Thursday, November 20, 2014

Part of interview...

Thank you for those yang wish good luck semalam. Eh, sebenarnya bukan interview tapi ujian. Haha I is confius. Susah sangat nak dapatkan jawatan ni. Siap ada beberapa stage ujian lagi before dapat interview dengan top management. Tak taulah lepas ke tidak. 

Nak share sikit pengalaman nak memohon jawatan baru. Rasanya after dapat kerja ni, dah lama gila kot aku tak dipanggil interview. Last tahun bila entah ambik ujian kat UPM. Sebab masa tu bercita-cita nak kerja kat KL. Masa tu Zan tak pindah Kuantan lagi. MIL pun ada lagi masa tu.

Aku rasa universiti lain takde pun buat ujian complicated macam tempat kerja aku ni buat. Sangat tough ok. Ni baru 1st round di panggil. Semalam aje dari pukul 8 pagi hingga 5 petang untuk buat ujian. Calon ada 60 lebih semalam tapi yang datang hanya 26 orang tak silap. Lelaki paling ramai. Masa interview nak masuk kerja kat sini dulu, relaks je interview peringkat jabatan then lulus peringkat jabatan, petang tu dengan top managemnet pulak. Duk seminggu dah dapat surat tawaran. Syukur dapat kerja. Kesian tengok yang mana masih mencari kerja, susah kot interview sekarang. Tapi tak taulah tempat lain still ok, tak complicated macam kat sini.

Saje share untuk panduan siapa-siapa nak apply kerja kat tempat kerja aku ni. 

Ujian 1 : Ujian Kesihatan

Pukul 8 pagi pendaftaran. Then pukul 8.30 pagi ujian kesihatan. Kena jumpa pegawai perubatan yang telah disediakan untuk check tahap kesihatan, BMI etc. Alhamdulillah lulus this stage.

Ujian 2 : Ujian kecergasan

Pukul 9.30 pagi bermula ujian kecergasan. Memang hazabedah betul la bagi orang yang berlemak macam aku. Kena berlari 12 round kompleks sukan. Luas ok kompleks sukan kat sini. Kalau tak habiskan 12 round tu maka gagal. So nak taknak kena push diri habiskan jugak. Ada catatan masa diambil jugak. Nasib baik ada kawan semalam. So aku follow dia jelah berlari. Dalam hati aku dia boleh lari kenapa aku tak boleh. Tu jelah bagi kuat semangat. Motif bagi berlari rasanya nak tengok kita cergas ke tak, tahan lasak ke tak dan paling penting jangan cepat putus asa. Kena lari 12 round tu memang amat letih. Tapi diberi pilihan, kalau tak larat lari, silalah berjalan. Tak kisah catatan masa berapa, janji kena habiskan. Jangan gagal. Alhamdulilah 12 round settle tanpa pengsan atau cedera. Harapan, lemak-lemak pun berguguran bersama-sama peluh semalam. T_T


Ujian 3 : Ujian Penulisan Bahasa Inggeris


Ujian ni sangat susah bagi aku. Ada 2 bahagian. Mula-mula READING TEST. Masa 1 jam diberi. Ada 3 o 4 teks yang perlu difahami (penggunaan ayat English yang complicated dengan terms yang jarang dijumpai seharian). Dia bagi teks dalam 1 muka surat setengah, kena faham, then soalan kena refer semula teks tersebut. Tapi soalan dan jawapan not direct apa ada dalam teks. Dia akan pusing buat kita berfikir. Let say, soalan tersebut ada 2 jawapan yang memang ada dalam teks tapi kita kena fikir priority jawapan mana paling rasa releven. 

Then yang kedua WRITING. This one ok sebab topic umum then boleh bagi opinion tentang sesuatu topic. Isu general macam karangan sekolah pun ada. hehe


Ujian 4 : Aptitude Test

Yang ni kelakar dan paling susah bagi aku. Confident je orang tanya ujian apa after rehat. Aku cakap ATTITUDE test. Padahal APTITUDE. Two different things. Bila bukak soalan tu berpinar mata. Dahlah aku lemah dalam math. Kena pulak soalan tunggang terbalik dalam BI pulak tu. Memang give up dah masa ni. Banyak merepak je jawab. Dalam soalan ni dia campur math and BI yang complicated. Eh susah lah nak cerita. Contoh BI complicated tu, dia bagi 2 group cari connection (analogy) antara 2 group tersebut. Susahhhhhhhhhhh.

Ujian 5: Communication in english

Part ni aku suka. Bukanlah cakap aku pandai cakap dalam BI kan. Tapi oklah dari nak jawab soalan-soalan exam tu. Penemuduga tu lecterur yang mengajar subject BI kat sini. Semalam aku dapat topic game or sport that i like. Mula-mula kena kenalkan diri. Talk about ourself secara rambang. Then she give one topic kena prepare in 1 minute. Then cerita kat dia game apa kita suka. Why we like, how often we play, where n with who we play. Something like that. Lepas tu ada Q & A. Not bad lah. 


Tu jelah kena buat semalam. Rata-rata candidates yang aku sembang semalam, pun cakap susah. Kalau lulus ujian ni, next test pulak adalah 10 Dec , then interview sebenar with top management pada 23 Dec. Tu pun kalau lulus every stage.


Tawakkal jelah. Kalau dipanggil ke next test, alhamdulillah. Kalau aku tak update g ujian pada 10 dec tu faham-faham jelah. HAHAHA Kalau tak dapat pun takpe. Takdelah nak kecewa sangat. Like i said before. Posisi aku kat opis ni dah cukup best. The enviroment, kawan-kawan, bos, kerja semua best. Stress and fed up sometimes tu adatlah bekerja kan. Kang kalau ko takde tekanan nampak nau tak buat kerja. 

Aku apply ni pun sebab rasa macam 5 tahun kat sini, rasa confident sikit dapat ilmu yang dipelajari kat office ni. Maybe sampai masa kena tingkatkan taraf hidup kot. Tu yang teringin nak cuba. Ikutkan every year memang ada jawatan kosong ni tapi hati tak tergerak pun nak apply on that time. Kalau fikir balik, nyesal pun ada tak apply awal. Sebab interview sebelum takde pun susah macam ni. Rasanya mula tahun or tahun lepas dah buat ujian complicated macam ni. Eh, walaupun tak complicated, tak semestinya dapat kan. haha Semuanya bergantung pada rezeki.


Sebab lari 12 round semalam, habis sakit celangkang, lutut, pinggul, pinggang. Segala bendalah nak sakit. Ngadu kat Zan bila dia called malam tadi.

"Sayang tu gemuk sangat."

Krikk Krikk Krikkk

Terus letak hp.

"Naurah, ibu gemuk ke?"

"Tak pun."

"Ok, esok ibu beli aeroplane eh"

Pastu dia sambung.....

"Ibu besar. Naurah kecik."  - Naurah

 

T_T


Pagi ni ada 20 misscall. WhatsApp and sms bagai. Malas aku layan. Tapi sms paling last terima, baru balas. HAHA dasar! 

 
Boleh g cari kasut baru balik kang. Kasut Naurah gunting tu dah terbelah, tak boleh pakai lagi.

Naurah, tibuliii len mart eh! BAHAH!!



Till then.



 

THANK YOU FOR READING THIS!

3 comments:

  1. "ibu besar, naurah kecik "
    maksud naurah tu ape?? keh3 :D

    ReplyDelete
  2. hehe comel jawapan naurah tu.
    pasal interview tu sama laaa dh byk kali g interview nak transfer.. x dpt2 haha. sampai fed up nak try lagi. sampai ke tua la jd secretary bahaha.
    semoga ada rezeki ibu naurah utk next next next stage ok! :)

    ReplyDelete
  3. Perghhhhhhhhhh 12 round tu. Pingsan oiii

    Goodluck Hana !!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...