Tuesday, November 25, 2014

"Age is just a number. Maturity is a choice"

Ni entry luahan hati apa yang berlaku kat tempat kerja. Mungkin useful untuk siapa-siapa yang bakal joint sector gov ke apa kan. Just small tips jelah. Yang selebihnya adalah luahan perasaan tidak puas hati atas apa yang terjadi semalam. Err, actually orang yang berkenaan tak baca pun tapi nevermind lah. Atleast aku dapat lepaskan perasaan ini.

Kerja gov ni tak complicated mana pun. Sebab setiap tugasan akan ada guidline dia. Setiap prosedur kerja terkandung dalam Fail Meja. Dan kerja apa yang nak kena buat every year terkandung dalam Sasaran Kerja Tahunan. Kalau korang ada kawan yang kerja gov duk sebut pasal kena isi SKT, SKT awal dan hujung tahun tu, hah ni lah dia Sasaran Kerja Tahunan. Prestasi kita dinilai berdasarkan pencapaian SKT pada tahun tersebut. So pada awal tahun, setiap orang kena plan SKT dia apa. Then hujung tahun kena nilai mencapai sasaran tak. So as gov staff mesti kena capai sasaran. Tak 100% atleast 90% pun ok. Ikutkan kena 100% but maybe some work ada kekangan yang tak dapat dielakkan. Nanti dalam SKT tu kena put accuse kenapa tak capai. 

Back to story, selama 5 tahun aku kerja, kena marah dengan big bos or boss tu standard la. Adat kerja kot. Lagipun bukan kena marah or tengking depan orang ramai pun. Face to face. Tapi bos aku (girl) takde pun marah beriya tengking-tengking. Kot marah pun dia keluarkan ayat-ayat pedas dengan tone suara yang mendatar. hahaa Gitu. Boleh meleleh air mata jugaklah kalau dengar ayat dia. Haha While big boss (lelaki) jenis ayat pedas gak. Takde tengking ke apa. Tapi dia ni jenis akan bagi ayat tak kira tempat. Kadang2 depan orang pun boleh sound tepek. Memalukan jugaklah. Standard la bos kan. Kalau salah kenalah marahkan. Takkan kena marah sikit terus nak berhentikan. Paling tak esok lusa ok. Nak dapat kerja bukan senang sekarang. Ramai lagi penganggur nak ganti tempat kita. So silakan kerja betul-betul. *deep*

Masalah dalam kalangan staf office aku pulak sepanjang 5 tahun kerja, ni aku rasa paling tension to the max. Sebab aku tak tau apa salah aku tiba-tiba aku rasa macam ada orang sentap dengan aku. Berdasarkan cerita di bawah:


Ada 2 kes berlainan tapi saling berkaitan.

Kes 1

Pagi semalam tiba-tiba bos unit lain whatsapp bos aku, diminta untuk buat suatu kerja penerbitan untuk satu event hari Khamis this week. Of course la benda last minute bagitau siapa yang suka kan? Padahal meeting event ni dari minggu-minggu lepas. Tu pun kami tak tau pun event ni wujud. Sehinggalah pagi semalan. Bos unit lain yang whatsapp bos aku, dia pun tau dari seseorang. Bukannya dari staf office yang pergi meeting event tersebut. Biasanya kalau salah seorang staff office aku pergi meeting, then ada tindakan yang perlu dilakukan oleh unit lain mesti akan dimaklumkan. Tapi tak sure sama ada staff yang pergi meeting tersebut tak bagitau kita orang apa-apa sebab dia lupa or memang dalam meeting tu takde pun arahan apa yang perlu kami lakukan. 

So, bos aku mintak confirm kan dengan pihak urus setia event. Aku pun called dari dalam bilik bos aku. Sembang punya sembang, event apa, apa nama event, tarikh bila, pukul berapa dan kat mana diadakan, apa yang unit kami kena buat bla bla bla. So ada 3 benda kena buat. Then yang tak bestnya, urus setia program tu cakap, benda yang kami kena buat ini telah dimaklumkan di dalam meeting dan staff office yang pergi meeting pun sudah maklum akan hal ini. Pihak urus setia pun pelik kenapa kami masih tidak tahu menahu tentang event ini. 

Lepas called urus setia, bos aku suruh pi tanya staff yang pergi meeting tu. Then aku cerita la dari A to Z apa yang urus setia cakap. Sambil tu aku kena ambik nama penuh program tu jugak. Sebab sah-sah urus setia cakap ada staf office kami pergi meeting tersebut, mesti la dia tau nama program ni kan. Lagipun design event ni kena buat dengan kadar segera, dari nak tunggu urus setia e-mail, better direct jumpa staff kat office. kebetulan dia pun ada je kat work station dia. So bila aku cerita tu, nampak la dia benggang kat urus setia. Dia cakap dia dh bagitau urus setia mintak dia orang bagitau kami sendiri apa-apa kena buat untuk program tersebut.


Tapi urus setia cakap lain. Nampak tak kekeliruan di situ? Siapa yang betul, siapa yang salah, wallahuallam.

Settle kes keliru event tu.


Kes 2.

Yang menjadi kaitan dengan kes 1 pulak. Unit aku ni as penerbitan kena sediakan design backdrop, banner elektronik untuk program tersebut. Dah siap design, kena e-Mail kat pihak urus setia untuk semakan. Ok ke tak design tersebut, wording text betul ke sebelum dihantar cetak dan diguna untuk event. Supposed design dan nak cetak backdrop paling kurang kena ambk masa 5 hari. Tapi sebab event ni baru diketahui, so just imagine kena siapkan design in one or two days.

So, yang jadi isunya semalam. Kami just unit yang release the wording text sama ada betul ke tak ejaan untuk dimasukkan dalam design tersebut. Kira kami macam orang tengah antara pihak urus setia dan pihak graphic designer. Once graphic designer dah design, kami kena e-mail kan design tersebut kepada urus setia. Graphic designer tu adalah staf kat office kami jugak tapi berlainan unit. Dulu kami satu unit tapi telah dipecahkan sebab ada dua pegawai. 

Once bos aku dah e-Mail wording event tersebut, bos mintak aku maklumkan directly kat graphic designer yang bos aku dah e-mail kat dia wording tersebut. Mana la tau kot dia tak perasan ke. Kata nak siapkan cepat deisgn tersebut kan. Event lagi 2,3 hari. So aku pun terkedek-kedek pergi. Then cakap sepatah dua rujuk kat e-Mail yang dihantar. Dia balas ok.

Aku pun pergi breakfast.

After breakfast, tiba-tiba this graphic designer datang kat tempat aku.  He just say this:

"Nak tanya ni, saya nak kena siapkan kerja yang mana dulu? suruh siapkan create (ni nama magazine korporate tempat kerja aku) tapi dalam masa yang sama ada je benda yang datang urgent. Nak kena siapkan itu la ini la. Nanti kalau saya tak sempat siapkan create cakap saya buat kerja lambat la, bising-bising, marah pulak. Dah macam mana saya nak siapkan kerja kalau macam ni." Aku lupa lagi apa dia cakap tapi point dia macam tulah.

Dalam masa yang sama masa dia cakap kat aku tu, aku ada mencelah dia cakap.

"Pergilah jumpa bos hana. Dia yang bagi arahan. Jangan tanya hana. Lagipun design untuk event ni pun bos baru tau pagi ni. Tiba-tiba je kena buat. Pergilah jumpa bos cakap kat bos."

Aku keep repeat ayat "pergilah bagitau bos. jangan la tanya hana"

Sebab aku macam pelik why me? Tiba-tiba je datang cakap kat aku macam ni. Tapi lepas dia luahkan kat aku, dia blah dari tempat aku tanpa jumpa bos aku pun. So aku ignore jelah. Maybe saje kot dia nak luahkan.

Lepas tu yang berlarutan dan buat aku terasa tu, tiba-tiba pulak up status kat FB gini, MARAH ITU MUDAH, SABAR ITU INDAH. Siap profile picture hitam kelam. Aku biar jelah kan. Maybe takde kaitan dengan aku pun. Kejap tu, dia left group whatsapp. Ni aku sentap la. Sebab aku admin group whatsapp. Dalam hati aku say something, dia ni marah kat aku ke apa, siap left group.

Eh, cop, lepas dia blah dari tempat aku tu kan, ada staff lain yang jerit-jerit kat dia, ajak photoshoot apa entah. Tapi aku dalam nada bergurau just jerit la:

 "abg *** jangan ikut abg ***" Konon macam aku tak bagi graphic designer ni ikut staff yang ajak pergi photoshoot tu la. (Ikutkan memang tak perlu ikut pun. Tadi baru ngadu kat aku keje sampingan menganggu dia utk siapkan magazine tu. Boleh kot postponed dulu. Tapi tak taulah dia orang gurau-gurau ke atau serius, tak pun nak perli-perli aku ke kan. Who's know??)

Tapi serius aku gurau je masa jerit-jerit gitu sambil diiringi ketawa. Bukan sekali dua gurau gini. Dulu masa siapkan design konvokesyen, staff ni pun ada ajak graphic designer ni pergi photoshoot apa entah sedangkan ada lagi kerja tak settle, aku tetap gurau jerit-jerit gitu.  Ibarat macam merayu, alaaa jangan curi graphic designer ni, kami amat perlukan dia sekarang. Konon gitulah. Relaks je dulu. Ok je, takde nak sentap-sentap pun. Lagipun apalah kuasa aku nak halang. Aku bukan bos dia pun. lagipun dah biasa bergurau-gurau kot kat opis ni. Tu yang aku pelik. benda yang dah biasa buat tiba-tiba jadi lain pulak semalam. Entah mana silap.

Tak tau kenapa semalam nak sentap habis.  

Mesti la aku tak sedap hatikan. Dahlah tiap hari jumpa kat office. Then kerja aku memang relate dengan dia. 

Aku mula-mula macam cuba cool, nak buat derk jelah. Anggap jelah rajuk orang lagi tua dari kita. Ego mesti lebih. Abang-abang kan. So as adik kenalah mengalah. Ye tak? So pagi ni aku tegur la, why left group whatsapp bagai.

Tau dia jawab apa?

"Takpelah saya nak tenang dulu. Fokus pada kerja"

Amboi perli ke apa ni. habis selama ni tak buat kerja ke kalau ada dalam whatsapp group. Something wrong somewhere ni.

Yang lagi pedih, tadi dia dah keluar breakfast dengan sorang staf ini, then ada sorang staf ni tak breakfast lagi, so dia ajak graphic designer ni teman minum pulak. Brother yang semalam ajak dia pergi photoshoot ni tanya dia,

"aii, minum 2 kali nampak. Nak kuar minum tu, kerja dah siap ke belum?" cakap kuat-kuat kasi aku dengar.

Hah! u see that? Nampak nau nak perli aku kan? Mulalah aku mendidih balik. Baru je hari ni nak cool down. Abaikan apa yang terjadi semalam. Maybe la dia penat ke apa. Sorry la, atleast aku dah tegur ko. Tu pun aku tegur sebagai tanda hormat sebagai senior walaupun gred jawatan kami sama je.

Small matter je. Tapi tak boleh jadi matang ke. Be professional la kan. Aku tak tau dia nak marah sebab kena design event yang datang tiba-tiba tu ke, nak marah sebab aku gurau tu ke. Atau ada orang marah-marah dia ke magazine tu tak siap? Totally lose.

Meh, aku clearkan sikit. Masa dia mula-mula datang tu tanya aku nak kena buat event program tu ke, atau nak siapkan magazine tu, pastu takut orang bising-bising kerja tak siap bla bla bla... 

Ikutkan hati nak je balas gini..

"Dah berapa lama job magazine tu bos bagi tapi tak siap-siap lagi design? Bukan seminggu dua tau bagi semua maklumat untuk dimasukkan dalam magazine tu. Dah lama. Ni kerja urgent tiba-tiba datang kejap je boleh siap kot. Buat jelah design simple. Bukan baru hari ni pernah terima kerja urgent macam ni. Sebelum ni pun pernah je bagi kerja urgent macam ni. Takde pun merunggut. Ada ke saya atau bos marah or bising-bising kat awak magazine tu lambat siap? Pernah kami marah? Takde kan? Tak taulah bos awak ada tanya awak ke tak. Tapi hak seorang bos kot kena pastikan pending job staff bawah dia kena settle ikut SKT. Kalau tak siap, orang atas push pulak. Pastu cakap macam mana nak siap magazine kalau kerja lain tiba-tiba kena buat. Hello, dah lupa ke buat-buat lupa. Keje sampingan lain yang awak duk  buat tu macam Photoshoot tak menganggu awak jugak ke. Kalau kerja sampingan photoshoot awak tak bising lak mengganggu kerja-kerja awak yang lain? Pastu siapa bising-bising? marah-marah awak magazine tu lambat siap? Bos saya ke? Setahu saya bos saya takde pun tanya awak pasal magazine tu dah siap ke belum. Yang bising-bising duk tanya progress magazine tu dah siap atau tak ialah OUR BIG BOSS. Big boss siap tanya bos aku lagi, mana magazine ni, dah lama sangat tak publish. Of course la bos aku akan tanya bos unit graphic kan mana job yang pending dah lama."

Tapi kan, fikir sebab dia lagi senior, dia lebih tua, aku tetap cool. Aku mampu balas dengan senyuman dan just say, pergilah tanya bos saya. Sebab saya dapat arahan dari bos saya. Aku rasa macam tersepit kat tengah-tengah je. Lagipun apa hak aku nak bagi teguran  or bagi arahan kat dia. Dia ada bos, aku ada bos. So biar sama-sama bos settlekan. Be profesional senang cerita. Kalau dia rasa terbeban dengan kerja sampingan better dia mengadu kat bos dia. Ni takde pun buat macam tu. Sikit pun aku tak salahkan bos aku atau siapa-siapa. Cuma sedihlah. Diperlakukan macam ni. Macam nak lepaskan marah dan kecewa kat aku je.

Benda simple je. So aku punya part dah lepas, dah tegur dia. Minta maaf memang taklah. Sebab aku tak buat salah. So buat jelah seperti biasa. Kalau betul angka usia tu menggambarkan kematangan seseorang, biarlah dia yang betulkan diri dia sendiri. Kata nak cari ketenangan kan. Carilah sampai jumpa. Kalau dengan cari ketenangan hidup tu adalah tidak berbaik dan menyapa sesama rakan sekerja seperti sediakala, teruskan. Maybe tu ketenangan yang dicari. Wallahuallam.

Aku ok je. Alhamdulillah apa yang orang buat.



Eh, macam luahan panjang je ni. Tips kerja as gov staff mana? Bahah!


Mana tips? Tips mana?


Actually takde  la tips sangat pun. HAHAHA Cuma nak cakap satu, dalam gov sector ni, selain ilmu atau kepakaran yang ada, ko kena ada soft skills. kalau ko macam kera sumbang tak pandai bergaul, bawak diri, mesti ko tension gila kerja. Kerja gov pun bukan ko kena hadap kerja ko sorang-sorang, tapi nak buat satu kerja tu kena bantuan orang lain. So macam mana nak tackle hati orang tu penting supaya memudahkan kerja ko. Tu tak diambil kira ko kena berhadapan dengan kaki bodek, kaki kipas lagi. Ko buat kerja mati-matian tengok-tengok orang lain diagungkan. Redha jelah eh. Kerja gov ni tak complicated mana, just follow the flow, ikut apa yang terkandung dalam SKT, yang jadi leceh adalah nak hadap ragam manusia yang 1001 macam.

Tapi kerja private pun ada jugak masalahkan. Lagi la hebat kot. Walaupun aku pernah kerja private for a few month boleh rasa la tekanannya.

Yang penting, kerja apa-apa semuanya bergantung pada diri kita. Kita yang akan buat kerja tu enjoy atau tidak.Setiap kerja ada cabarannya kan. 



"Your age doesn't make you mature 
but 
your actions and your ways do"

 



Till then.

Alhamdulillah.


 


THANK YOU FOR READING THIS!

5 comments:

  1. kerja ape pun ada je masalah nye.. enjoy je la kan... klu dok rumah pun pening jugak otak x jalan haha. ibu bekerjaya nampak cool. cool sangat haha

    ReplyDelete
  2. panjang lebau luahan hati kau naaa...sebab aku kerja kat corporate comm and kerja aku lak koordinator projek jadi aku paham sepaham pahamnyaaaa masalah ko tadi...hahahaha....what i can say is, selalunya masalah miscommunication and ada orang nak selamatkan bontot sendiri so dia nak carik scapegoat la kan..

    Tempat aku ni syarikat berhad tapi
    perangai macam orang keja gomen...
    aku kat sini buat hal sendiri je wey...bab keja je aku bersosial...
    tapi pi makan ka, personal ke aku tak layan sebab aku taknak orang ada point kat aku...

    ReplyDelete
  3. salam..akak., nak tnya , akak still jual ke acuan hello kitty for biskut tu?huhu..reply plezz

    ReplyDelete
  4. Myra: akak tak jual dh. tp kalo awak nak beli acuan tu, awak tgk FB Bento Makes Me Happy. Harga akak jual sama je dgn dia..

    ReplyDelete
  5. kaki bodek kaki kipas mmg ada.actually aku paham sket2 je cite ko.aku ingat pompuan.rupanya abg abg yg sentap.ichh jarang sgt berlaku ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...