Thursday, February 27, 2014

Little writing about holiday

Jujurnya, banyak lagi tempat menarik dalam Malaysia yang belum aku lawati. Langkawi, Cameron Highland pun tak pernah. Pitty me, right? hahaha This is not about money. Ala langkawi and cameron je kot, bukan habis 5k-10k pun kan. Cumanya, tak ada kesempatan dan keinginan lagi.

Asal ada cuti panjang sikit (in 2014) like Chinese New Year (in February),  Labour Day till Hol Day of Pahang (in May), Nuzul Quran (in July), National Day (in August), Malaysian Day (in September), Hari Raya Korban, Deepavali (in October), Christmas (in December) mesti hati rasa nak balik kampung je.

It is simply because aku ni anak perantau. Ye, nama aje stay kat Pahang, pantai timur jugak, apalah sangat dengan Kelantan tu kan. Hoii, so-called-apalah-sangat tu memakan masa 6-7 hours ok nak drive balik kampung, from Kuantan to KB. Tu belum masuk musim perayaan, cuti sekolah or cuti panjang apa-apa kena hadap jem kan.

So, daripada teringin nak pergi jalan-jalan tu tapi bila cuti panjang je tiba-tiba hati rasa lamanya tak balik kampung jumpa family. Tok ma pun hari-hari called nak sembang dengan Naurah.

Bila stay jauh dengan family ni, buatkan kita rasa rindu sangat nak balik kampung. Very the homesick ok. Kalo dapat kalendar tahun baru tu, siap mark ok, CNY nak balik kampung berapa hari, Hari pekerja berapa hari, raya berapa hari nak balik kampung. Dah kejenya goverment cuti hanya 25 hari. So kenalah pandai-pandai agihkan cuti untuk setahun. 

Aku tak pasti kalau orang lain rasa tak macam aku rasa. Kalau boleh tiap weekend nak balik kampung tapi kenangkan kena redah hampir sepanjang hari drive kereta tu macam tak berbaloi kot. Sabtu bertolak balik kampung, ahad dah nak balik Pahang, then isnin kerja. Oh, no way man! Sebab itulah kena tunggu cuti panjang baru berbaloi balik kampung.

Pulak tu cuti hubs sangat terbatas, so agak susah nak plan cuti. Kadang-kadang aku balik kampung pun BS Naurah yang temankan. Nasib baik dia orang KB, so alang-alang aku cuti tu, dia pun boleh tumpang balik kampung dia sekalikan. Nak tunggu hubs cuti balik kampung sama-sama memang time raya jelah kot. Hubs susah sangat nak dapat cuti. Again, double pitty me! :'( ngeee

Macam Chinese New Year Holiday hari tu, 2 days before CNY aku dah apply cuti. While hubs still kena kerja termasuklah hari CNY tu. So ajak BS balik kampung sama-sama. So, aku lah yang drive selama 6 jam tu, while BS boleh la jaga Naurah kan. Hubs pulak dapat cuti hari ahad sampai selasa je. Ikutkan dia nak drive sorang-sorang balik kampung tapi memang aku tak kasi punya. (There is a story aku tak cerita sampai sekarang. Dah setahun lebih tapi masih segar dalam ingatan). So, he took the bus straight away to KB malam hari Sabtu tu. Dapat spent time kat kampung kejap je. Hari selasa malam dah kena naik bas semula bertolak balik sebebnya hari Selasa dah kena kerja. Pitty him also. 

So, ya, tulah aku susah sangat nak pergi bercuti. 

Bagi aku, dapat balik kampung pun dah best gila. Tak ada tempat kat dunia ni paling best selain daripada kampung sendiri. hehe Trust me, i am the kampung girl. For me the best place is where the family is around. So the answers is kampung. No others place than that.

Btw, nak cerita sedikit pasal CNY holiday hari tu. Agak lama aku cuti. About 7 days gitu. Dah lama sangat tak jumpa family. Kali terakhir jumpa was last year, masa cuti Hari Raya Korban. Dah lama sangat kan. Masa tu cuti krismas tak dapat balik sebab cuti tahunan tinggal lagi 2 hari tak silap, plus dengan musim hujan lebat, takut balik kang stuck dalam banjir je. So, i miss my hometown badly. :"((

Owh, back to the story, balik awal dari CNY hari tu sebab cousin kahwin. Makcik aku ditugaskan menyediakan menu kat meja pengantin. Kat kampung still guna konsep gotong royong, so everyone had their task. Aku just bantu makcik masak-masak kat rumah. Kami sediakan lauk yang simple aje. Dah masak and hias bagai baru bawak ke rumah pengantin. Dekat aje pun. Maklumlah kat rumah pengantin dah sibuk orang rewang kan, no place kami nak masak.

Butter prawn with quail eggs.

Roasted chicken

Siakap 3 rasa


Orang yang bukan catering masak kan, so tu jelah semampu yang boleh hah. Tak taulah apa rasa. Yang pasti bukan pengantin yang akan makan, sekadar bergambar aje. As always the bride did. kehkeh


Then, this one is i must share in my blog. In case siapa-siapa yang berjalan-jalan ke Kelantan especially ke Wakaf Che Yeh. You must try this thai food. Memang dimasak oleh orang Thailand pun yang pandai cakap Melayu and one of the girl sangat cantik. Serius! hahaha

Pulut Ayam. RM3.50
Apa yang specialnya mengenai pulut ayam ni, adalah ayam goreng berempahnya. Ni bukan macam ayam goreng berempah yang aku pernah makan kat mana-mana. Dia punya rempah tu serius sedap. Pulutnya sangat lembut. Sos buatan sendiri tu pun sedap ok. Just nice. Ayam goreng berempah tu kan, dia ada banyak kerak (errr ke korang panggil ape. Yang macam habuk-habuk rempah tu i mean). So dia akan tabur kerak ayam tu, atas pulut, then bila di makan dengan pulut di cicah sos, umphhhh i like it. Sumpah, sepanjang aku ulang alik kat kampung, first time tau pulut ayam wujud dan merasanya. Ni semuanya sebab BS Naurah asyik duk suruh pergi cuba. Katanya ni makanan wajib dirinduinya setiap kali berada di Pahang. hahahaa 

Nasi Khau Mok. RM4.50


Nasi Khau Mok ni pun dijual kat tempat pulut ayam tu. Special one kat Wakaf Che Yeh. Sebenarnya namanya aje dalam bahasa thai tapi nasi tu sebenarnya nasi beriani. Cuma bezanya yang memberi kelainan dan sedap adalah, dia menggunakan beras beriani siam aku rasa. Nasi beriani tu lembut sangat dan kalo dimakan tanpa apa-apa rasa sedapnya tetap ada. Rasa berlemak and rasa berempah sikit. Tak plain macam nasi minyak or nasi beriani yang biasa kita makan. Ayam berempah dan sos cili tu adalah yang sama dimakan dengan pulut. Just simple macam tu je nasi beriani tu kan tapi memang sedap dan terasa rempahnya.

Malam yang hantar husband ke bus station, sempat singgah wakaf che yeh kejap, then tapau kan nasi khau mok dan pulut ayam untuk family. Masa sampai dalam puku 7.30 tu, kedai tak bukak lagi sebab waktu Maghribkan. So dalam pukul 8.30 macam tu aku pergi semula sekali kena beratur panjang. Ramai tau orang. Sorang tu bukan beli sebungkus dua, banyak pulak tu. Ayam dia ada 2 saiz. Kalau yang besar sikit tak silap RM5 kot seketul. Tapi yang aku beli tu pun dah besar. Dah cukup dengan nasi dan pulut yang diberi. Malam tu tapaukan nasi khau mok 7 bungkus dan pulut ayam 7 bungkus. Tapi nenek dan mak tak makan nasi sebab dah kenyang makan pulut. So simpan dalam peti ais. Esoknya kukus semula nasi dan goreng ayam bagi panas, masih sedap di makan. 

Now, tengah bercerita sambil ayaq liuq meleleh. HAHAHA


Nak cari kedai ni senang je. Dia kedai kecik je, kat tepi jalan, kedai warna kuning. Kalau susah nak cari, tanya je orang jaga parking atau peniaga kat situ, mana kedai jual pulut ayam, Insya Allah dia orang tau.


Last sekali selit sikit cerita anak dara i. Tak jalan-jalan ke mana-mana pun masa balik kampung. Dia dah cukup seronok main dengan kakak dan abang. Duk kejar kambing, ayam, itik, main pasir, main rumput, cukup seronok.

 
bawak main air kat pool Pantai Sri Tujuh. RM2 per entry. ngeh



 
Silap parking kereta depan kedai mainan.


Naurah jenis tak mintak kalo dia nak apa ke dia tak pandai mintak lagi? Tapi satu je dia akan buat kalo benda tu menarik di mata dia and dia pun mintak kita tengok benda tu. Macam balik kampung hari tu, aku parking kereta depan kedai mainan sambil tunggu my mum beli barang. Sekali mulut Naurah bising duk sebut "tuuu.. tuuu. tuuuu" Rupanya dia berkenan kat motosikal pink dalam kedai tu. Bila aku tanya nak ape? Again she said "tuuuuu..tuuuu" hahaha tapi tak turun pun masa tu nak tanya berapa harga. Tunggulah balik kampung next time. Yang pastinya harga kat Kelantan lebih murah dari kat sini.



Happy mom.
Kbye!





THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, February 26, 2014

worried mom.

I had a bad feeling toward others people today. Seems like everything was wrong and people treat me like &@#&! sigh!

Forgive, my bad. T_T Badan kat office tapi jiwa raga asyik teringat kat Naurah je. Now, i am feeling so sad. Wanna cry. :'((

The truth is Naurah is having a bad condition. Ya, demam je. But so-called "demam" make me worried so much. Naurah kan jarang sangat demamnya, last demam pun aku macam  lupa bila. Setakat dedar-dedar tu biasalah budak-budakkan nak tumbuh gigi, nak membesar kan.

But this time demamnya melebih 3 hari dah. Biasa kalo panas-panas biasa sehari je kot. Sorry for my over reaction towards this situation. Just like i said, dah lama Naurah tak demam and i am totally forget how to treat a child when they are not feeling well, ALONE. By myself. Sobs. :'( 

Selama ni pandai bagi nasihat kat kawan-kawan macam mana nak handle anak demam, bagi kata-kata semangat and bla bla tapi bila diri sendiri terkena, macam rasa tak senang gila. Susahnya hati ni. Rasa lost. :'((

Dah bawak pergi jumpa doktor semalam, then doctor tanya sama ada she is vomited or not, had rush around her body or others sign yang tak best kan tapi semua tu tak ada. 

Cuma badan dia panas sehingga mencecah 39 degress. Hari pertama demam, memang kurang selera makan. Kena kejar nak suap bubur nasi. Dalam demam pun, siang hari kemain aktif. Badan panas sangat tapi tuan punya body melasak semput mak nak mengejar ok. So, aku rasa macam nothing to worried kan. Bila malam je, dia punya mood tu dah berubah. Nak merengek, tidur awal tapi start kul 1 pagi, sejam sekali bangun merengek sampai ke subuh. Badan panas tak payah cakaplah. Letak tuala basah kat dahi, kejap je kering tuala tu meresap haba hangat badan. I think dia tak selasa kot badan dia panas. That is why kerap terjaga kan.

Nasib baik jugak, Naurah tak batuk-batuk. Kalau batuk lagi worse dan tak senang duduk. Sehingga pagi tadi sebelum hantar pergi rumah BS, badan dia still panas dan suhu around 38 degress something. Quite worried sebenarnya.

Tinggalkan kat BS tadi, siap pesan bagi ubat demam dan ubat radang tekak. No wonder dia tak selera makan, tekak dia merah. Pastu kalau badan dia panas sangat, jangan terus mandikan dengan air paip, minta tolong mandikan dengan air suam. Check every two hours tengok suhu badan. I am just worried now. Hopefully she was fine. AMIN.

According to doctor, kalau demamnya tak baik sampai Jumaat ni, kena refer ke klinik sekali lagi. Harap she will be recover soon. AMIN. 

Owh, actually, bukan tak nak bawak specialist but then specialist kat sini (which i know, klinik Yaw and Ang) dua-dua doctor lelaki. And, FYI Naurah sangat takut kat orang lelaki dewasa kecuali her dad and acik (suami BS). Ingat lagi masa check up KK last week, kena refer doctor sebab dah setahun enam bulan kan. Before masuk bilik doctor tu kemain dia ligat, usik budak-budak kat kerusi menunggu. Kalau jumpa budak lelaki confirm dia pi peluk, plus kalo budak lelaki yang debab, dia suka sangat. Nampak coolkan. Sekali masuk je bilik doctor, dia tengok je there was a man in the room, terus dia melalak ok. Tak sempat aku nak duduk kat kerusi. That chinese doctor also panic. haha 

Haaa, what happen? I tak buat apa-apa lagi. Ayooo, adik jangan takut. (sounds like that doctor tu cakap sambil ketawa. kehkeh)

Not so cool la Naurah. Dah hilang sifat pahlawan awak tu. lol

Dia punya takut kat orang lelaki dewasa siap terpekik, air mata, air hidung, air liur sama laju keluar. Sampaikan doctor tak dapat nak letak stetoskop kat dada dia. Kemain kuat dia tepis. Doctor kata tak ada apa-apa masalah tak payah checklah. Dia kesian tengok Naurah melalak macamkan sakit sangat. Just a few question je dia tanya. Dah keluar dari bilik doctor, mak-mak yang ada kat situ, duk tanya kenapa. haha buat malu jelah Naurah ni. tadi kemain cool kan. Langkah je keluar bilik doctor, terus stop menangis, siap dia tarik shawl mak dia lap air hidung. Sabar jelah. T_T

So, sebab itulah aku taknak bawak dia jumpa doctor lelaki. Kalo ada specialist perempuan, memang aku nak g sangat. Macam klinik yang kami pergi semalam adalah doctor perempuan. Memang tak ada masalah langsung. Siap dia boleh nganga lagi bila docktor letak batang kayu (apa ke nama saintifiknya) nak tengok rahang and tekak. Relaks je dia. 


Aku pulak risau sebabnya BS Naurah had no her own child yet. Masih tiada rezeki lagi. (i pray for her). So she quite worried because this is the first time she taking care Naurah in that condition. Selama ini kan Naurah tak pernah demam sepanjang dia jaga. Every 2 hours she whatsApp me, bagitau bacaan termometer, also ask what she should do bila bacaan termometer is about 38.3 degress dan badan agak panas. I know, she is panic. hehe Dah, kalau aku sebagai mak dia pun panik nak handle budak demam, apatah lagi dia kan. 


 

Naurah darling,
Ibu is worried about you. Be strong sayang. Ibu tau awak demam sebab nak besarkan. Apa lagi lah akal awak yang nak keluar tu kan. *smile* Ibu tak nak fikir benda tak elok. Walaupun jauh dalam sudut hati ibu amat risau sekali, dengan keadaan sekarang. Budak-budak demam je dah jadi penyakit macam-macam. *tears* But i am pretty sure it will not happen to you, kan Naurah? Ibu tau awak kuat. Stay cute and healthy, little girl. *kiss*



Worried mom.
Bye!





THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, February 10, 2014

Babies and the beach

Assalamualaikum and Hi!


Semalam sempat pergi melawat seorang kenalan yang selamat melahirkan baby boy kat Kuantan Medical Centre. I love baby. Tak sabar nak pergi jumpa baby, peluk cium segala. Bau baby sangat best, kalah perfume mahal-mahal tu. haha 

So, around 10am pergi KMC dulu. Masuk je bilik, say hi to the mother, terus grab that baby dalam coat. Sangat comel k. Baby boy. Tapi nama tak tahu lagi. So we called Muhammad jelah dulu. There is a weird situation i want to share here. Bila aku pegang baby tu, Naurah berdiri dari jauh, about 5 langkahnya dari aku. Dia just stare at my face and give me, her weird smile you know.

While baby in my arm, i keep calling Naurah to come close to me. 

"Naurah, meh kat ibu. Tengok, ibu ada baby comel. Meh sini. Kiss baby meh."

Sound like that aku panggil dia. About 10 minute ok dia tercegat sambil tersenyum tengok aku. Sometimes dia tutup muka dia dengan topi, then dengan kedua-dua tangan dia. Serius lawak. Dia pelik ke apa, tengok baby kecik kat tangan aku. hahaha Agaknya macam tulah kot if i had a new baby kan. Mesti dia pelik, ibu hilang sehari dua, eh, jumpa-jumpa dah ada baby sebelah ibu. 

Tapi dia tak tunjuk muka marah or tak puas hati pun. Dia kasi senyum ngada-ngada ok. hahaa Then terpaksalah ambik dia, letak kat kerusi sebelah, baru dia mahu kiss baby. Ok, attention seekers rasanya. Dia mematungkan diri dengan harapan, orang akan layan dia, pujuk dia, dukung dia datang kat baby. Ni tak, step in dalam bilik je semua orang fokus kat baby. kehkeh So cute la bagi ibu.

Here, a few picture the "big" baby and the real baby. lol

Skin to skin, ibu dah suakan dekat-dekat pun she keep smile je. Tak berani sentuh baby.haha

 
Proses pujuk to kiss the baby

Finally, baru nak mingle dengan baby. yeay! Soon adik u pulak ye Naurah. kahkah

 Lepas dah kiss baby, kejap-kejap tarik tangan ibu nak tengok muka baby. Dah pandai laga-laga pipi. Kejap-kejap kiss baby. Tak tahan tu jari dia tunjuk mata baby, suruh baby bukak mata. So sweet. Are you ready to get your own sister, Naurah? uhukuhuk *batuk*

no more shy.

 
Big sister-to-be soon. Insya Allah. Doakan kita kuat semangat ye Naurah.
 
Doakan kita kuat semangat ye Naurah. Semoga Naurah tak kerap clingy, semoga ibu tabah memboyot dan menjaga Naurah macam mana ibu jaga sekarang. Soon. Bukan sekarang. :-p

Around 12, keluar dari KMC, teringin makan McD pulak. So alang-alang tu drive pergi McD kat Teluk Chempedak. Jalan-jalan sekejap kat situ. Bagi "can" kat Naurah jalan-jalan kejar belon yang mak bapak orang lain tiupkan kat anak mereka. Jimat ibu tak payah beli pistol belon, RM15 tu. hahaha Angin kuat belon-belon bersepah kat TC. Kalau beli pun, buat berebut dengan dia je pistol belon tu. Eh! kehkeh

Naurah terpandang baldi pasir yang ada penyedok etc tu. Macam biasa, dia mana pandai mengamuk nak apa-apa kat kedai. But, you are lucky tau naurah, ada ibu yang memahami lagi baik hati *flip hair* so ibu pun belikan sand tools tu. Dah beli, takkan nak usung ke hulu ke hilirkan, kenalah main pasir. Baju spare tak bawak apatah lagi swimsuit. Maka, belilah seluar kecik Rm6 kat situ. Moh la kita main pasir di hujung pantai.

Owh, before that kan, lucu sikit. Kalau pergi tengah hari kat Teluk Chempedak, especially kat bahagian jambatan tu kan, banyak gila monyet ok. Tak boleh bawak makanan, nanti dia rebut tau. Nak jadi cerita, aku tukang bawak plastik mainan Naurah. Buat-buatlah berani melintasi sekelompok monyet tu. Monyet-monyet ni kan dia tak boleh orang takut-takut dengan dia. Lagi dia suka sakat. So aku dengan selamba berjalan. Sampai tengah-tengah group monyet tu, ada 2 ekor monyet, dia pi rebut plastik mainan Naurah. 

"Ni mainan. Bukan makanan." aku cakap dengan lembut, dengan harapan monyet tu faham dan tak bertindak kasar.T_T

Tak jalan weh. Dia tarik dengan tangan dia, aku tarik dengan tangan aku, last-last plastik terkoyak, berterabur mainan. Orang sekeliling duk gelak tengok aksi aku dengan monyet. Perasaan aku? More pada takut daripada malu. hahaha

Dah spot check, baru monyet tu puas hati, bahawa plastik itu adalah mainan. MAINAN YE MONYET. Melainkan kau nak bagi anak ko main, ambik jelah. Aku sedekah. Ketar lutut aku duk kutip mainan masuk dalam bag sandang. HAHAHA Dah lepas check in kat imigresen (lol) baru boleh teruskan perjalanan ke pantai di hujung jambatan tu. Agak jauh berjalan tapi best kat situ.  

A few photo of sexy lady at the beach. :-p




 

















 Tak main air pantai pun. Matahari memuncak atas kepala. Kang hitam lak anak i yang tak berapa nak putih tu. kehkeh So dapat main pasir pun dah cukup happy dia semalam. :))





That is how i spent my weekend. Owh, saturday is lobour day (basuh baju and doing some house chores. Duk rumah sudah. kiki)




Till then. 
TATA.




THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...