Monday, January 27, 2014

Naurah back to normal.

Assalamualaikum wbt. and Hi!


Hari Khamis malam tu ajak BS teman pergi ke Darul Syifa kat Sungai Isap. Malangnya pusat rawatan tutup. Itulah kan, kawan dah kasi nombor telefon, bukannya nak called ustaz awal-awal. So patah balik. Dah kalut fikir macam mana nak handle Naurah malam tu. Dahlah memang cari penyakitkan keluar malam-malam. So singgah Happy Home kejap alang-alang BS nak cari something. Teringat kerusi bunyi kanak-kanak yang Naurah berkenan sangat kat rumah Intan tu (Amani punya.) So belilah satu.

Kerusi tu once dia Naurah duduk or berdiri, dia akan keluarkan bunyi macam selipar kanak-kanak tu. Pheeeeeeeetttttttt. Haha Kat Happy Home, RM19.90.


 So, sampai je rumah pukul 9.30 malam tu, Naurah ok lagi. Ralit duk layan kerusi tu. Kejap duduk kejap bangun. Tapi bila mak dia nak pergi toilet tetap menangis tak bagi. Last-last aku angkat kerusi tu, letak depan pintu tandas (terbuka) dia duduk bangun duduk bangun sambil perhati mak dia wee wee (ololo comel sangat wee weee macam Naurah. HAHA). Sabar jelah.


Around 10.30 Naurah dah genyeh-genyeh mata macam nak tidur. So tidurkan dia. Bacalah apa-apa yang patut supaya dia ok aje tidur malam tu. Malangnya, tetap menangis dan kerap terjaga seperti malam sebelumnya. Akibatnya aku bangun pagi Jumaat tu around pukul 6.30 lebih. Mengantuk sangat-sangat. Pagi tu bertekad, kena called ustaz. Dengan harapan ustaz ada malam tu.


So, hari Jumaat malam bawak pergi jumpa ustaz. Pusat rawatan tu bukak pukul 9.30. Lepas isyak kami pergi, nasib baik tak ramai orang lagi. Dah masuk jumpa ustaz dan cerita sedikit situasi yang berlaku, ustaz mulakan rawatan dengan membaca ayat Al-quran. Masa ustaz baca dan tepuk-tepuk belakang Naurah tu, kemain dia melalak. Ya Allah, dia ni bukan jenis takut orang tau. Tapi dia menangis tu pegang leher aku kuat-kuat rasa macam nak tercekik tau tak. Nampak nau dia takut tau. Then hujung-hujung ustaz baca tu, dia dah slow sikit menangis sambil jari dia duk tunjuk-tunjuk sekeliling bilik. Wallahuallam dia tunjuk apa.

Ustaz tu bekalkan air bacaan quran untuk mandikan dia di waktu senja untuk tiga hari berturut-turut. Air tu aku bawak sebenarnya cuma waktu rawatan dijalankan tu, penutup air tu dibuka. 

So balik malam tu, Alhamdulillah, Naurah back to normal. Manja sikit-sikit tu tetap ada. Dah 2 hari jugaklah Naurah tak jalan-jalan petang sekeliling taman seperti biasa aku buat. Salah aku jugak kot selalu bawak dia jalan-jalan pusing taman, dah pukul 7 malam baru reti masuk rumah. Maklumlah cuaca cerah sekarang. Pukul 7 macam baru pukul 5 petang. Ibu minta maaf Naurah.

Dahlah 3, 4 minggu lepas depan rumah aku tu, ada mayat dah 3 hari meninggal tanpa disedari sesiapa pun. After 3 hari, suami dia balik tengok arwah isteri dia dah lebam, hitam. Bukanlah nak percaya benda macam ni kan, gangguan or apa tapi kelakuan Naurah tu pelik dari biasa. Tu yang aku terfikir nak dapatkan rawatan cari Islam tu. Sebelum ni pun pernah jugak aku bawak naurah ke sana. Alhamdulillah, memang berkesan. Ini entry yang kali pertama pergi dapatkan rawatan tersebut. KLIK SINI.



Harap lepas ni Naurah makin kuat semangat. AMIN






THANK YOU FOR READING THIS!

Thursday, January 23, 2014

Clingy

From semalam pukul 4 pagi Naurah dah start clingy semacam. Kebetulan aku cuti sebab BS ada urusan. Dalam hati, macam tau-tau je ibu dia cuti semalam, tu yang kemain dia bangun pukul 4 pagi then tidur semula around 7 pagi. Sabar jelah. Tu cerita semalam, dapatlah ibu tidur. 

Cerita hari ni pulak, dia buat hal lagi. Daripada petang semalam, aku tak boleh nak masak, nak mandi, nak makan, nak buat urusan di tempat private, asyik nak berdukung je kerjanya. Sedang dia ralit main, aku slow-slow jalan ke bilik air dengan harapan dapat mandi tapi bila dia sedar je aku takde kat belakang, kemain dia dia menangis sambil berlari-lari ke arah ibu dia dengan tangan depa minta didukung. Huwaaaa

Padahal badan tak panas, memang tak demamlah kan. Selesema pun tidak, apatah lagi batuk, sakit perut or apa-apa sakit. Sihat je. Boleh galak main, siap panjat kerusi bagai. Tapi dengan syarat, mood happy tu wujud bila ibu dia ada berdekatan tak kurang dari 5 meter. So closed. Owh, dia makan ok, takde pulak menolok. So tak sakit lah kan?

Horror-nya malam tadilah. Dia tidur around 9 lebih macam tu. Hela nafas lega dapatlah ibu makan, gosok baju, solat dan lain-lain urusan. Baru ibu nak rebahkan diri di sebelah dia pukul 11 tu, dia menangis teresak-esak. Bila diangkat, dia still pejamkan mata. Bila dipanggil tak bagi respon pun. Still menangis siap meleleh air mata, air hidung dan air liur sekali. Bila nak bf kemain gagah dia tolak dada ibu. Bila tanya nak susu botol ke? Dia angguk. Ok, pi bancuh susu. Then dia tidur.

Ibu tidur.

Cerita pukul 1 pagi pulak. Sekali lagi terjaga. Menangis. Buat aksi sama. Menolak untuk bf, mata pejam, tangan duk tunjuk-tunjuk nak pi mana entah. Then ibu panggil nama dia kat telinga. Alhamdulillah terjaga tapi still merengek-rengek. Tunjuk kat atas sambil mata terbuka memandang atas. Ibu cuak, kotlah dia nampak apa-apa. Untuk elak cuak, bukak bacaan Quran. Then alih perhatian dia.

"Nak bukak lampu ke?" 

"Hurm" dia angguk. So bukak lampu kat ruang tamu,

Sekali lagi dia tunjuk kat pintu. Aku dah berdebar.

"Nak bukak tv ke?" Tv kan sebelah pintu je, so bagi alih perhatian dia tengok pintu.

"Hurm," dia angguk lagi. Baiklah, bukak tv.

Tapi tak tengok pun. Tunjuk pulak atas meja.

 "Sakit perut eh? Ibu ambik minyak atas meja eh?"

"Hurm" Angguk lagi.

Dukung dia sambil capai minyak angin atas meja then cakap kat dia baring nak gosok perut. Dia selak baju, so aku pun gosok perut. Walhal perut tak kembung pun. Ok je. Entah kenapa dia macam tu. Tapi buat-buatlah gosok sampai dia tidur.


Kisah pukul 3 pagi kot. Kepala ibu dah ting tong.

Perkara sama. menangis, tunjuk-tunjuk tak tentu, sekali lagi bukak lampu, tv. Kali ni dukung dia sambil bancuh susu botol. Sebab dia tolak nak bf. Nak bagi susu botol tu kemain dia marah rebakan dia. Dah ambik minyak angin sekali lagi, buat-buat gosok kat lutut, belakang barulah dia nak baring. Barulah dia minum susu then tidur sejenak.


Kisah pukul 4 lebih pagi. Dekat pukul 5 jugaklah. Bangun lagi. Menangis. Peluk bantal golek sambil duduk atas pangku ibu. Memang lampu dah sedia terpasang. Dah malas tutup bukak tutup bukak. Cuma tv je tak pasang. Pastu dia letak bantal golek atas kaki. Ibu ingat dia tak nak bantal tu, so ibu angkatlah letak tepi. Kemain dia melalak macamkan sakit sangatlah ibu alihkan bantal tu. Dia marah hooi.. Bagi semula bantal pun tak jadi. 

Sedihnya. Menangis sambil air hidung tak henti keluar, air mata tak henti berjurai-jurai. Terpaksa bangun, dukung dan bawak jalan-jalan pusing dalam bilik mainan dia, masuk bilik ibu, pergi ruang tamu. Menangis sudah kurang cuma merengek-rengek je.

Ibu test nak duduk atas sofa. Ok, tak bagi. Sambung menangis. Ibu mulalah nak nangis sama. Penat, mengantuk, kepala sakit. Rasa nak pitam tapi gagah jugak. Wassap ayah yang sedang tidur. Cakap tak tahan dah ni. Mulalah aku menangis sama dengan Naurah.

Last-last Naurah tengok ibu dia menangis, pandai pulak dia diam. Kalau tau, dari awal-awal tadi ibu nangis nak ooi. heh. Dia stop nangis, mula tunjuk-tunjuk nak pergi dapur. Dukunglah kita melangkah longlai ke dapur. Sampai depan peti ais, dia nampak botol Habbatus sauda, tunjuk-tunjuk nak. Botol kaca. Risau takut dia baling. Pecah.

Tapi tak bagi lagi dia menangis. So bagi.

Penamat clingy hari ni, pukul 5 pagi dia meratah Habbatus Sauda dalam botol. Macam makan kismis. Mata bengkaknya dengan campur mengantuknya. Dah pekena dua, tiga suap Habbatus sauda, wah kemain segar mata dia. Siap leh main cak-cak dengan ibu, naik kete mainan dia, main dengan Aamina dan lain-lain. Ibu terlelap sekejap. Tersedar selepas rasa ada orang suap sesuatu dalam mulut ibu. Dia suap habbatus sauda yang tumpah kemain banyak atas sofa. Sabar jelah. Ibu pulak lupa nak simpan semula tadi. Ya Allah cuainya aku. Nasib baik botol dia pegang tu kuat, kalau jatuh, pecah kena kaki dia. Tak dapat bayangkan. 

Lantas aku bangun semula pukul 6.15 gitu dengan harapan tengok dia happy bermain-main bolehlah aku masuk dapur untuk masak bekal dia. Baru je selangkah kaki ke dapur, dia kejar aku dari belakang sambil mintak didukung. Ok, fine. Tak bagi masak sekali lagi. So tanya susu tak? Dia angguk.

 Akhirnya, beliau tidur dengan nyenyak pukul 6.50 pagi. Ibu cepat-cepat mandi, solat, bersiap, hantar bakul dan beg ke rumah BS. Angkat dia dari tilam di rumah sampaila tilam rumah BS tak sedar langsung.

Hai, hati ni risau memikir anakanda. Malam kang nak bawak pergi jumpa ustaz kat darul syifa. 


Video meratah habbatus sauda yang aku share gak kat IG pagi-pagi buta orang tengah nyenyak tidur. T_T


video





Fuhhhhhhhhhhhhhh.

Bye!





 

THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, January 17, 2014

Rumah

Hello there!

Today is page 17 for the book of 2014. Right? Life in 2014 so far was wonderful. Walaupun too many thing cross in my mind (actually ups and downs), but who is care. Memang hidup macam ni. Ada pasang surut. Life is boring kalau tak ada benda yang mencabarkan. *smile*

Mencabar in my term is nak handle mood yang tak tentu. Sudah tentu bukan sebab nak monopouse (lol) sebab i muda lagi uolls. BAHAH! Cuma rasa sedih tu still ada bila hubs kena transfer jauh sikit dari kami. Asyik ulang benda sama kan, LDR thing, hubs duk jauh bla bla bla. haha Memang la ulang benda sama sebab this is major thing yang selalu cross in my mind. Apalah guna hidup berumahtangga kalau terpaksa berpisah dari suami. ececece Betullah pepatah cakap sayangkan anak, tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. I dont mind kalau kena tinggal for one week pergi OS. Seronok la jugak, perasaan rindu membuak-buak. Tapi kalau dah kena tinggalkan berhari-hari then just jumpa weekend je dah jadi tak best. Plus kalau mood tengah sedih, i need my hubster! Haaa gitu rasanya. 

Oklah life must go on kan. Atleast ada Naurah. heee

This two days i got a good news yang dah lama jugak tunggu. Last (edited. padahal sebelum ni aku tertulis next year. BAHAH apa hal ko tahun depan. Baca semula entry ni, DANG! silap. lol) year lagi tunggu tapi this year baharu tahu keputusannya. Lama kan? (December last year. lol) haha

Thanks to technology. Surat kemudian katanya. Sure lambat sikit sampai.

Bukan main berdebar tunggu keputusan. Nasib baik boleh check status kat website je. Nak lebih confirm make a one call and yes, approval letter coming soon. Now loan dah approve pun. My 2nd asset. 1st is something kat kampung. (keep it as a secret dulu. haha). 

Walupun rumah single storey sahaja dan tak berapa besar atleast, dah tak payah menyewa lepas ni. Rasanya siapa yang baca blog aku ni, dah banyak kali kot episod suka duka rumah sewa yang pernah aku share. haha

Rasa macam rugi pulak tak beli rumah kat sini awal aku bekerja. Nowaday rumah sangat mahal. Dapat rumah yang kecik macam tu pun dah kira bersyukur sangat-sangat. 

Jangan harap rumahku ini akan deko-deko seperti dalam majalah sebab we are talking about money now. Haha No money no talk k! Adalah angan-angan nak buat kitchen cabinet macam dalam magazine tu, nak buat living hall gempak like dalam website ni, nak buat dining and master bedroom macam itu ini tapi semua tu perlukan duit yang banyak. Ya, berangan is free. So silakan berangan dulu. Kotlah suatu hari jadi kenyataan, dah ada idea nak deko macam mana. hahaha

Actually progress this house fully complete kot cuma tengah tunggu CF je. Harap-harap cepat dapat CF kerana diri ini sudah tidak sabar untuk merasa duduk dirumah sendiri. Boleh deko ala kadar aje dengan selera sendiri. haha

So kalau CF lulus, dapat kunci maknanya gaji dah start kena potong banyak. *giggle* So start bulan Januari ni aku dah mula berjimat. Like bawak bekal datang office. Alang-alang habiskan gas untuk masak bekal makanan Naurah yang seciput tu, why not masakkan sekalikan. Jimat sangat. Then ada lagi a few things yang membantu untuk berjimat. Praise to Allah finally, ibu Naurah dah pandai menabung. HAHA Good job Hana. Jangan harap duit tabung suami aje. 2014 is my year. kehkeh


Insya Allah. soon.


Lokasi rumah yang dicari haruslah strategik. Dekat nak pergi kerja dan ke rumah BS Naurah (soon BS adik Naurah maybe ;-p) dan bebas dari traffic jem.






Insya Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan. AMIN.



Till then.
TATA!





THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, January 10, 2014

Ajar Naurah tahan sakit

Anak yang tengah membesar memang akan lasak sikitkan. Maklumlah macam-macam nak explore. Semua benda pun nampak seronok je nak main. Umur 1 tahun 5 bulan ni memang mengajar aku untuk double safety kat rumah. Bukan setakat memanjat kerusi, pagar, meja malahan Naurah mula nak berlari dah. Kadang-kadang lepas dia belek-belek buku cerita yang elok ibu susun atas rak tu, dia main campak je atas lantai. Bila berlari, terpijak buku tu mulalah jatuh. Mengucap panjang bila ibu tengok awak, Naurah. 

Macam malam tadi. Ibu tengah cuci pinggan kat dapur. Tiba-tiba Naurah menangis selok kat ruang tamu. Berlari ibu. Jantung rasa tersentap bila tengok hidung berdarah, dengan dahi bergores bengkak. Rupanya dia panjat tool box dia. Tool box tu memang port dia santai tu. Selalu sangatlah naik atas tool box untuk joget-joget, kunyah snack (fruits, roti, biskut, agar-agar etc), tak pun untuk menonton tv. Entah apa yang best duk atas tu pun tak tau.

Nak jadi cerita, kebetulan malam tadi, dia curi-curi bukak botol bedak dan perginya tabur atas tikar buluh. Bila dia nak turun dari tool box, agaknya licin tu yang terjatuh. Aduhai, seriua tengok dia semalam. 

Tapi aku tau Naurah ni jenis yang kuat. Dia menangis selok mula-mula tu sebabnya sakit plus terkejut kot. So, sebelum aku panik tak tentu hala dengar dia menangis macam tu, kena berhentikan dia menangis dulu. Senang je caranya. Dah biasa ajar macam ni dari kecik. Insya Allah, anak jadi tahan sakit.

Sebaik dukung dia yang tengah selok menangis:

"Jatuh ke? Kesiannya anak ibu."

still menangis kuat

"Siapa buat anak ibu ni??" - sambil buat muka garang

Naurah tunjuk ke bawah.

"Ish, apa ni! Buat anak ibu ni!!"- buat muka garang lagi ("_")' sambil tangan cepuk tool box. Konon macam tool box la yang buat dia jatuh. Pukul tool box beberapa kali. Adalah dalam 4 kali cepuk. HAHAHA


Naurah terus stop nangis. Letak dia kat bawah, terus dia pi cepuk tool box jugak. Hahaha

"Sakit tak?"

"hurm" - Naurah angguk laju-laju

"Ibu sapu ubat eh? Naurah kuatkan?"

"Hurm" - Naurah angguk lagi

Cepat-cepat ambik air suam dalam termos. Ambik tuala, ambik kapas dan minyak gamat. Bersihkan darah lepas tu sapu minyak gamat.

"Ibu ambik gambar eh, hantar kat ayah. Cakap Naurah luka" - LOL ibu sempat lagi. HAHA 

"Hurm"- baik anak ibu,. Dah faham ibu dia. haha


Lepas tu bagi susu sebotol. Relaks jap, isi minyak tu. Habis je, hulur botol susu kosong kat ibu, dia sambung main. Sabar jelah. Tapi malam tu memanjang la dia pi cepuk tool box. haha tak Panjat dah tool box malam tadi. Tapi pagi tadi pi duduk lagi. Lupa dah sakit malam tadi. Sabar jelah.

Ni antara yang aku ajar Naurah sejak kecik. Memang la nak pujuk dia kaw-kaw kan bila dia sakit tapi dalam pada masa yang sama aku taknak manjakan dia sangat. 

Perasan tak bila budak kecik baru belajar jalan, dia akan jatuh-jatuhkan. Masa dia jatuh tu serius cuak gila muka parents kan. Aku pun macam tu. Nanti kalau kita mula react lebih-lebih mesti anak tu akan nangis. Macamkan sakit sungguh. Kadang-kadang sakitkany tak tapi terkejut je. Terkejut sebab jatuh, lagi parah terkejut dengan suara mak yang menjerit. "Ya Allah, anak aku" tak pun, "Naurahhhhh!!!" hahaha Macam tulah aku dulu.

Lama-lama mak ajar, sila kawal emosi tu. ngeee Masa dia baru bertatih tu, dia jatuh tak kuat mana pun, aku cepat tutup mulut then mata buat-buat tengok tempat lain. Konon tak nampak dia jatuh. Tapi dari hujung mata aku perasan la, dia tengok aku. Dia macam nak menangih simpati sebab dia jatuh. Tapi aku boo layan. Mula-mula risau la gak kotlah dia sakit. Tapi bila aku buat tak tau tu, boleh pulak dia bangun semula, then jalan-jalan. Maknanya, dia taklah sakit pun tapi lebih kepada nak dapatkan perhatian je. Tapi lepas dia bangun dan menapak tu, aku pi dekat dia, 

 "tadi naurah jatuh eh? Hati-hati tau jalan tu" - sambil tangan ibu yang penuh kasih sayang raba-raba lutut dan anggota badan kot ada yang tercedera.

Macam tulah selalu yang aku buat. Sampai dia dah kebas kot kalau sakit sikit-sikit sebab jatuh.

Petang-petang lepas balik dari kerja, bawak dia jalan-jalan depan rumah. Duk dalam kawasan perumahan memanglah jalannya bertar. Takdenya pasir tu. Bayangkan bila dia pakai skirt, terjatuh atas jalan tar. Habis lutut calar siap kuar darah. Bunyi la suara dia merenggek sakit. Aku cuak gila, kesian sangat tapi aku tak mau tunjuk emosi melebih-lebih. Aku pi slow-slow dekat dia, 

"Alaaa, dah luka dah lutut. Sakit tak? eeee, apa ni buat anak ibu"

Dia pi tunduk, tangan pi pukul jalan tar. Hahaha 

"Tulah, ibu suruh hati-hati tadi. Ibu minta maaf ek. Esok tak payah pakai skirt dah. pakai seluar panjang"

"hurm." - Dia ok je. terus jalan.


Lebih kurang macam tulah yang aku ajar dia bila berhadapan dengan kesakitan. Lain-lain kecederaan yang serius belum pernah berlaku lagi DAN AKU BERDOA TAK AKAN PERNAH BERLAKU. (AMIN).


Masa ni dah cuci darah dan sapu minyak tapi boleh nampak la macam nampak isi je luka tu. Nak pitam rasa.




Ni jatuh minggu lepas tak silap. Habis seksi bibir.

 
Nampak tak celah gigi dia tu ada darah?mula-mula jatuh tu darah mengalir masuk dalam mulut.

 
Ni la hasil ibu selalu cakap tahan sakit. Hala je kamera, pastu petik sikit nama ayah, terus pose ala-ala comel gitu. Kasi ayat macam ni je "Ibu nak hantar gambar kat ayah". Wah, kemain gigit bibir bengkak atas tu, nak kasi nampak kiut miut. BAHAH!!







Till then.

TATA.





THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, January 8, 2014

Terlupa urusan anak

This morning, aku tak tau apalah yang tak kena dengan aku. Serius, tahap lupa tak boleh blah. Macam biasa lepas hantar Naurah dulu ke rumah BS (sebelah rumah je pun), aku akan masuk rumah semula untuk ambik beg baju dan bakul (yang diisi dengan bekal makanan, susu, air panas, botol susu). I is tak larat nak angkut Naurah and all her things sekali harung ok. Memang kena hantar dia dulu lah.

So sebaik masuk dalam rumah tu, aku macam blank tiba-tiba. Aku fikir kejap apa aku nak buat ni. Mata aku terpandang handbag dan beg bekal aku. Terus ambik, tutup lampu, tutup suis tv, kipas segala, masuk kereta, start enjin then keluarkan kereta dari garaj. Masa keluar nak tutup pagar semula, BS Naurah keluar, tanya mana bag baju dan bakul Naurah.

DANG!!!!!!! Haaa tu benda yang aku blank tadi. Memang nak ambik segala benda tu tapi macam otak tak boleh nak recall apa benda tu. Ya Allah, nasib baiklah awal lagi tadi then rumah dekat. Cuba kalau rumah jauh, mau dah sampai rumah BS kena patah balik semula ambik barang.

Now i know, agaknya yang kes ibu bapa tertinggal anak dalam kereta tu, macam ni lah kot. Minda diluar sedar. Banyak sangat benda nak fikir.  Ya Allah, jauhkanlah benda macam ni kat aku. 

Memang malam tadi ada bincang sesuatu dengan hubs. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi tau. haha Agaknya banyak benda nak fikir dan ingat kot, plus tidur hari-hari mana cukup 7 jam.Bangun pagi tu around 6, alahai mata. Susah nau nak bukak. Naurah ni kalau jam tak pukul 10 lebih sure tak tidur. Kalau tidur awal after Maghrib, kang dia bangun main lagi waktu malam. 

So, yeah. Aku risau gilalah tahap lupa aku tadi ni. Bila BS tanya pasal bag aku rasa macam otak aku baru bangun tidur. Terpaku kejap depan pagar rumah. Pastu aku terus cakap, lupaaaaa. kenapa lupa ek? haaa macam tu. Tu baru lupa barang anak weh. Bayangkan perasaan ibu bapa yang lupa anak dalam kereta tu. Ya Allah tak dapat bayangkan. Mintak jauh.

Macam aku cakap tadi, Naurah memang tidur lambat. Bagi aku pukul 10 ke atas tu adalah lewat jugak. Sebabnya mata aku lepas Isyak je memang sayu pandang bantal. Kadang-kadang tak terlayan dah cerita Korea. Tapi tulah, Naurah ni bukan boleh paksa nak tidur ha. So nak tak nak aku kena layan jugak.

Think positive jelah. Kang asyik merungut anak tidur lewat tak elok pulak. Dahlah tinggalkan dia seharian bila kita pergi kerja. Malam-malam pulak paksa tidur awal. Kang celik-celik anak dah besar. Tulah yang aku selalu fikir kalau rasa penat, mengantuk, stress jaga anak sorang-sorang. Cepat-cepat mengucap. Ada orang anaknya tidur awal. Maghrib je tidur. Bangun esok pagi. Pun merungut gak. Katanya tak dan nak main dengan anak. Kesian jugak kalau macam tu.

Antara aktiviti sampingan waktu malam dengan Naurah ialah baca buku cerita. Now dia dah ok sikit kalau nak baca buku. Selalu pantang mak dia pegang buku, tak sampai 2 saat terus rampas buku dari tangan aku. Sekarang kalau baca anything kat buku dia akan tengok je. Nak lagi menarik tangan kita ni kena tunjuk which part kita baca supaya dia boleh faham. Kang dia ingat apalah mak dia bebel sorang-sorang. Dia pun turut serta dalam sesi membaca. 

Masuk 1 tahun 5 bulan, vocab Naurah dah bertambah. Sebutan cicak tu sangat jelas. Kalau dulu cicak tu dia akan sebut tatak atau titak. Then 2 new word ialah LUKA. Kisah dia tau sebut luka tu sebabnya petang-petang jalan-jalan pusing taman. Memang dah pakaikan dia dengan seluar panjang tapi bila dia jalan laju, tetap jatuh. So lutut tu terluka. Kalau jatuh je, aku cepat-cepat selak seluar dia nak tengok ada luka tak. Dalam masa sama, aku tanya "Luka tak?" Dia pun sebut jugak LUKA sambil angguk kepala.

 Satu lagi KUDA. Kalau nampak giraffe pun dia sebut kuda. haha Kuda sangat jelas sebutannya. Bunyi sangat baku. KUDA, LUKA. Kadang-kadang mak dia tersebut, KUDE. Tapi dia pi baham KUDA. Kalau nak sapu minyak kat luka tu, "meh sini, ibu sapu minyak kat LUKEE". Dia balas, "Hurm. LUKA". hehe

Aku perasan, Naurah sekarang dalam stage imitate apa orang buat. Dia tak tiru apa kita cakap tapi tiru perbuatan. Paling ketara sekarang suka buat-buat solat, baca doa kuat-kuat sambil pejam mata, tadah tangan, menari bila tengok K-pop star menari (HAHAHA sorry ibu layan One HD je. Harus lah asyik ada penyanyi K-Pop je. mihmih), ambik tuala buat-buat lap rambut (just like ibu buat), pakaikan Aamina baju dan pampers, what more? 

Such a cute girl la tengok peel anak ni. Tu belum time dia membebel tau. Owh, dulu lagi kuat bercakap dan menyanyi. Since ayah dia tak ada kat rumah, kurang dah sikit. Pitty her. Sebab ayah dia yang rajin layan borak. Ingat lagi waktu petang ayah dia bawak jalan-jalan pusing taman naik motor, dua beranak tu menyanyi atas motor. Kalau slow ok la jugak. Kalau sape-sape duk depan rumah kebetulan dia orang lalu, boleh dengar k. Hari tu, BS dia tegur, ayah dia ajar nyanyi lagu apa. Kemain Nurah hangguk-hangguk kepala tau. hahaha

Well, enough said, Alhamdulillah jugak dari 1 tahun 4 bulan dan menginjak kepada 1 tahun 5 bulan ni Naurah sihat walafiat. Makan pun tak memilih. Peel pun ok. Pendek kata easy baby to be handle. 

Hope untuk tempuh hari-hari, bulan or tahun mendatang Naurah tetap sihat dan mudahkan segala urusan membesarkan dia. AMIN.




One of the imitate action. Cara ibu bergayut dengan ayah. Hahaa Tapi tak secomel Naurah lah. ngeeeee





*Page8*


THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, January 6, 2014

Idea

Ahaa, now i get an idea to make me keep update my blog. hiks. This idea came out when i want to update my recent activity at Dayre. Kan kat Dayre tu dia count entry by day. Kalau hari-hari update maka akan ada 365 entry per year. Gitu. Kadang-kadang benda simple pun rasa nak update kat Dayre.

Like, sangat teruja hari ni. Ist time Naurah boleh sebut Ibu. Gitu. Pastu tepek la sekeping gambar untuk kenangan. But, lately internet kat rumah kurang memberangsangkan. Nak upload 1 picture with caption kat Dayre pun berjam tunggu. Kadang-kadang dah sejam tunggu, balik-balik dia tulis error. Dah satu kerja kena taip caption semula yang panjang beratus patah perkataan tu. Haih, mengundang marah betul. hiks

So dapatlah idea, why not update je kat blog. Dah kesiannya kat blog. Kata blog is 1st. heee Aku hari-hari wajib baca blog. Kalau tak baca tu rasa alahai apa berlaku kat blogger yang follow tu eh. See, sangat kepochi tau. hahaha That is why lah blogger word is awesome. Macam-macam ada. Daripada benda berilmu sampailah ke tahap lawak tak boleh blah. Hilang tension kalau dapat baca blog.

Ok, so untuk muka surat enam bagi Buku Tahun 2014 ni, just a simple update supaya aku makin rajin. (rajin update blog dan rajin ber-bento semula. *ketap gigi*)


Err, nak update apa eh tadi. haha 

Karang sambung. lol


OOTD teman ibu sidau baju. ngee


Kbye!


*page6*

 

THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...