Thursday, April 3, 2014

Wean off

Assalamualaikum and Hi!


1st of all nak cakap, panas gila kat office. Menitik-nitik peluh kat dalam kain ni haa. Sungguh tak ayu dah rasa. Aircond rosak. Katanya dah buat aduan semalam tapi lambat gila orang datang baiki. Aku tengok officemate lain relaks je buat kerja. Aku sorangkah yang rasa panas. Maybe lemak aku terlebih tebal kot. Sigh!



Back to the story. 

Lama dah tak BF Naurah. Lupa bila dia fully guna formula milk. Cuba nak ingat balik.....maybe sejak dia tumbuh gigi atas and bawah kot. Sekarang umur dia setahun 8 bulan. 

Sebelum wean off tu, Naurah consume Enfagrow kat rumah BS, while at night baru dia BF. But since dia tumbuh gigi (maybe dia gatal gusi / maybe dia buat perangai) dia kerap tergigit bila BF sampai aku jadi fobia pun ye. Sakit gila kot tergigit time BF.  Kerap jugaklah aku terpekik kalau dia tergigit. Sampaikan dia pun terkejut sama. Sorry Naurah. 

Rasanya (cuba nak ingat) start dia tak nak BF jugak bila satu malam tu, aku BF dia sambil baring depan tv (tengok drama korea lettew! T_T), Naurah mengiring sebelah kanan sambil BF. Posisi mengiring agak lama sampai dia bosan kot, then dia cuba nak mengiring sebelah kiri, but then dia terlupa yang dia tengah BF, so time dia nak tukar posisi tu dia gigit "i punya"... OMG!!!! Sampai berdarah ok (ok, darah sikit je tapi sakit gila!). Ko bayangkan dia sentap beberapa saat tu dengan laju. Dia ingat, dia tengah hisap botol ke apa, boleh dia golek-golek kiri kanan.

Bila aku menjerit, serta merta dia bukak mulut and aku bangkit sambil gosok-gosok *tett* diiringi air mata. Muka Naurah masa tu blur gila. So start malam tu, dia nak tidur, aku bagi susu botol. Tengok dia minum susu botol pun kemain suka je sebab dapat pusing kiri dan kanan dengan bebas. 

Walaupun sakit, tak adalah tahap aku serik nak BF malam berikutnya. Sebelah lagi masih elok. The sad is, malam tu Naurah tolak badan aku bila nak BF dia. Siapa yang fobia sebenarnya? Dia fobia dengar aku menjerit, KAH? T_T

Puas pujuk malam tu untuk BF sampai dia mengamuk nak tidur. So ibu mengalah, terpaksa bagi botol. Maka bermula dari situ kot, Naurah wean off dengan sendirinya.

Sedih. *sobs*

Maka, persoalan sampai hari ini setelah berbulan-bulan Naurah tak BF, susu aku masih lagi banyak dan pekat dan tidak pula rasa masam macam basi bila aku pam. Yelah, aku ingat kalau susu terbiar lama tak dikeluarkan ia akan jadi masam, basi or beku kat dalam tu kan. Tapi susu badan aku tak macam tu pulak. Tu aku musykil.

Lagi musykil ialah bila susu nak stop eh? Bukan tak bersyukur dengan rezeki Allah bagi ni tapi since Naurah dah tak BF (pernah aku try pam dan bagi EBM kat dia, dia tetap baling botol tu. Maybe lain benar rasa dengan susu formula), kadang-kadang rasa breast macam berdenyut-denyut je especially lepas makan banyak. Kadang-kadang breast jadi bengkak sikit pun ada. Risau pulak.

Since "ia" sudah tidak diperlukan oleh bayi kat rumah tu, maka bolehlah "ia" berkhidmat untuk bayi godang pulak kan (KAHKAH ter"18SX" pulak!). Bila ada susu lagi, kesian kat bayi godang ni. Wakaka Sampaikan bayi godang cuba takutkan aku, katanya kalau susu membeku dan dibiarkan boleh menyebabkan breast cancer. Serius cuak!

So, persoalan kedua after kenapa susu masih tak kering walaupun tak BF berbulan-bulan lamanya ialah MACAM MANA NAK KERINGKAN SUSU?

Aku tanya mak aku, dia pun tak tau. Katanya susu akan kering sendiri kalau dah sebulan dua anak tak BF. But in my case, susu cukup meriah. (Alhamdulillah) Kalau nak continue anak kedua dalam masa terdekat ni, takdelah aku fikir sangat nak keringkan susu tapi rasanya for 2nd baby macam lambat lagi, so aku risau dengan keadaan sekarang, tambah-tambah dikaitkan dengan breast cancer, what so ever kan.

So, aku google. Terjumpa kat forum Perkahwinan.com.my. Adalah beberapa petua dia bagi kat situ.

One of the way is ambik daun cili, tumbuk dan tepek kat breast. Ulang dalam 2,3 hari, Insya Allah susu akan kering. Err, macam ngeri pun ada ni. Daun cili tu tak panas ke. Kang menggelupur aku nanti.

Then satu cara lagi ialah, JUMPA DOCTOR. aku ras this is the best way. Tapikan, ni kena jumpa doktor macam mana ye. Aku rasa klinik panel aku kebanyakan medical doctor. Dia orang tau ke pasal lactation ni. Tapi yang best, kat forum tu ada mention which pil yang ok dan tidak. Aku just copy paste kat sini.


Masalah yang berlaku jika tidak menyusukan bayi

Ibu yang tidak menyusukan bayi mungkin menghadapi masalah kerana buah dada akan membengkak kerana susu tidak dapat dikeluarkan. Ini menyebabkan sakit dan ketidak-selesaan pada ibu tersebut.

Oleh itu, ibu yang tidak menyusukan bayi perlu mengeluarkan susu menggunakan alat pengepam susu yang banyak didapati di farmasi dan kedai-kedai bayi. Bagaimanapun ini mungkin menyebabkan komplikasi lain atau acute mastitis. Ketulan merah mungkin berlaku pada buah dada. Kawasan ini mudah dijangkiti oleh kuman.

Pemberhentian susu boleh dilakukan dengan pengambilan ubat. Antara ubat yang popular ialah ubat yang mengandungi bromocriptine (boleh didapati hanya di klinik atau farmasi). Bagaimanapun, penggunaan bromocriptine (seperti Parlodel dsb) untuk tujuan ini tidak lagi digalakkan. Sebaliknya ubat yang mengandungi metergoline seperti Liserdol lebih disyorkan. Ubatan ini boleh didapati di klinik atau farmasi sahaja.




Err, kalo makan pil untuk stop susu, kelak ada effect tak rasanya? Risaulah jugak, kot kesannya sampai dapat anak 2nd nanti, terus susu tak meriah macam sekarang.


Ini dia, budak yang taknak BF tu. Tapi tetap membesar dengan jayanya. kofkof





Till then.

In worried.






THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...