Monday, November 3, 2014

Allah SWT sebaik perancangan.

Tahniah Pahang sebab menang Oppo Piala Malaysia 2014. JDT pun hebat jugak main. Aku memang tak layan bola tapi budak kecik kat rumah tu sibuk nak tengok ball. Pasal dia tau ada ball pun sebab mula-mula tu aku bukak Arena, saje jela nak tengok. Lepastu tau ada Festival Filem Malaysia kat Astro Ria, harus lah tengok. Tapi minah kerinting tu beriya menangis nak tengok bola. Kan bola rehat separuh masa pertama tu. Aku cakap ball ada iklan jap, so tukar la channel tengok FFM. Tak jalan, nangis weh. So belek la semula Arena, nasib ada pengulas waktu rehat tu. Kejap-kejap tayang percubaan sepakan gol tu. Jadiklah buat minah kerinting tu diam.

Sepatutnya Pahang cuti hari ni kan tapi aku kena kerja. Tempat kerja aku ganti cuti peristiwa ni kepada hari Jumaat. Kan best dapat cuti hari ni. Aku tak suka cuti hari Jumaat sebab Jumaat adalah hari paling best. Rehat panjang, time tulah nak layan movie bagai. hehe

Actually mood aku tak stabil sikit last week. Sebab apa pun tak tau. Eh tapi aku macam syak emo + sakit kepala sebab nak period. Tapi tunggu punya tunggu period yang sepatutnya datang 28hb tapi berlanjutan dah lewat sampai hari ke-4. 

Cuak ok. Sebab unplanning for 2nd baby. Stress je rasa. Rasa nak lempang diri sendiri, gatal nak buat eksperimen kan (terbabas), pastu cuak tak pasal-pasal. Salahkan diri sendiri.

Bila cerita kat Zan, dia kemain happy tau. So bila aku fikir balik, maybe dah tiba masanya kot for 2nd. Lagipun next year Naurah dah 3 tahun. So bila postifkan keadaan tu, rasa macam super excited pulak nak check upt. Maka pergilah klinik ambik upt. Masuk hari keempat, awal-awal pagi bangun, so check apa yang patut.

See, bila taknak betul-betul stress. Bila dah excited tak dan-dan pulak nak check postif ke tak kan. Malangnya upt negatif. So bisik dalam hati maybe terlalu awal kot checknya. Bagitau Zan, dia cakap tak kisahlah ada ke tak. Kalau ada kita syukur, takde pun syukur jugak. Rancangan Allah adalah yang terbaik. Ikutkan masa Naurah dulu tak silap 1 week lewat period baru aku check upt. Terang benderang double line tu. Kali ni nk check macam super excited. Aku pun tak faham, akan emosi dalam diri ni. kejap nak sedih cakap taknak lagi. Kejap macam nak. Sikit lagi rasa nak lempang diri sendiri. T_T

HAHAHA

So, rasa excited tu hilang malam hari keempat apabila period tiba-tiba muncul. Tiba-tiba macam sebak pulak nak bagitau husband. Tapi bagitau jugaklah. Tapi dalam sebak tu, happy pun ada jugak. Eh, entahlah macam benggong pulak rasa.

Ni mesti kes emosi terganggu sebab nak period kan. Cuma hati gusar dan menjadi tanda tanya awal-awal tu sebab bila dekat nak period first thing muncul adalah pimple. Tapi seketul pun takde. Second is lendir-lendir keluar (mukus eh orang panggil?), pun takde jugak. Ketiga patutnya selera makan menjadi-jadi bila nak period, tapi kali ni makan tak berselera ok. Nak pulak baru baik demam. Tu buat aku fikir bukan-bukan je. Nak-nak lagi period lambat kan.

So, bila jadi gini, aku percaya, Allah SWT ada perancangan yang lagi terbaik untuk aku. Mungkin belum masanya. Mungkin betul perancangan kami. Mungkin juga bukan kali ini. Dan dalam masa yang sama, mungkin jugak ia seakan-akan memberi petunjuk kat aku, bila hati aku terdetik sikit je dengan rasa excited nak check upt tu, rasa sangat bahagia macam menantikan nak tau kehamilan pertama dulu. Berdebar-debar. Segala kemungkinan ada.

Yang pasti, adakah ini adalah petunjuk aku sudah bersedia? 

Masih ingat rasa excited menitiskan urine di atas upt. Masa ingat rasa excited menunggu double line muncul. Masih ingat kejadian dua hari yang lepas. 


Indah.


Insya allah.

Hanya Allah yang tahu segalanya.



Till then.



THANK YOU FOR READING THIS!

4 comments:

  1. Usaha tangga kejayaan...hehehe...insya'allah...ada nanti tu.

    Tapi memang comel sgt anak che tak tu. Rasa macam nak baby lagi jer.

    ReplyDelete
  2. soon la tu dear... dont worry... =)

    ReplyDelete
  3. setiap kali period lambat aku excited..pastu mencurah2 period keluar terus macam hmmm nextttt...hahahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...