Tuesday, November 18, 2014

Bukan pelat tapi comel

 Dah settle satu urusan masuk urusan lain pulak. Begitulah namanya kalau kerja kan. Urusan anak and house chore tak pernah settle, di tambah pula dengan urusan kerja yang tak habis-habis. Haih, bila la ni boleh jadi SAHM.

Eh tapi bagus jugak busy kat tempat kerja. Atleast takdelah mengantuk sangat. Aku suka layan time busy gini. Rasa kejap je masa berlalu. Tau-tau dah rehat, tau-tau dah nak balik. Last week busy tolong kawan-kawan uruskan bengkel branding plus dengan kerja-kerja yang sedia ada. This week office mula sibuk dengan bilik kawalan bencana incase banjir berlaku lagi seperti last year. Macam bakal berlaku je ni. Hujan tak henti-henti. Dengan sesetengah jalan dah dilimpahi air. Ni bukan apa, sebab masalah longkang tersumbat. Air hujan mencurah-curah tak henti sampai tak tau nak mengalir kat mana. 

Lagi sedih dengar cerita air kat Sg. Belat (near to my house) pun naik air dah. huwaaa Jangan la banjir. Tak larat nak basuh lumpur. Tapi lagi kesian yang mana dah pindah tu.

Akibat redah hujan hari-hari. Baik dari pagi nak tutup pintu pagar, keluar breakfast, berlari nak pergi ke kereta waktu petang pulak, memang sakit kepala sangat-sangat. Rasa berat dengan berdenyut je kepala. Ingatnya semalam nak je whatsapp BS nak ambik Naurah malam. Nak berehat dulu, dapat tidur sejam jadilah. Tapikan kesiannya tengok Naurah. Dah rumah BS sebelah je. Dia cam tu bunyi enjin kereta aku. Tau-tau turun dari kereta dah nampak dia jenguk kat pintu. Siap bersorak lagi ibu dah balik. Terus tak sampai hati tau. Ambiklah jugak. Nasib baik dia behave je, layan tv sambil tu aku baring. Ikutkan dah malas masak, eh lapar pulak perut. Tanya Naurah, dia pun laju cakap nak makan. Masak la bihun sup telur mata kerbau.


Pagi tadi terbangun awal sikit, sempat goreng cekodok untuk bekal ke opis. Tapi sempat la jamah kat rumah dlu sambil minum milo panas. Naurah pun bangun awal je tadi. Masa tengah packing cekodok dalam bekas, dia pun pi ambik bekas dia. Nak jugak. Pastu ternampak balang keropok. 

"Naurah nak bawak keropok g umah umi lah" - Naurah

"Ok. Cekodok nak tak?" - Ibu

"Nak cekodok dengan keropok." - Naurah.

Tengah aku asingkan dua bekas cekodok. Tiba dia datang intai..

"Meh-meh, Naurah letak keropok dalam bekas ibu" - Naurah

So biarkan jela dia isi. Dah siap isi tu, tengah nak tutup..

"Jap-jap ibu. Meh naurah rasa sikit cekodok ibu" - Naurah

"Urrmm, sedap. Terima kasih." - Naurah

T_T

Tadi dah makan cekodok sama-sama. Sebab cekodok berada dalam bekas berlainan, so rasanya menjadi lain ke apa?? hahaha

Lepas tu, siap bubuh keropok lagi tu. Nak bagi sama apa dia bawak, ibu pun kena bawak bekal macam dia. 


Actually, Naurah cakap pelat lagi. Bukanlah sebijik kedengaran macam aku tulis kat atas. Kang aku tulis bahasa pelat dia, jenuh aku kena terjemah pulak.

Contoh pelat dia,

"tibuliii len mat eh." T_T

Boleh faham tak? HAHAHA

Zan pun tak faham ni. Hanya aku n BS je faham apa dia cakap. Sebab dah biasa dengar.

Terjemahan TIBULII LEN MART EH

ti = nanti
bu = ibu
lii = beli
len = areoplane
mart = tunas mart (patut ada kat mart tapi dia nak cepat terus hilang kat)
eh = eh?

Nanti ibu beli ereoplane kat tunas mart eh? hehe 

Macam tadi dia tak bagi aku pergi kerja. Drama dia..

"tayah r bu g je. ujan tu. ada kilat. takut" (tak payah r ibu g keje). Lain-lain perkataan tu memang clear. ehehe

Tapi bila hantar ke rumah BS ok jelah. Takde nangis walaupun pagi-pagii dah merayu kat ibu tak payah pergi kerja.

Esok aku ada interview kat tempat kerja. Posisi yang berlainan. Takdelah mengharap sangat. Tapi bila dah apply tu mesti la nak kan. Cuma kalau tak dapat tak kecewa kot sebab opis aku best sangat. Kang kalau dapat jawatan tu mesti kena tempatkan kat opis lain. Erm, tak best pulak rasa. Tapi demi meningkatkan taraf hidup so why not try kan. Mana tau ada rezeki. Tengoklah macam mana.






Later cerita pasal pergi bengkel bersama-sama anak dan suami.



Till then.




THANK YOU FOR READING THIS!

8 comments:

  1. hehehe omei je pelat, princess pulak seboleh2 nk tiru apa irg ckp.geram sgt.hehe.weiii rindu ko.eh tetiba.hahaha

    ReplyDelete
  2. hahaah aku pun tak fhm memula baca... sama la anak aku pun pelat. kadang2 aku seminggu br dapat tangkap apa dia kata.

    ReplyDelete
  3. so sweet n comel naurah... kecik2 dah bijak n boleh diharap siap nak tolong masukkan bekal ibu dia.. :)

    biasalah budak kecik2, pelat sikit2..

    dah besar dah naurah, last time baca blog nie macam naurah masih baby lagi... lama betul tak jengah sini...huhu...

    semoga akak n family sihat sentiasa, murah rezeki.. btw, good luck utk interview tu... :)

    ReplyDelete
  4. hahahahaha comel nuarah

    ok dah baca!wakakkaa

    ReplyDelete
  5. hahahah serius comelll!!! tibuli :p adoiii naurah kalau aunty pun tak paham...

    mcm bella ckp clear tak pelat cuma mcm certain word "papa amik air elo" i jenuh pikir elo tu apa rupanya yellow tp so far 70% paham... as long as umur diorang ni dah boleh ckp ayat panjang2 ok jer hana... pelat still dalam kategori bercakap :) clever naurah

    ReplyDelete
  6. ehh.. good luck hana for your interview

    ReplyDelete
  7. hihi comel naurah. Faiq pn pelat lagi. kdg tu saja je membahan dia sebab cakap pelat. terus tersipu2 bujang kecik hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...