Wednesday, December 3, 2014

Bangau oh Bangau new version

Life is fantastic right now. *blowing kisses* hehe

Dua minggu lepas, Naurah demam siap dengan batuk lagi. Dah lama tak demam. Tapi batuk tu alhamdulillah kejap je. Risau jugak kalau demam lately sebab banyak kes denggi kot. Tapi nasib baik bukan sebab denggi. Demam sebab nak beralih bulan, mungkin??

Baik daripada demam tu, mood dia macam on off gitu. Kejap very behave, kejap macam 'ngada-ngada' jugaklah. Tapi ngada-ngada dalam zon comel. behee

Ngada-ngada comel tu, kalau nak tidur je, mengadu kat ibu sakit kaki, mintak minyak sapu kat kaki. Kalo lambat sapu or ibu boo layan, kang sakit tu merebak ke tempat lain, siap sampai sakit mata. Read, pedih mata nak tidur sebab lawan mata. Sabor jelah. Kadang-kadang nak buat susu tu, mintak di dukung. Tapi dukung kejap jelah, nanti dia suruh letak atas kerusi sebab dia nak tolong buatkan susu dia sendiri. Cedok sendiri susu dalam bekas,goncang botol sendiri. Air je ibu masukkan. Haih, dah pandai buat susu sendiri, dah tak padan minum susu tau. hehe 

Last week pulak, aku demam. Terpaksa cuti dua hari. Agak teruk jugak demam. Memang sangat tak larat nak jaga dia. Kesian sangat-sangat. Siang hari aku hantar ke rumah BS macam biasa. Lewat petang baru ambik. Malam tu paksa dia tidur awal sikit. Tapi memang tak tidur awal lah. entah kenapa baik dari demam tu, waktu tidur dia bertukar. Biasa pukul 9 or paling lewat pukul 10 malam dah tidur. Kali ni, paling awal tidur pun pukul 12 tengah malam. Aku dengan demam lagi, memang taklah nak melayan dia. 

So, aku baring kat ruang tamu sementara tunggu dia duk main. Teman dia main tu dalam erti kata, aku tertidur, hanya jasad je ada depan mata dia. T_T Tapi masa demam ni, dia sangat behave je. Dia main sorang-sorang. Tapi make sure safety gate ke dapur lock, semua suiz tutup especially suiz tv (dia suka sangat main) dan pintu blik tutup. So lingkungan kawasan dia main ialah di ruang tamu sekitar aku je. Sehingga nak ke pukul 12 tengah malam tu, antara mainan dia:

- main game pororo guna hp ibu
- dengar video lagu kanak-kanan kat hp ibu 
- drawing or colouring
- main lego
- main bebear

Tu jelah dia main. Before bagi telefon tu make sure mobile data kena off dulu. Kang bukak ada pulak dia snap gambar aku tidur dan ter'upload' dalam fb. Ngeri mak. haha

Lately jugak dah dapat kesan, Naurah dah pandai 'cover salah dia'. Kat rumah BS dua tiga hari ni, ada kawan dia yang bernama sofia. Sebab BS sofia cuti. So suka la dia ada kawan. Tapi tak bestnya Naurah ni suka buli kawan dia. Semalam dia pi pukul kawan dia sebab nak main teddy bear orang tu. Menurut cerita BS:

Naurah nak main bear sofia sebab bebear dia lupa nak bawak. Bila sofia tak kasi, dia pi pukul tau. Lepas balik kerja BS cerita kat aku. Masuk rumah BS, aku panggil Naurah,

"Naurah ada gaduh dengan sofia tak tadi?" - ibu

"Eh, ipin main la" - naurah. Langsung tak pandang ibu. Tengok cerita ipin. 

"naurah buat apa kat sofia tadi?" - ibu

"yeay-yeay, ibu main, seronoknyaaa" - naurah. Tanpa pedulikan ibu panggil. Mata tetap menatap tv tanpa hiraukan ibu

Aku tau dia taknak jawab soalan aku.

"Oklah, tengoklah ipin tu tak nak cakap dengan ibu. Ibu balik dulu." - ibu

Barulah dia berlari bangun datang kat aku. Bila tanya dia tetap tak jawab.

Dah bape kali jugak dia cuba sorok something ni. Balik rumah tu baru dia cakap yang betul. Siap mengadu tak tahan tu:

"Piya taknak main sama-sama bebear dia. naurah buat macam ni.." - siap tunjuk lagi gaya dia pukul tangan sofia. T_T

"Kalau nak main sama-sama, macam ni. Bebear tu, siapa punya?" - ibu

"sofia punya" - Naurah

"Sofia punya kan? Bagi sofia main dulu. Lepas tu tanya sofia, dah siap main? Naurah main pulak, boleh tak? biar sofia pegang bebear dia, kalau sofia bagi baru ambik. Kalau sofia tak bagi, jangan pegang bebear dia. Nanti sofia taknak kawan macam mana? nak kawan dengan sofia kan?" - ibu. so far dia angguk jelah.


Lagu favourite dia nyanyi sekarang ialah Bangau Oh Bangau! Tapi lirik memang berterabur. Ikut dia ingat. Kadang-kadang dia nyanyi, 

Ikan oh ikan kenapa tak timbul,
macam mana aku tak timbul, perut aku sakit.

HAHAHA

Kalau aku ketawa mesti dia cakap, "nyanyi rrr". Suruh betulkan. Bila aku nyanyi sama-sama, baru nyanyi sikit dia suruh diam.

ibu nyanyi:

bangau oh bangau, 
kenapa engkau kurus.

sing along dengan naurah:

macam mana aku tak kurusss,

"syhhhh.. ibu diam." - naurah

ibu keep nyanyi lagiii..

ikan taknak timbul

"syhhh. jap-jap. diam jap" - naurah. siap letak jari telunjuk kat mulut. haha

Nanti dia sambung nyanyi sendiri:

ikan oh ikan kenapa taknak timbul,
macam mana aku tak timbul,
perut aku sakit.

perut oh perut,
kenapa engkau sakit,
macam mana aku tak sakit,
katak panggil hujan.

KAHKAH

Ikut suka hati dia je tau.





Begitulah setakat ni, 2 tahun 4 bulan. Harap membesar dengan sihat dan makin cerdik. AMIN.







Till then.


 
THANK YOU FOR READING THIS!

7 comments:

  1. bijak dah naurah.... hafidh pun panggil bear dia bebear... erkkk hafidh pun ada gak bear tau... :P

    ReplyDelete
  2. hahahaha.sama gila dengan princess, kalau aku sampuk dia nyanyi.dia akan ckp, eeeiii ibuu, bicing lahh! amboii sangat! hahaha.hoih demam preggy kah.hahaha.

    ReplyDelete
  3. hahahhaa lawak la naurah ni. beza sebulan je dgn faiq ek. Faiq 2 thn 5 bulan. yg part nyanyi tu sebijik mcm faiq. suruh org nyanyi sama2 pastu dah nyanyi suruh diam pulak hihi. kelaka tgk gelagat anak2 ni kan :D

    ReplyDelete
  4. Selamat tahun baru 2015,.... semoga semakin bahagia di tahun ini dengan anak2 yg semakin bijak tu

    ReplyDelete
  5. x sangka cepat betul masa berlalu... naurah dh besar...huhu. Bila la dpt jumpa yer...hihiks.

    ReplyDelete
  6. serious comel sungguh perangai si naurah...haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...