Friday, October 10, 2014

Naurah's first movie date.

Akhirnya, semalam kena cuti jugak sebab Naurah demam. Malam tu kejap-kejap dia bangun mintak air. Badan panas sangat. Aku apa lagi kalau tak cukup tidur, senang sangat la kepala jadi sakit-sakit. So baiklah cuti demi anak dan kesihatan diri. Hikssss 

Hari ni tengok macam dah ok. Takde dah panas-panas badan. Aku rasa dia demam rindu kat ayah dia pun ye jugak. Semalam pun tanya lagi, ayah tak balik kerja ke? So, memang hari-hari aku bagi dia jawapan sama. Sehari tu bukan sekali dia tanya. Dia pun boleh hafal dah. Kalau BS ke siapa-siapa tanya dia, confirm dia jawab "Ayah keje, cari duit, nak beli baju naurah" haha

Esok pulak aku kena kerja, so tinggallah dia kat BS. Ahad baru lah sempat bawak dia jalan-jalan. Tu pun janganlah aku ni bermalasan plus penat ke apa kan. 

Last week, after a longgggggggggg stress kena hadap, akhirnya i take one day off bawak dia pergi jalan. Tu pun after settle urusan kat bandar. Mula-mula ingat nak bawak dia pergi lepak rumah Padilah, main dengan Nana. Then teringat pulak iklan cite Plane kat tv. Dia kan suka sangat aeroplane. So alang-alang cuti, tiba-tiba rasa nak bawak dia tengok wayang. Nak-nak hari rabu kan, tiket murah sikit, pastu orang tak ramai, lenggangnya. Pastu ingat pulak hari tu aku tunjuk kat dia Nana makan aiskrim baskin robbin, kemain dia nak. Bukanlah dia mintak aiskrim mahal tu hah, manalah dia reti kan. Dia mintak la nak aiskrim yang 24/7 lalu lalang depan rumah tu, sampai aku naik ngeri kalau bunyi loceng aiskrim, macam wajib pulak menabung duit kat penjual aiskrim tu. So aku cakap takde duit, boleh pulak dia faham, siap cakap tunggu ayah balik eh. Nasib baik. So alang-alang nak bawak tengok movie, baiklah bawak dia sekali makan aiskrim kat baskin tu. Kata hari rabu "pink day" kan? dapatlah yang murah. Alhamdulillah tertunai jugak. Kemain suka dia keluar siang hari. Biasa aku macam burung hantu, bawak keluar malam-malam, kesian kat Naurah. Maafkan ibu. T_T

So after settle urusan kat bandar, aku naik tingkat 3 nak booked tiket wayang Plane tu, tengok-tengok pukul 5.30 petang je ada. Memang tak la. Aku kalau boleh nak elak balik time orang blik keje tu, kang jem pulak. Tapi sebelum tu beriya dah ni aku gigih pi beli baju lengan panjang kat Parkson semata-mata nak tengok wayang. Punyalah takut dia sejuk kan. Sebab masa bawak dia tu, dia pakai t-shirt lengan pendek je. So alang-alang dah beli baju tu, aku bawak jelah jugak masuk tengok wayang tapi bukan cerita Plane, ceritanya Nasi Tanggas. Erk, macam dah takde cerita lain je kan nak bawak anak. Nak tengok Annabelle pun tiket pukul 4. Nasi tanggas je yang ada pukul 2.30 petang. Cerita kanak-kanak lain memang takde. Aku saje jelah nak tengok reaksi dia bawak masuk tengok wayang macam mana rupakan. Tu gigih jelah.

Nak tunggu pukul 2.30 petang tu, aku bawak dia lepak kat Baskin jap pekena aiskrim. Sampai kat kaunter, aku tanya nak aiskrim apa. Boleh dia jawab taknak. Dia nak belon je. haha 





Lepas habis makan aiskrim tu bawak dia main kat play corner budak-budak kejap. Dalam pukul 2 lebih siap-siap pergi beli popcorn, air, mashed potato, sweet corn and nuggets. Banyak gila beli makanan. Nak umpan dia duk diam punya pasal. Reaksi dia first time masuk panggung wayang? Takut. Muka cuak habis. hahaha Kan dalam tu gelap, pastu skrin besar amat dengan suara kuatnya. Dia peluk aku kuat-kuat. Then aku pujuk dia cakap besarnya TV, bestnya, nak-nak ada iklan kartun kat TV yang suruh silent telefon tu, so dia pun ok je. Memang dah agak orang tak ramai. So Naurah dapat seatnya sendiri. Aku bagi jelah dia makan. Masa cerita Nasi Tanggas main dia pun layankan jelah. Banyak dia makan. Nungget 6 ketul tu tinggal 2 je, mashed potato sebekas kecil habis utk dia makan je, dengan popcorn lagi. Aku pulak tak lalu makan tengok benda-benda jijik digaul-gaul dalam nasi. Halfway cerita Naurah nak tidur. Walaupun bunyi kuat, dia selamba je tidur, takde jaga-jaga. Memang aku sediakan susu sebotol la untuk dia. Ada la kejap-kejap dia terjaga bila sound kuat amat. Sound suspen hantu datang gitu, sampai dia pun terpeluk aku, padahal tengah tidur tu, boleh pulak feel seram siap peluk-peluk aku. haha Sian dia terkejut. Wayang dah dekat nak habis, baru dia bangun sambung makan semula. 

So next time bolehlah bawak lagi. Behave je.

Habis tengok wayang tu dekat pukul 4. So bergegas keluar dari ECM. Takut orang balik kerja, kang tak pasal-pasal jalan jem pulak. Tapiiiiii dah namanya Hana is the food loverrrrr. gituuuuuu sekali food lover. BAHAH! 

Ok, sambung.. dah namanya Hana the food lover, aku nampak kedai kek Kulacakes bukak, dan-dan aku masuk parking. Dah lama nak makan pavlova dia. Sekali pergi pavlova dah habis. So yang ada pun mango cheese cake. Boleh lah kan. Lepak jap kat situ. Dah lupa dah ni niat awal nak elak jem. Kalau dah singgah situ, makan-makan memang sampai orang balik kerja lah jawabnya. Takpe-takpe. Sanggup redah jem demi cake sedap.

Lets layan gambar. Banyak ni. heh







The best mango cheese cake in town.
This one is peanut butter cheese cake. The new one i like.

Beverage is Pandan Cooler.

This place is the nice one untuk lepak-lepak, dating, cosy sangat. Plus with their cake yang sedap and affordoble price. The most i like is pavlova, mango cheese cake and the new one in list is peanut butter cake. Owh air Pandan Cooler dia pun best ok. Suka. Balik tu aku siap tapau kek lagi. haha

Begitulah berakhirnya hari dating dengan Naurah. Agak mencabar jugak sejak dewasa ni. Merata dia nak berjalan. Penat ok, tu yang kena topup makan banyak kali. 

Owh, lupa. After tengok wayang, aku sempat makan nasi arab kat Dallah near to ECM. Terliur punya pasal on that day officemate makan nasi arab, then duk pos kat wassap group. Ada staff belanja. Takde rezeki aku nak merasa. But honestly, nasi arab Dallah is not my taste. Tak sedap kot. Aku lagi suka nasi arab kat Land of Paradise kat Gambang berhampiran UMP. Originally cooked oleh orang Yamen sendiri. Must try. Harga lagi murah dari Dallah then portion lagi banyak. 

Must try guys if korang nak balik ke KL lalu ikut tol Gambang, singgah la kat Land of Paradise dekat je after traffic light simpang 4 Gambang tu. And must try Kulacakes also kalau datang Kuantan. Best i tell u!





Till then.




THANK YOU FOR READING THIS!

6 comments:

  1. hoi! berani giler letak anak bawah beskal! :D

    ReplyDelete
  2. tetibe aku benci ko jah. nyampah mak tayang makanan banyak2

    ReplyDelete
  3. naurah macam hafidh da.. tgkap gambar over comel je..

    ReplyDelete
  4. behave betul naurah...seronok ibu dpt tgk wayang ...

    wey nampak best gila kedai kula cakes ni...serius menarik...

    babe, aku mungkin pegi gambang ada hari keluarga 25 oktober ni...email aku no ko babe boleh aku whatsapp ko nak tanya tempat makan best..hahaha...email aku:norlela9@gmail.com

    thanksss

    ReplyDelete
  5. hebat boleh bawak anak tgk movies sorang2 :) hehe i setakat bawak pi bfast kfc, mcd, main playground,pg tesco jer lepas lain2 blom lagi hehe

    ReplyDelete
  6. nt bawak aku dtg jugak tau.aku masih lg x boleh jalan berdua dgn princess kot.topup makanan tu alasannn kan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...