalam bawak Naurah check up untuk 1year 9 months. Lagi 2 bulan she will turn to 2 years old. Cepatnya masa berlalu. Perasaan aku? entah, biasa je kot. haha Cuma rasa seronok tu bila dah ada geng sembang kat rumah, suruh apa-apa pun faham.

"naurah tolong ambikkan ibu remote astro" - ibu-berat-bontot

"nah, memot ato (remote astro)" - anak-yang-rajin (^_^)

"naurah, tolong ambik telefon ibu kejap" - ibu-berat-bontot

"nah, apon (telefon)" - anak-yang-rajin

"naurah, ibu nak satu cekodok tu (sambil tunjuk atas meja makan, while maknya duk atas sofa)" -ibu-berat-bontot

"nah, dodok (cekodok)" - anak-yang-rajin


Alhamdulillah. Peneman ibu kat rumah.

Semalam pergi check up kat KK, alhamdulillah tukar tempat baru ni servisnya laju, nurse baik-baik, tak ramai orang. Aku kan check up Naurah kat klinik kerajaan so ikut jadual check up, walaupun tak ambik suntikan imunisasi tetap kena datang check up untuk lihat tumbesarannya.

Makin tinggi, cuma berat turun, dari 13kg masa umur (err lupa last check up haritu umur berapa) kepada 11.5kg. Sebabnya this 2 weeks naurah is having diarrhea. 1st week kena tu, siap muntah pukul 3 pagi. Aku rasa macam dia silap makan kot. Then berlarutan sampailah semalam. Risau je takut kena rotavirus ke ape sebab baca blog Pet share anaknya Hamza kena rotavirus tu. Tapi rasanya Naurah tak demam dan muntah pun 2 kali je. So aku steril semua botol susu, tukar susu, basuh bekas susu, end up still cirit birit. Nak kata cacing, ubat cacing dah bagi last few months ago. Then selera makan pun berkurang, kena paksa-paksa makan barulah makan 2,3 suap. Tapi susu acap kali mintak. 

Aku guna pampers murah je jenama Hey Baby, RM24 untuk 58 keping (sebab Naurah takde masalah alergik pampers, so boleh jimat di situ *angkat kening*), biasanya boleh tahan 1 minggu lebih tapi since dia cirit ni, seminggu kena sedia 2 pek. Nasib baik pampers murahkan. hehe

So, semalam jumpa doc, dia cakap maybe dia ada masukkan something kotor dalam mulut. Biasalah budak-budak suka kutipkan. Cuma nasib baik dia tak demam dan muntah tak berlarutan, mata tak cengkung dan aktif. Then doc kasi antibiotik untuk bunuh kuman yang sebab dia cirit dan air garam. Naurah susah sangat makan ubat, aku kena balut badan dia dengan kain tuala then pegang muka dia. Kesian tapi terpaksa. Nak psiko hampir setengah jam memujuk siap tawarkan lepas makan ubat boleh naik kereta (her fav now) tapi boo layan. So, i have no choice, anak!

Enough with that. 

Lama kot tak share peel Naurah yang semakin membesar ni. As i said earlier, dia dah cukup faham setiap arahan (yang simple-simple), dah faham orang marah. Dan, lately dia sangat-sangat menjadi seorang toddler yang "attention seekers". Like, 

1. Nak kena hadap dia main (padahal before this dia boleh main sorang-sorang while ibu sidai baju or masak. Kalau hadap dia main pun bukan dia nak main sama-sama dengan ibu. Ada ke dia duk borak-borak dengan Aamina so ibu kena perhatikan je)


2. Nak makan kena suap. (Rasanya sebelum ni aku ada share kot yang Naurah langsung taknak aku suap dia, sampaikan aku rasa sedih gila-gila. Like tidak diperlukan lagi. Hampir berminggu-minggu kot dia nak makan sendiri. Now, fasa nak makan sendiri dah habis. Tuhan dah makbulkan doa aku nampaknya. Dia mintak disuap seperti sebelum ini. Cuma cabaran sekarang, perlu disuap EXTRA layanan. Kalau nak buang something dalam mulut, ibu kena ambik kat lidah dia ok. Kalau mulut comot sikit, ada sebijik nasi, "oouch, oouch, acikkkk, ambik buu". Dah macam tak boleh nak buang sendiri. Siap pandai bagi arahan kat ibu, lap mulut. Sabor jelah T_T)


3. Kerap merenggek dari mengadu. (aku rasa benda ni aku kerap kot share kt IG, like dia jatuh then ada luka sikit pun tak nangis kan. Dia just approach aku then tunjuk ada luka kat mana, so aku kena tiup-tiup sikit, sapu ubat, settle. Now asal bebear, nama bear dia jatuh atas kaki sikit pun nak melalak ok. Like what? bear tu ringan kot. Plus sikit pun takde luka. Ya ampun. Kalau dia nak bukak seluar, tapi sangkut kat kaki, melalak macam sakit ok. Padahal sebelum ni pandai je duk tarik-tarik seluar dan bukak baju sendiri. So how??)


4. Nak tidur kena dilayan bak puteri sangat. (ni tak boleh blah. sebelum ni kalau bagi susu sebotol tu, dia akan minum sampai tertidur sendiri. Now, nak kena bobok bontot selama setengah jam, sebelah tangan lagi usap dahi slow-slow, kalau kuat-kuat sakit katanya T_T. Kalau ada tempat gatal, biasa kat lengan atau perut, kena garu-garu sampailah dia terlelap. Non-stop ok. Agak-agak kalau dia tido-tido ayam tu aku stop garu-garu, sure dia akan bukak mata pastu nangis-nangis. Geram je rasa. Pernah hampir sejam aku duduk hadap dia sambil duk usap-suap lengan dia. T_T)


5. mum was around so i can do anything i like. (Selalu macam ni kalau outing dengan BS. BS pun pelik sebab kalau dia orang keluar sama-sama, naurah sangat dengar kata BS. Contoh every Tuesday and Thursday BS akan pergi mengaji kat masjid, so Naurah very behave sampai makcik-makcik lain pujilah senang jaga budak macam ni. Tak macam budak-budak lain berlari-lari dalam masjid. Dia just sit sebelah BS then kalau tengah hari tak tidur, bila BS pergi mengaji around 2pm, BS siap-siap bawak bantal, susu, dia akan take nap dalam masjid. Kat klinik pun sama bila ikut BS check up monthly, dia akan duduk atas kerusi dengan BS, kalau nak berjalan tegur budak lain pun, yang berada berhampiran dengan dia je tegur, tak de jalan merata. Itu kalau dengan BS. Like semalam pergi KK, dah maknya ada, subhanallah, dibuatnya klinik macam bapak dia punya. Berlari macam kat playground. Budak lain tengok je dia lari-lari. Nak joint kang mak marah agaknya. Semua budak or baby dalam klinik tu dia pi sapa. Aku tarik tangan, dia pi rebahkan badan atas simen. Sikit lagi aku nak cubit peha dia. BS pun terkejut. Lain macam perangai kalau aku ada. Kerja aku ni duk joging dalam klinik je semalam. No wonder baju kurung loose sedikit hari ni T_T. Bila BS tinggikan suara sikit, suruh duduk terus melalak ok. Tak sempat nak mencebik,terus melalak. Tapi melalak kejap je, lari balik. Sebab tulah aku tak boleh keluar berdua dengan dia. Tak terkejar ok.)


6. Pantang tinggikan suara terus melalak (Yang ni sangat mengundang kesabaran aku. Ofcourse some part yang dia buat salah, aku tegur tapi dalam intonasi tegas supaya dia faham dan takut sikit kan. Tapi belum habis ayat, dah mencebik menangis ok. Dah kenapa, sakit ke? ke dia rasa bersalah sebab buat aku marah. Aku betul-betul konfius. Kalau dulu susah gila kot nak tengok dia nangis. marah macam mana pun dia boo layan ok.)



Tu yang aku ingat buat masa sekarang. 

Pendek kata at this stage, parenting skill yang perlu aku belajar ialah SABAR. Aku rasa bukan aku sorang kot hadapi cabaran ni. Cuma bila hilang kesabaran tu (biasa, end up aku lepek peha dia sikit, tak pun buat-buat nak cubit peha dia, haruslah dia terus melalak) itu membuatkan  hati aku rasa sedih sangat. Patutnya bila ibu marah, ayah kena pujukkan, vice versa. Tapi benda ni aku kena lalui sorang-sorang. Takde sape nak tolong pujuk dia nangis or layan tantrum dia tu. Sebak pulak rasanya.

Bila discuss dengan hubster, so kena buat macam ni:


 "Naurah dah buat ibu marah tadi. Sebab tu ibu pukul. Lain kali jangan buat macam ni lagi eh." - ibu

".... "  - Naurah, sambil nangis.

"minta maaf dengan ibu." - ibu

"sorry" - sambil salam, kiss tangan, mulut, pipi and hug ibu.

"Dah, jangan nangis lagi." - ibu

Then lap air mata.

So, till now, dia dah faham, kalau dia buat salah then aku mematungkan diri sambil mata tak berkelip pandang dia, dia dah tau dia buat perkara yang salah dan harus say sorry kat ibu. Kalau mood dia baik, dia dengan sendiri akan datang say sorry, hug aku. Kalau aku rasa macam penat nak mematungkan diri (HAHAHA) aku akan cakap "ibu tengah marah ni", so dia datang dekat aku say sorry and hug. 

Tapi ada waktu-waktu yang dia boo layan aku tengah marah, aku kena capai telefon then called her dad mengadu geram kat Naurah, nanti buat loud speaker, ayah dia akan cakap kat Naurah dont do that, dont do this kat ibu. heee Entah faham ke tidak la budak tu tapi atleast Naurah akan reply ok, angguk-angguk kepala. Terhibur hati ibu tengah marah. Father daughter relationship sangat berkesan rasanya. After finish phone conversation Naurah back to normal (i mean behave for a while. HAHAHA)

"ibu, nak g mandi kejap, main dengan aamina eh." - ibu

Dia ikut ibu selangkah. 

"ayah cakap ape tadi? kalau ibu nak buat kerja, naurah kena main dengan aamina kan, jangan nangis-nangis kan?" - ibu

Angguk-angguh kepala. Pusing semula capai aamina sambil tekan-tekan button aamina then sing along.

HAHAHA  



Thats my girl.






yesterday.




Till then.






THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, May 16, 2014

Tenanglah kamu di sana #armandani

Innalilahiwainnailahirojiun

Such a heartbreaking news for me.
I know walau sedih macam mana aku rasa, aku tak boleh bayangkan rasa yang ditanggung oleh keluarga my darling boy, Arman Dani.





Ya Allah, i lost my word.
 
Be strong sis. 
Hug.


 


Tears.




THANK YOU FOR READING THIS!

Close to nature : Pulau Tioman

Hi all,

Kind of excited nak publish entry kat Pulau Tioman. Actually aku ke Pulau Tioman bukanlah pergi bercuti walaupun akan ada gambar nampak pergi bercuti lebih dari bekerja (T_T) tapi jangan salah faham. Aku hanya manusia biasa, sambil menyelam minum air. Rasanya setelah hampir 2 tahun menjadi ibu, aku baru sahaja menikmati the so-called "me time", without anak, husband or family. Just being me and myself. Betul-betul single time and enjoy there.

Sebenarnya bukan sesuatu yang mudah untuk aku buat keputusan tinggalkan Naurah selama 3 hari 2 malam. First time kot. Walaupun sebelum ni BS Naurah dah pernah mintak bawak dia balik kampung or stay overnight kat rumah dia satu malam pun jadilah tapi sebahagian diri aku tak izinkan. Terlalu rindu nak berpisah dengan anak walaupun tak sampai 24 jam.

Aku pun tak sure macam mana aku boleh buat keputusan dalam masa 2 jam untuk ikut serta officemate out station ke Pulau Tioman bagi menggantikan this one officemate yang ada problem tak dapat ikut serta. Kiranya aku ni pengganti orang. Cuma gerak hati aku terdetik, sudah tiba masanya aku perlu ajar Naurah dan diri aku untuk berpisah buat sementara waktu, bagi peluang kat BS untuk bermalam dengan Naurah (BS dah lama mintak nak bermalam sebab ada petua dari orang tua katanya kena bawak anak asuhan bawak tidur malam dalam usaha untuk dapatkan anak sendiri). Then aku just whatsApp husband, minta izin then he reply yes if BS dont mind nak jaga Naurah. So ya, no problem with BS also suami dah bagi izin, maka there i goooooooooo... Pulau Tioman.

Just share pengalaman pergi sana. Tak pandai sangat nak review tapi its kinda a best place to go kalau yang sukakan pantai and aktiviti pantai. Dan, aku rasa Pulau Tioman ni berbaloi pergi selain dari pantai yang cantik, boleh mingle dengan fish skin to skin, then makanan takdelah mahal nau macam orang cakap tu plus ada banyak je chalet bajet like rm80 semalam.


Jumaat.

Jumaat tu kami bertolak dari Gambang dengan kereta bos around 8 am. Singgah makan kat Ubai jalan ke Pekan. Kedai makan kat Ubai ni sangat glamer dengan nasi dagangnya. So siapa-siapa yang lalui jalan Kuantan-Pekan make sure singgah tau. Ada macam-macam jenis makanan, sedap pulak tu. Tepi jalan je. After breakfast terus gerak menuju ke Jeti Tanjung Gemok. Feri dari Tanjung Gemok ke Pulau Tioman adalah pukul 11 pagi. So dari Gambang ke Tanjong Gemuk dalam 2 jam lebih. Actually ada 2 jeti yang nak ke Pulau Tioman. Salah satunya Jeti Tanjung Gemok dan satu lagi Jeti Mersing. Kalau dari Pekan, kita akan melalui Jeti Tanjung Gemok dulu then barulah jeti mersing.

Kenapa kami naik kat Jeti Tanjung Gemok adalah kerana feriya ada banyak pilihan waktu. Menurut kawan aku, feri kat sini ada pukul 11, pukul 2 dan petang pun ada. While kat Jeti mersing ada 2 waktu je kot, one is awal pagi pukul 6.30 pagi then satu lagi 6.30 petang. Betulkan kalau aku silap.

Sampai je kat Jeti around 11am, memang sangt ramai orang. Sebab kami pergi secara rombongan, so kena berkumpul dulu supaya senang untuk agih tiket feri. Mesti korang tertanya-tanyakan out station apalah sampai berseronok di pulau tu kan? hehee Lets make it clear. Actually, program ni kembara this one institusi media dengan tempat kerja aku. So kami bawak student untuk aktiviti kemasyarakatan and this one is salah satu cara mempromosikan intitusi pendidikan yang aku kerja ni kepada masyarakat luar. Dan, untungnya aku joint aktiviti this year pulak, tahun ni kan tahun melawat Malaysia, so aktiviti akan menjelajah ke tempat-tempat pelancongan yang menarik di Pahang. Like last month ke Bukit Fraser. Ikutkan aku kena joint but then BS Naurah ada hal. Tak silap lepas ni akan mendekati masyarakat di sekitar Taman Negara Pahang pulak.

Agak lama jugak tunggu feri tiba. Sebab orang ramai sangat yang naik kat jeti Tanjung Gemok tapi ruang menunggunya selesalah. Ada kerusi, so no hal kan. Lagipun ramai je yang bawak anak-anak siap ada stroller bagai lagi. Tak leceh pun. Around 12pm feri tiba, this time kena alert sikit bila dia orang jerit-jerit feri no. berapa. Sebab ada dalam 2,3 feri sekali sampai. 

Aku bawak bagpack, katanya senang nak bergerak tapi ramai je yang bawak bag roda. Tak adalah susah mana pun. Bila sampai kat feri tu, pekerja feri akan ambik beg letak di bahagian depan feri. Kalau nak bawak masuk dalam feri pun boleh tapi ruangnya sempit, tak ada tempat nak letak bag. Tapi memandangkan aku bawak bagpack, aku bawak je masuk ke dalam feri, boleh letak celah kaki. Kalau beg roda memang tak muatlah nak letak celah kaki.

Perjalanan untuk sampai ke Pulau Tioman agak lama, memakan masa 2 jam atau lebih kot. Actually Pulau Tioman ni besar tau. Dia ada banyak kampung. Sebelum pergi tu aku ada baca-baca blog orang lain tempat best kat pulau ni. Nanti feri akan berhenti di setiap jeti kampung-kampung kat pulau tioman. So kena dengar betul-betul eh kampung ape. sebab jarak antara kampung agak jauh. Kalau silap turun, kena naik teksi air ke tempat yang betul. Yang pastinya teksi air ni berbayar ye tapi tak sure berapa cas dikenakan.

Untuk kali ini, kami pergi ke Kg. Tekek yang merupakan jeti kedua last kat Pulau Tioman. Jeti paling last dan jauh adalah Kg. Salang. Sebenarnya kalau nak pergi bercuti, seeloknya pilihlah menginap di Kg.Salang sebab pantainya cantik sangat. Nanti aku tunjuk gambar. Sebab kami menginap di Kg. Tekek ialah untuk mendekati masyarakat di Pulau Tioman. Kiranya Kg. Tekek tu adalah pusat bandar kepada pulau Tioman dan penduduk ramai di kawasan tersebut, terdapat pelbagai kemudahan seperti sekolah, klinik kesihatan, mesin ATM, lapangan terbang.

Kami tiba di Kg. Tekek around 2pm lebih. Kami disambut dengan alunan kompang JKKK Kg. Tekek. Daripada jeti kami berarak dengan para pelajar seramai 30 orang selama 5 minit je. Sekolah agak dekat dengan Jeti. Sampai je di Kompleks Pendidikan Pulau Tioman, which is yang terletaknya sekolah menengah dan rendah, kami mulakan aktiviti pertama iaitu mengagihkan student kami kepada penduduk kampung dalam program anak angkat. Para pelajar akan stay dengan keluarga angkat mereka selama berkampung di sana. While staff pulak akan menginap di homestay yang berdekatan. 

Selain pengagihan around 4pm, kami terpaksa menaiki kereta yang telah disewa untuk ke homestay. Tips : kalau menginap di Kg. Tekek memang perlu sewa kenderaan sama ada motor atau kereta sebab dari jeti nak ke resort tu agak jauh jugak. Dengan cuaca panas terik memang tak larat nak jalan. Tapi kat Kg. Tekek juga ada satu resort 6 star yang dikatakan cantik dan mewah jugak iaitu Berjaya Beach Resort if tak silap. Bagi sesiapa yang menginap di sana tak perlu risau masalah pengangkutan dari Jeti ke resort sebab dia orang sediakan shuttle bus. Tapi dengar kata nak menginap kat sana mahal oii. hehe So bagi sesiapa yang nak percutian bajet tapi tetap enjoy menikmati keindahan pantai better g to Kg. Salang. Resortnya berhampiran aje dengan jeti then nak cari kedai makanan pun senang je.

Kat Kg. Tekek, kami menginap di RNR Global, homestay yang ada beberapa bilik. Agak selesa di sana. Petang tu kami berehat, solat jap then around 5 pm, kami keluar untuk check lokasi ceramah agama yang akan diadakan pada sebelah malam bersama-sama penduduk kampung.

Inilah tempat kami tinggal. Bilik bawah staf lelaki punya, kami perempuan just tiga orang duk di tingkat atas.




  
 Petang tu pusing-pusing Kg.Tekek.

Malam tu aktiviti solat berjemaah di masjid Kg. Tekek di samping ada jamuan dengan penduduk kampung, then lepas makan-makan terus pergi ke Dataran Kg. Tekek untuk bersama-sama dengar ceramah agama yang sememangnya terkandung dalam jadual program ini. Ceramah habis around 11pm, kami terus balik ke homestay then tidur.


Sabtu

Pada hari kedua ni aktiviti sangat padat sebenarnya. Antara aktiviti yang melibatkan student kami ialah lukisan mural di dinding sekolah, sukaneka rakyat, larian pantai dan pelbagai aktiviti lagi. Memandangkan aktiviti sangat padat sampai ke petang, kami pecahkan staf yang bertugas ikut giliran. So pagi tu dapatlah aku buat aktiviti bebas sedikit iaitu snorkeling.

Haaa, part snorkeling nilah aku excited sangat nak share. Sebenarnya aku ni jenis takut aktiviti air sebab aku tak pandai berenang tapi ada hati pulak tu nak ikut staff lelaki pergi snorkeling. Kami sewa bot dengan seorang brader ni untuk 6 orang dalam RM380 kot. Dia siap bagi setiap sorang life jacket, set snorkeling, cuma kaki itik je tak dapat. Then makanan untuk ikan pulak bos kami belikan. hehe Bot ni bos kami kawtim dengan brader ni petang hari pertama sampai tu. Sebenarnya banyak je bot yang menyediakan khidmat sewa untuk mengelilingi pulau untuk snorkeling trip. Cuma kena pandai pilih harga yang berpatutan jelah.

So, after breakfast nasi lemak sebungkus, roti canai telur sekeping kat depan jeti Kg Tekek, kami tunggu bot sampai.

Lets the pic tell the story.

first place kita orang pergi snorkeling trip adalah kat Genting Bay (Teluk Genting). Teluk ni memang dalam tapi memandangkan pakai jaket, apa ada hal kan? hahaha Berdebar jugak nak turun mula-mula tu tapi macam seronok pulak semua orang turun. Yang penting time aku pergi ni bulan April, langsung tak ada ombak ok. air tenang macam dalam kolam renang. Warna air biru hijau, cantik gila kot. 

tabur roti bagi ikan makan. Ikan cantik-cantik ok, siap boleh sentuh-sentuh lagi.

Nampak tu ikan belang-belang kiri kanan depan belakang aku. Allahuakhbar. Cantiknya. Dalam pada takut, rasa tak nak naik atas bot. Best sangat.

Yang lawaknya, ada sorang officemate aku ni, perempuan la mula-mula taknak ikut tau pergi snorkeling trip sebab tak reti berenang sama macam aku. Tapi aku duk paksa-paksa temankan aku jugak barulah ada gengkan. Tapi bila dah turun dalam air, dia lagi berani dari aku k. 20 minit pertama, tangan aku asyik pegang pada tangga bot. Punyalah pengecut. Member yang takut tu siap berenang-berenang dah tengok coral kat dasar laut. Nangis aku tengok. Kalau nak tengok coral kan, kedua-dua tangan aku pegang tangga bot then aku selam muka kat air, so nampak la dengan bantuan google tu. kikiki Dia orang betul-betul tak puas hati tengok aku pegang tangga. Siap nak tarik aku ke tengah jauh dari bot tapi aku merayu tolong jangan aniaya aku. HAHAHA Aku belum ada kekuatan nak berenang walaupun dah ada life jacket. kahkah Coral sangat cantik. Selama ni tengok dalam tv je kan.

nampak tu ikan belang-belang kat depan aku. Member duk atas bot tabur roti kat sekeliling kita orang. Yang member aku cakap mula-mula taknak ikut tu yang duk tarik pegang tangan aku. tengok dia kemain jauh dari bot tapi aku duk pegang bot. kahkah


Setelah hampir 30 minit kat Genting Bay, destinasi kedua pemandu bot bawak kami ke Malang Rock (Batu Malang). Lokasi antara tempat snorkeling ni jauh jugak. Malang rock ni air dia lagi dalam dan lagi masin dan ikan lagi cantik dan coral lagi cantik hokey. Kat Malang Rock jugak orang yang nak diving akan buat latihan kat sini. Bestnya aku tengok dia orang berlatih. Btw, Malang Rock ni air makin cantik dan jernih sangat. Kuasa tuhan, ada batu besar-besar kat tengah-tengah lautan. Cantik sangat. Pastu ada pulak burung warna putih bertenggek atas batu.


Masa ni aku dah ada confident level dah berenang keliling bot, so dapat la ambik gambar berlatar belakangkan Malang Rock tu. hehe

Bagi yang tak pandai berenang macam iolls ni, jangan risau. Kan ada life jacket. Cuma kuakkan tangan dan kaki ala-ala orang berenang tu dengan sendirinya kita boleh bergerak ke depan, pusing. Tu pun sebab ombak tak ada. Kalau ombak ada aku risau gak di bawanya ke ombak. hehe




Ikan duk lompat-lompat depan muka aku. Risau iolls. hehe

Kemain girang iolls dapat berenang dengan ikan. Terus lupa merindui anak. hehe

Setelah habiskan masa di Malang Rock, kami bergerak ke Pasir Panjang pula. Patai Pasir Panjang ni, subhanallah cantik yang amat. Aku rasa macam tak percaya je dapat jejak kaki ke tempat cantik macam tu. hahaha Over. Masa kat pantai Pasir Panjang, ada a few parents bawak anak kecik mereka macam sebaya Naurah je, comel je pakai life jacket, ada yang tengah bagi susu kat anak. Sedih pulak teringat kat Naurah. One day aku nak bawak Naurah datang main air kat sini. Naurah suka sangat main air. Tambahan pantai ni jernih, cantik, nampak jelas ikan berenang di pesisir pantai.


nice view kan kat pantai Pasir Panjang








Pegang gamat.

Lepas dah puas bermain-main di Pasir Panjang, sepatutnya kena pergi lagi 2 tempat snorkeling tapi masa tu dah tengah hari, takut tak sempat pulak sebab ada event pukul 3 petang, so kami cancel je trip pergi ke 2 tempat lagi. Katanya satu tempat tu boleh snorkeling dengan baby shark.

Sebelum balik ke Kg. Tekek, kami singgah lunch di Kg. Salang. Kampung yang paling ramai pelancong.


Pesisir pantai Kg. Salang. Cantik sangat. Ada resort atas bukit tp tak silap resort tu takde orang duduk, maybe pembinaannya tak lulus piawaian keselamat kot sebab kat lereng-lereng bukit. Pandai je aku. hahaha


Ni kat jeti Kg. Salang. Air cetek pun dah boleh nampak coral.


Lunch kat Restoran Salang Indah rasanya, mengadap laut.


Aku makan Nasi Goreng USA. Harga RM6. Rasa standard je harga, tak mahal pun. Kawan-kawan lain makan nasi goreng ikan masin, tomyam, sedap n murah je.


Saje snap untuk rujukan kot nak datang next time. Ni rate harga sewa bot kat Kg. Salang.


Banyak lagi tempat tak pergi

TIPS : Aku rasa snorkeling trip, round island and boat service yang disediakan kat Kg. Salang ni dia akan campur-campur dengan orang luar tau. I mean dengan pelancong lain. Which is aku rasa macam tak selesa or what, and kena ikut rule dia orang kot, spent time kat tempat tu berapa lama, macam pergi berkumpulankan, so kena la ikut rule kan. So pada pendapat aku, kalau pergi dengan family, aku rasa better sewa je boat persendirian. Aku rasa lagi jimat dari pergi ikut kepala yang perkhidmatan yang ditawarkan. Contoh kalau nak pergi snorkeling berkumpulan (friend or family), kalo ambik pakej kat Kg. Salang tu, seorang dalam RM70 kot. 

contoh:

RM70 x 6 orang = RM420. (RUJUK JADUAL HARGA KAT ATAS. 3 tempat snorkeling)

Tapi kami sewa boat khas, so total untuk RM380 (untuk bot muat 6 orang) dapat pergi 5 or 6 tempat snorkeling. kena pandai-pandai kawtim dengan drebar boat. Lagipun kalau jenis yang suka bergambar macam aku ni, mesti kita akan bawak kamera bagai. Kalo ada boat khas kita sewa, macam selamat je nk tinggalkan beg dengan drebar tu sebab sah-sah drebar bot tu je yang ada atas bot, while kita tengah syok-syok snorkeling kan. Lepas tu, dalam masa sama macam drebar tu pun sporting je, siap boleh mintak tolong ambik gambar lagi. So kena pandai-pandailah cari boat untuk disewa. Kalau kat Kg. Tekek rasanya banyak je bot sewa persendirian. Kalau kat Kg. Salang macam kena ikut harga satu kepala. So pandai-pandailah cari. Just my 2nd cent.

TIPS : Bagi yang tak ada underwater camera, jangan risau. Kat Kg. Salang ada perkhidmatan sewa underwater camera. RM60 or RM80 tak silap. Masa kat Kg. Tekek, aku dah cari-cari tempat sewa underwater camera tapi bila tanya drebar bot, dia tak tau pun. Bila singgah makan kat Kg. Salang baru perasan ada. So macam rugi je tak sewa. 


Lepas lunch, kami balik ke Kg. Tekek, mandi, solat zohor dan berehat sekejap. Pukul 2.30 turun ke Komplesk Pendidikan untuk sesi motivasi pelajar untuk calon UPSR dan SPM. Kali ni giliran aku pulak bertugas, while yang kerja pagi tu dah boleh santai sikit petang. Cuaca sangat panas, tak ada hujan. 


AHAD

Pagi tu ada aktiviti bersama penduduk Kg. Tekek. Aku jadi juri pertandingan masakan. Ya ampun, sedap-sedap okay orang kampung tu masak. Aku ingat lagi keenakan lauk kampung masa jamuan kat masjid sabtu malam tu. Kali ni jadi juri pun pening nak pilih pemenang.


Tempat pertama : Ikan Patin tempoyak dengan belimbing buluh. Sedap gilossss


Tempat kedua : Sotong goreng telur masin dengan Sos Markisa. Sedap ok. Aku lupa nak tanya macam mana dia masukkan teluar masin dalam sotong tu dan resepi sos markisa. Sedapnya.


Tempat ketiga : Siakap goreng cili padi. Cili padi tu tak terlampau pedas dan rasa sedap. haih, terliur pulak tengok gambar.


Ada 12 hidangan tak silap, semuanya sedap, susah nak pilih pemenang. Lepas kenduri rakyat tengah hari tu, kami bersiap-siap balik ke homestay untuk ambik kemas barang sebab feri pukul 2. Agak terkejar-kejar jugak masa tu, majlis penutup program pukul 1 petang. 


So, tulah kisahnya pengalaman out station paling best setakat ni. Teringat keindahan pantai Pulau Tioman. Better pergi macam waktu aku pergi dalam bulan April dan Mei. Laut tengah tenang je. Naik feri pun takde rasa nak muntah or pening bagai. Aku pernah baca review dari blog lain, ada tu siap muntah dan pening-pening lagi. Maybe ada yang pergi awal tahun sewaktu laut tengah bergelora after musim tengkujuh. Macam officemate pergi untuk dapatkan tinjaun tak silap hujung bulan Feb atau awal Mac, siap muntah bagai, ombak kuat katanya. 




Till then.




THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...