Thursday, November 6, 2014

Sindrom mak-mak

Petang semalam Zan pergi kerja semula setelah beberapa hari cuti. Ikutkan boleh cuti lama lagi tapi sebab next week nak cuti lagi, so better dia balik dulu. Kang kena marah kat bos kesian pulak. So since semalam tidur Naurah macam tak lena semula. Kejap-kejap terjaga mintak susu. Adalah 2,3 kali jugak aku buat susu. Minumnya tak habis pun. Kalau bagi susu sama dia taknak. Nak yang suam-suam gitu. Ngada tau. Aku pernah terbaca dalam satu artikel, tidur anak akan lena bila kedua-dua ibu ayah ada disisinya. So malam tadi, dia tanya aku ayah pergi mana. Mula-mula aku layan:

"Ayah kan pergi kerja. Tadikan Naurah salam ayah, bye-bye ayah"

Dia angguk jelah. Kejap kang tanya lagi. Dah sampai 4,5 kali tanya aku pandang dia, dia pandang aku, pastu aku diam. Tau-tau dia jawab kepada soalan sendiri,

"Ayahkan keje. Ayah cari duit" she keep repeat this. Nanti kang kejap-kejap dia pegang anak-anak dia (Aamina, baby Luwish, bebear, rabbit dan lagi hampir 10 nama cucu-cucu daku, yang aku lupa hahaha), dia buat-buat tanya bear tu mana ayah, nanti dia bagitau sendiri bear tu jawapan dia macam kat atas. Hahaha Sabar jelah.

Tak sabar tunggu next week. Teheee

Actually esok birthday Zan. Memang takde nak celebrate la kan, dah tuan empunya badan takde. Ni kena cari ayat puitis sikit ni nak wish. Biar kasi terharu gitu. HAHAHA Will see..


Rumah.

Owh, lupa nak cerita pasal rumah. Officemate taulah kenapa aku tak pindah-pindah lagi ni. Selepas aku update progress rumah yang dah dapat kunci tu kan, memang tak sabar-sabar nak pindah tau. Siap planning, konon Deepavali hari tu nak pindah tau. Sebabnya cuti panjang bolehlah nak kemas bagai. Walaupun Zan takde, aku gigih jugak uruskan sorang-sorang cari orang buat grill. Sanggup la angkut Naurah n BS teman orang datang ukur grill. Sebabnya nak dapatkan quotation grill, haruslah orang datang ukur dulu. Adalah dalam 2,3 orang datang dan bagi harga yang berbeza. Macam melampau pun ada. Dalam ramai-ramai tu, ada sorang yang aku suka. Reasonable price dengan spec kami nak, plus macam dia boleh cepatkan buat grill tu.

Owh, before aku cari orang nak buat grill tu, dah bincang dengan Zan. Zan macam tak kasi la mula-mula tu aku kena cari orang semua. Dia suruh tunggu dia balik. Masalahnya aku ni jenis tak menyabar. Dahlah nak tunggu dia balik tu satu hal. Susah nak cuti. So bila aku berkeras nak jugak, dia terpaksa mengalah. Tapi dah namanya tabung ayam ada pada Zan, kang dia tak approve aku tak leh buat apa jugaklah. sobs.

Serius, setiap kali dia called (bayangkan kalau setiap hari dia called) aku asyik cakap pasal rumah je. Tak bosan pulak dia layan aku. Hahaa Dia pun bagi jawapan yang sama je tiap kali aku merunggut. "Sabarlah sayang, jangan gopoh-gopoh." hehee

The main reason dia tak bagi aku tergopoh gapah pindah ialah disebabkan keadaan cuaca sekarang. Tau ajelah kan nak masuk musim tengkujuh ni. Last year, rumah aku beli tu termasuk dalam kawasan banjir. Sedih sangat bila dapat tau. Sebab masa beli tu dah tanya kawasan tu tak banjir tau. Maybe la sebab last year banjir besarkan, tu yang tempat yang tak pernah kena banjir pun turut naik air. Dengar-dengar pulak tahun ni akan berlaku lagi banjir besar. Wallahualam. 

Ni kat tempat kerja pun dah tubuhkan Jawatankuasa Bencana dan mencari sukarelawan banjir incase berlaku banjir lagi. Semalam pun dia orang cakap jalan nak balik rumah aku (rumah sewa) dinaiki air, berpunca dari hujan lebat. Tu hujan lebat baru beberapa jam. Tapi aku balik kerja semalam dah boleh lalu sebab hujan dah reda. Ada la nampak kesan basah air naik sepanjang jalan tu.

Tu yang Zan mintak postpone dulu pindah. Dia risau, aku dahlah berdua dengan Naurah. Kang jadi apa-apa susah pulak. Ingat lagi kes officemate aku terpaksa naik lori tahun lepas bersama-sama dua anak dan seorang baby dalam hujan untuk dipindahkan ke pusat penempatan banjir, sementara suami dia OS masa tu. Adoii tak dapat aku bayangkan kalau jadi dia. Minta jauh la semua tu.

Sebab tulah, aku takde update apa-apa pasal rumah. Ikutkan hati, dapat kunci, esok terus nak pindah tau. Lagipun aku takde buat apa-apa renovation pun, just buat grill je. Tapi tulah, kita merancang tuhan yang tentukan segalanya. Lagipun loan rumah tak kena tolak pun lagi, tu boleh la santai lagi. 

Nampaknya tahun depan jugaklah pindah.

Kerja.

Semalam pulak dapat surat perpindahan tempat kerja dari Gambang ke Pekan. Excited tapi dalam masa yang sama macam haihh jauhnya. Nanti duit sara hidup kena potong RM100. Dahlah loan rumah dah kena potong next year kan, lagi potong duit sara hidup. Padahal tempat kerja makin jauh, mingguan minyak mesti kena kerap isi. Alasan duit sara hidup dipotong sebab lokasi tempat kerja adalah di luar kawasan bandar. Come on lah. Jangan ingat semua orang duduk kat area Pekan. Patutnya duit sara hidup lagi naik adalah nak kena pergi kerja di ceruk kampung tu. Aku rasa kebanyakan staf dah beli rumah kot, takkan semata-mata tempat kerja pindah ke ceruk kampung tu, semua staf kena pindah rumah. Kalau rumah harga murah oklah lan. Tak munasabah ok! Macam kena fight je untuk potongan sara hidup ni. Tapi tak tau nak buat macam mana. Sigh.

Satu lagi dalam surat tu mention kena pindah sama ada hujung tahun ni atau awal tahun depan. So maksudnya kalau aku dah pindah ke rumah sendiri nanti, jarak nak hantar Naurah ke BS sekarang agak jauh. Lokasi rumah aku berada di tengah antara rumah BS and tempat kerja baru. 


 Macam ni:


 So awal pagi dah kena keluar hantar naurah ke rumah BS dulu. Kena U-turn jauh jugak. Pastu patah semula ke arah rumah aku, kena lalui 3,4 traffic light, sampai simpang flyover (mesti jem kat situ) masuk ke Pekan. Jauh ok, dari jalan besar kena masuk jalan kampung (ada lembu, kambing di jalanan).




 Balik dari kerja kena lalui rumah aku dulu pastu u-turn ke rumah BS, ambk naurah then kena tempuh traffic light macam pagi nak pergi kerja tu. U-turn kat bawah flyover baru masuk lorong rumah. Sigh.




So aku bajet pukul 6.30 pagi dah kena keluar dari rumah. Sampai rumah BS dalam pukul 6.45 or 6.50 gitu. Tengok keadaan jem atau tak kat traffic light. Sebab ada kawasan sekolah kat traffic light paling last nak sampai ke rumah BS. Sure jem. So dari rumah BS kul 7 sampai kat tempat kerja mungkin sempat before 8am. 

Aku jenis tak suka bawak kereta laju. Sebab tu rumah sekarang walaupun dekat je dengan tempat kerja, aku akan keluar awal jugak. Biasanya aku antara orang kedua or ketiga yang sampai awal kt opis. Aku takut bawak kereta laju or nak pecut. Tapi kalau bab menyelit kereta time jem or whatever aku rasa aku win. HAHAHA


Naurah and BS

Actually ada fikir nak pindahkan Naurah ke school kat tempat kerja aku next year. Tapi bila fikir semula kalau aku pindah Naurah time tu, then BS takde jaga mana-mana budak, aku risau pulak takut BS jaga budak lain. hahaha So better kena gantikan dengan adik Naurah untuk BS jaga. kiki Mean while terpaksalah ulang alik gitu dulu. Lagipun Zan pun macam tak kasi hantar Naurah ke school umur 3 tahun. Dia suruh hantar school bila umur 4 tahun. So, baiklah. Penat sikit untuk anak apa salahnya kan. Dan duit minyak pun kena catu ni. Kena kurangkan belanja tang mana-mana. Sigh.

Naurah tu, haihhhh... Nampak sangat-sangat nak berkawan ok. So aku rasa kalau aku tinggalkan dia kat school nanti mesti tak nangis punya. Cuma macam-macam jelah seorang "emak ini" fikir. Biasalah kan. Mak-mak punya perasaan. 

Actually aku pernah bawak naurah datang opis kalau BS balik kampung dan rasa malas nak hantar dia kat jiran-jiran (yang dah biasa). Pernah la tergerak hati nak hantar Naurah ke school kat tempat kerja sekarang, nak tengok dia bergaul macam mana kan. Sesekali kena dedahkan dia dengan suasana macam tu. Tapiiiiiiii..... macam takut pulak. 

Complicated betul jiwa mak-mak ni. Aku rasa nak jadi seorang mak ni kena hati cekal and kuatlah. Semua benda yang pertama kali nak test kat anak mesti cuak melampau. Mesti macam takut melampau. 

Korang rasa tak macam aku rasa?


Haih.

Semoga segalanya dipermudahkan. AMIN.










Till then.



THANK YOU FOR READING THIS!

9 comments:

  1. taktau nk komen yg mana satu sbb byk sgt cerita dalam ni..haha

    tp betul la hana, baik pindah nxt year...kita ni dalam mode berjaga2 sekarang ni...kalau hujan lebat mmg skejap sgt air naik

    i nk gelak u siap lukis perjalanan u tu...gigh oi explain dlm gambo! haha

    ReplyDelete
  2. btol hana kita ni dalam pada excited nak hantar anak tu boleh plak malam kemarin nangis2 sedih nk tinggalkan bella kt taska 7-6 diakan skrg dok ngan bbysitter 7-12 jer pastu dok ngan nenek dia... bila kenangkan dia tido ramai2 tu Allah rasa cm sedih nya.. pastu ckp plak kt dia.. nnti bella makan kt school ye? dia ckp "makan apa mama?" mama pg mana?" sedih nya :( haiihhhh mula la pikir balik btol ke nak hantar dia kt taska :(

    ReplyDelete
  3. hana... rilex ler... hihihi.. apa yang bakaljadi kat ko, itu yang berlaku kat aku... aku hantar anak lagi jauh dr office aku. patah2 balik la. macam ko, consider ok. aku, dari rumah lalu opis, hantar anak, pergi ofis... balik pun sama. tp ko kena ingt 1 benda la, bs dah jaga elok anak ko kan... susah nak cari orang yg btul2 ikhlas jaga naurah tu... macam2 kes sekarang. ko berkorban je la jalan jauh.

    klu ko hantar school pun ok gak beb. dia boleh berlajar. tpi, klu nak hantr bs lain jgn la. tp kecian plak kecik kena belajar... =D

    ReplyDelete
  4. pengorbanan seorang ibu... akan berjaya nanti sudahnya

    ReplyDelete
  5. the whole office kena pindah ke ibu naurah?

    ReplyDelete
  6. aku rs kau kelakar hahahaha. ala dkt je tgk map tu antara rumah BS dgn rumah baru. aku pn pth blk ke blkg selama ni ok. rumah aku dpn, nursery hannah blkg. mcm pth blk. huhuhu. tp dh itu je yg bagus so hadap je le..psl rumah tu,lek lek lu bak kata husben ko.hehe

    ReplyDelete
  7. gigih lukis map..tu je komen..hehehe

    ReplyDelete
  8. hahahah i mcm nana, byknya nk komen.mana 1 ni.bab tepon zan hari hari tu.asek ckp pasal rumah tu.aku setuju sgt.kita ni mmg gopoh kan.xpernah menyabar,mcm tu lah lan selalu ckp kt aku.hahaha.


    rumah baru dan opis baru dan BS tu mmg comlicated, kena do something lah.aku ni nasib lah hantar princess kat RTM gak.so x de patah2 balik.xpe na, nt dh duk home sweet home tu, mst dh biasa ulang alik.

    moga Allah permudahkan jalan ko.tahun depan lah pindah eh.hujan ni.rosak brg brg nanti.ko pindahkan sket sket ke ok lah kot.jgn buat sorg sorg na, risau org perhatikan ko nanti.biar dtg dgn laki ko.ingat pesan aku ni.


    nt lepas pindah, aku dtg k! hahaha

    ReplyDelete
  9. takpe na..dah tiap2 hari nanti biasala tu..

    pasal perasaan tu mmg biasa mak2 ni..aku pun sama..ape2 mesti nak cuak dulu..haih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...